Tuesday, May 31, 2016

Menggamit keindahan bersama - 2

Satu yang amat membanggakan rata-rata usahawan di pantai timur adalah orang bangsaku. Itu yang bila membayar ada rasa kepuasan lain di hati. Kami tabik hormat kepada mereka yang menaikkan peratus ekonomi bangsa. Pandang tepi, kanan-kiri pasti akan dilihat bangsaku menjana ekonomi setaraf mereka yang menguasai ekonomi negara. Syabas buat mereka!

Barokallahumma - Merakam detik terpetri ikatan sebagai suami isteri di Masjid Kristal.  Ibu-bapa pengantin lelaki kawan kami suami-isteri. Memandangkan keluarga dari JB hanya nenek dan adiknya saja yang ada lalu dia menelefon kami untuk sama-sama memeriahkan majlis sebaik tahu kami berada di Kuala Terengganu. Selepas menikah kami dijamu di rumah pengantin perempuan tidak jauh dari Masjid Kristal ini dengan nasi dagang yang sangat sedap. Tidak ada gambar makanan sebab malu di tempat orang. Bimbang disalah-tafsir "apa kena orang JB ini sibuk mengambil gambar makanan" pula.
Beef blackpepper - Pilihan Kak Meen. Malam itu kami ke restoran NR Seafood. Tempat yang biasa kami jejaki setiap kali ke Terengganu

Sayur kailan - Biasalah kalau sayuran pastinya pilihan mama. Tidak perlu order sayur lebih lagi sebab kami sudah tahu di sini setiap ikan/sotong yang dimasak pasti akan dihias dengan daun salad yang banyak.

Tomyam - Keluarga kami bila makan di luar tidak lari dari pilihan tomyam begini. Apa lagi jika tomatonya berenang-renang lagilah aku suka.

Butter prawn - Walaupun tidak setanding dengan Restoran Singgah Selalu tetapi tetap boleh dimakan kerana kesegaran udangnya tidak boleh dinafikan

Sotong tepung - Sama juga dengan yang ini. Rangup di luar lembut di dalam. Setanding dengan celup-celup di Pok Nong 

Idaman Kak Reen - Sotong goreng kunyit saja pun tapi sedap. Lihat daun saladnya:)

Ikan - Sweet sour. Semua ikan kami pilih sendiri di satu bahagian yang disediakan pihak restoran untuk kita memilih sebelum ianya dibawa masuk ke dapur. 

Stim halia - Ikan lain masak cara lain. Biasalah sebab kami sudah tahu di sini murah kami tidak teragak-agak untuk memilih apa yang dikehendaki anak-anak.

Ikan lagi - Ini ikan stim limau. Biasalah tiga anak tiga jenis ikan dan tiga citarasa. Mama-papa ikut saja. Tetapi memang kami makan sungguh-sungguh.  Macam Kak Reen langsung tidak ambil nasi. Kami ratah lauk-pauk saja. Berbaki udang dan sotong bungkus bawa balik villa penginapan kami.

Sekeluarga - Rezeki dari Allah buat kami pada malam tersebut

Alhamdulillah - Kenyang sudah lain kali kami datang lagi. Bungkus mana yang tidak habis.
Jika mahu dibandingkan dengan harga restoran di JB aku percaya pasti tidak dapat harga seperti yang dikenakan itu. Semua yang kami makan tidak sampai RM200/- berbanding biasa kalau kami makan di JB pasti dua kali ganda harga tersebut.

~~ Bercuti dengan shopping dan makan-makan di luar tidak dapat dipisahkan.~~


40 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Murah kan ganu? biler la saya nak sampai ke sana.. ;) seronok baca entry akak berjalan dgn anak-anak ;)

Khairul Bariah said...

banyak nye lauk pauk yg diorder tu kak
memang kenyang menyendat ler perut...

kalau dibandingkan JB dgn KT..
lebih murahlah KT kan, dah memang tempat dia seafood2 semua tu

Kak Vit said...

murah kak rm200 siap dengan butter prawn bagai semua tu .. 😋😋😋

Tips berpuasa untuk keluarga

Sharifah Nadzarah said...

Alhamdulillah..rezeki anak2..nampak sedap smua tu..tq kak igat lagi kak kita..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Banyaknyaaaa ambil ikannnn.. heheheheh. Nanti kalau ke Tganu sy nak cari restoran ni

Yaya Azura said...

masjid kristal tu dah dekat sangat dengan rumah yaya kak.

Qhaifa Nur said...

sambil menyelam minum air ni kak zakie...
masjid kristal...teringin betul nak ke situ
sgt murah kak...mcm2 ada...klau kl entahlah berapa pulak harganya

monalea said...

sama ngan lealah kak. kalau tomyam ada tomato yang berenang-renang ke tepian seronoknya....

norhidana said...

akak kalu mkn di mana... pilihan makanan tu mmg nampak menyelerakan aja

masjid kristal tuh... lawa betul lagi2 kalau dpt bt majlis kt situ lg best

PeRdU cINta said...

alhamdulillah...menu macam tu tidak sampai RM 200 kak...subhan Allah murah kak...murah...rasanya sangat berbaloi..PC yakin kalau akak kata sedap dan puas hati maknanya betul lah tu..apatah lagi akak ulang tempat yang sama berkali..sebab PC dan keluarga pun kalau rasa tempat tu ok..kami akan ulang berkali-kali...

Normala Saad said...

Murahnya harga...menu pun banyak jenis..kat sini mau lebih...

paridah said...

BETUL KATA KAKZAKIE KALAU KITA BERADA DI KUALA TERENGGANU SEOLAH BERADA DI BANDARAYA ORANG MELAYU...BANGGA SEKALI PRASAAN KITA KERANA KEBANYAKAN PERNIAGAAN BESAR N KECIL DIUSAHAKAN ORANG KITA YANG AMAT RAJIN...KALAU BAB MAKAN2 DI SANA MMG ENAK LAGI BERPATUTAN HARGANYA...WAH NAMPAK BERSELERA KAKZAKIE N FAMILI NIKMATI HIDANGAN DI SANA.

Mia Kassim said...

Klu dah namanya berjln kak, tak lari dr mkn yg sedap2. Masa ni lah diet lari abis hehe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terlalu lama saya tak menjejaki trengganu ni kak zakie..
Itu pun saya pergi sana kerana kursus pejabat adakan disana..
teringin sangat nak pergi bersama keluarga..

Mewah sungguh makanan ye kak..
Pastu murah pulak..
Memang teruja sangat nak ke sana..
Tunggulah bila Najeeha habis peperiksaaan UPSR..

Nieyla Nadia said...

Ok lah tu kan..x sampai rm200 klu kat area nieyl nie rm200 mmg dah dalam tangan dah klu mcnie...

Inani Hazwani said...

Barakallah pengantin. Tudiaaa macam macam menu ada :)

saniahibrahim said...

Banyak makanan terhidang gitu baru 200 kakzakie? Bestnya murah dan dah tentu segar kan.
Bangga lihat kaum kita boleh setanding dgn bangsa lain.

Kayu Manis said...

Wah rezeki kak zakie ummmpphh yummmehhh. .
Berkepuk2 duit kak..hihi😄😄😄

Mummydearie said...

Banyaknya akak order ^_^ Tapi tak kisahlah sebab banyak macam tu pun tak sampai RM200. Okeylah tu. Cuma kebatanglah rasanya kalau nak menghabiskan semua. Kena siap-siap tapau bawa balik rumah macam ni. Kami yang selalu makan dengan Ngah dan anak-anaknya pun tak pernah sekali makan sampai tiga jenis hidangan ikan kami order, kak ^_^

Aryan azra said...

dengan lauk yang sebanyak itu,kos tak sampai rm200,memang murah sangat tu kak. sedap juga meratah laukkan tanpa makan nasi

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

murah harga nya! kena dengan menu yang kebabomm tu kak.. aritu aina makan ikan kerapu, udang butter n sotong tepung da rm 1++ huhuhu.. Best best ikan stim limau tu.. peberet! =)

wahida said...

sedap2 makanan tu kak...murah pulak tu...
saya tak pernah sampai terengganu lagi kak...sian saya...huhu...

Azlan Strider said...

boleh tahan gak murahnya...tapi kalau bercuti memang wajib kait ngan makanan..kalau bercuti tapi tak rasa makanan kat area itu macam rugi laa pulak...hehehehe

Regards,
-Strider-

Puan Kutu said...

Betul kak zakie..klu bercuti ni budget mesti lebih dekat makan..byknya order kakak zakie..semua menu sedap2 portion besar.memang makanan dipantai timur ni kira kategori murah kan..jb tu sedia maklum la memang mahal..

Umm AA said...

Pantai timur agak murahlah sket kakak berbanding ngan bandar2 besau..tengokkan lauk pauk kakak tuh mmg murah ngan harga tuh..pepun..telan air liur jugak sipembaca nie..:)

Bunda_nora said...

Murah nya yer... makanan pun nampak sedap2..

insan marhaen said...

pendekata, kalau nak melancong... poket kena penuh...

@na said...

Assalam kakzakie, berapa lama lagi kat terengganu kak? Nanti balik jb jgn lupa timbang berat...hehehe...pepun hepi holiday kak

nurhuda said...

wah.. semua menu favourite huda. alhamdulillah rezeki, bukan slalu dapat makan macam ni kan

Nor Azimah Ali said...

Kzakie,heeee...best kan makang2 kat teganung,semua fresh kan, saya kalo ikan tengah murah tu, saya borong byk2 bwk blk KL, akk bygkan ikan fresh dgn mata berkilat, isinya keras toing2, goreng saja pun sedap, sebab tu kepok iksn teganung sedap. NR tu kitorang penah pegi juga.😃

Dkna Abza said...

good idea kenduri kawen hidang nasi dagang.. pernah dengar jamu nasi ayam.. idea bagus sebab lain dari yang lain

nohas said...

sedapnya..dan murah juga..less than RM200..

Falsya said...

scroll laju2...lapauuuu...nasib baik dh nak lunch dh..hehe

Kak Wawa said...

ALHAMDULILLAH, kenyang.Telan air liur wawa tengok..")

nhhas said...

Menanges baca entri kakak sekarang ni...

Sib baik blom puasa... ha ha ha

babYpose said...

Makan besar tu kak zakie.. alhamdulillah dapat menyaksikan kegembiraan pasangan membina masjid di masjid terkenal di sana pula. Ikan adik yang mana tu sat aunty scroll heee :)

OKje said...

3 ekor ikan kanda order? Boleh tahan jugak nak menghabiskan tu hihi....
Seronok kalau makan banyak cenggitu tp harga murah ye kanda.

OKje said...

3 ekor ikan kanda order? Boleh tahan jugak nak menghabiskan tu hihi....
Seronok kalau makan banyak cenggitu tp harga murah ye kanda.

TukangKebun said...

InsyaAllah bila puasa lebih mudah nak kawal nafsu pilih makanan sebab dah selesaikan cravings.

QasehnyaRania said...

nikmatnya semua makanan tu.
ni yang tak sabar nk jjcm ke ganu.
tp kene tunggu rania genap 2 tahun dlu. brulah seronok nak jjcm ke sana. tak delah nengok aje ummiayah makan, kan !