Monday, June 27, 2016

Terung pipit dan mata kucing

Menemankan hubby melawat rumah kami yang kosong. Sengaja kami kosongkan dan tidak mahu sewakan lagi. Hubby ada perancangan lain. Di sini hubby ada tanam beberapa pokok mangga, sudah berbuah pun. Pokok rambutan kuning dan merah juga sudah berbuah. Pokok buah mata kucing, tebu dan pisang pun ada. Minggu pertama puasa tempohari hubby ada semai pokok timun, peria, cili, terung dan kacang bendi di keliling pagar. Nampaknya sudah mula membesar sebab kena pada masanya sebaik bulan ramadhan, hujan pula boleh dikatakan kerap turun. Harap-harap bolehlah menjadi. Pokok bunga talang dan kacang botor yang sedia ada juga kami biarkan terus menjalar. 

Terung pipit - Keluarga kami memanggil terung pipit ini cepokak. Ulam makan dengan sambal belacan. Anak-anak  tidak pandai makan tapi mamanya yang merupakan anak kampung jati mestilah pandai.
Tumbuh sendiri - Pokok ini sebenarnya bukan kami tanam tetapi ia tumbuh sendiri samada di bawa angin atau burung. Tumbuh berhampiran dengan pokok mata kucing yang besar, jadi terlindung dengan panas itu yang cantik buah-buahnya.
Mata kucing - Musim yang lepas buah mata kucing ini tidak terjaga. Lebih banyak sedekah kepada mereka yang jogging, budak sekolah tunggu bas sekolah dan burung-burung yang singgah. Alhamdulillah berkongsi rezeki.
Di luar pagar - Niat di hati ada masa mahu disarung buah yang di bahagian dalam pagar sebab yang diluar pagar biarlah kongsi kepada siapa yang mahu, tetapi sehingga Sabtu lepas masih tidak terbuat lagi. Ahad hubby bekerja. Pokok mata kucing ini sudah terlalu besar. Mungkin akan tiba masanya kelak terpaksa di tebang juga. Tetapi kasihan pula dengan anak-anak sekolah yang menunggu bas biasa berlindung dibawah pokok ini sambil menikmati buahnya.
Sebagaimana binatang belaan begitu juga pokok. Sayang pula mahu ditebang walau sudah terlalu besar dan bimbang memudaratkan pula. Apa yang kami nampak anak-anak lelaki suka memanjat. Kami bimbang ketika memanjat sambil mereka bermain. Bimbang mereka jatuh. Biasa kalau yang bahagian bawah sudah tidak ada buahnya mereka sanggup memanjat. Itu yang bahaya. Tunggulah samada kami tebang pokok mangga dulu atau pokok mata kucing dulu.

~~ Walaupun ada pokok sendiri kami masih juga membeli buah mata kucing dan mangga yang dijual di luar.~~


43 comments:

Rozita Ceritaita said...

bestnya kak... rumah ni kat mana?

Rozita Ceritaita said...

bestnya kak... rumah ni kat mana?

cahayahidupku.blogspot.my said...

Luas ye tanah dirumah akak tu..
Boleh menanam pokok yg besar2 lagi tu..

Saya pun panggil terung pipit juga tu kak.
Kalau saya suka buat goreng sama dengan ikan bilis..
Yang makan terungnya saya dan en suami ajer..
Anak-anak kutip ikan bilis nya ajer :)

Tu lah pula kan kak..
Kalau dah besar takut mudarat kat anak2 yg panjat pokok tu..
Boleh ajer akak tebang tu kak..
Lepas tu ganti dengan buah longan pulak...
Pokok tu rendang jer..
Dan cepat berbuah..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Best nya akk ada mini dusun buah...! Hehehe. Alhamdulillah berkongsi rezeki kan kak dpt jugak diorg rasa hasil nya. =)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..cantas je kak bagi rendang...rasa sayang pulak kalau ditebang terus..sebab nak hidup makan masa juga...

ezy.fia said...

bestnye rumah dikelilingi pokok2..

Nieyla Nadia said...

Rumah nieyl pun ada jugak buah mata kucing nie...
tapi berbunga je lebih tau..tapi x sempat nak makan pun...
asyik hilang aje buahnya..hihihi

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah..sejuk tangan suami akak kan semau menjadi! ;)
Lagi disedekah lagi meriah buah nyer ye kak..syukur rezeki dikongsi bersama.

Warisan Petani said...

Salam bertani.
Berbudi kepada tanah, pasti meraih hasilnya.

HeNRieTTa JoSe said...

meriah buah mata kucing...rietta ada juga keinginan nak tanam, tapi kawasan terlalu kecil...

E'in said...

First dgr terung pipit tu.. Huhu

sitirohaida said...

berbakti pada tanah,hasilnya lumayan kan kak...kalau tak silap eda rasa terung pipit tu pahit kan kak..hehhe..atok rajin makan buat ulam..

saniahibrahim said...

saya suka buat sambal tumis terung pipit ni kakzakie ,tak pandai buat ulam .Rajin berbakti pada tanah pasti dapat hasil nya kan...Alhamdullilah dapat berkongsi dengan yang lain.
buah mata kucing tu saya tak pandai makan sejak budak2 lagi kakzakie..

Mar Mansor said...

berbakti pada tanah..syukur ada tanah untuk bercucuk tanam kan kak

Normala Saad said...

Seronok tengok org punya pokok mata kucing..saya teringin sangat nak tanam dari dulu..

Kak Wawa said...

bestnye semua ada kak..")

Khairul Bariah said...

seronok ada laman rumah yg luas macam ni. boleh bercucuk tanam. hasilnya boleh lah dimakan sendiri. atau disedekah pada orang/haiwan mcm yg kakzakie buat tu.

terung pipit tu saya panggil terung belanda. saya tak suka. byk tumbuh di kawasan rumah emak tp dibiarkan saja. takde sapa yg nk ambik makan.

Puan Kutu said...

Bestnya macam2 pokok ditanam.mesti kawasan rumahnya luas..berbakti pada tanah ada hasilnya kan..bahkan klu kita meninggal pun pokok y kita tanam selagi ada org makan..org tumpang berteduh or binatang pahalanya mengalir kan kakak zakie

Puan Kutu said...

Bestnya macam2 pokok ditanam.mesti kawasan rumahnya luas..berbakti pada tanah ada hasilnya kan..bahkan klu kita meninggal pun pokok y kita tanam selagi ada org makan..org tumpang berteduh or binatang pahalanya mengalir kan kakak zakie

Malinda said...

gitu la kalau rajin berbudi pada tanah puas dapat makan hasilnya...dapat pahala lagi sebab sedekah pada manusia dan haiwan2 yg duk singgah makan...bila tengok pokok mata kucing akak tu terus sy teringat pokok saya dulu kak...buahnye beso2 dan lebat sangat...isi tebal dan manis berjus...tapi pokok tu dah mati...di racun pulak tu...saya tau sapa yg buat tapi takpa la saya dah pon maafkan perbuatan dia...:')

PetakBunga said...

sebelum ni tgok husbank mkn buat ulam, x pernh cuba.. bila dah bnyk sgt jiran bgi.. try goreng sambal.. sedap juga terung pipit goreng sambal ni..

MasturaDin said...

sedapnye mate kucing tu..feberet.. Untung, takyah beli dah kan... :)

Fazleyatul Aini said...

sama la kak
dah ada tanam pon tetap nak beli jugak hihi

babYpose said...

Alhamdulillah ingatan berkongsi rezeki kepada kehidupan lain, pokok juga untuk berteduhkan.. tu la cantik kawasan umah kak zakie ni, luas dan bermanfaat pula. Rasa macam pernah makan terung tu :)

Mummydearie said...

Dah macam mini dusun dah ni, kak. Itulah untungnya berbudi pada tanah ya. Ada peluang, merasalah rezeki hasil tanaman. Kalau nak ditebang, sayangnya kak tapi kalau dibiarkan pun, susah juga ya!

wahida said...

saya suka terung pipit tu kak...mak saya suka letak terung pipit dalam sambal hijau ikan mayong...aduhai...taip mcm ni pun dah terliurrr...huhu...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam ada pokok di rumah akak ni. Rezeki di bulan puasa.

adarnadzmie said...

mcm2 tanaman ada di rumah kak... seronok saya tgk

terung pipit ni saya suka tgk org jer masak dan makan... saya x makan terung pipit... hehee...mcm mana la rasanya...

paridah said...

WAH BERHASIL TANAMANNYA N RAMAI YG MENGONGSI HASILNYA...SYUKUR MURAH REZKI KAKZAKIE

Uncle said...

Masak thai curry letakkan terung pipit tu memang sedap dan terasa 'authentic'....tapi mana nak cari?

Umialya said...

Saya suka terung pipit masak tempoyak + ikan bilis..

irdagarmin said...

mak irda selalu masak terung pipit goreng sambal dengan ikan bilis,lepas tu letak cili macam sambal padang tu..sedapp sangat kak..wahh cantiklah rumah akk dah pacakage dengan sayur-sayuran hehe...nampak macam tenang je keadaan disana dikelilingi tumbuhan

LadyBird said...

Sayangnye kak klu ditebang.. Klu dicantas shj dahannya ok x kak?

OKje said...

Jiran depan rumah dinda ni pun ada mata kucing kanda. Buahnya berjuntai juntaian keluar pagar. Laki dinda selalu cakap, geram tengok mata kucing yg besar besar tu bila parking keta kat situ. Nak petik ambik sebijik dua buat lepas kempunan pun rasa malu hihi....

Kenapa agaknya ye kanda dah ada buah sendiri pun masih nak beli kat luar?


Qhaifa Nur said...

Sedapnya kak zakie, nur tgk terung pipit tu
Lawan dgn ikan bilis ni...
mmg x blh nk elak walau ada pokok sendiri
membeli tetap juga

Bunda_nora said...

Kalau tanah luas macam ni boleh jer tanam pokok besar2 dan pelbagai... teringat lagi masa kecik2 tu sama naik ngn budak lelaki main perang2 guna pistul kayu, pelurunya terung pipit...

hehe nostalgia terung pipit gitew..

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga dipermudahkan beribadah di Ramadhan ini.
Terung pipit, aduhh nostalgianya... Pokok terung pipit yang di kampung dulu pun tumbuh sendiri tepi tiang rumah. Burung kut yang tanam. Arwah emak selalu kutip dan buat masak tumis belacan campur dengan ikan bilis. tengok terung pipit lantas teringat arwah emak...

amirah said...

luasnya laman rumah akak ni..mmng boleh tanam mcm2 ni..waa..best2

Fiza Rahman said...

Bestnya rumah ada tanah. Buah mata kucing tu...feveret saya.

Lydia Miza said...

Assalamualaikum kak zakie.byk hasilnya. Alhamdulillah

Apa kata tutuh saja dahan atas biar rendang sikit. Kalau rendang tak la budak panjat tinggi sangat. Bahaya betul anak2 ni panjat nak ambil buat. Kecut perut membayangkan

nhhas said...

untung dan rezeki berbudi pada tanah kan kak kan

nurhuda said...

sedapnya mata kucing. bukan senang nak jumpa pokok mata kucing berbuah dgn lebat macam ni.

QasehnyaRania said...

sedapnya bah mata kcing
alhamdulillah mnjadi semuanya hasil tanaman.sernokkanbla dapat mkn hasil tanaman sendiri

adik no 3 pon ade tanam pokok mata kucing di kg
alhamdulillah dh merasa buahnya.
rumah arwah pak sedara pon ade pokoknya. pon dh mersa hasilnya