Surat dari pihak Kementerian mengatakan temuduga untuk Yasmien ditetapkan pada 27 November, 2011 dan hari itu merupakan awal Muharram 1433.
Sabtu 30 Zulhijjah (26-11-2011) selepas solat zuhor kami bertolak ke Kota Tinggi sehari lebih awal untuk melihat dulu lokasi sekolah yang dimaksudkan agar mudah untuk kami tiba di sana kelak. Menjadikan rumah Kak Long aku sebagai rumah persinggahan, selepas solat asar baru dilunaskan bacaan Yasiin dan tahlil diikuti doa akhir tahun bukan di rumah sendiri.
Ahad 1 Muharram di tahun baru inilah Yasmien menduduki peperikasaan kelayakan dan sessi temuduga lisan. Aku bersama dua anak duduk di surau sekolah. Sementara menunggu kami melakukan apa yang boleh bagi mendoakan Yasmien. Hubby di ruang surau lelaki. Dari jam 8:30 pagi hingga jam 11:05 minit selesai urusan terus kami bertolak balik melalui lebuhraya yang belum pernah kami lalui. Toll RM 11.20 /-. Andai pergi dan balik ditambah lagi 10 sen sama dengan jumlah mas kahwin orang Johor. Namun dari riak Yasmien, dia berkehendak sungguh untuk bersekolah di sana.

Cantik - Sekolah idaman Yasmien
Dewan - Dewan ini tidak diganggu kerana digunakan sebagai dewan peperiksaan SPM
Bilik temuduga - Yasmien menanti masa untuk masuk ke bilik darjah untuk sessi ujian bertulis sebelum sessi lisan
Perjalanan pulang - Pertama kali melalui lebuhraya ini. Tenang kerana tidak banyak kenderaan.
Feri - Dari sisi jambatan ini kelihatan feri melayari lautan ini
Indah - Bagaikan melalui jambatan Pulau Pinang tetapi tidak jauh, sekadar 3 minit peluang melaluinya
Balik dari sana memandangkan perut sudah bekeroncong, kami singgah makan di restoran siput sedut di Tampoi. Sedap sungguh masak lemak cili padinya. Sambal belacan cecah dengan ulam kacang botol dan ulam raja berhantu aku makan. Anak-anak makan siakap bakar dan pilihan masing-masing. Tetapi aduh... belum tiba di rumah masing-masing sudah sakit perut. Adik lagi sebaik sampai terus menuju ke bilik kecil. Aku sehingga hari Isnin masih tidak henti berkunjung ke bilik kecil. MujurJohor masih bercuti.
Singgah - Makan tengahari di sini. Hidangan istimewa kerana bercirikan cara masakan kampung. Aku memilih ulam raja, kacang botol, sambal belacan dan sayur campur yang lazat
Siput sedut - Nama restoran pun Restoran Siput Sedut. Semangkuk RM5/- saja. Kami habis 3 mangkuk.
Asam pedas - Ikan sembilang asam pedas memang favourite keluarga. Kepala anak-anak tidak dibenarkan, jadi papalah tukang menghabiskan bahagian yang ini. Isi untuk anak-anak.
Siakap bakar - Biasa aku masak siakap stim atau tiga rasa, tetapi di sini siakap di bakar, sungguh anak-anak pun mengatakan lain kali mahu datang lagi.
~~Yasmien - Bermunajat tanpa henti selagi hasrat belum terlaksana. Moga 1 Muharram 1433H menjanjikan kebaikan untuk hari-hari selanjutnya. ~~