Thursday, February 11, 2016

Menikmati citarasa timur tengah

Bercuti bermakna dapur rumah juga bercuti sama. Apa lagi apabila semua rancangan sudah disusun-atur bermula esoknya. Kami ada jemputan majlis pernikahan saudara kami di Bukit Pasir, Muar. Tidak mahu mengotorkan dapur jalan terbaik makan di luar. Apa lagi bila semua anak-anak ada di depan mata. 

Kheer - Melihat dari buku menu seperti gambar petama tetapi bila dihidang begini dapatnya. Mujurlah harganya murah. Kak Meen yang mahu mencubanya. Manis.  Mungkin org arab sukalah makanan begini tetapi tidak buat kami.
 
Air minuman - Beli sekotak air paradise delima dan minta ais empat gelas. Mama minum teh arab. Ada juga manggo lassi Kak Meen yang mahu merasa buatan di sini. Boleh tahan sedap juga
Papa punya - Mama merasa juga sebab papa suapkan beberapa sudu. Mama tidak lapar dek kerana petang itu sambil mengemas sambil mulut menikmati limau mandarin yang ada berkotak-kotak. Itu pun dua kotak sudah diagih ke asrama adik sewaktu menjemputnya balik.
Dua piring - Sama tetapi tidak serupa
Kak Reen punya - Cheese nan yang sedap. Biarpun Kak Reen yg order tapi tetap makannya bertiga juga
Padanan - Dua-dua di atas dipadankan dengan pencecah ini. Sedap hingga licin kami menikmatinya.

Nasi lagi - Memandangkan semua hidangan dikongsi makannya. Belikan lagi nasi ini buat mereka bertiga juga. Sedap sungguh aku melihat mereka makan. 

Restoran ini terletak di Setia Tropika, berdekatan dengan KDN. Tuan empunya restoran juga aku perhatikan sudah boleh bertutur bahasa Melayu, biarpun kurang fasih. Tetapi tidak perlu bimbang kerana semua pekerjanya adalah Islam yang menjaga syariat. Sangat memuaskan.

~~ Dalam hati aku "Orang mendatang boleh berniaga dengan maju mengapalah aku tidak mampu".~~

36 comments:

Fazleyatul Aini said...

saya kalau makan nasi arab ni, lepas makan dia punya mengantok macam kene tarik2 kelopak mata tu

Julia Johari said...

Tudiaaa kak zakie...syok yer layan menu macam2 ni...betul kak bila cuti dapur pun cuti sama hehehe

Aziela said...

Saya pernah belajar masak desert Arab dari isteri pensyarah kami dulu, tapi bola dah siap, kami pula x mampu nak makan. Memang manis betul kak..hehehe

Izwa Kamaruddin said...

uhhhh tengok sedap sangat tapi saya kalau makanan arab ni kureng skit..hehee..

kalau masak sambal udang ke sotong ke pastu pekene sambal jawa ke ehhh sedpa nyerrr..mkn dgn nasi panas! bertambah-tambah~

Nor Azimah Ali said...

Tulahkan..
Bukan org arab je, org indon bukak restoran masakan padang bukan main maju, dpt sambutan, tapi org melayu...?

norhidana said...

kt gambar bukan main memikat udah dpt lain betul hehehe...

udahla belum sarapan lg, tgk lak menu sedap2 kt blog akka nih, perkkkh terus rsa lapar... nan cheese tuh memikat btl

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rasa macam nak mencari nasi arab pulak bila melihat menu kakzakie pagi hari ini.. :)

Seronok bila makan ramai2 kak..
tambahan sama2 berkongsi makanan yg dioder..
Saya pun selalu buat macam tu..
Oder lain2 nanti boleh sama merasa kan :)

Kayu Manis said...

Hamboi2 kak...dtg sini teruih lapaq kak oiii...sapa nak bantu saya ni kak oiiii...


Kecuqlah haiiiii...mak aiiiii

saniahibrahim said...

Bila anak2 ada depan mata makan sama2 lagi berselera kan....betul2'pak arab ke yang berniaga ni kakzakie.
...tentu resepi ori kan.








monalea said...

roti nan tu memikat betullah kak

PeRdU cINta said...

Betul kak...mereka datang merantau mencari rezeki seolah sudah berada di negara sendiri...bagaimana kita...anak keturunan kita...bila sesekali dapat berkumpul semua...berbunga hati mama papa...alhamdulillah.

babYpose said...

Tu la datang sini jadi hungry :) nampak macam arisa tapi bukan, mama makan bersuap tu yang kenyang hehe

paridah said...

makanan arab yg enak tapi kebanyakan lemak manis...ramai pula penaga makanan arab di tempat kita ni ya...

raihanah said...

syok juga sesekali melayan selera arab ni kakzakie

Malinda said...

cheese nan tu nampak sedap sungguh kak...terliur sudah...saya kalau pi kedai2 arab camni suka beno order hummus di makan dengan roti pita bako...sedapppppnyeeee lemak2 masam...

Kakcik Seroja said...

En Suami kakcik suka sangat dengan makanan Arab terutamanya Lamb Mandy. Belum jemu-jemu lagi dia... :)

Aryan azra said...

Seronok bila dapat makan bersama anak2 kan kak,tengok mereka makan dengan gembira, kita pun turut gembira

lieyalatif said...

fuh kak...tgk tajuk dah berdebar2 nak bace...almaklum laa lieya puase nie takut tak tahan dugaan...dah le lieya ni peminat nasi arab ekekekekeekek....semua nampak menarik kak....seronok time cuti panjang gini dpt berkumpul anak2 semua n makan sedap2....

Falsya said...

sedapnye nasi arab..qisya suke sgt nasi arab..sebab nasi tuh berasa..die kalau dpt makan nasi tuh dh cukup dh..hehe

Fiza Rahman said...

Sedap nya kak. Saya klo makan nasi arab memang order sepinggan jer sebab portion besar ☺

insan marhaen said...

akhir akhir ini saya suka juga makan roti nan... kuang kolestrol!

amirah said...

memang nampak sedap betul roti nan tu kak...nyum nyum...

Normala Saad said...

Tengok pun dah rasa kesedapannya...kalau dapat makan tentulah terlebih sedapnya lagii...

Uncle said...

Kepada yang bakal ke Mekah, saya selalu syorkan untuk beli makanan di Hiraa (K
Heraa - tak pasti ejaannya) tapi di tingkat satu bangunan hotel hilton. Nasinya boleh makan 3 orang walaupun hanya satu portion.

aizamia3 said...

Roti nan cheese tu nampak sedap.. ;)

wahida said...

kami anak beranak mmg feveret nasi arab kak...
sedap betul nampak nan cheese tu...terliur dibuatnya...

Unknown said...

tua2 perut saya rasa lapar pulak bila tengok semua hidangan ni..

Nieyla Nadia said...

nieyl kalau arab,layan nasi arab je....yg lain kureng :)

nohas said...

nasi arab mmg favourite..suka sambal tomatonya..

zila norazila said...

Kheer tu slalu zila buat..suami mmg suka..tp zila x bole mkn lngsung..😊😊

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, salam Jumaat. semoga bergembira di samping keluarga.
Wah, enaknya menu arab...teringat kenangan dulu-dulu. Teringin benar nak menikmati keenakan hamam mahsyi, manakish, qatayef pun ok gak hehe..

iryantyismail said...

Roti nan cheese tak pernah rasa lagi...

TukangKebun said...

Oh mengidam pula nak minum manggo lassi ni....
Betul tu Kak selalu berfikir orang berhijrah ke tempat orang lain boleh buat, kenapa diriku di tempat sendiri macam tak berani nak mencuba buat juga.

Hsna Rahman said...

org demam yang tak lalu makan terus ada selera kalau macam ni punya syok terhidang depan mata...nak jugak la......

NEKCIK said...

Dari timur tengah ke jepun ye kak..mencari makan...namun asam pedas lempeng klapa juga bertaut di hati kan..kan

Mummydearie said...

Bila dapur tutup, sesi makan-makan pun pelbagailahkan, Kakzakie. Saya kalau ke restoran macam ni memang makan nasi Arab aje. Roti-roti cicah itu ini saya kurang suka. Kambing pun memang tak makanlah. Manisannya apalagi, memang tidaklah sebab terlalu manis pada tekak saya ni.