Seminggu lepas kami meraikan majlis walimah anak buah kami aka sepupu anak-anak. Malam sebelum majlis akad nikah pada keesokan harinya kami bersama-sama menyediakan semua barang hantaran. Tidak ada satu pun yang kami tempah tetapi semuanya atas kreativiti mak-mak saudara dan sepupu yang ada. Jimat beribu sebab setelah bertanya kepada satu kedai setiap satu gubahan ada yang mencecah dua-tiga ratus. Oleh itu pakat-pakat baik kami buat sama-sama.
Daun pandan - Bagi menaikkan aroma pada setiap bekas hantaran kami buat kuntuman bunga dari daun pandan. Aroma original dari daun pandan dapat menaikkan seri meraikan mempelai. |
Khusyuk - Mak-mak dan anak-anak dara semua khusyuk membuat gubahan sehingga jam 12:00 malam. Sambil menggubah sambil menikmati hidangan beehoon goreng, mee goreng, soto dan kuih-muih. |
Sepupu - Pengantin bersama sepupu yang kesemuanya anak dara yang mahu mendapat seri dari mempelai. Semuanya sepupu dari lima mama/mak/mummy. Tiga darinya anak aku. |
~~ Selamat pengantin baru buat Siti Nabiha dan Mohd Shahir dari Mamazakie dan keluarga.~~
27 comments:
Meriahnya. Bila persiapan gotong royong buat, lagi best kan =)
wow ... shanteknya bunga daun pandan.
memang kreatif
selamat pengantin baru...kalau digubah sendiri lebih jimat kan...dan meriah bila dah ramai ramai berkumpul....
lagi seronok kakzakie bila hantaran dibuat secara gotong royong...
Keluarga saya pun macam tu..
Tiap2 diri sendiri nak kahwin atau pun anak buah nak berkahwin..
Kami buat sama-sama..
Kekadang menyumbang satu dulang hantaran macm kek, coklat, gula-gula yang siap digubah..
Jimat belanja kan kak..
Manis2 anak2 dara bersama pengantin..
Makin naik seri pengantin tu..
Selamat pengantin buat pasangan..
Semoga berkekalan hingga ke jannah..
mmg btl2 jimat klu buat sendiri..:)
Wahhh... buat sendiri hantarannya. Memang kreatif :)
Untungnya buat gubahan sendiri, jimat ++
selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke syurga
Jimat! Selamat Pengantin baru :)
Jemput ke blog saya kak..dah update psl adik lagi..hehehe..
Seronoknya berkumpul sauadara mara menguruskan kenduri bantu membantu..memudahkkan kerja menjimatkan belanja. Selamat pengantin baru kpd pasangan mempelai.
buat sendiri lagi jimat kan sis
Macam ni kak..selain jimat...tambah eratkan silaturahim juga sebenarnya...alhamdulillah..
yui pun skg dok busy,
adik nak khwin =)
Alhamdulillah - yang ringan sama dijinjing, yang berta sama dipikul... :)
Masyarakat melayu mmg kuat semangat gotong royong, saya tau ni. Dipanggil rewang, yg dtg rewang dihidang pula dgn juadah dan teh panas, mmg seronok sangat.
memang jimat kalau buat sendiri..terserlah kreativiti mak2 saudara, sepupu2 semua...tak lama lg giliran akak pulak..
settuju ngn akak, buat gubahan hantaran sddiri boleh jimat pastu puas hati dpt lihat hasil kerja sendiri...
seronok bila bt bersama2... walaupun kerja banyak rasa sikit sbb bt ngn geng2 sambil borak2 gosipan kn hehehehe
skrg sana sini dh ramai yg pakai katering je kan, tuan umah pun senang nk urus
selamat pengantin baru kepada kedua mempelai...semoga kekal hingga ke Firdausi hendaknya...ameen...
seronok buat kerja ramai-ramai camni..meriahnya.
assalamualaikum kakzakie...seronok kalau buat sendiri kn kak...lebih2 lg semuanya ada mmenolong sama...mmg meriahlah jadinya...:)
Lebih jimat buat sendirikan..
Ira Lps kenduri, cabut bunga2 tu elok2.. Lps tu gubah jadi bunga hiasan kat rumah.. Hehe..
Macam opah ira pulak, bunga2 telur org bagi, dia kumpul letak dlm 1 pasu..
Cantik jgk bila dah banyak..
Selamat pengantin baru buat ank sedara akak. Semoga kekal bahagia hingga jannah..
first time saya tengok daun pandan dipintal macam tu kak!!
Kreatif sangat dengan menggunakan daun pandan dapat buat bentuk bunga. Cantik.
Terbayang2 reen kat sini bau harum daun pandan..
Kuntuman bunga daun pandan tu menarik la...nanti nak buat jugak utk hantaran...bagus idea ni kak...tima kasih banyak...
yerler sekarang nak buat hantaran mahal kemain.. kalau boleh buat sendiri lebih baguih.. hasil sentuhan sendirikan.. lebih personal...
Salam Kak zakie...kalau gubahan buat sendiri lagi terasa kemeriahannya kak zakie...sambil berkumpul dengan sanak saudara...selamat pengantin baru buat Siti Nabiha dan Mohd Shahir...
Rewanglah ni ye kiranya kanda.... Rewang hantaran haha....Betul, semuanya duit sekarang ni, ada duit baru boleh cerita....
Jarang saya tengok pandan yg digubah jadi bunga tu kanda. Uniklah
Post a Comment