Friday, June 10, 2016

Kematian di bulan ramadhan

Ketika masing-masing sedang menikmati juadah berbuka puasa telinga masing-masing sudah mendengar rengekan sayu dari Setokin. Kak Meen dan adik memberi nama pada anak kucing itu Setokin sebab seluruh badannya hitam tetapi kakinya berwarna putih bagaikan memakai setokin. Sudah beberapa bulan ia tinggal bersama kami sejak dilahirkan. Lebih memudahkan ke empat-empat anak-anak kucing ini pandai membuang air di tandas. Dia akan buang betul-betul di floor-trap tandas. Jadi bila dia keluar dari tandas tahulah apa yang perlu kita buat (biasa yang buat Kak Meen & papa).

Sebelum itu seekor sudah lama menghilang tanpa dapat dikesan. Kemudian sehari kami balik dari Terengganu baru-baru ini, si Gebu yang kena sakit seperti itu dan akhirnya mati dengan ditangisi anak-anak dara mama. Kini giliran Setokin pula. Cara kematiannya sama. Kami mengesyaki anak-anak kucing ini di racun atau dia termakan racun bila melihat cara matinya menurut hubby keluar darah dan buih dari mulutnya. Mendengar Kak Meen menangis bagaikan anak kecil hati aku meruntun sama. Kak Mira (anak buah aku), Kak Reen dan adik juga aku lihat terhenti dari menyuap makanan ke mulut masing-masing sebaik mendengar Kak Meen menangis. Nikmat berbuka puasa benar-benar menjadi hambar. Kak Meen mengadap Setokin menghembuskan nafas terakhir sebab dia sedang ABC (Allah bagi cuti) oleh itu dialah yang konon mahu memberi ubat (papa belikan di pharmacy) kepada Setokin menggunakan syringe. Tetapi Allah sudah mahu mengakhiri kasihnya dengan kami setakat itu. Kullunafsin-zaa-iqotul-maut (setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati). Dari empat ekor yang disayangi anak-anakku kini hanya seekor saja yang tinggal.

Tinggal kenangan - Dari empat yang di atas sekarang tinggal Jojo saja (belang putih-hitam). Kasihan sehari-dua ini main sendirian. Si Gebu yang mati dulu yang sebelah kanan atas. Tengah itulah Setokin dan atas kiri sudah lama menghilang atau mungkin juga mati ada angkara lain tidak kami ketahui. Puas Kak Meen mencari hingga ke longkang-longkang tidak ditemui.
Aku tidak suka kucing tetapi tidak pernah terlintas untuk membunuh apalagi bertindak dengan cara kejam. Aku juga geli dengan kucing tapi aku masih mampu memberi mereka makan walau sambil memberi makan penyapu ada di sebelah tangan sebab bimbang dia datang sebelum aku pergi menjauhkan diri.

~~ Kucing mati tidak ada dakwa-dakwi tapi andai betullah kucing yang anak-anak aku sayangi itu mati dibunuh pasti ia akan menjadi saksi di padang mahsyar kelak.~~


52 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

MasyaAllah..
Mengapa perlu dibunuh...
Atau diracun kucing 2 tu ye kakzakie..
Tak sedikit pun membuat kejahatan pada manusia lain..
Lagi pun kucing2 tu tinggal bersama keluarga kakzakie..
Diberi makan dan penjagaan yg baik..
Betul tu kak..
Jika benar mereka akan menjadi saksinya..
Yang didakwa hanya manusia yg berhati kejam tu..

Mia Kassim said...

Jika betul diracun sangat kejam orang yg berbuat demikian ..

Samalah kak .. mia pun x gemar kucing sebab tak tahan bulunya tp x lah pula sampai bertindak sedemikian.

zmarl (ibu) said...

cara kematian macam diracun tapi wallahualam la kak..
yang zee tau selalunya kucing mudah dapat virus kalo tak suntik..
kematian pon berperingkat..lepas sekor mati mesti yang lain akan menyusul kemudiannya..

AtieYusof said...

Ya Allah..sedihnya kak.. kejam sungguh klu betul mereka meracun Setokin..sedih! kesin Kak Meen, sayu ja...:(
kami pun takda pelihar kucing, tapi klu ada yg dtg rumah atau terjumpa pasti diberikan makanan...

Shalimar Yusof said...

Ya Allah..klu betol di racun memg kejam lah..budk2 besar apa laa sgt..biasa besar ni memg penghibur hati laa

saniahibrahim said...

Kesiannya,kucing2 tu masih kecik lagi ,sanggup ada yg meracun .
Pandainya kucing2 tu buang hajat kat toilet ...kat rumah ni pun ada ank2 kucing ,nk dilepaskan kat luar ada kucing besar yg ganas nk terkam je...masalah juga part2 membuang bila dlm rumah ni...satu kerja nak membersihkan je.
Sedih sangat budak2 tu pd kucing ya kakzakie....sedihlah satu persatu dah mati.

saniahibrahim said...

Kesiannya,kucing2 tu masih kecik lagi ,sanggup ada yg meracun .
Pandainya kucing2 tu buang hajat kat toilet ...kat rumah ni pun ada ank2 kucing ,nk dilepaskan kat luar ada kucing besar yg ganas nk terkam je...masalah juga part2 membuang bila dlm rumah ni...satu kerja nak membersihkan je.
Sedih sangat budak2 tu pd kucing ya kakzakie....sedihlah satu persatu dah mati.

Malinda said...

kalau benar anak2 kucing akak di racun memang kejam la manusia yg melakukan nya...dah la bulan2 pose camni...kejam nye ya Allah...saya pon tak berapa suka kucing tapi cik boss dan anak2 suka...ada je bela kucing liar 3-4 ekor kat rumah ni tapi diorang sume duk kat luar je..penah gak kucing kesayangan kak long mati cam hape je minah tu nangis...sampai dgn saya2 sekali pon terbanjir gak petang tu...kucing kak long tu ada perangai pelik suka bebeno mkn buah durian...sampai kalau cik boss bawak balik durian time tu dia dah bergantung2 kat plastik tak sabo2 nak makan...sekali makan abis gak 2 ulas...kenangan betol :')

diary_ciknaa said...

saya pun tak suka tapi takde sampai nak bunuh..Allah.. sedih pulak baca keluar darah tu kak..

@na said...

Terharunya baca kakzakie ni...kepada Allah semua akan dikembalikan...

QasehnyaRania said...

saya pon x berapasuka dgn kucing. rimas kalau yg jns bulu melekat merata tu.

mmg kjam lah kalau sanggup meracun kucing itu. huhui. kasihan jojo keseorangan tanpa teman bermain..

Mummydearie said...

Sampai hati kalau betul ada yang beri makan racun pada kucing-kucing tu, kak. Yalah, kalau tak suka pun janganlah sampai diracun. Halau ajelah. Kalau dengar dari cerita akak ni, kucing-kucing tu semuanya berjagakan tapi kenapa ada orang yang dengki?

Rumah kakak saya ni ada 5,6 ekor kucing mendatang. Setiap pagi kena cuci lantai sebab tahi kucing merata. Habis pokok bunga kakak saya dikerjakannya. Kucing tak bertuan. Kakak saya kata kalau ikutkan hati nak juga tangkap kucing-kucing tu dan hantar jauh sikit dari kawasan rumahnya.

sitirohaida said...

Allahu..apalah dosa kucing tu jika ia dibunuh...ida pun tk suka kucing..tapi takdelah terniat sampai nak membunuh

paridah said...

SEDIHNYA BACA N3 KAKZAKIE NI..KESIAN KUCING2 TU KALAU KEMATIAN MRK SBB DIRACUN...TAPI SELALUNYA KUCING2 YG DIPELIHARA DGN PENUH KASIH SYG CPT SAJA KITA AKAN KEHILANGAN MRK...

Inani Hazwani said...

Tak baiknya lah siapa yang buat kalau betul kucing tu makan racun. Nani pun tak berapa suka sangat kucing ni tapi tak ada lah sampai nak buat begitu.

Unknown said...

Sama la kak, saya bukan penggemar kucing tapi tak pernah la sampai nak menyiksa dan membunuh kucing.

Sharifah Nadzarah said...

sedih pulak baca citer akk..sy suke kucing tp x suka bela..tp klu melayan kucing yg ada x kisah..kesian setokin..

Ann Ishak said...

saya sangat suka kucing dan boleh merasa perasaan sedih anak2 akak tu huhuhu

Nor Azimah Ali said...

Mcm kzakie kata, kalo ada yg buat khianat, Saksinya tetap ada, atau mgkn juga keracunan dgn benda2 yg dia tkleh makan mcm coklat, ada dgr kt tv baru ni, makanan yg pd kita tkde masalah tp jadi racun pd kucing mcm coklat tu.

Takpelah, ada lagi dua ekor tu.

Nor Azimah Ali said...

Mcm kzakie kata, kalo ada yg buat khianat, Saksinya tetap ada, atau mgkn juga keracunan dgn benda2 yg dia tkleh makan mcm coklat, ada dgr kt tv baru ni, makanan yg pd kita tkde masalah tp jadi racun pd kucing mcm coklat tu.

Takpelah, ada lagi dua ekor tu.

adarnadzmie said...

alahai kak.. kesianya kucing2 comel dan manja peliharaan anak2 kak mati cara begitu... kejam sgt lah si pelaku yg meracun kucing2 tersebut sekiranya kucing2 tu diracun....

semoga jojo menjadi penawar hati anak2 kak zakie...:(

emarieys said...

saya pun tak berapa gemar kucing..tapi tak sampai hati nak bunuh..sekarang ada beberapa ekor kucing belakang rumah...ada lebihan sisa makanan..ku kasi kucing makan..

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum..apabila kucing sudah menjadi sebahagian keluarga kita kehilangannya atau kematiannya sangat menyesakkan dada..sedih yang bukan kepalang kak..sedih yang bukan direka-reka..dan air mata yang bukan dipaksa-paksa..di sana kelak kucing-kucing ini bakal berbicara menjadi saksi setiap perbutan manusia..

Fiza Rahman said...

Comel kucing2 ni kak. Bijak plak tu kencing kat toilet. Kalau betul ada yang meracunnya, tunggu lah azab kat SANA nanti. Kesian jojo tak der kawan.

Jari Manis said...

mati di bunuh? mmg kejam lah org yg buat tu

Cikna said...

Cikna sndri xsuka kucing tp bila kucing dtg dekat akan ku hulurkan makanan...

Nieyla Nadia said...

Sedihnyaaaaaaa....:(
nieyl pencinta kucing...:(

norhidana said...

naper baca ntry akak terutama yg k meen nngis dana pun nngis sekali nih kak... sedihnya... kesian nya si comel tu kalau betul di racun kak.... di bln puasa ini manusia dh bertukar jd haiwan ke...

moga si jojo akan terus sihat hendaknya...
comel pulak tuh

Unknown said...

http://840301s.blogspot.my/

aiezza.sue said...

Ayat akak kat perenggan dua terakhir tu ingatkan saya pada sedara kat kg yg juga tak suka kucing.. tapi dia rajin bagi makan kat kucing yang datang rumah dia.. jadi ramailah kucing suka melepak kat laman rumah dia.. kat tangan dia memang ada je penyapu lidi macam akak.. pelindung diri rupanya.. hihi

Normala Saad said...

Kesiannya. Kalau betul diracun, memang kejam sangat orang tu..

amirah said...

sedihnyaaa....kalaula betul diracun..betapa kejamnyaaa

babYpose said...

Penjagaan seperti anak sendiri dibeli ubat dari pharmacy lagi tapi dah luar kuasa untuk menyelamatkan mereka dari kematian.. sedih la kak zakie..cerdik pulak kucing diajar oleh anak-anak solehah kz ni pandai guna tandas tu comel..

Khairul Bariah said...

kesiannya setokin kalau diracun

saya pun tak berapa minat nak pegang2 dan bela kucing
tapi takdelah sampai nak membunuh
kalau anjing pun kita tak sampai hati ni kan pula kucing haiwan kesayangan nabi.

hasliynda umairah beauty said...

pagi2 kucing memang suka mkn rumput,
mungkin ada rumput yg diracun kot...
alahai sedihnya

Kayu Manis said...

Yg meracun tu,sakit jiwa,akai tak dakkk

aizamia3 said...

Sadisnya cara kematian ia.. :(

irdagarmin said...

irda bukan peminat kucing..tpi tetap sedih kalau kucing mati macam tu depan mata...tak boleh bayangkan..kejamnya manusia

Warisan Petani said...

Saya sukakan kucing dan ada memelihara beberapa ekor kucing.
Memang sedih sangat kalau kucing kita mati.
Sampai mengalir air mata.

Unknown said...

kejamnya kakzakie kan bila di fikirkan
manusia skrg ni rasa nya dah tk berperikemanusian lah
binatang pun rsa nya ada rasa kasih sayang sesama sendiri
mentang2 diarang tu haiwan
tak sanggup rasa nya nk tengok

Qhaifa Nur said...

betul kak...walaupun nur pun takut kucing x tergamak sampai nk diracun...kejamnya manusia skrg

Azian Elias said...

salam kak. lama tak dengar cerita..

saya ni kan.. walau tak suka kucing. (sebab takut), tapi tak lah sampai songgup racun kucing.. kesiannya kan.. melampau betul.

insan marhaen said...

kuburkan ia sebaiknya...

pembunuh tetap akan didakwa di padang mahsyar kelak...

aby said...

salam kz ..
selagi stokin tu tk berak merata kt rumah orang sy rasa tidak ada perbuatan khianat, anak2 kucing ni terdedah kpd penyakit. mungkin ibu nya ada virus yg dibawa kt anak2 nya ..
banyak penyakit kucing yg pembawa virus tu adalah ibunya ..
apapun bersabar la ..
kocing balik ke PenciptaNya orak ono soalan kubor atau pun hisab ..
orak perlu susah ati

Hasif said...

Assalam..
siannya kucing itu telah sampai ajalnya..
kena racun? umm
hurmmm..

Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

McAfee Secure Di Wordpress article...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

harap yg satu tu dapat bertahan.. kesian dia tak ada kawan

jie susanos said...

kesian kalau di racun..

ada hikmat di sebaliknya..

Aryan azra said...

alahai kesiannya kalau betul diracun, siapalah yang tidak berperikemanusiaan tu.

Qaseh Vee said...

teringat my anak buah yg baru sabtu lepas kecoh si anak kucing rokiyah dah satu hari tak balik . bila dicari rupanya sedang bermain dengan anak kucing jiran tak ingat balik . mungkin juga sebab hujan , dia tak berani balik . bila dah balik , maka tidurlah dgn anak buah sampai pagi ... bela kucing ini memang menyeronokkan . jadi satu terapi . bila stress , belai dan main dgn kucing jadi lega tapi ... tak sangup nak hadap kematian mereka ... saya jga dah merasa ...

Yaya Azura said...

yaya pun geli dengan kucing kak
tapi nak nayakan kucing tu tak terjangkau dek akal
haiwan kesayangan nabi tu.

arzmoha said...

kucing haiwan paling manja dan memahami tuannya

OKje said...

Bergenang mata dinda ni kanda...pepagi baca kisah kucing mati. Dinda ni kurang suka jugak kucing tp bila dah bela timbul pulak rasa kesian.

Sampai hati mereka yg meracun tu kan kanda....