Tuesday, February 16, 2016

Itulah nikmatnya ada kampung

Balik dari majlis perkahwinan di Muar terus balik kampung. Kami berada di kampung pun sekadar satu malam saja. Tiba rumah petang cuti CNY hari pertama dan balik siang CNY hari ke dua. Itupun banyak yang dituai untuk dibawa balik. Apa lagi kakak dan abang Uda pun tiada di rumah kerana pergi makan angin. Sama juga kakak di Bangi juga pergi makan angin tidak balik. Hanya kami yang tidak pergi makan angin balik menjengah kampung.
Cili kampung - Cili purple bila masak pun merah juga. Kalau satu pokok ada 10 biji cili pun kena banyak pokok memang boleh jual. Tapi kakak kami tidak jual pun. Biasa dia agihkan ke sekolah  kawan tempat kerjanya.

Inai - Pokok inai ini sudah berpuluh tahun. Cantas selalu itu yang rendang. Tapi batang pokoknya sudah besar sangat. Kalau dulu Mak Zah suka tumbuk inaikan rambut sebab dia selalu sakit kepala. Hari itu aku ambil juga untuk aku tepek pula di kepala aku. Sejak-sejak ini aku sering sakit kepala.

Belimbing dan limau kasturi - Sayang sungguh melihat belimbing yang luruh bawah pokok tidak dipetik langsung. Begitu juga limau sehingga kuning-kuning terbiar di atas pokok.

Buat kuih - Aku mengambil sedikit kelapa sawit untuk dijadikan kuih bakar. Labu, ubi kayu dan keladi pun ada juga. Keladi sudah ada yang aku goreng makan cecah sambal kicap.

Musim hujan - Meriah bunga-bunga ini menutupi daun-daunnya. Kalaulah halaman rumah aku luas mahu aku tanam pokok bunga ini. Cantik bila bunga-bunganya lebih banyak dari daun.

Hasil kampung juga - Menikmati air kelapa muda tidak pernah aku lupakan setiap kali balik kampung. Selepas siap bersarapan hubby sudah mula mengait setandan kelapa muda. Aku pula memetik pucuk manis yang menjadi pagar di sepanjang belakang dapur rumah. 

Pepatung/sesibu - Duduk di JB rasanya untuk dipertemukan dengan pepatung ini tidak ada peluang. Sewaktu menemankan hubby membelah kelapa muda sempat aku potretkan pepatung yang hinggap di pokok dragon-fruit. Cantik!
Hujan yang menyimbah bumi pada malamnya membuat tidur kami lena dibalut selimut tebal sebab sejuk yang menggigit hingga ke tulang sum-sum. Tahajjud malam langsung tidak tertunai. Subuh pagi merasa air paip yang keluar pun sejuk bagaikan ada ais. Makan tengahari pula kami tidak makan nasi tetapi kami makan  mee udang yang kami beli. Selepas solat zuhor kami bertolak balik JB. Terkenang kucing-kucing yang ditinggalkan di rumah sudah kelaparan.

~~ Balik kampung kali ini tidak ada bau asap pembakaran sebab semuanya basah ditimpa hujan. ~~


48 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Buat "sambal hitam"..sedap belimbing buluh tu Kak Zakie.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kelapa sawit buat kuih bakar..
Baru saya tahu kakzakie..
Nanti bila akak membuatnya , boleh lah dikongsi resepinya ye kak..

Itulah beruntungnya ada kampung..
Lepas tu rajin pula berbudi pada tanah..
Maka banyaklah hasil yg dituaikan kak..

Rindu pulak suasana begitu..

Khairul Bariah said...

kalau duduk di kampung, bercucuk tanam
segalanya tak perlu beli..
seronok..
di rumah mak saya pun begitu
nak, ambil dan petik saja

saya baru tahu
buah sawit boleh buat kuih bakar
nanti share ye kak.

Rizziela said...

Untungnya berbudi dengan tanah

Puan Kutu said...

seronoknya kakak zakie..byk betul hasik tuaian kampung bawak balik ke jb ye..kelapa muda tu paling peberet..keladi goreng..labu..sedapnya..

pasal pepatung tu memang sekarang dh pupus..balik kmpg pun dh tak jumpa..aiman afia klu dpt tgok live mesti jakun.hehe

Sally Samsaiman said...

fuhhh! gila banyak kak...Ya Allah besar haa labunyaaa...Sally ni suka betul makan labu!

Kakcik Seroja said...

Seronoknya masih ada hasil segar dari kampung... :)

Izwa Kamaruddin said...

alahaii kak seronok nyer bertanah di kampung semua nyer ade! paling saya suka cili purple tu! serius saya tak pernah tgk cili purple..

y i e n said...

Bestnya masih ade kampung :'(

TukangKebun said...

Memang puas betul macam-macam hasil boleh dituai :).

monalea said...

mak mertua lea dtg kak. dia baw audang, pisang muda, ikan haruan, ikan lampam.meriah petiais rumah. hehehe. dok memikir nak masak apa..

zmarl (ibu) said...

bestnya balik kampung..memang kalo balik sumer benda nak angkut balik sini.. blom lagi list jjcm..

Eye_nee said...

Berbudi kepada tanah..hasilnya tidak pernah sia-sia kan kak...buat kuih bkar buah kelapa sawit kak??...nnt akk ceritakan lah yer bila akk dah buat tu...teruja pulak sbb first time dengar.

Nieyla Nadia said...

Tamanan baru en.husband nieyl pokok cili kak...
Alhamdulillah...segar²..sejuk agaknya tangan dia..
sebab tanam apa pun la mesti menjadi...
klu nieyl...hmm...hihihi..

Malinda said...

gitu la kalau rajin berbudi pada tanagh ye kak...macam2 jenis..kalau nak di beli kat pasa tu mau habis berbelas2 ringgit gak tu...saya kalau bab2 petik camni memang feberet...masuk part tanam tu ada lemah sikit...kikiki...dasar femalas gitu le...kuih bako dari buah sawit tu makngah saya penah buat...sedap lembut dan lemak2 manis...susah ke kak nak buat dia?

Hsna Rahman said...

bagusnya berbudi pada tanah..klu rumah sy mcm2 pokok buah ada..klu org lain rumah dalam taman sy punya rumah dalam kebun...

adarnadzmie said...

tgk cili padi tu teringat cili di rumah mak abah saya di kampung kedah sana kak.... mak abah saya suka tanam cili belakang rumah.... x payah beli petik jer klu nak masak...heheee

selain tu ada pokok kepala pandan... memang x sah la klu balik kampung saya x kait dan minum kak.... pokok betik pun ada kak.... salah satu buah tangan saya klu nak balik ke penang.... hehe....

paridah said...

Banyak hasilan kampung yg dipungut tu...segar semuanya sesekali balik kampung boleh angkut apa saja yg berkenan.

Inani Hazwani said...

Kalau balik kampung memang macam2 ada

Kayu Manis said...

Berbudi pd tanah
Indahnya kmpung..
Kak nak balik kmpung kakak boleh takkkk??

amirah said...

bestnya kak....meriah!!

saniahibrahim said...

Banyak nya hasil dari kampung kakzakie...
Kat rumah saya ni cili tak pernah sempat merah camtu pasti dah di petik,tapi bila anak2 dah balik u ni nnti tak sapa dah nk jenguk .Satu ketika dulu saya ada juga tanam cili purple tu tapi skg dh xde.
Bunga2 tu cantek2 nya kakzakie...

Fazleyatul Aini said...

cantik2 dan segar bugar tanaman di kampung ni kan
mak saya pon tengah excited menanam timun dengan terung

Dr K said...

zaman ekonomi mencabar ni, saya rasa duduk dikampung lagi best..ada tanah, boleh tanam macam2...takda tol...pencemaran kurang

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...mmg seronoknya kalau ada kg yg begini semua yg diperlukan ada saja...ambil jer apa yg diperlukan utk dibawa ke bandar...kalau dibandar pasar jer la tempat hala tuju utk dicari...seronoknya berada di kg ni...

Zaitun said...

Seronoknya orang ada kampung macam2 ada tak macam kak Zai kampung dah tergadai. Kadang2 rindu nak balik tp apakan daya dah jadi hutan rimba.

wahida said...

bestnya kak...kalau dapat cili padi tu kat saya, mmg saya suka sangat la..sebab saya ni kalau makan nasi panas, gigit cili padi tu mcm ulam je...

syoknya ada banyak tanaman...jeles tengok...

Mummydearie said...

Kelapa sawit buat kuih bakar? Ini kali pertama saya mendengarnya, kak. Dan juga cili padi warna purple, first time tau saya tengok!

Best ya kak balik kampung? Kenapalah saya aje yang macam si Tanggang. Tak ingat nak balik kampung lagi. Lagi pun suasana di kampung tak macam dulu-dulu. Seronok tu dah kurang. Sebab faktor umur dan kemajuan jugalah kot...

Qhaifa Nur said...

Itulah nikmatnya bila ada kg..
Mcm2 ada ni kakzakie..bestnya
Cili purple jarang tgk

LYAfrina said...

seronokkan balik kampung..dgn suasana nyaman..segala hasil tanaman pon ada..fresh-fresh lagi

aizamia3 said...

Rindunya saya dengan suasana kampung.. belum berkesempatan nak balik kampung.. eemm..

Nor Azimah Ali said...

Cantiknya cili purple, dah masak jadi merah juga yek, pedasnya sama cam cili padi hijau tu ke?

Saya kalo blk terengganu bonet kereta mesti penuh, semua nak sumbat.

makchaq said...

Seronoknya balik kampung... kami kalau balik Taiping pun macam2 jugak buah tangan yang dibawak balik...

Fiza Rahman said...

1st time tgk cili purple kak. Best nya ada kampung.

raihanah said...

wah macam2 ada kakzakie. bestnya ada kampung kan

Mulan said...

Kat kampung dah takde orang.. Atok nenek pindah bandar.. Sayang semua hasil tanaman nenek dulu2..

che mid said...

Buah kelapa sawit buat kuih ke kak.. tak permah dengar la..

aliza said...

memang seronok ada kampung,.. akak pun balik kampung di bp juga tapi kampung dah jadi bandar, emak pun dah duduk di taman perumahan, rumah lama dah diroboh jadi kedai, almaklum tuntutan pembangunan di sekitar UTHO mengaburi mata mak untuk turut berniaga... melupakan nostalgia kami adik-beradik di rumah lama..

NEKCIK said...

Kak mcm teringin pulak nsk rasa kuih bakar sawit..x peenah makan....

NEKCIK said...

Kak mcm teringin pulak nsk rasa kuih bakar sawit..x peenah makan....

Normala Saad said...

Kalau tak kerana pokok dan kucing yang ditinggalkan..mau berminggu-minggu saya duk kat kampung..

PeRdU cINta said...

damai yang luar biasa bila balik kampung kak...betul..pagi pagi ..buka air paip..menjerit jadinya..wooooo sejuk sangat...

insan marhaen said...

kat kampung saya, cekcibo dah jarang jumpa....

insan marhaen said...

cekcibo = pepatung...hehe...

iryantyismail said...

sejak umur meningkat..yan tak tahan minum air kelapa..badan terasa bisa2

Lydia Miza said...

Pernah dulu mak buat kuih bakar dari kelapa sawit. Wangi sgt bau dia.

Smua ada kat kampung.. Tinggal petik je kan kak zakie. Sekali tanam lama dpt mkn hasilnya berulang2 kali. Sbb tu sedih tgk org yg duk kg tp malas nk bercucuk tanam. Biar semak kawasan terbiar begitu saja. Ruginya

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie..nanti kongsikn resepi kuih dibuat dari buah sawit tu yer....suami ada pkk sawit nanti blh try.

babYpose said...

Nampak belimbing tu teringat ceremai, untung ada kampung yang diusahakan dan mendatangkan hasil, tak banyak dah begini. Makan angin kat kampung bawa souviner lebih berharga ni :)