Tuesday, November 8, 2016

Musim tengkujuh bagaikan winter

Cuaca ketika balik menghantar adik balik baru-baru ini. Memandangkan hari adik balik papa bertugas, maka mamalah mengambil-alih menghantar adik dengan meredah hujan lebat. Melihat dua kali kenderaan pacuan empat roda yang menjunam masuk ke dalam longkang buat hati mama kecut. Hujan lebat kenderaan besar sajalah yang berani memandu laju. Memandangkan mama hanya menggunakan kereta selalu pergi kerja kenalah memandu mengikut belakang kereta-kereta lain. Kalaulah tahu kena meredah banjir begini sudah pasti mama memandu 4WD papa.
Pemanduan - Apabila dengan keadaan hujan yang lebat, jalan digenangi air, kenderaan pula bertali arus rata-rata tidak ada yang berani memotong. Tumpuan penuh kepada laluan kenderaan yang dipandu. Lihatlah berapa laju pemanduan aku? Hanya 40km/jam. Bermakna kereta di depan dan belakang aku juga lebihkurang begini.
Semoga dalam keadaan cuaca sejuk begini anak-anak yang menduduki peperiksaan tetap cergas, kuat dan bersemangat untuk menjawab semua soalan. Melihat ada anak yang bertongkat kerana terlibat dengan kemalangan sebelum peperiksaan rasa belas pula. Semoga ujian itu membuat dia lebih kuat dan tabah menghadapai cabaran.

~~ Pergi kerja sejuk meredah embun pagi. Tiba di pejabat sejuk di dalam airconditioner. Masa balik pula sejuk meredah hujan lebat.~~


35 comments:

Ann Ishak said...

wah naik air jugak ek...berhati2 kak

Acik Erna said...

Dah musim hujan kan kakzakie..aimi kata di bp pun hujan kadang suboh pi masjid tak hujan katanya bila nak balik hujan kena la balik berhujan..pi kelas naik motor hujan pun kena redah jugak

OKje said...

Dari JB tak jauh ke sekolah adik tu kanda? Adik bukan kat Mersing ke kanda?
Dinda kalau hujan lebat pun takut nak drive....takut langgar air bertakung mcm tu. Boleh lari kan tayar tu kanda....

Tapi kalau jauh jauh mmg jarang sangat dinda yg drive....

Ujie Othman said...

mmg sejukk skrg ni. Kat NS ni pun gitu..smlm balik Ptn & BP pun hujan/mendung je. Best jugak..heheh

saya pernah naik Hilux redah banjir tinggi sampai dah nak hampir kat tingkap. Mmg cemas sgt masa tu. Tak putus doa.

sitirohaida said...

ngerinya bila banjir ni..kalau guna 4WD tak risau sangat

paridah said...

Musim hujan dhh mula n kanmain sejuk lagi..moga tiada musibah yg xdiingini sewaktu kita menghadapi tengkujuh yg berulang saban tahun.

Inani Hazwani said...

Dah masuk musim hujan ni, memang sejuk sampai ke tulang rasa. Hehe

diary_ciknaa said...

memang betul sekarang dah start musim tengkujuh. kl pun hujan je sekarang ni.sejuk!

psst, saya suka tengok wanita bawak 4wd kak..nampak mcm berkeyakinan.. hehe.

dorsett pink said...

akak. kalau musim tengkuhuj di malaysia bagaikan winter, so kita kene pakai winter coat la erk akak? hehe

Sue Bee said...

Kalo kat area Kuching ni, musim tengkujuh tak menentu ,kak. Banjir kilat saja la yang selalu berlaku. Tahun ni saja dah berapa kali SB redah banjir guna keta masa ambik anak balik sekolah. Kalau sesiapa guna Kancil memang tak lepas, alamat memang tersadai kat bahu jalan sampai air surut sikit

Kayu Manis said...

Gigil satu hari..
Bila dh musim gini...yg pling tk bestnya bju le tk kering2
Apa pun syukur selalu

AtieYusof said...

Kt sini pun hujan tak menentu kak.. dekat Lahad Datu ni pun ada air naik di jalan2 besar. seriau jugak.. apapun hati2 semua..moga dijauhkan dari segala bencana alam..
selamat menjawab soalan2 SPM buat anak-anak & adik2...

jie susanos said...

lbat hujan tu kena elok2 memandu..

dan tgk plak xcident mmg kecut perut..

NanyFadhly said...

Hati-hati kak ketika memandu. Jangan lupa...keep berzikir while driving. :).Nota kaki tuh memang dah macam winter dah kan? hahah...nasib tak beli heater jer lagi

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kak kalau hujan n banjir ni mmg takut bawa kereta utk meredah banjir...kalau 4WD mmg senang meredah hujan,banjir n hutan kn...:)

Unni anje said...

bhanya bnjir ni..ALLAHUAKBAR moga dipemurdhkn

Unknown said...

wah.
sempat lagi akak snap gambar meter tue.
hehehe.
nasib baik 40km/j jer,

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg msim hujan skg..doa baik baik aje..inshaaALLAH

Unknown said...

Sama jugak disini kakzakie hujan manjang
Cuma tklah banjir
Alhamdulillah jugak bila hujan tk payah siram pokok hehe, take care kakzakie ya

norhidana said...

mmg gini lah bila musim hujan kak...

dana kalau nk balik umah sendiri tiap ptg pun risau btl kalau hujan trn
sbb nya umah dana kene naik bukit, jalan nya pulak tgh nk di buat lebuhraya jd sana sini di korek, sana sini construction, kalu hujan mmg nngis, mana nk ngn bertakung mana ngn batu2 merata jalan

dana paling benci time2 hujan nih org bwk kete laju2, kite jd takut...

PeRdU cINta said...

Betul kak..sekarang tengah musim hujan...tak pagi..mlm..tak malam,,senja..moga adik adik yang sedang menduduki peperiksaan tenang menjawab soalan..

Anonymous said...

hati-hati memandu kak. jaga kesihatan diri.

mas pun dah tak biasa drive sekarang, semua pun berjemput-hantar.

kalau kena drive macam tu mst mas cuak habis.

huhu.

aiezza.sue said...

uishh.. bila jalan naik air gini,jgnkan yang memandu, yg dok sebelah pon boleh kecut perut nak meredah air tu, sejuk kan sekarang?.. saya suka :)

Nadhie Wueen said...

alhamdulillah hujan rahmat. 🙂 Syukur sangat tak panas memanjang mcm dulu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah mula musim hujan kan..
Kena hati2 memandu ..
Takut terbabaskan.
Saya kalau memandu waktu hujan..
40km jugak kak..
Takut..😓

irdagarmin said...

hujan2 ni paling malas nak pergi keje kak....irda liat tul nak bangun

Azian Elias said...

memang terasa geri kalau drive dalam hujan. esp bila tgk lopak2 besar.. tak sure ada lobang menanti attua tidak. take care always kak.

Warisan Petani said...

Harap2 Xlah banjir sehingga musim peperiksaan ni berakhir.

ewanthology said...

sejuk2 ni takut cepat mengantuk

Nor Azimah Ali said...

Musim hujan sudah bermula, hujan di mana2, rindu plak kat matahari kan, bila musim panas rindukan hujan, ermmm..

Amy Hilmirda Daud said...

dari pagi sampai petanglah kak zakie sejuk ye. Setakat ni kat sini hujan kadang kadang aje.

raihanah said...

dah masuk musim hujan. kena lebih hati2 bila memandu. kalau lebat sangat saya elakkan memandu. tunggu reda sikit.

nhhas said...

Dah banjir ke kak?

harap2 baik2 sahaja hendaknya.

Insya Allah.

take care kak

Mummydearie said...

Kalau hujan terlalu lebat sehingga banjir, dari pejabat ke rumah saya kena lalui 5 laluan yang dinaiki air. Lari cari jalan pintas mana sekali pun tetap kena tempuh banjir kecil ni. Memang seriaulah dibuatnya tapi nak buat macamana. Nak berpatah balik ikut jalan lain, tetap juga akan kena tempuh banjir. So redha ajelah...

Saya memang tak tahan sejuk. Musim macam nilah yang selalu saya dapat cramp, sakit sendi dan seangkatan dengannya!

Unknown said...

Kena lebih berhati-hati memandu semasa musim hujan ni kan kak?