Friday, June 17, 2016

Kad ucapan pengganti diri

Pening kepala mencari kunci 
letak di sana mencarinya di sini 
kad cantik di bulan suci 
kiriman adinda Yana Yani
Guruh berdentum alam semesta
begitulah antara kekuasaanNya
mohon dilindungi setiap masa
sungguh benar bagai dikata
gembira kita di Hari Raya
saudara di sana kesedihan sentiasa

Balasan buruk itulah neraka
semua mahu menuju syurga
selagi nyawa masih bersisa
cari bekalan untuk 'di sana'
selagi peluang masih terbuka
hulurkan apa semampu kita
biar sedikit istiqomah hendaknya
sama-sama menikmati hari bahagia


Tunangan itu belum halal
ikatan suci masih menanti
renungan bersama buat bekal
terima kasih Yana Yani

~~ Ramadhan kian meninggalkan kita dari sehari ke sehari. Lakukan yang terbaik sebelum ia berlalu pergi. ~~

41 comments:

Mimie_Zatun said...

Semoga ALLAH memberkati kita semua kak.. aammiinnn

paridah said...

WAH SUDAH TERIMA KAD RAYA YA..SYUKUR TANDA INGATAN SHBT KEKAL SELAMANYA...SILATURAHIM TIDAK PUTUS.

kakrose said...

tahniah zakie..punyai sahabat yg mengingati di bulan yg mulia ini..
semuga kita sentiasa dlm rahmat Allah..

Mia Kassim said...

Salam jumaat kak. In sha Allah tidak akan disia2kan baki 2 minggu ni .. ☺

Ibu Lala said...

Wah akk dah dapat kad raya. Best best

εïзmmyHazaεïз said...

Salam Jumaat kak.. Seronoknye dpt kad raya.. Dah lebih 20 thn xdpt kad raya kak :')

Mizz ErMa said...

wah, banyaknya akak dapat kad raya..dah lama sy xdapat kad.. masa sekolah ritu je rajin bagi kad raya hihi

saniahibrahim said...

Kad raya mengembalikan kan nostalgia....
Alhamdulillah kad ucapan mengeratkan persahabatan .

saniahibrahim said...

Kad raya mengembalikan kan nostalgia....
Alhamdulillah kad ucapan mengeratkan persahabatan .

Uncle said...

seronok bila dapat kad raya ni.....terasa macam tahun 70an ataupun tahun 80an....yang paling advance masa tu bila bukak kad, ada lagu raya......fuyoo...!

babYpose said...

Alhamdulillah rezeki silaturahim di sini di hargai. Dengan mesej penuh makna.. betul ramadan berlalu terlalu pantas kan kak zakie, semalam dengar ustaz pesan bermanfaatkan hari mulia ini, hari ini kak zakie tolong ingatkan, terima kasih dear :*

adarnadzmie said...

syok la kak.. dpt kad raya... saya lama dah x terima kad raya...huhuuu

ada tak yg nak hantar kad raya pada saya???

hehe

NEKCIK said...

Sejak dunia alam maya ni dah x banyak dapat kad raya lah kak..semuanya di alam maya jer
Contoh ..selamat hari raya untuk kakzakie sayang dan keluarga ..semuga bergembira di hari raya setelh sebulan berpuasa..ampun dan maaf dari dinda..kih..kih

NEKCIK said...

Sejak dunia alam maya ni dah x banyak dapat kad raya lah kak..semuanya di alam maya jer
Contoh ..selamat hari raya untuk kakzakie sayang dan keluarga ..semuga bergembira di hari raya setelh sebulan berpuasa..ampun dan maaf dari dinda..kih..kih

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kad raya yg semakin rare skrg ni kan kakzakie..
YY dah memberi gembiraan kepada yg menerima..
Diajak pula untk bersedekahkan kak..
Utk sama berbuat kebaikan dibulan mulia ini..

Nieyla Nadia said...

bestnya dapat kad raya lagi..:)

OKje said...

Amboi kanda menayang kad Raya nampak hihi.....
Dinda kasi chancelah.... maklumlah pemeskan hihi

Shalimar Yusof said...

wahhh..seronoknya dapat kad raya...kata-kata tu ewah2

Qhaifa Nur said...

Seronoknya masih dpt kad raya lagi...

nohas said...

Gembira sungguh menyambut lebaran
Ketupat direbus sungguhlah lama
Buluh lemang sudah dikerat
Daging rendang tunggu dimasak
Kad raya diterima penuh keinsafan
Marilah sama-sama kita menderma
Semoga amalan menjadi pemberat
Neraca timbangan di akhirat kelak..

sedihkan mengenang nasib umat Islam di Syria ni..perebutan kuasa, rakyat menjadi mangsa..

Amy Hilmirda Daud said...

Bestnya dapat kad raya.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Salam jumaat kakak! Hehehe..
seronok dpt kad raya. Rare! sbb da jarang org bg kad raya. Ucapan pun di wasap kan skrg ni. =) Teringat zaman sekolah dlu.. byk dpt kad raya.

Inani Hazwani said...

Wahh seronok dapat kad raya !

Khairul Bariah said...

Tahniah, dapat juga dari YY
Di bulan mulia ni eratkan lagi silaturrahim.
Membantu pula jgn dilupa.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak...betul...ramadhan sehari demi sehari meninggalkan kita...isi sebaiknya pada ramadhan yang berbaki..

sitirohaida said...

wah..bestnya dapat kad raya..

Nor Azimah Ali said...

Dah dpt kad raya ye kzakie. Saya suka gak tapi malas gi pej pos beli setem

norhidana said...

pantun2 tuh bt kita terkesima...

syahdu rasanya dpt kad raya kak

Sharifah Nadzarah said...

bestnye dpt kad..rindu plak zaman balas berbalas kad...

fizalinolie said...

lama tak dpt kad raya kan. bestnya dapat kad raya.

Anonymous said...

bestnya kad raya. mas dh bertahun tak dapat.

Unknown said...

awalnya kakzakie dah dpt kad raya
memang best lah teringin jugak kan sbb sekrg ni mmg susah dah nk tengok raya

Azian Elias said...

pandai sungguh akak mengarang pantun..
sedap je dengar nya. kalau saya, hauk lah. heee

seronok dapat card raya ye kak.

nOe suhaimi said...

Salam Ramadhan Kak Zakie...pandai kak zakie mengarang ayat..tahniah..dapat kad raya.. :)

Nadhie Wueen said...

memang cantik semua kad-kad ni. :) salam ramadan dan salam kenal kak :)

zila norazila said...

indahnya dapat sahabat2 yg sentiasa ingat mengigati kan kak..

aby said...

salam kz ..
ngayah tenem pantun mu ..
ngolek neng kono, ketemu neng knay ..
hihi ..
apaepun, selamat meneruskan ibadat puasa ..

Amie said...

Tingat dulu-dulu... hantar kad raya atau terima kad raya dari kawan-kawan... ada pantunnya: Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas :)

QasehnyaRania said...

sekajap saja hari ni dah 15 ramadan kan
selamat beriadah

Mummydearie said...

Dapat juga ya kak dari YY. Seronok rasanya bila ada yang mengingati lebih-lebih sekali zaman sekarang ni, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing!

irdagarmin said...

Lama dah tak memberi dan menerima kad raya kak...:)hehe....indah bahasa akak..