Wednesday, June 1, 2016

Menggamit keindahan bersama - 3

Pisang kejuk - Kuala Terengganu
Pisang kejuk - Kuala Terengganu
Pisang Kejuk tertulis dibanner pada kiosk tersebut. Aku sangkakan ianya kerana salah mengeja perkataan keju (cheese) sebab di JB banyak tempat menjual pisang goreng ditabur cheese. Tetapi versi yang anak-anak beli ini pisang goreng ditabur bermacam variasi pilihan. Ada coklat rice bermacam warna dan perisa. Ada cheese berwarna-warni. Ada flakes bermacam bentuk dan perisa. Ada juga marshmallow berwarna-warni. Sehinggakan pisang gorengnya sudah tidak kelihatan lagi. Buat mama/papa pisang goreng cecah sambal kicap juga yang sedap.

Kula Cakes - Kuantan
Kula Cakes - Kuantan
Sementara anak membeli kami di dalam kereta betul-betul di depan padang ini.  Lot parking penuh!
Kula Cakes ini dibeli mengikut kehendak anak-anak juga. Oleh kerana memenuhi kehendak anak-anaklah papa sanggup tidak mengikut jalan yang sepatutnya kami lalui untuk balik JB. Kedudukan outletnya yang agak tersorok di tengah bandar Kuantan, di tambah dengan kesibukan jalan papa meredah mengikut arahan waze, memandu memasuki lorong sehala yang sempit dengan kiri-kanan bangunan semata-mata memenuhi anak-anak. Boleh mereka kata "Thank you papa. Untung kita ada papa yang understanding kan." Papa geleng kepala bila aku senyum menjelingnya. Semua yang mereka beli mama/papa langsung tidak ada rasa teringin untuk menjamah. Berkali-kali mereka mahu kami merasa tetap tidak ada keinginan. Mereka makan bertiga.

~~ Bila sudah menjadi viral yang biasa pun akan menjadi luarbiasa.~~


42 comments:

Sharifah Nadzarah said...

Assalam kak..morning..pisang kejuk tu kat tmn daya pun ada kak...tp sy lom penah rasa..mak sy ckp sedap lagi pisang cicah sambal kicap...hehhee

cahayahidupku.blogspot.my said...

Makanan "viral" memang cepat pengaruhnya kan kakzakie..
Saya pun tak teringin juga nak makannya..
Macam semalam pergi pasar malam..
Sibuk nak makan keropok lekor bersama serbuk cheese pedas tu..
Bagi saya cecah dengan sos keropok lekor tu lagi sedap..

Memang sporting abang akak tu..
Kalau en suami saya tak dilayannya..
Saya jer yg melayan kerenah anak2... :)

Mia Kassim said...

Mia pun ingatkan pisang keju .. lain rupanya tp tetap sama ditabur manisan. Mia pun lebih suka pisang goreng yg dicicah sambal.

Khairul Bariah said...

ingatkan apa lah pisang kejuk tu
saya pun sama, suka yg original drp yg fancy2
kdg2 rasanya biasa aje..tp dah viral
terkenal pulak dia kan.

memang sporting papa mereka ye
papa anak2 saya, kalau kurang penting
dia malas nak mengikut ragam mereka.
diam ajer lah anak2.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..bila sesekali dapat berkumpul pasti papa mama tidak tergamak untuk menghampakan keinginan anak-anak..terutama bab makanan..takut nanti bila masing-masing dah balik asrama teringat-ingat pula..sebabnya PC sendiri walau dah jadi isteri bila balik kampung ada saja yang mama masak..kadang tu baba dah siapkan bekal untuk bawa balik KL..PC selalu cakap..anak baba mama dah besar dah jadi isteri pun..tak apa..tapi baba mama cakap sampai bila-bila anak baba kecik je...hahaha..*pengsan..*

Jueliza Jamani said...

sedapnya kek2 tu kak..

Bunda_nora said...

Dah macam2 variasi pisang goreng sekarang... sama naik glamernyer dengan cheese cake n cup cakes bagai tu.. untung lah peniaga... dengan berniaga pisang goreng pun tak mustahil boleh jadi kaya.. berkat usahawan moden yang kreatif...

Nieyla Nadia said...

Dah macam² dah skrg nie..
untung jadi pisang ni ye..
kalau dulu,pisang goreng,xpun cucur pisang..huhu..

nohas said...

pisang goreng original jg yg sedap...

paridah said...

SELERA ORG LA NI BEGITU KREATIF KAN KAKZAKIE...ASAL BOLEH DIMAKAN SAJA SEMUA DICAMPURKAN..BAGI YG BERSELERA OK JER.

Puan Kutu said...

Pisang kejuk..macam menarik.budak2 muda suka la ni.klu sy setakat pisang cheese tu boleh lg masuk tekak..

Sedapnya kek.tempting aih.hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

alamak.. tetiba sy rasa teringin nak makan pisang kejuk kat Tmn daya

Inani Hazwani said...

Sedapnya :)

Kak Wawa said...

macam2 makanan viral sekarang. bab pisang ni wawa tak leh nak gi, kena makan original juga..")

Zaitun said...

Terasa hilang traditional kan kakzakie pisang goreng dicampur cheese. Orang kl pun dah ikut macam orang johor cicah dgn kicap sedap.
Samalah hubby kak Zai ikut saja kemahuan anak2 walaupun dalam kepayahan.

Falsya said...

kakak, aduhaiii...rase mcm nak masukkan tangan dlm monitor pastu capai kek2 tuh je tau..sedapnyeeee..

saniahibrahim said...

Sekali baca ingatkan pisang sejuk rupanya pisang kejuk :-).samalah saya lebih suka goreng pisang asli ....anak2 zaman skg biasalah selera mereka lagi dah ikut peredaran semasa.
Suami kakzakie samalah dengan ayah budak2 kat rumah ni ikut je apa yang anak nya ingin kan kecuali tika dia tak mampu .

saniahibrahim said...

Sekali baca ingatkan pisang sejuk rupanya pisang kejuk :-).samalah saya lebih suka goreng pisang asli ....anak2 zaman skg biasalah selera mereka lagi dah ikut peredaran semasa.
Suami kakzakie samalah dengan ayah budak2 kat rumah ni ikut je apa yang anak nya ingin kan kecuali tika dia tak mampu .

@na said...

Alhamdulillah, kakzakie diberi peluang utk menggamit keindahan bersama....untung anak2 kakzakie dpt papa yg penyanyang...

raihanah said...

ingatkan apa tadi kakzakie. tapi saya pun kiranya suka benda original. kalau fancy2, kreatif ala2 hipster risau juga bab kesihatan. huhuh

wahida said...

betul tu kak...kalau dah viral, yang biasa pun boleh jadi luar biasa...padahal bila dah beli, mmg biasa je...hahaha...

pisang goreng cicah sambal kicap jugak yang best kan kak...

Hsna Rahman said...

but still pisang yg original flavor lg nyummmyyy..=) tp menarik la kalau meniaga mcm tu..budak2 mesti suka colouring mcm tu..

Mummydearie said...

Pisang kejuk tu memang goreng pisang kejulah ya, kak. Sekarang ni macam-macam ditaburnya, dengan nama glamor 'gorpis' gitu ^_^ Apa-apa pun goreng pisang biasa cicah sambal kicap lagi bestkan, kak!

Alahai, kak! Saya ni dah dua tiga hari teringat goreng pisang cheese tau. Ingatnya sebelum puasa nak juga makan goreng pisang cheese ni!

diary_ciknaa said...

haa betul kak.. viral punya pasal..huhu

HeNRieTTa JoSe said...

ooo mmg namanya pisang kejuk erk...mcm mcm kan skank ni....adeq adeq sepupu rietta pown sama...ajak ke sna kesini...kata dorg ada kt fb la, insta la...xterkejar rietta dengan media sosial dorg...

Aryan azra said...

wah dah pergi makan kula cake ye, untung anak2 dapat papa yang baik macam tu

Unknown said...

hehehhe..pandai pulak bodek tu..kadang2 memang makanan tu biasa je kak..tapi sebab viral, orang tengok pun rasa teringin je..hehehe

Mizz ErMa said...

wah, sampai macam tu sekali penangan viral..hihihi

Unknown said...

salam kak..lama tak drop komen sini..memang malas sangat..hahahaa

sekarang memacam makanan ada..sumer pon di'olah'..kadang pelik pon ada rasanya..pisang tuh bebudak suka la kot..nampak cam manis..kita yg dewasa ni dah biasa makan yang 'oldskool'..

Dr K said...

Setuju kakzakie, makan pisang goreng biasa cecah kuah kicap lagi best! hahaha

insan marhaen said...

macam saya dulu juga semasa anak masih kecil. contohnya beli aiskrim untuk mereka tidak untuk saya.

mereka mereka offer untuk makan sama, saya geleng kepala. bukan tak teringin tapi....

Qhaifa Nur said...

Bila dh viral cepat femes
mmg mebelesss la kak zakie
rugi pula klau dtg tak beli...mmg kena cari

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
macam-macam variasi pisang goreng sekarang ni...sampai dah hilang keoriginalannya hehe...tapi tu yang budak-budak (termasuk mak dan bapak budak) suka sangat, dengan kaler-kaler lagi. cuma pisang goreng cecah kuah kicap tu...baru la ni tahu hahaha, naifnya saya!

hasliynda umairah beauty said...

semuanya sedap

sitirohaida said...

bila dah sampai ke sana,rugilah tak merasai apa yang diviralkan tu kan...

babYpose said...

Untung juga anak-anak peka dengan trend sekarang.. dapatla idea untuk aunty ni hehe.. pisang goreng si ubah suai mesti sedap..sambil melayan kehendak anak bole nikmati tempat baru kan..

OKje said...

Sama le selera kita nampaknya kanda, setakat pisang cheese tu boleh lagi tp kalau dah berwarna warni atasnya, sedap mcm mana pun tetap sambal kicap yg hitam tu jugak yg sedap hihi

OKje said...

Sama le selera kita nampaknya kanda, setakat pisang cheese tu boleh lagi tp kalau dah berwarna warni atasnya, sedap mcm mana pun tetap sambal kicap yg hitam tu jugak yg sedap hihi

TukangKebun said...

Wah memang sampai tak Nampak dah pisang gorengnya.
Menarik juga nak buat anak tertarik makan pisang goring ni.
Cuma tak boleh selalu takut high sugar pula.

aiezza.sue said...

TQ PAPA, tak pe la papa letih sket, papa kan Hero.. yang penting anak-anak gembira jalan-jalan cuti-cuti kali ni :)

QasehnyaRania said...

hahaha, kan..
seleera anak anak muda kini semuanya ikut pada yg diviral.. bila dh merasa puas lah hati..

betul kak, pisang goreng cicah sambal kicap jugak sedap.. hihihi

Jari Manis said...

pisang keju ke pisang kejuk kak