Monday, February 27, 2017

Makanan segera menjadi pilihan

Menjadi rutin setiap hari Sabtu itulah satu-satunya hari untuk bertemu anakanda di asrama. Semenjak berada di tingkatan dua inilah kali pertama kami pergi menjenguknya dua minggu sekali berbanding sejak dari tingkatan satu kami pergi setiap minggu. Semakin membesar semakin pandai berdikari. Apa lagi kini sudah dilantik menjadi Lembaga disiplin pelajar kenalah memikul sedikit tanggungjawab yang ditugaskan. Bukanlah berat mana contohnya minggu sebelum ini adik ditugaskan mengurus pendaftaran kemasukan pelajar tingkatan satu untuk tahun 2017.



Sudah beberapa kali bila kami datang, adik lebih suka keluar dari asrama berbanding memakan bekal yang mama bawa dan makan di asrama. Apa lagi ada kawan yang akan menumpang untuk bersama mencari barang keperluan. Kali ini kawan adik dari Melaka yang menumpang. Selesai makan tengahari masing-masing berbelanja membeli keperluan mereka. Biskut, air kotak, air mineral, kekacang dan toiletaries semua dibelanja. Selesai papa membayar semua jam sudah menginjak ke waktu asar. Sebelum balik ke asrama masing-masing mahu membeli KFC. Terperanjat aku rata-rata yang berada di dalam outlet KFC dan Marybrown adalah anak-anak dari tempat adik belajar. Bila di lihat sudah bagaikan pasukan bola sepak pasukan SelangoršŸ˜€. Apa pun aku hanya membayar kepada anak yang menumpang kereta kami saja. 

~~ Makanan anak-anak asrama kini lebih lazat dan berkhasiat. Anak-anak semakin pandai. Silap sedikit dewan makan membuat menu pasti akan menjadi isu di mesyuarat perbadanan pelajar. Dahsyat! ~~



55 comments:

Normi Nieza said...

dah lama xmkn kfc..:)

Seorang Syed said...

Mungkin duduk asrama dah lama tak keluar kot so sebab tu budak2 ni lebih enjoy makan luar dengan keluarga hehe. Memang, bab-bab makan memang jadi issue dekat certain sekolah. kena berhati2 la pengusaha dalam penyediaan makanan.

saniah ibrahim said...

Saya pun sejak 2017 ni tak pernah datang melawat Azim di asrama. Dia pun dah bertambah umur dah matang dah faham kenapa makayah sukar nak melawat. Biasalah kakzakie budak2 memang peminat tegar makanan segera seperti KFC tu.

idzwa kamaruddin said...

Betul..sekarang asrama dah tak jumpa makan cikai-cikai..di mrsm siap ada chicken chop menu untuk budak-budak.

Azian Elias said...

kak zakie nak tau tak, anak2 saya terlalu jarang ke KFC or McDonald.
kalau ada pun mmg boleh dikira dgn jari. rasa2nya setakat 4 or 5 kali kot seumur hidup diarang. heeeeee
memang saya tak galakaan.
yang dia rang tau, food chef ciju lah. alhamdulilah.

Nieyl said...

Nieyl suka makan Mcd...hihihi...
xtau kenapa...

Inani Hazwani said...

Sekali sekala keluar kan mesti nak cari makanan yang lain dari rumah & dewan makan. Hehee

Falsya said...

Aah la kakak..dh mcm pasukan bola selangor wanita plak dh dlm kfc tuh..hehehe

Norhayati Mohd Isa said...

hihihi macam kelab penyokong selangor ye kakzakie..

Ohhh asrama adik boleh outing ye..
Asrama najeeha boleh visiting jer kak zakie..
Jadi sebelum kita datang visit tu..
Banyaklah kiriman yg dibuatnya..

Sekarang najeeha semakin pandai mengurus masa..
Dah ramai kawan katanya..
Kakak2 usrah banyak membantu ..
Tapi telefon tetap setiap petang ehe :D

PeRdU cINta said...

Sesekali ubah selera..anak-anak sekarang berkeyakinan tinggi dan lantang bersuara kak...adik tetap adik..tapi di asrama adik sudah menjadi kakak..hihihi...alhamdulillah..

aryan azra said...

sesekali keluar dari asrama dapat ubah selera.

kira baguslah macam tu kak, kami dulu di asrama makan saja apa yang disediakan, walaupun rasa macam tidak sesuai

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Budak2 sekolah memang macam tulah Kakzakie, kfc.. mcd.. kfc.. mcd. Anak sy tu mujur ajelah dikawal, tapi kalau keluar outing dengan kawan2, tu jerlah tempat makan yang diorang tahu dan senang nak makan, dah tahu apa menunya.

Mazni Azmi said...

Makanan sihat hari hari pun boring kak zakie.
.
Nak juga merasa makanan rapu cam ayam seketul RM5 ni
.
Hihi

Mar Mansor said...

masing-masing teringin nak makan kfc..marrybrown..

Siti Rohaida Yusof said...

lama tu nak dapat makan kfc..ada peluang mesti ke sana kan...sekali sekala layankan jelah...hehe

Unni Anje said...

makanan wajib ni..

Amy Hilmirda Daud said...

Semakin besar semakin pandai jaga diri.
masing-masing serbu KFC dan Marybrown ye kak.

nurbijen said...

alhamdulillah, adik dah makin pandai bawa diri...
kan dah jadi senior skrg...

untung anak2 zaman skrang...

norhidana miswan said...

agaknya mereka2 dh bosan ngn makanan kt dewan mkn itu yg sesekali nk jgk rasa ayam kfc kak... peluang yg bkn selalu hadir kan

HeNRieTTa JoSe said...

teringat plak masa rietta tinggal di asrama, makan aje apa yang ada....btul tu akk, adik sepupu rietta yang di asrama sekrang ni pun, mengomel klu menu xkena dengan selera...

IQ = Iez Qis said...

uishh, dasyat, kalau tak sedap terus masuk mesyuarat..saya dulu di asrama, tak sedap, telan aje....huhu...nama pun bayar tak mahal...hehehe

Zie Azi said...

dulu2 tong2 nak beli kfc, time sek bukan berduit sgt..hihi

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronok mereka dpt keluar membeli barang2 keperluan ...kfc mmg jadi kegemaran kalau outing...

Noor Azlan said...

Budak asrama bila dapat keluar bersama ibu bapa tu lah heaven nya dari terperap di asrama, kadang-kadang perasan kan budak zaman sekarang malu depan kawan-kawan bila bab manja-manja dengan family...

paridah said...

Kalau duk asrama masa cuti dptlh keluar asrama shopping apa perlu n mkn2 apa yg teringin apalagi kala dpt wang biasiswa kan main seronok lagi. Anak2 la ni yg tnggal di SBP r MRSM r asrama sekolah harian biasa lbh selesa hdp mrk n hanya perlu bljr utk capai jaya saja xpyh fikir yg lain2 lagi

Ainniah Zulkefli said...

dok asrama gini lah. hari2 makan makanan hostel, boring jgak. ain penah berperasaan macam ni jgak kak. sekali sekala outing nak jgak makan sedap. especially kalau mak ayah yang bayarkan, lagi bertambah sedapnya. hihihi...

kak nak tanya ain pasal vitamin kan hari tu. kak whatsapp ain terus ya 0164214704 :)

Nor Azimah said...

Tahniah adik dah dipertanggungjawabkan memikul amanah, baguslah dik, tanda org berjiwa besar ni, bakal jadi pemimpin

Dah berubah selera ye, lagikan seronok dpt keluar dari asrama, soping2 sambil makan2 kat luar tu kan dik, hehe.

Ana Fatihah said...

Haha. Biasalaa tu kak. Masa saya duk asrama dulu pun kalau outing, KFC memang penuh muka kitorang je. Hihi

Raihanah Ahmad said...

bila dok jauh dari mak memang macam tu kak

Bunda_nora said...

Tiba2 terasa pulak nak makan KFC.. hehe

LYAfrina said...

Jangan kata asrama kak..kat kantin sekolah pom ada y sediakan makanan y woww.. Citarasa sekarang kan..

Khairul Bariah said...

ye lah kakzakie, dah hari-hari duduk asrama, hujung minggu bila mama/papa datang teringinlah nak keluar asrama pulak.

lagipun, masa itulah nak membeli segala keperluan harian, kan.

Nafira usof said...

masa zaman zura duk u dulu pon makanan cam nih jugak jadik santapan istimewa sesekali keluar jalan2 dgn kawan2.
atau lebih tepat bila duit biasiswa masuk. hehehehe

NEKCIK said...

Kami dah tua tua ni kekadang teringin jugak makan kepc tu.nekcik suka mashed potatonya ngan coleslaw...

Zaitun said...

Budak2 sekarang memang mcm tu kakzakie nak makan makanan yg sedap2 aje. Mungkin sbb parent sekarang sudah mampu. Berbeza zaman kita dahulu kala. Sibongsu kak Zai langsung tak menjengah gerai taunya fast food atau restoren.

dorsett pink said...

~~ Makanan anak-anak asrama kini lebih lazat dan berkhasiat. Anak-anak semakin pandai. Silap sedikit dewan makan membuat menu pasti akan menjadi isu di mesyuarat perbadanan pelajar. Dahsyat! - hebat budak-budak sekarang, berani & confident..

Hasliynda Umairah said...

zaman sekarang mcm2 kak

E'in said...

kak, kite baru lepas makan kfc nie.. hihi..

maybe sebab adik bosan kot sebab tu die nak keluar..

webctfatimah said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit....

Apa khabar kak Zakie ? Didoakan akan dan keluarga sihat dalam lindungan Allah SWT.

Anak-anak sudah pandai memilih makanan kak. Sama seperti anak saya juga. Semasa di sekolah asrama dulu tidak kisah makan apa yang dibawa, kini sudah masuk U, semuanya mahu makan di luar dan mencari makanan segera kesukaan. Saya dulu pun macam tu jugak kak, semasa belajar di universiti, mana ada orang tua nak datang, jauh Sarawak tu. Jadi hujung minggu ada duit sedikit akan bersama adik makan KFC di Pasar Seni, KL...hehehe. Nampaknya zaman tidak berubah ya.

Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

wahida said...

anak2 sekarang makin bijak kan kak...bijak mengeluarkan pendapat dan tahu apa yang dorang nak...

hainom OKje said...

Baca cerita kanda ni,...dinda pulak teringin nak makan ayam kanda hihi...aduh.

Biasalah kanda, bila dah duk asrama ni, walaupun lauk sedap tp kadang kadang teringin jugak agaknya nak makan fast food. Eh....dinda ni pun kadang kadang teringin hihi

Abam Kie said...

jauh sgt bezanya dok di asrama skrg berbanding dgn zaman saya sekitar 30 thn lps. dulu kami balik sendiri naik bas atau teksi. tp skrg mak bapak dtg ambik di asrama. kerlazz gitu!

nOe suhaimi said...

kalau duduk asrama..kadang2 diaorg dah jemu dgn makanan asrama...sekali sekala keluar tu...teringin la fast food..anak noe pun mcm tu juga kakzakie...layan ke jer..

kerap juga kak zakie g melawat yer..noe sebulan sekali jer..

nhhas said...

hihihi...
betul tu - kids sekarang dah advance.

so sekolah dah tak boleh student asrama bagi makanan tak sedap.

tapi tengok sekolah juga.

ada juga sekolah yang still hampeh.

kira adik bernasib baik sangat dapat sekolah elok. Alhamdulillah.

btw kakak - KFC juga tetap menjadi pujaan hati.

hihihihi... seminggu sekali kan nak keluar.

Puan Wawa said...

wowww, dahsyat student sekarang. blh raise issue dewan makan.

Warisan Petani said...

Budak2 sekarang dh ramai yang beruang. Eh berwang.
Kalau anak WP dulu, mee magielah yang jadi stok emergencynya.

Fiza Rahman said...

Sekali sekala makan fast food. Asyik makan asrama boring jugak.. hehehe.. Tapi makanan asrama pon dah sedap.

aizamia 3 said...

Jangan kata anak-anak, mak budak pun suka kfc, McD tu.. hehehe..

SUE said...

Zaman sekarang senang nak akses kepada makanan segera macam ni. Berduit pulak tu. Lagi mudah.

hainom OKje said...

Salam kanda....
sihat ke? Senyap tak berentri ni

Nour Adieb said...

jarang2 sy mkn kepci ni. lagipun x dgalakkan makan sjk kecil lg. makan hanya bila betul2 ngidam je

Shahrul Yusof said...

Menu makanan kat asrama sekarang ni dah banyak yang menarik. Zaman saya dulu, menu paling

Mrs. A said...

Wow! zaman dah berubah ya kak.
Zaman Mrs. A duk hostel dulu makan ajalah apa yang hostel masakkan tu.
Pernah time sahur we all makan sardin mentah aje.
Bersyukurlah dari makan tulang

ZULHILMI TEMPOYAK said...

itu ja yg sedap. hehehehe

Nurulfatin Adiana said...

ingatdulu asrama sekolah lauk tak best sangat..ada hari dia yg kurang best..tp nk mkn kepci tu 2 bulan sekali kot..dpt mkn snack plate suka sangat la hai