Sebut saja kampung terbayang di ruang mata kita suasana yang banyak pokok-pokok. Udara yang nyaman. Hijau di sana-sini. Tidak termasuk ternakan yang dibela. Begitulah juga kampung papa kepada anak-anak ku. Banyak pokok buah-buahan bermusim dan tidak bermusim ada ditanam. Tetapi memandangkan mak/abah sudah tiada lagi bila siang hari tiada siapa yang menjaga. Pokok berbuah dengan sendiri tanpa dibaja. Ada juga yang belum sempat di petik sudah hilang dari pokok.
Bergayutan - Pokok nangka ini sudah banyak memberikan hasilnya kepada keluarga kami. |
Kongsi - Tetapi belum pun masak sudah ada yang cuba menikmatinya. |
Togel - Lebih sadis semua sarung pun dia pandai koyak dan tanggalkan. |
Monyet-monyet semua sebenarnya tidak boleh disalahkan sebab habitat dia sudah banyak yang musnah dek pembangunan di kawasan berhampiran pantai hujung kampung ini. Akibatnya banyak yang berlegar-legar mencari makanan di kampung berdekatan. Bukan saja rumah kami yang menjadi mangsa tetapi rata-rata jiran-jiran kami semua mengalami masalah yang sama. Sebab itu walaupun ayam kampung terpaksa di kurung bila tuannya pergi bekerja. Telur ayam tidak boleh leka pasti habis diratah mereka anak-beranak.
~~ Allah berikan rezeki untuk dikongsi tetapi ada kalanya buat kita hampa bila apa yang kita nantikan berakhir dengan kosong.~~
34 comments:
Banyak jugak tu buah nangka. Beruntung ada tanaman sendiri macam ni :)
bestnye kak ade kampung..
kesian ayam kampung, sepatutnya mereka bebas merayau cari makan, terpaksa dikurung...di kampung saya ramai jg tuanpunya kebun, (jiran2 kami juga) yg beli senapang tuk jaga kebun dari monyet2, kesian pulak bila dgr monyet kena tembak..
Meriah nampak nangka tu.. Betul kak, tak boleh nak salahkan monyet jugak. dah tempat mereka dimusnahkan. Huhu. Kesian jugak dengan ayam kampung yang terpaksa dikurung pula ..
Bijak sungguh monyet2 tu cari makan ya,sarung nangka pun pandai dikoyakkan.
Dimana2 pun monyet2 banyak keluar dah kakzakie sebab dah takde hutan tpt mereka cari makan.Kedai depan rumah ni pun selalu kena cilok makanan jualan nya dek si monyet .
seronoknya bila bercuti dikampung...saya dah 'kehilangan' kampung tempat dilahirkan..
Kegembiraan balik kampung..
Apabila menikmati buah2an kan kak..
Laaa ni siapa dapat dia punya..
Tak kira berkongsi dgn haiwan atau manusia hihihi..
Itu yg terjadi dgn rumah mak abah di kg..
Wlpn ada kakak yg menjaga..
Masih ada yg mencuri pisang..
Jika si monyet yg mengambil ada lagi tinggal pisang yg belum masak..
Jika manusia..
Hilang satu tandan tu huhuhu...
Untung kan bila ada kampung?
Belah saya anak2 tak merasa situasi kampung, tapi bila balik kampung abah, baru la merasa seronoknya ada kampung... Lagi2 bila musim buah, tak putus buah2 utk dimakan :)
Kawasan rumah kami skrang pun banyak monyet... Pokok pisang baru jer nampak nak berbuah, dah tumbang rasanya dikerjakan mereka... Bukan setakat monyet kak, babi hutan pun selalu jer ada sekitar rumah kami... huhuhu
Best nya akak ada kampung
lebatnya buah nangka tuh kak... subur betul...
kalau yg mencuri or mengambilnya monyet atau tupai takpe kak, kite relakan rezeki mereka tp kalau manusia yg mencuri sakit betul rasa ati, meminta izin takpe... kita tak marah tp yg curi pastu nk jual tu yg geram tuh
Nangka memang challenging Kak.
Kalau kami ini pun tupailah pergi tebuk.
Untuk adil yang mana kami tercapai kami bungkus, yang tinggi-tinggi biarlah untuk tupai.
meriah sungguh buah nangka tu....rezeki nyet ler tu kak zakie...
Lebatnya nangka tu..tapi kalau digangg serangan monyet tentu tak sempat elok masaknya dh habis tinggal pokok saja.
Betul kak...bila musim buah-buahan puas tuan pokok menjerit halau monyet,,bukan tidak mahu berkongsi tapi tuan pokok juga mahu merasa hasil..tapi itulah,,kalau bukan rezeki walau pokok depan mata tetap tidak dapat menjamah..
Duduk di kampung digambarkan sangat damai,dengan pepohon menghijau membuahkan hasil, ternakan yang pelbagai, pemandangan yang cantik, sungai, pantai, sawah padi da segala2 yang menyejukkan mata dan hati.
Hakikatnya kerja2 bertani di kampung terlalu banyak cabarannya sekarang, segala2nya perlu pengawasan yang rapi. Nampak hasil yang segar bugar,kadang2 itulah baki bahagian kita setelah dibahagi2kan dengan insan2 yang tak bertanggungjawab atau hidupan lain yang sentiasa menunggu peluang mendapatkan rezeki. Dengan kos input yang semakin meningkat dan harga komoditi yang kurang memberansangkan, kehidupan di kampung kadang2 semakin tersepit.
Masalah musuh tani seperti babi hutan, monyet,tupai, biawak, memerang,landak seringkali membuatkan para petani kecewa tetapi langsung tidak berkesudahan malah semakin berleluasa.Macam pihak2 JP,JV dll tidak ada peranan.
Walau bagaimanapun memang banyak manisnya hidup di kampung bagi insan2 yang berjiwa kampung. Rezeki kita Allah dh tentukan dan ada sebahagianya untuk hidupan lain yang perlu kita ikhlaskan.
salam bertani.
Banyak nye buah nangka. Tapi nany lagi suka cempedak dari nangka.Cumakan, dulu masa kecik2..mak pernah buatkan roti canai letak nangka dalam tuh. Ya ampunnn...sedapnya sangat! itulah kali terakhir saya makan. Lepas tuh mak tak buat dah smpi skrang. Rasa nak pegi kedai mamak, kasi nangka kat dia...cakap macam ni .." Annee!!! kasi tukar pisang sama ini nangka..sedap wooo!! " hahahah!
sy ingat kat kg dulu, kalau buah nangka jarang yg dpt makan sebiji elok.
kadng dimakan binatang, kadg buruk sendiri.
lebat berbuah pokok nangka tu kak
lamam tak makan nangka... nak membeli mahal juga harganya sekarang... gitu yer monyet... kat kampung saya lagiler ba alif ba ya hutanpun kadang2 sesat... tapi masalahnyer kampung sayatu dari dulu tak ada banyak pembangunanpun... khabar2 nya ada yang yang melepaskannya di satu kawasan yang takder rumah... tapi dia pandai merayau pulak...
kesian kadang2 tengok haiwan liar ni kan kak.. terfikir kalau semua hutan jadi kwasan terokaan.. macamana agaknya nasib haiwan mcm ni..
Hihi, masalah yg sama di kg MIL,apa pun tak leh tanam dah, pisang sampai ke umbut dikerjakan, ubi kayu pandai dicabutnya, rambutan tak sempat masak dia dulu ngerjakan, besar2 plak tu, kalo kita marah dia seringai tunjuk taring kita plak naik takut. Tapi tulah bak kata kzakie, takleh salahkan diorang sbb habitat dorg dah musnah sedangkan dorg pun nk cari makan.
Beruntung mereka yang telah meninggal dunia dan meninggalkan tanaman2 di muka bumi, pahala tetap berlanjutan bila ia menjadi tempat berteduh.. apatah lagi bila mengeluarkan hasil spt ini. Rindu sgt pemandangan spt ini. Tq for sharing Kak Zakie.
Jgn kata kat kg pun ada monyet kak...bandar pun ada
Itulah bila rezeki dikongsi bersama...cam gitu la gayanya
Seronok Nur tgk buah nangka tu...byk buahnya
banyak nya kak...di mana ada buah-buahan, di situ ada pendatang
Seronoknya ada kampung...rindu plak nak balik kampung
Seronok nyerrr semua ade sendiri ;) dan alhamdulillah kenyang monyet-monyet tu..hehehe..
Sapa yg jaga kebun cik abang tu kanda selain kanda sekeluarga balik hujung minggu? Kg dinda pun banyak monyet kanda. Musim baru ni habis buah durian muda dikerjakan dia
Rasanya generasi baru sekarang ini tak ramai yang suka menanam pokok buah. pokok yang ada dikampung mungkin sudah tua.
generasi baru lebih suka memikirkan tentang buat rumah besar besar. maka hutan semakin menipis dan pemandangan semakin terbatas...
Bestnya tgk pokok-pokok buah-buahan ni. rindu kampuang halaman :) hee dugaan tu kak ada yg berkongsi :)
Betul tu...sekarang jarang nak jumpa suasana kampong sebenar macam dulu2...zaman 60an n 70an... KN kecik2 dulu pernah mandi air telaga... air sungai.. meredah belukar ikut opah cari paku pakis... rindu sangat zaman tu...
Selsmat tahun baharu yang bakal menjelma tak lama lsgi...
Memang seronok bila bercuti di kampung. Nangka tu dah nak masak agaknya. Tu ada yang nak cuba rasa.
Sedapnya buah nangka. Lebat juga hasilnya.
bestnya suasana kampung yang menghijau & tenang.
jenuh berteriak dgn monyet..
sama sama lah merasa rezeki dari Allah
Post a Comment