Friday, December 16, 2016

Sebuah perjalanan pulang ke rumah

Musim cuti semakin ramai yang menjadikannya sebagai peluang untuk menikmati sebuah perjalanan untuk tujuan makan angin. Tidak kira makan angin di dalam mahupun di luar negeri/negara. Berbagai ragam kerenah manusia juga dapat kita lihat. Kita melihat mereka, mereka pula melihat kita. Adakah perjalanan itu mendapat kebaikan atau sebaliknya kita sendiri kena merenung dalam diri kita. Jika perjalanan yang berakhir dengan kemungkaran sebaiknya jauhilah tetapi andai kebaikan yang diperolehi bersyukur kepadaNya.

Gelap - Gelap. cerah, hujan dan panas semua adalah kehendakNya jua. Biarpun belum jam 4:00 petang tetapi dek kerana limpahan hujan yang lebat kelihatan bagaikan sudah menjelang senja. 
Reda & lega - Tiba di sini hujan kian reda dan kesesakan berkurangan. Lega terasa sehingga mampu untuk mengambil gambar signboard. Kami tidak singgah di sini sebab tidak dalam senarai destinasi. Sekadar menjadi laluan saja.


Sesak - Lihatlah laluan menghala ke utara (sebelah kanan) sesak dan padat. Sepanjang pemanduan yang mengambil jarak berpuluh-puluh km kesesakan ini menjadi pandangan mata kami sekeluarga. Alhamdulillah jalan menghala ke selatan amat selesa. Hanya dipertemukan dengan beberapa kemalangan dan mengakibatkan sedikit jem.
Tunnel/terowong - Melalui sini juga agak lengang. Memudahkan pemanduan. Terfikir dibenak kalaulah laluan di titian sirat ketika di padang mahsyar kelak tiada halangan alangkan indahnya. Merenung juga di dalam diri sendiri sejauh mana bekalan mampu dibawa terasa kecut dan alangkah takutnya. Ya Allah... aku tahu aku tidak layak ke syurgaMu tapi aku juga tidak sanggup menerima seksa api nerakaMu. 

Keluar - Cuaca kembali cerah sehinggalan tiba di JB. Dari jam 4:00 petang di Kedah kami tiba di di rumah jam 12:30 malam. Ada juga kami singgah untuk makan dan solat
Toll - Masuk dari Bandar Baharu Kedah sehingga ke Skudai Toll jumlah bayaran adalah 82.90. Lucunya tanpa disedari kad Touch & Go tinggal 67.97/- Bakinya papa bayar dengan cash. Kalau dari Butterworth tidak tahu berapa tollnya sebab di sana kami tidak lalu highway.
Sebuah perjalanan di dunia ada kalanya tersekat dan hanya mampu tiba di destinasi setelah melalui beberapa ujian dan ditempuh dengan kesabaran. Membeli dan meredah laluan banyak menggunakan duit hanyalah sebagai perantaraan. Adakah kita semua juga sudah bersedia untuk melalui perjalanan di dunia yang fana tanpa menempuh halangan? Semampu boleh kita pasti mahu perjalanan kita di sana dipermudahkan dan menemuiNya dengan hati senang. Bersama kita taati setiap yang diperintahkan dan tinggalkan segala kemungkaran.


~~ Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.~~

27 comments:

@na said...

Salam. Walau pun coretan kakak amat bersahaja, namun terselit peringatan yang sangat bernilai utk muhasabah diri yg lemah ini...tima kasih byk2.

Unknown said...

Sama-sama kitta manafaatkan sisa-sisa kehidupan kita ini dgn perkara yg memberi pahala bukan sebaliknya kan kakzakie, perjalanan didunia hanya sementra yg kekal hanya lah disana nanti
Muhasabah diri sendiri jugak ni

monalea said...

saya selallu berfikir pasal titian sirat ketika di padang mahsyar kak. selalu bayangkan rambut dibelah tujuh...

Yaya Mohd said...

salam..
semoga selamat perjalanan tu ye.. Amin.
^_^

sitirohaida said...

moga selamat perjalanan akak ke mana pun akak pergi...dalam kehidupan ni memang banyak halangannya kan kak..cuma kita boleh hadapinya atau tidak

Qhaifa Nur said...

Perjalanan yg panjang tuh kak..biar pun penat..pelbagai ragam ada..pengalaman yg sukar dpt kat mna2

PeRdU cINta said...

Bila melalui perjalanan yang hauh...beratus kilometer..terasa lelahnya..melihat ragam disana sini..dan kita salah satu juga wataknya di antara mereka..terbayang macam manalah nanti..di sana..

nohas said...

Salam Jumaat, kak..jauh driving dari utara ke selatan...Alhamdulillah, perjalanan smooth...

perjalanan hidup di dunia yang fana utk mencari bekalan di akhirat yg kekal..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan olehNYA. Banyak jugak tol kena bayar.. huhu..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sepanjang perjlnan dipermudahkan semuanya...masa cuti dilakukan dgn sebaik mungkin...;)

norhidana said...

nsb tak jem ye kak....

hehehe tulah nk wat camne jauh bebeno sampai tak ckp duit dlm kad yek kak

Rozita Ceritaita said...

oo.. boleh bayar separuh-separuh ye kak.. baru tau..

saniahibrahim said...

Jauh perjalanan kakzakie sekeluarga ya...Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar hingga ke JDT.Kesesakan sebab cuti yang panjang agaknya kakzakie.

diary_ciknaa said...

fuhhh semangat tengok tok akak tu.. tapi, demi kampung halaman kita pejamkan mata kan kakak.. saya pun balik kampung minggu ni, anak2 dengan mak.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ada getar dlm hati saya kakzakie..
Bila memikirkan utk titian sirat..
Adakah selancarnya..
Atau penuh liku..
Semoga dipeudahkan ye kak..

QasehnyaRania said...

assalam kakak
salam jumaat
baru balik dari kedah ye. ke mana tu kakak?

bila memikirkan utk titian sirat..
termenung seketika..
terima kasih ats peringatan ini kakak

Mazni Azmi said...

Perjalanan menuju ke kampung akhirat yNg kekal abadi.

Warisan Petani said...

Jauh perjalanan banyak pengalaman.

Sediakan seberapa banyak bekal untuk perjalanan kita ke sana.

paridah said...

selamat berhujung minggu...semoga perjalanan hidup kita lancar saja dari dunia hngga akhirat.

Jepun Mari said...

coretan akk bnyk kiasan yg indah dgn kata2..suka membacanya

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Musim cuti sekolah begini memang sesak jalan raya dengan kenderaan yang berpusu-pusu. Inilah ruang untuk jalan-jalan bersama keluarga. Tapi yang tak seronoknya, lalu h/way mesti kena tol. Kan bagus kalu tak ada tol atau kadar bayarannya rendah...hehehe.
Apa pun moga kita sentiasa mendapat hidayah-Nya dalam menelusuri kehidupan ini, amiinn.

Izwa Kamaruddin said...

Assalammualaikum kak :) singgah sini rindu nak berblog balik.

moga akak sekeluarga sihat-sihat sahaja.

raihanah said...

Salam kak zakie, singgah sini pagi ni. Kak dah balik ke? panjang juga jujukan kereta tu. Drive safely ya

NanyFadhly said...

Good of life reflection kak! sama2 mengigatkan. Kalau atas dunia dok sangkut kat jem. Tak tau la nanti oerjalanan kita kat 'sana' nanti. Seoga dengan belas ihsan ALLAH SWT. Kita semua dapat ke syurga nya ...Amin ya rabbal alamin

Ummialyaanas said...

assalamualaikum kak,jauh perjalanan...luas pemandangan..moga semuanya lancar ye

nhhas said...

err akak g mana sebenarnya? hihihi

OKje said...

Nasib jalan lengang ye kanda....
Mood En papa pun jadi tak terganggu. Kedah tempat anak sedara kanda kawen ke?