Bila anak-anak semua ada di rumah semakin kerap pula aku 'memasak' di restoran. Pilih sajalah hendak makan apa dan restoran mana, biasa papa ikut saja. Bukan selalu dapat peluang yang semua anak ada bersama-sama kalau bukan waktu cuti sekolah.
Tomyam - Papa dan adik memilih beehoon tomyam, Kak Reen kwee-teow tomyam dan Kak Meen mee tomyam. |
Sama - Semuanya makan tomyam belaka. Air pun sama air tembikai. Mama saja yang memesan air limau. |
Mama punya - Mama anak orang kampung jati mestilah mahukan nasi. Apa lagi nasi goreng kampung. Sedap pula bila papa tolong padankan dengan kailan dan ulam kobis dan kacang panjang mentah. Sedap! |
Ada kalanya masa rehat itu lebih diutamakan untuk seisi rumah. Keluar makan di restoran yang berdekatan dengan tempat tinggal rasa berbaloi juga bila dikira dengan kudrat yang memerlukan rehat lebih. Balik kerja sudah tidak perlu menjengah dapur. Anak-anak pula yang baru sesekali memasak di dapur pun bingung mahu masak apa. Mereka tidak tahu mama mereka ini yang sudah berpuluh tahun masak buat mereka lagilah buntu.
~~ Makan sajalah di luar. Pesan, makan, bayar - siap boleh balik rumah. ~~
27 comments:
menyelerakan..:)
Betul tu kak zakie, order jer apa maunya..
Sy pula walau penat, tetap ke dapur, permintaan anak dara, mklm le hari2 biasa makan di asrama, nak juga makan masakan si ibu walaupun seringkas mungkin.
Dapat rehat lebih sikit...kemesraan semakin erat..nak tunggu semua berkumpul susahkan kak...bila dah ada semua..manfaatkan sebaiknya...sambil makan bolehlah kongsi apa yang patut satu sama lain..
Yalah dah balik kerja tentu nya lebih mudah makan di luar saja apatah lagi anak2 ada semua...
Bersama anak2 menikmati hidangan enak di luar sesekali berkumpul tentu lbh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
nyum nyum..sedapnya menu. rasa lapar pulak tetiba hehehe
Memudahkan ye kakzakie..
Tak payah pening kepala nak memikirkan nak masak apa..
Pastu berpenat2 di dapur pula..
Hii memasak di restoran tak apa janji bayar duit ... tenaga pon dah habis kat dapor.. sekali sekaa kak zakie kan... :)))
sedap2 semuanya..somtamm..dah lama tak makan..
sedapnya tomyam tu
somtam pun selera
fav kita juga tu...
kita org permpuan ni..kdg bukan malas nak masak.. sy rasa jemu mkan masakan sendiri.
kdg suka sgt makan org masak..kalau kt rumah, sapa lg nak masak kalau bukan kita..tu yg jd sedap sgt mkn kat luar..
apatah lagi kalau suami yg masak..lagi sy suka
sedap juga sesekali makan tomyam...makan bersama sama stu family, semua pon rasa sedap...
setuju ngn akak... kadang lbh berbaloi beli dr masak, lagi2 bila kita dh lelah seharian bekeerja kak...
tak payah nak lecah2 dapur kan kak :D
saya sama macam akak..macam mana pun tetap lah nak nasi....baru kenyang...hehe...
Senang kakzakie, lepas penat bekerja boleh berehat dari masak-memasak ni. Berlama-lama di dapur pun tak syok juga. Tambahan, kalau ada anak-anak di rumah, tentu seronok masa itu dihabiskan bersama mereka, kan?
kdg2 kalau kena tempatnya kak..makan di luar adalah lebih jimat
..sbb irda ni bertiga ja..kdg2 beli brng mentah xhabis digunakan..sudah expired n membusuk dlm.peti ais..sudahnya makan di luar juga lebih bagus.hehe tp kdg2 masakan ibu juga yg teringat
aiwahh sedap2 semuanya..
sekali sekala reramai g kumpul direstoran best jugak..sambil besuka ria dgn juadah yang look so superb tuh
Somtam jugak kegemaran acik kak zaki tapi susah nak jumpa orang jual di tempat acik
amboii sedap belaka semua nya kak =)
Betul sangat tu kanda....dinda mmg sokong seratus peratus order, makan, bayar ni hihi....
Lagi lagi tgh krisis air mcm sekarang ni .Bukan makan luar aje. Sekali dengan baju dinda laundrykan haha....
Sedap sangat ke somtam ni kanda. Jadi teringin pulak dinda. Nantilah kalau pergi kedai tomyam. Nak try...
bestkan kakzakie
pilih pesan order makan haha
cuci tangan pun takpayah kalau makan dengan sudu hehee
kaknoor pun nk jugak lah pesan2 ni
Wanta berkerjaya tak semestinya ke ceruk dapur aje.
Sesekali order dan makanan siap terhidang.
Cik abe tukang bayar.
Lain rasanya makan ramai2 ni kak lebih2 lagi dgn ank2...
Menyelerakan...sesekali makan luar itu perlu
Terbalik pula dengan saya, lagi lama cuti sekolah lagi kerap saya kene masuk dapur..hehehehe..padahal hari2 masuk dapur cuma hari2 tu masak cincai, hari cuti masak sedap sikit ehh bukan masak yang susah sikit ;)
Tak lama lagi sunyi balik ye kak..
saya pun selalu makan kat luar..tak larat nak masuk dapur lepas sangkut jem balik kerja.
Kalau hari bekerja memang kerap tapau sahaja di luar tak tahan nak menunggu perut yang sudah lapar kesian juga kat anak-anak takut masuk angin.
Post a Comment