Dari mana harus aku mulakan?
Lihatlah entri yang pernah aku catat minggu lepas di sini. Itulah hakikatnya yang terjadi pada diri aku sehingga akhirnya aku menghilang buat seketika atas sebab-sebab yang aku perkatakan dalam entri tersebut. Penyakit dunia yang membuat aku bagaikan terkapai lesu. Sungguh terlalu lemahnya iman yang bertakhta dalam diriku sehingga terkejar-kejar dek masa di dunia hingga kebingungan dan bagaikan mahu terkulai aku dibuatnya.
Lihatlah entri yang pernah aku catat minggu lepas di sini. Itulah hakikatnya yang terjadi pada diri aku sehingga akhirnya aku menghilang buat seketika atas sebab-sebab yang aku perkatakan dalam entri tersebut. Penyakit dunia yang membuat aku bagaikan terkapai lesu. Sungguh terlalu lemahnya iman yang bertakhta dalam diriku sehingga terkejar-kejar dek masa di dunia hingga kebingungan dan bagaikan mahu terkulai aku dibuatnya.
Pagi hari ketika menerima khabar berita anak-buah aku kemalangan sudah cukup membuat hati aku bagai direnggut pilu. Petang ketika kaki baru keluar kereta untuk menjenguk anak-buah yang sedang koma telefon bimbitku berbunyi mohon dijawab. Tertera nombor telefon MRSM adik sudah cukup membuat jantung aku berdegup kencang. Berita yang disampaikan walau semampu boleh pihak maktab cuba menyampaikan dengan cara paling lembut dan berhemah tetap membuat hatiku bagai dicincang-lumat. Longlai kaki ini melangkah ke lift hospital Sultan Ismail untuk menjenguk anak buah yang sedang koma, Airmata aku mengalir untuk siapa pun tidak dapat aku pastikan sama ada kerana anak buah yang sedang koma atau kerana berita tentang anak sendiri.
Kekuatan tenaga tua ini masih digagahkan dengan sedikit kekuatan yang DIA berikan lalu bertemu jugalah aku dengan kakak dan abang ipar serta beberapa sanak-saudara yang sedang berkumpul. Hati tidak keruan tapi langsung tidak aku khabarkan kepada semua yang berada di situ pada waktu itu, sebab semua sedang bersedih dan kalut. Airmata yang mengalir dari ke dua-dua mata aku mungkin terbahagi dua kerana melihat anak buah dan satu lagi kerana berita kurang baik tentang anak sendiri. Ziarah dan sembang tidak lama aku mohon izin untuk balik dengan alasan aku belum solat Asar. Salam-salam aku beredar laju walau hakikatnya langkah kaki tua ini sudah longlai. Terus saja aku menghubungi hubby. Sepakat terus hubby patah balik tidak jadi ke HSI untuk melihat anak buah aku sebaliknya terus balik rumah.
Walau ketika itu sudah hampir mahgrib kami tidak menanti lagi. Terus niatkan di dalam hati yang kami akan jamak takhir maghrib dan Isyak. Masa setengah jam menanti waktu maghrib bagaikan lama. Sekurang-kurangnya setengah jam awal akan lebih cepat untuk kami tiba di MRSM adik. Memilih kenderaan apa yang terbaik buat adik selesa juga sudah mengambil masa. Akhirnya sepakat menggunakan MPV supaya adik boleh berbaring selesa. Siap kami bawa beberapa biji bantal dan selimut. Pemanduan hubby agak laju dan kami tidak banyak bersuara melainkan berzikir sepanjang perjalanan tersebut.
Sudah agak panjang entri ini kita sambung esok....
~~ Pastinya ujian yang Allah berikan adalah ke atas dosa-dosa yang kami lakukan tanpa disedari. Baru dijentik sedikit seolah-olah aku sudah tidak mampu.~~
39 comments:
Allahumma antassalam. Innalillahi wa inna ilaihi rajium allahumma urjuni fi musibati. Wa akhlif li khairan minha
Semoga anak-buah dan Adik diberi kesembuhan dari-Nya! Moga-moga juga ada kekuatan untuk kakzakie menempuh segala dugaan ni.
Saya tak sabar nak tahu tentang Adik.
Ya Allah akak... begitu sekali dugaan akak.. sedihnya. Menangis saya baca entry ni. . Sabar ye kak. Setiap dugaan tu as hikmahnya
semoga anak buah kak zakie sembuh. anak kak pun semoga sembuh seperti sediakala.
Ya Allah dugaan dari Allah datangnya berturut2
Bersabar itulah saja yg mampu akak ucapkan
Semoga anak buah kakzakie dan adik segera sembuh
Itulah hari seorang ibu slalu risaukan tentang hal anak-anak nya
Allahumma antassalam. Innalillahi wa inna ilaihi rajium allahumma urjuni fi musibati. Wa akhlif li khairan minha
Moga dipermudahkan urusan Kak Zakie..moga anak buah & adik beransur sihat.. ujian Allah buat hamba yg disayangi...moga tabah kak...
Semoga kedua-dua anak dan anak buah akak kembali sihat seperti sebelumnya.
adik kenapa kak...ya Allah lieya yg bace pun rase sedih dan risau nye...ini kan pula akak yg melaluinye....kuatkan semangat kak...kite doa yg baik2 moga semua dipermudahkan....akak jaga kesihatan jugak...
nak tanya sama macam lieya, adik kenapa kak? moga kedua duanya cepat sembuh seperti sediakala..yang penting akak kena kuat..
salam..
smoga dpmudahkan sgla urusan..smoga semua baik2 je..
InsyaAllah..sabar,solat,doa..bnykkan zikir..
moga ank2 buah sembuh..Amin
Tak sabar nak tahu apa kisah seterusnya ni, Kakzakie.
Kalau akak yang sebegini kuat pun rasa 'longlai' dengan dugaan, apatahlagi kami yang biasa-biasa aje ni, kak!
Apa agaknya berlaku pada Adik? Tak sihat ke dia?
Moga dipermudahkan semua urusan akak...
Allah tahu akak mampu mengharunginya...Allah sedang lebih mendekat dengan akak..dan Allah mehu akak lebih rapat denganNya..yakin kak..akak boleh!..akak boleh atasinya inshaAllah..PC sentiasa sokong akak dengan doa...moga adik dan anak buah akak terus dirahmati Allah.
Dugaan Allah mendatangi kita tidak terduga tabahlah kakzaki, banyak-banyak bersabar..insyaAllah pasti Allah permudahkan semua urusannya.
semoga segala urusan dipermudahkan olehNya...semoga adik & anak saudara akak cepat sembuh..aamiin..
Salam singgah...
Dugaan dan ujian Allah itu tidak boleh di duga...
semoga adik dan anak² buah akk sihat kembali seperti sedia kala..Ameen...
Rupanya kita sama2 sedang diuji ya kakzakie...Walaupun berat kita perlu redha kan..
Bertabah lah akak. Redha dengan ape diaturkan olehNYA.. Semoga Allah permudahkan ..
betul kak...kadang-kadang lidah lebih mudah menyebut untuk sabar tapi hati belum tentu kuat nak hadapi.. semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga ya...
Tentang pertanyaan kakzakie tu,hubby saya dah 2 hari balik dari Hospital Kulai ,12/12 kena admit ke HSA lagi untuk buat angiogram.Harap kita sama2 tabah hadapi saat2 sukar ni.Kalau boleh jangan nampak kita menangis depan pesakit.
OMG!!. Sorry to hear that Kak Zakie...
Saya yg baca pun lemah longlai.
Moga anak sedara Kak Zakie lekas sembuh dari koma...
dan semoga ibu ayahnya tabah dan tenang menghadapi dugaan ini.
moga adik cepat sembuh....mga juga anak anak buah akk cepat sedar dr koma dan sembuh...
moga akak sekeluarga kuat dlm menhadapai dugaan ini...
semoga adik jgk cpt sihat... risau tertanya2 kenapa ngn adik
Semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga.
Kuatkan semangat akak.Ujian dari Allah SWT untuk hambanya.
Kzakie, adik kenapa?
Moga dimudahkan segala urusan kzakie sekeluarga ye.
Allah uji tu tanda kasih sayangNya kak.
ya Allah kakak ..semoga kakak dan family tabah mengharungi ujian demi ujian.. sungguh Allah lagi menguji hambaNya.. semoga anak saudara kakak cepat sembuh amin,,
Allahumma..
Gugur juga airmata membaca entri kak zakie ptg ini..
Semoga anak buah dan adik diberikan kesembuhan yg segera..
Buat kakzakie dan keluarga..
Semoga tabah dengan ini..
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Bertabahlah kak.
Semuga dipermudahkan segala urusan .
Ya Allah beratnya dugaan buat kak zakie n famili..
Moga diberi kesembuhan kedua duanya...
Nur yg baca ni pun dh berderau, sabar ya kak
Bersabar yer kak. Semoga semuanya dipermudahkan.
sebak sy membaca catatan Kakzakie pagi ni. Semoga semuanya baik2 belaka, insyaAllah.
Moga anak buah akak dan juga adik diberi kesembuhan :)
Ohhh...inilah sebabnya ye kanda. Ibu mana yg tak berdebar kalau dpt panggilan macam tu kanda...
Dahlah terperanjat dengar anak buah eksiden, dengar pulak lagi berita yg tak berapa baik tentang anak sendiri. Tak semua org mampu bersabar dan redho kanda...
~~ Pastinya ujian yang Allah berikan adalah ke atas dosa-dosa yang kami lakukan tanpa disedari. Baru dijentik sedikit seolah-olah aku sudah tidak mampu.~~
Terasa terpukul baca ayat akak pada diri ini. Reen pun kadang leka, lupa yang dugaan Allah beri ni mungkin slh satu sebab atas dosa lama dan sebab Allah syg pada setiap hambanya.
Allah rindu dengar doa hambanya. Kadang bila emosi menguasai akal fikiran, mulalah berfikiran negative.
Kak.. Akak kuat. Bertalu-talu dugaan yang datang.. Tidak mengapa kak.., Allah sentiasa ada disisi akk.
hi sis, saya datang follow sini :)
Semoga dipermudahkan semua urusan kak zakie sekeluarga... dan juga moga adik dan anak buah kak zakie diberikan kesembuhan...insyaAllah
Post a Comment