Wednesday, December 28, 2016

Cuti di kampung yang indah - 1

Keluar rumah tanpa bersarapan. Oleh itu sekeluargalah kami singgah bersarapan di tempat biasa. Selesai semua masuk ke perut kereta terus membayangkan suasana kampung yang sudah dirindui. Tetapi sebaik saja masuk ke lebuhraya nasib kurang baik kereta tidak bergerak. Sesak yang melekat tidak boleh dielak. Mahu berundur masuk jalan persekutuan sudah tidak boleh sebab beberapa kereta juga sudah terjebak sama. Jenuhlah menanti giliran. Melihat mereka yang melalui lorong kecemasan mahu saja papa mengikut sama tetapi si isteri dan anak-anak mengingatkan kalaupun di dunia lepas tapi akhirat kita tidak tahu. Orang yang bersusun menanti giliran pasti tidak senang melihat bila berpusu kereta melalui lorong kecemasan. Biarlah akan tiba masa mereka pun akan sedar. Atau mungkin benar mereka ada kecemasan. Lihatlah saja.

Marak - Lebih kurang jam 10:00 pagi kereta kami masuk ke lebuhraya hampir jam 3:00 petang baru tiba di rumah sedangkan biasanya belum tengahari kami boleh tiba. Buka kunci sebab tidak ada siapa di rumah, masing-masing terus menuju ke bilik air. Selesai solat apa lagi sementara parut pun masih kenyang mama tidak perlu masak. Kami terus ke belakang rumah. Membakar apa yang patut.
Basah - Ada juga yang tidak mempan dengan api dek kerana masih lembab. Di Batu Pahat pun hujan turun selalu sama seperti di JB juga. Berkali-kali cuba juga untuk dibakar tapi sebahagian saja yang terbakar.

Bukan selalu kami mendapat peluang bermain dengan api begini. Apa lagi melihat longgokan daun-daun kering yang sudah dilonggokkan oleh abahDol aka bapa saudara anak-anak ku. Seronok apabila melihat api membakar habis setiap yang kami bakar. Anak-anak tidak kurang menjelajah kawasan belakang rumah peninggalah almarhum mak/abah mertua aku. Aroma kampung yang banyak pokok lain nikmatnya. Bermandi peluh kami anak-beranak tetapi sesekali ditiup angin terasa sangat nyaman.

Peninggalan - Masing-masing gelak besar apabila papa mengatakan ini dulu adalah jamban sewaktu papa masih bersekolah rendah lagi. Tempatnya adalah dalam 500 meter jarak daripada rumah. Itu yang membuat anak-anak ketawa sebab mereka membayangkan kalau mahu membuang waktu malam dan kalau sakit perut tidak tahan alangkah jauhnya mahu ke sini.
~~ Duduk di rumah sendiri teringat kampung, balik kampung pula rindu kepada mak-abah yang sudah pergi buat selama-lamanya. ~~


33 comments:

PetakBunga said...

kdg2 mcm teringat tandas rumah kg kat luar tp x berapa clear sgt ingatn..
mungkin masa tu kecil sgt..
tp rsa mcm tahu lokasi tandas asal kat mna..
dulu2 memng org buat tandas jauh dr rumah.
rumah guna telaga, takut air berbau..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bila musim cuti panjang..
Semua dok pakat balik kampung..
Jadi jem tu dah biasa ye kak..
Janji dapat balik kampung..

Betul tu kak..
Bila balik kampung mula merindui arwah mak/abah yg telah tiada..
Alfatihah..

Sally Samsaiman said...

Seronoknya kak...benda yg jarang kita buat tu bila dapat..happy je kan rasa...Sally masa kecik dulu je pernah rasa tandas/jamban kat luar..mandi kat telaga

PeRdU cINta said...

Suasana kampung ni ada satu aura yang susah nak dijelaskan la kak...lagi-lagi bangun awal pagi...hirup udara kampung..

irdagarmin said...

kalau di kampung mertua,makan apa sahaja begitu mnyelerakan kak..dan waktu pagi begitu nyaman suasana.owh rindu rasanya

OKje said...

Rajinnya kanda, bersihkan sekeliling rumah.... memang acara bulanan ye?
Hihi dinda pun terkenang jamban dinda dulu kanda, kalau nak buang air besar malam malam, abahlah jadi mangsa meneman.....walaupun dah anak dara. Mak mmg tidaklah...

Hsna Rahman said...

hahhah..rumah dulu2 memang tandas kal luor kan..umah moyang kami pun sama...dan kami pun fikir benda sama..camna la gaknya kalau nak ke tandas malam2...haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

suasana kampung..rinduuu.

norhidana said...

dulu2 toilet umah dana pun jauh kak, jauh nun di belakang umah bila dh dpt dapur baru baru dekat skit, 2-3 langkah sampai lah tp skrg dh dlm rumah je toiletnya...

balik ke kampung kite, mmg ada je yg nk di buat...

paridah said...

Seronok balik kampung musim cuti sekolah ni bersama famili banyak kerja yg perlu dibuat tu...rumah pusaka peninggalan emak ayah kita perlu dirawat sebaiknya agar tidak cpt usang.

Inani Hazwani said...

Seronok kan sekali sekala balik kampung, jauh dari suasana bising dekat bandar. Nani pun baru ni balik duduk kampung. Hehe. Dulu dulu sempat jugak merasa bilik air dekat luar rumah. Mandi pun guna air kolah. Best, sejuk aje :)

Nor Azimah Ali said...

Org tua2 dulu mana ada buat tandas dlm rumah, bila nk ter..... kenalah berteman bila waktu mlm tu, hihi.
Bau daun2 kering yg dibakar pun sedap aromanya, suka.
Saya cuti kali ni tak blk kg arwah mak, musim hujan ni takut tersangkut banjir, saya biasa blk masa cuti pertengahan penggal bln 3 camtu.

hasliynda umairah beauty said...

dulu-dulu
merasa juga jamban kat luar...
jenuh angkut air..hihi

saniahibrahim said...

Saya ni duduk kampung kakzakie tapi kerja2 memerun tu anak2 pun tak biasa lakukan apatah lagi mereka pun jarang balik.
Betullah orang dulu mana ada tandas dalam rumah....bila sakit perut tengahmalam mula lah nak berteman .Pengalaman saya masa budak2 dulu nak ke tandas waktu dinihari ,kena gigit lipan otw nak ke tandas belakang rumah....huhuu.

saniahibrahim said...

Saya ni duduk kampung kakzakie tapi kerja2 memerun tu anak2 pun tak biasa lakukan apatah lagi mereka pun jarang balik.
Betullah orang dulu mana ada tandas dalam rumah....bila sakit perut tengahmalam mula lah nak berteman .Pengalaman saya masa budak2 dulu nak ke tandas waktu dinihari ,kena gigit lipan otw nak ke tandas belakang rumah....huhuu.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...seronoknya dpt balik kg sekali sekala...teringat semuanya peninggalan arwah..

Fida Z Ein said...

Banyak kenangan yang terimbau kalau balik kampung kan...

Unknown said...

seronok kan kakzkaie balik kampong
suasana kampong memang menghiburkan
sejak kedua nya dah takde kaknoor pun mmg jarang balik kampong
huhu sedih lahh

arzmoha said...

umah kampung dulu toilet memang jauh....dalam semak kadang...syukur sekarang dah ada di dalam rumah masing masing...

air pun nak kena isi dalam baldi

emarieys said...

itu lah anak-anak...tak pernah nak alami jamban kat luar... mengekek ketawa fikir kan kalau nak membuang air besar time malam..mahu kena berteman.

Abam Kie said...

sayunya bila tengok umah pusaka di kg yg terbiar selepas kematian ibu sy. Bapa kahwin lain n tinggal d umah mak tiri. jrg2 je balik tgok umah tu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila balik kampung memang seronok. Macam-macam boleh buat.

sitirohaida said...

rindu suasana kampung..kalau boleh nak duduk kampung je..jauh dari bandar...menghirup udara kampung tu satu nikmat yang takde kt bandar kan kak..

HeNRieTTa JoSe said...

bestkan balik kampung....

insan marhaen said...

saya pun sekarang ini jika terpaksa buang air kat jamban luar rumah... takuttt...

tak macam masa kecil dulu...

SIQAHIQA said...

Rindunya pada kampung. Tak dinafikan sesekali balik kampung memang best. Pagi2 hirup udara segar, tak payah nak hadap jalan sesak. Tenang je rasa. Minggu ni siqah balik kampung sebab cuti lama. Yeayyy! :) Happy new year kak :)

Kamsiah yusoff said...

saya rindu bau asap..bau rumput..bau tanah kak zakie..

nohas said...

tandas di luar rumah..kenangan masa kecik2..

TukangKebun said...

Jamban di rumah kampung nenek asal dulu memang jauh nak pergi membuang.
Malam-malam memang takutlah nak pergi.

nOe suhaimi said...

bes nya kak zakie balik kg...aktiviti membakar sampah ini biasanya dilakukan pada waktu petang...supaya senang nak halau nyamuk

Unknown said...

rindu suasana kampung..

kelakala last part pasal jamban tu. hahaha

Suria Amanda said...

Org kampung jamban dia memang bertangga dan tinggi kan kak...SA merasa zaman tu..bila tunjuk kat anak..katanya x logik la..hahaha

QasehnyaRania said...

hihi. merasa jugak lah jamban luar rumah, n jauh dr rumah dlu. masa tu zaman sklah rendah. siap kena angkut air dalam baldi yg tak tahan tu. huhuhu