Friday, December 2, 2016

Kena ada sensitiviti pada orang lain

Mendengar petikan apa yang dikatakan oleh ustaz di radio IKIM menjentik naluri diri. Sungguh benar apa yang diperkatakan olehnya. Pemain bola sepak terkemuka pun ketika bermain di padang tidak mahu diganggu dengan apa-apa panggilan telefon kerana mahu khyusuk dan tumpuan penuh diberikan ketika di atas padang. Mengapa tidak kita yang mahu ke masjid, tinggalkanlah seketika telefon bimbit kerana kita mahu berbicara dengan Allah - bersolat.

Tidak salah untuk kita membawanya sebab bimbang ada keperluan yang tidak disangka-sangka. Tetapi apalah salahnya sebaik masuk dan melangkahkan kaki ke dalam masjid tutuplah telefon bimbit itu untuk seketika. Berikan tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kerana niat asal kita ke masjid adalah untuk beribadah. Jangan hanya kerana deringan telefon bimbit kita mengganggu jemaah lain.

Aeon Kulaijaya - Berderet menanti giliran untuk ke tandas. Menghairankan banyak yang berkunci. Pengguna kena beratur menunggu giliran menanti beberapa pintu saja yang berfungsi, sehingga ada anak kecil (dlm 8-9 tahun aku rasa) yang hampir menangis tidak ada siapa yang peduli untuk memberi laluan padanya dahulu.  

~~ Bila tidak ada rasa peduli pada orang lain beginilah akibatnya. Seperti juga jika deringan telefon kita yang boleh mengganggu jemaah lain ketika solat berjemaah.~~



39 comments:

kakrose said...

kerana sikap tak pedulikan orang lain juga..ada masjid dan surau di kunci selepas waktu solat. malah tandas pun ada yang dikunci. mungkin kerana sikap tak ambil peduli orang luar juga yg tak menjaga kebersihan..menyebabkan ajk masjid mengunci tandas tersebut..

raihanah said...

itulah kena ada fikirkan orang lain juga

nuyui a.k.a miss YUI said...

kdg kt terlalu leka..
smpai nak mghdp ALLAH tp kt masih mulakan dgn duniawi. ALLAH...

SIQAHIQA said...

Setuju sangat kak. Ada gak orang yang dah tahu surau penuh tapi masih nak main phone atas sejadah. Surau dahlah kecik je. Geram je rasa. Huhu. Tue lah, di tempat awam, kita kena fikirkan hak orang lain juga.

diary_ciknaa said...

betul kak..kadang2 saya pun terfikir , nikmat jugak sebenarnya bl tutup @ silentkan handphone seketika.. contohnya,cuba baca Quran dengan fokus.. perasaan dia memang lain kak..

Amy Hilmirda Daud said...

sekaramh ni memang ramai yang macam ni kak.
Tak best betul kalau tengah-tengah sembahyang tu ada pulak bunyi telifon.
Kesian anak-anak kecil yang tak tahan nak ke toilet bila waktu-waktu yang macam ni.

Cik Itah said...

betul tu sis sy setuju, tak salah pun kalau time solat kita off hp untuk mengelakkan jemaah lain terganggu dengan deringan hp kita

Nieyla Nadia said...

kdg² tak baik itu la byk yg buat...
hmm..masing² dah dewasa,dah matang tapi masih lagi buat benda cmtu kan...

PeRdU cINta said...

Sebaiknya kena buat silence mute..terutama di masjid,,surau atau mjlis majlis ilmu..sesetengah tempat..ketika bulan Ramadhan contohnya sebelum solat tarawih..imam akan pesan off atau silence kan hp..itu pun kadang mereka buat tidak tahu..ermmmm..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ada juga dengar ceramah seorang ustaz..
Seorang imam di Mesir menegur jemaahnya mengenai deringan bunyi HP ni..
"Saya tidak mendengar muzik dirumah, tetapi saya mendengar muzik di rumah Allah" katanya sambil menangis...

Banyak sungguh perkara yg lagha di rumah Allah ini..

Ye kan kak keperihatian perlu ada..
Kesian pulak budak tu tahan utk menyampaikan hajatnya..
Pelik pulak ye kenapa byk yg dikunci.

Inani Hazwani said...

Benda benda macam ni semuanya melibatkan common sense kak. Bila kurangnya common sense tu yang tak ambil peduli dengan orang lain.

Mar Mansor said...

betul tu kak, masuk masjid/ surau matikan enset kejap. tak pun silent mode tanpa vibrate.
bab tandas tu, agaknya cleaner takde nak cuci kot

Falsya said...

bende2 mcm tuh sebenarnye terletak pd attitude seseorang tuh kan kakak..falsya setiap kali pergi surau utk solat, first thing first before bukak tudung adalah silentkan henfon..ikutkan bukan henfon je yg kene ade sensitivity kan kakak..masa dlm surau, nak berborak, bergelak ketawa tuh xde kate xboleh langsung, tp suara tuh kene la control,slow down kan volume..bile berborak, bergelak ketawa berdekatan dengan org yg tgh solat nie mcm xhormat pulak rase..belum lg yg tido dekat tikar sejadah before/after solat..kene la jugak consider org lain yg nak solat..kalau kosong xpe la nk tido tp bile ramai org, xkan xde rase serba-salah..pernah terjadi dekat falsya kak..nak solat, org ramai, xde ruang nak selit tebar sejadah..bile tgk org2 yg tido kan kakak, aduhaiii, xtau nak ckp mcm mana perasaan tuh...

εïзmmyHazaεïз said...

selfish kak...

salam Jumaat

Acik Erna said...

Acik dan suami memang tak pernah bawak hp kemasjid kakzakie.

Nor Azimah Ali said...

Mmg betul, kita mengadap agung di dunia pun kita amat beradab, patutnya di depan Raja segala Raja kita sepatutnya lebih beradab...

norhidana said...

btl tu kak... bila kita asik pikirkan psl diri sndiri ini lah jd nya

thetwentytwo22 said...

point yg baik kak, sensitivity makin hilang..semua fikir diri sendiri aje..tq untuk penulisan yg membuka minda.

Yana Yani said...

betullah kak
saya setuju dengan entri ini
kalau kita takde sifat sensitive pada orang lain
akan beri impak pada kita juga walau secara tidak langsung
kita harus peka dengan keadaan sekeliling
macam dalam kes di atas, adalah wajar memberikan laluan pada kanak-kanak itu dahulu

@na said...

Salam kak zakie, isu ni berpunca drp minda kita masih tidak membangun walaupun dah lebih 5 dekad kita merdeka...ia berlaku di mana2 dan masjid pun tak terkecuali..sedih..

paridah said...

Kena ada disiplin diri menggunakan hp di tempat yg sesuai saja.

Khairul Bariah said...

sama lah kakzakie, saya pun rimas kalau bila tgh khusyuk tetiba ada deringan telefon. tak kiralah tgh solat ke, meeting ke, kerja ke. terutama bila di masjid, kalau boleh silentkan lah sekejap, kan?

Mrs. A said...

Itulah ada jugak terbaca post ini kawan share kat whatsApp kalau tengah main bola takde pun player tu bawa handphone sebab mereka nak fokus pada permainan.

Tapi bila pergi bersolat kenapa nak bawa handphone, kenapa tak fokus aje dengan solat tu adakah phone tu lebih penting dari kusyuk dalam bersolat.

nohas said...

Salam Jumaat...bukan saja deringan hp yg mengganggu orang lain, yg tak faham tu, dlm surau bersembang kuat2..stress giler..

guna hp utk catat isi tazkirah..ok jg..masa solat, kena silent kan..

aliza said...

Jika kemudahan disalahgunakan, begitulah jadinya.. tidak hairanlah jika gajet ini tidak mungkin dibenarkan dibawa ke sekolah dek mentaliti anak bangsa, ada benda canggih tapi disalahgunakan sehinggakan terpaksa 'kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar', akibatnya semua murid x boleh bawa sedangkan di dalamnya banyak fungsi, antaranya 'kamus bergerak, informasi di hujung jari' dll.. itulah nasib bangsa kita, kat rumah dah syok gunakan hp canggih, kenapa perlu ke sekolah, berpanas, bersesak sedangkan di rumah dah ada semuanya, .. jangan sampai sekolah kerajaan hanya dihadiri oleh anak2 miskin sahaja! opps mrsm pun dah berbayar kan..

sorry menumpang untuk meluah rasa. he he he

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Alahai kesian budak kecik tu

Nieda Ramly said...

sakit perut tahan kencing.

Bunda_nora said...

Masa KN ikuti majlis yassin dan marhaban...pun macam tu jugak, dah diingatkan oleh ketua agar tutup atau silentkan handfon sementara majlis...
Tup2 masih ada handfon yang berbunyi sedang acara dijalankan. Kalau budak2 bolehlah nak ditegur banyak kali, ni mak/nenek budak, camne tu..

atiehilmi.com said...

kak.. benda2 common macam nih, memang ramai yang suka tak peduli.. kadang sakit hati tapi doakan jek la yang baik baik untuk dorang.. hee~

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kalau nak bawa hp tu boleh tapi silentknlah bunyi tu..kenalah fikirkn perasaan org lain juga...

Suria Amanda said...

sangat setuju..sensitivity masyarakat kita semakin kurang....perlu muhasabah diri ni

Kamsiah yusoff said...

begitulah bila manusia sekarang lebih pentingkan diri sendiri...

I am LZ said...

Assalamualaikum Kak Zakie,

Setuju sangat bila kebanyakkan dari kita kurang sensitivity, ramai pentingkan diri. Baru berlaku kpd saya perkara ini. Sangat mengecewakan..

Semoga kita jadikan ikhtibar..

Myra Jay said...

Betul sangat kak, kadang sedih bila di rumah Allah masih leka dengan telefon bimbit.. pesanan untuk diri sendiri jugak..

nOe suhaimi said...

kalau phone tu berbunyi...bkn sahaja mengganggu pemilik phone tu tapi org lain juga terganggu...

kesian adik tu...ramai yg selfish ...

aziazib said...

sebolehnya sy kalau pi mall kalau boleh tahan mmg tunggu balik rumah. payah especially weekend

Reenri89 said...

Mungkin yang tak berfungsi itu sedang terberak lama menunggu taiknya nak keluar.. Erk.

Rozita Ceritaita said...

setuju dengan kak yon.. banyak kali jugak kena gitu..

QasehnyaRania said...

pesana utk bersama terima kasih kakak