Entah mengapa malam itu sebelum melelapkan mata boleh pula bercerita tentang ayam. Biarpun kami tinggal di bandar tetapi jiwa kampung sangat kental dan kejap dalam diri. Dua-dua. Aku dan hubby sama. Mungkin sebab kami sama-sama dilahirkan di kampung. Bersekolah rendah di kampung. Susah-senang kehidupan zaman kanak-kanak juga di kampung.
Bermula mengambil anak-anak ayam di kampung aku sebab almarhum bapak waktu itu sakit itulah menjadi titik-tolak akhirnya rumah corner lot kami yang kosong tidak kami sewakan. Bahkan menjadi kebun dan tempat 'riadah' istimewa buat aku dan hubby berkebun. Ibu ayam yang pertama bertelur 13 biji tetapi hanya 11 yang menetas menjadi anak ayam. Membesar sehingga agak dua kepal saiz tangan, malangnya menjadi mangsa kucing. Mungkin disangka burung. Maka tinggallah 5 ekor. Tidak lama ada ibu ayam yang lain pula juga entah dimana dia bertelur dan mengeram tidak dapat di kesan. Hanya balik untuk makan. Tiba-tiba balik sudah mencicit-cicit bunyi anak ayam. Berapa jumlahnya? Juga 11 ekor! Mestilah hubby gelihati memandangkan setiap ayam dibela suka betul memberi hasil 11. Bimbang dia makan angin jauh-jauh terpaksalah kini dikurung. Kini ada lagi ibu ayam yang juga menghasilkan 11 ekor anak. Ibu ayam ini merupakan ibu muda😀sebab baru pertama kali menghasilkan anak-anak yang comel. Sangat garang tidak boleh dijenguk. Hanya dengan tuan dia saja dia tidak marah. Itu pun sudah jelas mengeluarkan bunyi dia nampak sangat caring pada anak-anaknya.
Makan sayur - Ayam-ayam hubby suka makan sayur. Sebab itu setiap pagi akan pergi ke pasar untuk dapatkan sayur dari orang pasar. FOC saja sebab dia sudah tahu hubby gunakan untuk bagi makan ayam. |
Sebenarnya hubby lahir pada bulan 11 (November). Itu yang kami kata agaknya hubby serasi dengan angka 11. Tapi jangan tidak tahu semua kenderaan kami tempah membawa pendaftaran nombor 982 bukan 11. Apa pun tidak ada tuah pada angka sebenarnya. Jika ada terjentik kepercayaan bimbang membawa khurafat. Na'uzubillah..
~~ "... sesiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya lalu dia mati di dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan akhirat serta mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya." - (Al- Baqaroh:217).~~
37 comments:
Salam Jumaat, kak...seronoknya tengok gambar ayam pagi2..
wahh..takdir Allah, dua2 dpt 11 ekor...banyak tuu..
elok benar kita jauhkan diri dari amalan yang boleh menyeleweng akidah kan sis 😂
hihi...saya pun tergelak kak! agaknya semua ibu-ibu tu menjangka telur akan menetas bulan 11, maka sebelas biji telur yang menjadi anak, utk dihadiahkan pada tuannya yg lahir bulan 11 jugak.-joke jer kak!^_^
baca cerita ayam kampung, teringat masa saya kecik2 dulu...bapak ada bela ayam, kambing,lembu. sekarang dah takde semua tu.
comelnya anak ayam...teringat zaman ada anak ayam yg berwarna warni dulu..hahahaha
Alhamdulillah..menjadi..syukur sangat..moga terus membiak ya kak ayam peliharaan ni..warisan dari almarhum bapak..kak..kucing apa cerita..hihi..
Sukanya SA tgok anak2 ayam tu semua...comel2.. tp kalau nak bela mmg x bleh la sbb SA duk rumah taman..mmg xde tempat nak bela ayam
kak pun jiwa kampung kental Zakie. Sepuluh tahun berpindah ketempat sekarang kak masih mencari peluang untuk membela ayam kampung...Sebelum ni duk rumah sewa. Laman luas jadi kak boleh menternak ayam kampung, ayam daging, ayam katik & juga puyuh.
Kat kg jak. Jumpa ayam kg.. Hahahaha. Btl tu jgn pcaya angkah ada tuah
Comelnya anak ayam tapi takutlah sebab ibu ayam ni biasanya garang. Saya sampai sekarang pun tak berani dekat dengan ibu ayam dan anak-anaknya!
Teringat anak saudara saya dulu bila nampak anak ayam yang kuning tu mencicit lari menjerit 'anak itik kejar!' 'anak itik kejar!'
Anak-anak saya pun of courselah tak kenal rapat rasanya dengan anak-anak ayam ni ^_^
Secara kebetulan aje tukan, kak. Nak kata bawah tuah, manalah ada. Tapi teringat nombor kereta kedua saya dulu, 5574. Cina kata memang takda ong. Jatuh, jatuh terus jatuh ^_^ Hahaha!
Tu kena nyanyi anak ayam turun 11 bukan 10 kakzakie :)
Suami akak sejuk membela haiwan ni kak..
Sama macam almarhum abah saya..
Kalau menternak haiwan kebanyakan menjadi..
Sehingga haiwan tu sayang kat abah..
Kenal pulak tu yang datang ke reban tu..
Salam singgah jumaat...
kalau nieyl pulak sinonim dgn no 3..
apa sahaja mesti ada no.3..
Hepy Bezday untuk Cik Abang kanda ye....moga sentiasa dalam limpahan rahmat Allah hendaknya. Wah, Raya tahun depan ni nampaknya puaslah kanda makan kari ayam kampung ye hihi....
Tapi ibu ayam mmg selalunya garangkan kanda.... Takut sangatlah orang nak mencuri anak dia tu
Best nyerrr ada ayam belaan sendiri kak! Best best rindu kat arwah opah atuk sb duli ade sereban ayam.
Happy bday untuk husband kak zakie. betul tu, angka tu mungkin secara kebetulan, tak boleh kita percaya.
comel tgk ayam tu.
apa pun . angka hanya sekadar angka kan kak
salam jumaat =)
Ibu ayam pun sayangkan anak, kenapalah ada manusia tergamak buat anak-anak macam sampah terbuang... :(
Wah kakzakie n hubby serasi bela ayam tu cepat biaknya..ada pula tempat yg sesuai..tentu senang nk dptkan telur ayam kampung yg bnyk khasiat tu. nk mkn daging ayam kampung pun tiada mslh.
Selamat Hari Lahir suami akak :)
salam jumaat kak.
Saya masa duduk kampung, takut sangat dengan ibu ayam Sebab selalu kena kejar hahahaha
mak ayam kalau ada anak kecik2 mmg gitu... garang semacam kan kak...
Murahnya rezeki keluarga kakak.
Banyak tu seekor dapat 11 ekor anak ayam.
Memang kucing paling suka makan anak ayam baru lahir kak. Sedap kut spring chicken.
Bestnya nnt besar dpt mkn daging ayam yg bebas dari bahan suntik tu. Kalo jual pun mahal kan kzakie. Apakata nnt pencen buat je bisnes ayam kg, mesti sukses
Sampaikan salam dgn ucapan sanah helwah buat suami kzakie ye.
Hiii kat rumah mi pon bela.. ayam kakak.. ikalo kat kawasan lapang dan luas lagi la boleh bela banyak2.. ayam ni... tapi x pernah tengok ayam suka makan sayur mentah huuu
sebenarnye dah lama tak tengok ayam macam dulu2.. rindu sangat
Nek jarene wong kampung.
Ojo ngangon sapi neng omah conner lot kui weslah.
Sanah helwah neng pak ea. Diparengi waras
Mungkin kak zakie serasi tu...tu yg sama aja bilangannya
Tunggu besar sikit dah bole makan...
Dpt mak ayam yg garang takutnya nk dekat
bestnya kakzakie ada ayam2 comey ni
dah lama tak tengok ayam2 kecik mcm ni
selalu dok tengok ayam yg dah nak kena masak je
btw happy belated birthday utk hubby kakzakie ya
Gebunya dan bulat anak2 ayam yang maknya garang tu. Comel!
Bonda akak selalu jeritkan akak.. jangan dekat dgn induk ayam.. kena patuk nanti.. garang .. dah lama tak tengok anak ayam comel..
Assalamualaikum kak, selamat berhari minggu.
Seronok tgk pic ayam-ayam tu. Teringat masa di kampung dulu...Memang saya suka memelihara haiwan. Ayam, burung, arnab, ikan, kambing, lembu, kucing....sampaikan berudu pun pernah bela dulu sampai kena marah dengan arwah ibu..hehehe. Seronok je bila tgk haiwan2 tu....Skrg ni takdelah...duk perumahan. kang kena saman dengan pbt pulok hehe
cam saye ni nak tgk ayam kena balik kampung jelah T_T
Comelnya lahai akak , husband and ayam-ayam tuh. Heheh..seronok kan mengimbas kenangan di kampung. Sama la kami kak...both lahir dan dibesarkan di kampung. Cerita pun lebih kurang ajer. Especially bila tengok kat anak-anak kitaorg ni. Kecik-kecik dah merasa koko krunch. Mulalah papa and mama derang throwback. Dulu telan air liur ajer la tengok iklan kat TV. Pada kami makanan orang kaya sangatttttttt..hahah!
seronok bela haiwan macam kucing, ayam dan lain lain
ada pgalaman kna kejar ibu ayam dulu2.. haha
sedih pulak baca ayat akak kat bawah sekali tu..
lama xtgok aym dgn ank2 depa depan mata..dulu dok kwasan prumahan,dgn kampung selalu n biasa nmpk..skrng dok kt kwsan prumahan taman ni mmg xde la nk nmpk sume tu...
ayam oh ayam
mak saya di kg pon bela ayam
ada juga itik, lembu
rania suka lah kalau blk kedah. mcm mcm bunyi dia mau dengar
peringatan bersama. terima kasih kakak
selamat pagi.. semoga pagi ini baik baik aja.
Post a Comment