Tuesday, June 21, 2016

Dulu lain sekarang lain

Membawa semangkuk pengat pisang yang dicampur dengan sagu biji perlu berhati-hati. Panas lagi. Mak tutup mangkuk dengan daun pisang. Untuk mengelakkan daun pisang terbang kedua-dua tangan perlu bekerjasama. Sambil memegang piring yang menampung mangkuk, sambil jejari dari tangan sebelah menindih sedikit daun pisang tersebut. Perlahan-lahan kaki melangkah menuju destinasi. Di dalam minda mula membayangkan sebaik mangkuk bertukar tangan pasti akan ada juadah lain dihulur sebagai balasan.

Sekadar hiasan - Dulu tidak adalah memberi dengan bungkus seperti ini. Sewaktu aku kanak-kanak dulu dengan situasi di kampung, bekas plastik atau polisterin tidak pernah dibeli. Duit sangat dipantau untuk kegunaan persekolahan kami adik-beradik.
Itulah keindahan zaman aku kanak-kanak dulu. Allahyarhamah mak (al-fatihah buat almarhumah mak) pasti akan mengagih beberapa mangkuk ke rumah jiran tetangga yang rata-rata adalah sepupu-sepapat kami juga. Bergilir kalau hari ini aku ke rumah sebelah kanan, esoknya ke kiri pula. Mama Leha, kakak atas aku akan ke arah lain. Begitu juga Cik Lin dan Cik Idah dua adik-adik aku semua ada tugasan yang sama. Balik semua pasti tersenyum menunjukkan apa pula balasan dari bibik-bibik atau wak kami (bermaksud mak saudara muda dan mak saudara tua). Selepas mandi semua baring sambil menanti waktu berbuka.

~~ Sekarang ada kalanya memulangkan piring jiran dengan membeli juadah di bazar saja.~~


36 comments:

Unknown said...

nampak puding raja disitu kak..heheee..
betul la, dulu bagi guna pinggan kat rumah jer..tapi tak terus balas..kadang seminggu kemudian baru berbalas..sekarang senang..guna jer polistren..

Fazleyatul Aini said...

salam kak
betul lah sekarang memang balas pinggan jiran dengan menu beli je hihi
weekdays memang kadang2 tak sempat masak
mak pon tak sihat
memang pakat main tunjuk2 je
hujung minggu la baru main masak2

raihanah said...

kalau jiran orang2 lama ok juga kak. macam saya ni, jiran orang2 lama, jadi bila kami berbahagi memang depa akan berbahasa balik. alhamdulillah

babYpose said...

Baru ingat saya pun ada 3 bekas plastik
belum pulangkan lagi.. biasa beli ja dan bagi, birthday jiran bagi kek potong ja.hee.. tak pernah lagi bagi kueh buat sendiri.. pingat pisang sedap, pasti jiran arwah mak suka terimanya.. anak-anak jadi delivery ye..

Mummydearie said...

Saya pun merasa juga menghantar juadah ke rumah jiran tapi selalunya saya mengelat. Saya malas dan paksa kakak atas saya suruh pergi menggantikan saya. Saya penat berpuasa katanya ^_^

Sekarang ni dah tak merasalah. Jiran saya kebanyakannya Chinese. Kalau hantar juga, memang takda balasanlah, kak ^_^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Indahkan kak kenangan berpuasa kecik-kecik dulu..
Keluarga akak sama macam keluarga saya..
Destinasi yg dituju telah dibahagikan..
Biasanya kakak-kakak pergi menghantar kerumah yg agak jauh sikit..
Macam saya ni masa tu kecik lagi hantar rumah jiran sebelah..
Arwah mak kalau buat juadah memang sekali banyak..
Contohnya buat seperiuk besar utk pengat pisang..
Pastu bila saya hantar rumah Arwah mak cik Edah iaitu mak Azizah kawan saya tu..
Pulang mesti gembira sebab mak cik edah suka buat kuih bingka pandan..
Jadi bila pulang juadah berbuka puasa jadi banyak jenis pula kan kak :)

Minggu yg lalu saya buat bubur jagung..
Bagi kat jiran depan rumah..
Dia balas keropok trengganu sepeket..
Tahu lah dia bapa tunggal ..
Mana nak balas kuih juga kan..
Teringat arwah isterinya..
Dulu masa hidup rajin juga menghantar juadah kepada kami ..
Al fatihah bagi yg tiada..

Izwa Kamaruddin said...

Musim musim perayaan ni banyak menggamit memori kan kak?

Sedap nyer puding raja :)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..betul...seronok kan kak...itulah yang datangnya nikmat.. :)

adarnadzmie said...

sgt2 nostalgia zaman kita kanak2 dulu kak... juadah berbuka di kongsi bersama jiran2 tertangga... petang2 kita menjadi penghantar juadah... memang seronok masa tu... seronok sebab x sabar nak melihat balasan juadah jiran kepada kita pula... hehee


Ibu Lala said...

Sekarang ni kak bagi juadah kat jiran letak dalam bekas je. Tak bagi pinggan or piring dah. Kalau bagi pinggan or piring berbalas balas pulak. Tapi bagi bekas plastik tu berbalas jugak. Alhamdulillah

Nieyla Nadia said...

Alfatihah....
Segala memori mengamit kembali....:)

Malinda said...

dalam gambo tu bukan puding raja ke kak ? aduhhh teringin bebeno nak makan puding ni tapi kat melaka ni mana la saya nak cekau...kikiki...takpe ada alasan nak pi kelantan nanti...hahaha...gitu la kak adat berjiran...saya pon kekadang rajin gak hulur2...penah sekali tu saya buat jemput2 kentang sedekah kat jiran...jap lagi anak dia pulak dtg hanta balasan...jemput2 pisang...kikiki...nasib baik lain2 bahan...alhamdulilllah sedap pandai jiran saya buat jemput pisang :)

paridah said...

SERONOKNYA DAPAT BERBALAS MAKANAN TIKA RAMADAN...TRADISI LAMA YG XDILUPAKAN TAPI CARANYA SEMAKIN BERBEZA.

jie susanos said...

Huhu..jiran pn slalu bg tembikar..kita jer xbg bg..

dhiera zainudin said...

dulu masakecil-kecil pun berpengalaman anta juadah berbuka ke rumah jiran-jiran. tapi bila sendiri dah berkahwin, beranak tidak pula ku buat begitu.

saniahibrahim said...

betullah kakzakie ,zaman kanak2 dulu seronok kan bila puasa2 ni .Bertukar2 juadah dengan jiran2 walaupun tak lah se mewah juadah2 skg ni kan...tetap seronok menerima nak memberi .Kat rumah saya skg ni wlpun kat kg tapi budaya memberi tu dah hampir luput sebab masing2 dah membeli je.

Aryan azra said...

kenangan ramadhan dulu2 memang mengimbau nostalgia kan kak, bertukar juadah dengan jiran itu berlaku hampir setiap hari, seronok dapat merasa juadah dr jiran2, sekrang memang tak de lagi dah..rindunya la haiii

Sharifah Nadzarah said...

betullah kak..skrg mmg dah kurang bertukar2 juadah ni..sy bese ngan mak je lah..klu dulu2 kat kampung..mmg best

Falsya said...

sedapnye pengat pisang...kakak buat falsya teringin..hehehe..

betul tuh kakak, skang nie dh xramai dh org tukar2 juadah..dulu time kecik2 selalu la dpt..selalu jugak la mak suruh gie hantar juadah utk dibalas..skang nie dh xberapa nak ade dh..atau senang cite mmg xde dh..

norhidana said...

teringat nostalgia bila kt kampung... tp skrg kt kampung pun msh ada lg tradisi bg jiran2 juadah berbuka....

skrg nih nk bg jiran juadah berbuka tp selalunya takde org kt umah...

Kayu Manis said...

Haah samalah kak
Skrg jiran tutup pintu 24 jam...ketuk tak buka,dia ketuk pintu kita ,kita buka,..sbb dia nak menjaul...

Mar Mansor said...

rindu kenangan ni..baru sekali bagi kat jiran..

nhhas said...

Al fatihah. Semoga roh arwah mak n mak mertua akk dicucuri rahmat

Khairul Bariah said...

dulu-dulu di kampung saya pun begitu. bertukar2 juadah. memang seronok lah.

sekarang duduk di rumah taman, tak ada dah begini. kdg2 terdetik dalam hati, kalau dihantar makanan, nanti difikir orang nak balasan pulak. padahal kita ikhlas memberi. tu yg jadi bagi dalam bekas aje. tak payah pulang dah bekas tu. selalu saya buat mcm tu je.

nohas said...

dah tak merasa suasana mcm tu..huhu..weekdays balik kerja, masak ala kadar je, kekadang beli nak berbuka baru sampai rmh, weekend pula byk program..berbuka di luar..

Ematunz said...

bagus tradisi macam ni , dapat eratkan hubungan sesama jiran .
Btw ema kacau you jap ! Ni ada tag awak tanpa sengaja , KAH KAH !
http://www.vetovirago.com/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

Nadhie Wueen said...

terasa nostalgianya..seronoknya la kan bawak mangkuk sambil tutup dengan daun pisang. =) al fatihah utk mak akak :)

Inani Hazwani said...

Puding raja ke tu kakak? Heheh. Rindukan zaman dulu dulu ~_^

Nor Azimah Ali said...

Kat tempat saya ni pun ada jiran yg rajin mengulo, jadi kita pun mengulo sama, anak2 jadi posmen. Tapi sekarang ni kita mengulo guna bekas plastik pakai buang tu lebih mudah, taknaklah sampai jiran rasa serba salah bila pinggan kita blm dipulangkan..

Nor Azimah Ali said...

Kat tempat saya ni pun ada jiran yg rajin mengulo, jadi kita pun mengulo sama, anak2 jadi posmen. Tapi sekarang ni kita mengulo guna bekas plastik pakai buang tu lebih mudah, taknaklah sampai jiran rasa serba salah bila pinggan kita blm dipulangkan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehehe.. sy terkenang2 mengusung mangkuk tu kakzakie. selagi tak sampai, hati risau, lutur gego takut jatuh.. hahahaa

Umialya said...

Sayapun dah lama tak menghulur kpd jiran, dulu2 rajin gak masak lebih sikit..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

skrg dah kurang dah. mungkin kena mulakan balik.

irdagarmin said...

Sy duduk apartment kak..so far alhamdulilah masih ada tradisi tukar2 juadah...tp sy selalu beli je kam..almaklum perasan busy sentjasa..hehe

amirah said...

betul kak...kalau zaman kecik2 dulu..bulan puasa la bulan yg paling seronok sekali..

QasehnyaRania said...

assalam kakak
alhamdulillah masih amalkan dgn jiran disini.
kalau dikg naik moto sbb rmh saya jauh dr yg lain lain.,selalunya hndtq rmh sedara dan jiran yg terdekat lah