Thursday, November 24, 2011

Teman Mencuci Kereta

Mereka bukan anak aku. Pada mulanya senyum-senyum malu bila aku hulurkan jemput-jemput kentang. Itu saja yang aku ada pada waktu itu. Mungkin terasa sedap mereka datang lagi - akhirnya aku bagi tupperware aku padanya. Sementara menanti kereta di cuci anak-anak ini bersembang dengan aku. Si lelaki malu-malu tetapi yang perempuan akhirnya boleh lagi duduk bermain kamera aku. Bagaikan ayam dengan itik bila aku berbahasa Inggeris mereka berbahasa Tamil. Abang kelihatan bagai sudah bersekolah tetapi bahasa Melayu pun tidak faham lagi. Papa mereka sibuk nun di hujung tidak tahu si anak bersembang dengan aku. Bila papanya kembali baru aku tahu kedua-duanya belum bersekolah betul. Abang masih di tadika 5 tahun di sekolah tadika Cina dan si adik baru tiga tahun. Bila mereka melambai tangan meninggalkan aku terasa sunyi pula sendirian menanti kereta aku yang belum siap lagi.

Cute dan comel... lihatlah mereka mesra berdua mengulek brochure tentang kereta. Kecoh sebab mereka berbahasa Tamil yang tidak aku fahami tapi aku tahu mereka amat akrab. Suka..



~~Bertemu dengan kanak-kanak tidak kira bangsa apa sekalipun boleh saja aku layan asal saja mak-ayahnya tidak kisah.~~



69 comments:

Queenie said...

saya pun lebih senang melayan budak-budak walaupun budak-budak lebih pandai berlakun...

dalam fikiran mereka segalanya logic belaka heheh...

sisdee said...

betul tu...asalkan dorang pun mesra ngan kita kan...dorang pun manusia biasa cam kita kan...

selalu ckp ngan anak2 jgn ada perbandingan kulit sbb mereka tu pun makhluk Allah...

Kayu Manis said...

saya juga akan tersentuh bila melihat anak2 sebesar itu merayau tanpa pengawasan,,"anak siapa tu,mana mak,ayahnya'melintas jln sorang2..risau saya..lagi tersentuh bila lihat anak2 minta derma mlm2..

norhidana said...

heheheh lucu tang yg jd ayam ngn itik tu... tp kan kak kanak2 nih hatinyer suci jujur,,, kalu tak mana kn dia nk dkt ngn akak yg dia tak pnh kenal....

Rina Rahamat said...

kdg-kdg boleh penat layan mereka berbual hihi

uncle gedek said...

lama tak dengar perkataan 'jemput-jemput'

Kakcik Seroja said...

Setiap kali membaca pasal keakraban anak2, mata kakcik noleh berair! :)

Aien Not Alien said...

berborak dengan kanak-kanak perlukan kesabaran jugak kadang2...nak bagi dorang faham apa yang kita cakapkan...hihi

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Hihi .. nampak comel je mereka ni .. kanak2 memang comel .. aksi diorang boleh buat kita geli hati :)

ibuintan said...

macam itik dengan ayam.. begitulah juga jadinya nanti di awal2 persekolahannya kalau cikgu BMnya nanti orang Melayu yang tak tahu bahasa Tamil


saya dah alaminya kakzakie, masa mula2 mengajar, ngajar BM tahun 4 yang majoritinya murid kaum ini dari ladang2... memang besar ujiannya,pernah menangis saya dibuatnya

faraherda.razalan said...

Bila sy jual kertas terpakai, anak orang Indonesia yang comel tu nampak lincah. Saya bagi sebiji buah oren, dia amik sambil tersenyum. Nampak selekeh. Baju pun buruk. Tapi jgn disangka mereka miskin. Tapi saya tak kisah sebab saya suka melayan budak. Baik yang comot mahupun yang bersih.

Orang Indonesia di Malaysia lebih kaya dari rakyat Malaysia sendiri.

=D

musang said...

agaknya diorang xde kawan bangsa melayu..tu yg xreti ckp melayu tu.

Maya Mayana said...

kakak ada surprise utk kamu...mahu address

kak zakie berjiwa penyayang :)

eiza said...

tak kira bangsa, kanak-kanak ni manusia paling jujur dan bersih...mereka sebaya dgn anak-anak saya, seronok tengok keakrabannya...

Anonymous said...

comel diorang..seronok tgk..

No Lan said...

betul tu kak..No suka dengar lenggok bahasa mereka dan bahasa tubuh mereka yang unik..

Maya Mayana said...

kakak dekat bhgn atas blog tu ada tab facebook,klik situ kita akan berjumpa di fb :)boleh msg yana address kakak

wahida said...

saya pun suka layan budak2...
dan kadang2 suka menyakat dorang....hehe...

amirah said...

akak suka budak2 ye..saya takleh tengok budak2 yg mengemis tu.pastu takleh nak tgk anak2 kecik dlm bersamamu..sedih sgt..

Munn Jaafar said...

budak2 yg bsr2 mcm ni nmpk naif je kan..diorang pun tak kira apa bgsa dan agama, dtg temankan akak =)

Hudalatip said...

betul kak saya pun suka layan kanak-kanak tidak kira bangsa..:)

Kakzakie Purvit said...

@ Queenie: Budak-budak punya imaginasi kadang tak terjangkau dek akal kita Q


@ sisdee: Anak kakak pun suka budak-budak. Lagi kalau baby mesti nak sentuh sikit pun jadilah


@ cinnamon.com: Anak-anak ini ok. Lihat kereta pap dia pun kakak tahu mereka hidup senang walau duduk di estet kerana dijaga nenek


@ norhidana: Kadang ada juga yg dia faham macam tanya "nak lagi" dan "sedap" dia faham sebab tadika Cina kan ada belajar inggeris kot


@ Rina Avail: Tapi mesti hati kita terhibur kan


@ gedek: Kakak sebut jemput-jemput. Ada yg sebut cekodok dan cucur.


@ kakcik: Tak lama lagi kakcik ada peluang kalau Along dah berumahtangga.


@ Aien Not Alien: Betul Aien. Tapi seronok juga bila sama-sama dah faham


@ My Life's Journey: Mereka bersih dan hormat. Cuma kanak-kanak biasalah mesti tak reti diam

Kakzakie Purvit said...

@ ibuintan: Anak-anak ini pun duduk estet dgn nenek dia. Papa-mama dia duduk asing. Kalau cuti papa-mama dia ambil. Itu agaknya susah nak communicate Melayu. Tapi yg abang sikit boleh berbahasa Inggeris..


@ Fara: Selekeh org berduit tak sama dgn selekah org miskin Fara. Dah ramai "org luar" yg lebih 'senang' dari kita


@ redza: Mereka duduk di estet, dah tu si abang pulak sekolah tadika cina.


@ Maya Mayana: Terima kasih Yana. Huhu... mesti special ni


@ eiza: Usia macam ini tengah ligat dan curious tentang apa yg dilihat kan eiza


@ Tiramisu Fatiema: Comel kan... Hidung mancung, gigi putih, mata bulat, cantik:)


@ No Lan: tapi kakak sembang sekejap sebab kereta papa mereka masa itu dah separuh siap, sedangkan kakak baru sampai


@ Maya Mayana: Huhu... tak perasan kakak. Ok done...


@ wahida: Dgn mereka boleh release tension. Bibir pun boleh senyum wahida..


@ amirah: Kakak rasa siapa juga wanita yg bergelar ibu mesti luruh airmata bila lihat keadaan anak-anak miskin dlm bersamamu itu Amie.


@ Munnafendy: Kakak pancing mereka dgn jemput-jemput munna sebab boleh pulak masa tu handbag kakak tak ada jajan. Selalu ada...


@ missbby: Siapa tak suka budak. Kalau yg kotor/comot pun pasti hati kita jadi belas kan...

Qhaifa Nur said...

paling seronok dapat bercakap dengan budak2 yang petah berkata2 ni, tak terlayan dibuatnya...

lieynanilaz said...

budak2 adalah penghibur!!

nabilah_2908 said...

bermakna bahasa harian budak2 tu..jarang gunakan bahasa Melayu..

yer la..sekolah pun sekolah cina.. :)

kiranya akak ni cepat mesra la..kalau sy...sy senyum2 dari jauh je dulu.... makan masa juga la nk rapat dgn budak2 mcm ni...

kasihibu said...

kadang bila kita tengok gelagat si kecil
hati pun turut terhibur kan kak?

Azian Elias said...

MASYALLAHH..bagus nya sifat yang akak ada.. saya tak sangat lah kak.. selalunya main tengok je..hee..kalau yg berkenan betul2 baru saya boleh rapat..if kids lah.

tapi baru2 ni masa ikhtifal anak2 saya leh share chocolate dgn budak lelaki sebelah yg duduk sorang2.hee

Cik SHiNJU said...

Kak p cuci keta bawak bekal ekh..
Lapo plak terbayangkan cucur kentang tu..huhuhu...

Zaman kanak2 yun terbatas ngn kaum Melayu dan cina jer..Dah skolah baru ade kawan India..MMg kamceng giler smpai skang..Perbezaan kita hanyalah bangsa dan agama...tp kita sama2 manusia biasa..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kenal kak zakie...budak2 ni tak kira bangsa/agama mmg comel kan.tambah klu jumpa yg petah,sonok melayan :D

terokai seni said...

manusia dan kemanusiaan, kekadang heran bila memikirkan ada batas yang kita rasa sukar untuk mendekati bangsa lain

che mid said...

tentu sedap makanan yang kakzakie hulur tu sampai kakzakie hulur terus bekas he he

Acik Erna said...

kakzakie,,acik pun sama..asalkan mak ayahnya tak kisah..acik suka layan budak2 ni seronok

Sharifah Nadzarah said...

lambat sy dtg harini...
sori kak...
sy pun suka klu budak2 yg peramah..hihi

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

keletah budak2 kekadang buat kiter tersenyum ...

emarieys said...

seronok layan budak..lebih lagi yg petah bercakap

Unknown said...

akak pergi cuci kereta pun bawa jemput2 kentang ya? Bestlah akak, keman2 bawa bekal...

saya pun tak kisah melayan budak2 asal mak bapak mereka tak kisah, cina ke india ke, melayu ke, kita kan satu Malaysia, tak gitu kak...

Hanis MY said...

memang seronok melayan kanak2 apatah lagi mak ayahnya tak kisah perbezaan bahasa, budaya dan agama bukan penghalang kan kak...

Unknown said...

budak2 begitulah dgn siapa saja mereka tidak kisah.. tp yg kisahnya ibubapa.. kdg2 sama bangsa pun ada gak ibubapa yg memilih...

ucubakery said...

akak mmg pandai melayan semua karenah orang tak kira berapa usia mereka...

Unknown said...

seronok kan layan kerenah budakx2 ni..bangsa dan agama bukanlah menjadi ukuran utk kita beramah mesra kan kak:)

Anonymous said...

budak2 tahu isihati org dewasa samada ikhlas @ berpura2, suka @ buat2 suka

nampaknya kakzaki memang insan yg penyayang dgn budak2

Ati Masrif said...

ati pula suka sakat budak2

kelakar jadinya ..hehe~

~izan~ said...

suka izan baca entry akak ni..betapa bertuahnya kita tinggal di malaysia ni.. masyarakat majmuk.

mesti mereka senang dgn akak sebab akak layan mereka dgn sgt baik =)

My Little Diary said...

gembira hati kalau kita dpt menggembirakan org lain... :)

PCL said...

bebudak ok je kalau kita rajin melayan..tp ada gak emaknya plak yg kerek....terhenti di situ.

So Shy Lady (SSL) said...

baiknya akak.... nmpak sungguh k ibuan. bdk2 ni ibarat kain putih, bersih suci, innocent. t. salah utk kita blaku baik pd mrk ;)

fatin said...

jemput-jemput kentang? mmm.. mcm menarik tuh..no wonder diorg dtg semula..

hehee... rezeki mereka lah tuh..

fatin said...

jemput-jemput kentang? mmm.. mcm menarik tuh..no wonder diorg dtg semula..

hehee... rezeki mereka lah tuh..

Cikgu Ma said...

datang melawat blog akk sambil baca entry =)

jom baca =_=
oh lelaki!!

Much Melo said...

layan kanak2 mmg seronok :)

Afida Anuar said...

he he, betul kak.. kalau mak ayah diaorang tak kisah, seronok jugak at least boleh kill time masa tunggu kereta siap kan?... Tapi kalau mak ayah diaorang kisah, nak senyum pun takooottt..hehehe

Mohamadazhan.com said...

hehe.saya dah dapat bayangkan suasana budak2 dua orang ni...hehe.sibuk memilih kereta idaman masing2 rasanya =)

Kak Aya said...

sama dengan saya, kak..suka dengan kanak-kanak.

kdg2 tersentuh hati tengok kanak-kanak tak berdosa yang menjadi mangsa dek ibu bapa atau pengasuh.

semoga Allah melindungi semua kanak-kanak di dunia ini.

Zaitun said...

Kak Zai pun suka tengok kanak2 yang petah bercakap.

Satu malaysia kakzakie hehehe...

ibundo said...

cute..
suka tengok budak2.

ORLANDO AHMAD said...

kak,
sila belajar bahasa tamil hahaha

Kakzakie Purvit said...

@ Qhaifa Nur: Yg kakak jumpa ini abangnya pendiam tapi adik dia petah walau tak faham biji butir apa.


@ lieynalinaz: Kalau tak buat kerenah


@ nabila_2908: Kakak sebenarnya memang suka kanak-kanak dan pernah berhasrat buat nursery tapi banyak hak kena buat sebelum buka itu yg tak jadi


@ kasihibu: Betul sya


@ Yan: Kakak suka budak-budak kecik. Sebab itu biasanya dlm handbag kekak memang ada jajan. Kalau terjumpa yg tak kisah utk bermesra kakak akan bagi padanya


@ Cik Shinju: Sebab jemput-jemput tu baru goreng lepas tu terus pergi cuci kereta so, bawalah bekal sementara menanti kereta kena cuci


@ azatiesayang: Samalah kakak pun macam itu.


@ cemomoi: Kakak kalau dgn org yg dewasa susah sikitlah tapi dgn budak kecik kakak suka


@ che mid: Sedap sangat tu taklah Che Mid. Tapi sebab tak ada makanan lain kedai makan pun jauh itu yg mereka makan - nama pun budak


@ Acik Erna: Agaknya usia macam kita macam itulah Acik


@ Sharifah Nadzarah: kakak tak kira SN. Kalau yg pendiam pun kakak boleh layan juga

Kakzakie Purvit said...

@ May El Qareena: Itulah yg best


@ MamaEma: Kalau tak petah pun tapi kalau cute best juga


@ Yus: Kakak masa itu pulak tak ada temanlah Yus. Budak itu comel dan tengok kakak makan jemput2 itu yg kakak hulur, last jadi teman berbual


@ Hanis MY: Kita yg dewasa kenalah tunjuk yg baik baru budak akan ikut.


@ Queen Teratai: Betul Queen. Sebab itu kalau nak bermesra dgn bebudak kena lihat samada mak-ayahnya ok tak


@ Ucu Faridah: Kalau org dewasa kakak tak lah Ucu. Kalau dgn bebudak kakak boleh layan aje


@ Nieza: Betul nieza. Kakak tak kisah itu semua


@ makdara TERdiva: Kanak-kanak pun tahu kita ikhlas atau tak MDT. Kakak sungguh memang suka anak-anak


@ Ati: Ceria kalau dapat buat macam tu ye Ati:)


@ izan: Budak kena umpan makan bialah izan. Kakak kena tackle hati dia kalau nak bermesra. Tektik aje tu izan hihi....


@ My Little Diary: Mereka yg menggembirakan kakak.


@ PCL: Nampak papa mereka ok. Kelihatannya well educated dan boleh campur masyarakat


@ So Shy Lady: Sebenarnya rasa seronok bila dapat mendekati kanak-kanak. Apa lagi mereka melayan apa yg kita tanya


@ Fatin Marz: Ala... jemput-jemput biasalah FM bukan special pun, cuma baru lepas goreng masih panas lagi


@ Cikgu ma: Terima kasih berkunjung


@ Much Melo: Best kan..:)


@ Afida Anuar: Betul Fida, masa nak bagi makanan pun kakak bimbang siap tanya papa dia bagi tak.


@ Mohamadazhan.com: Hahaha.... betul dik masa selak muka surat si adik tunjuk satu kereta lepas tu si abang tunjuk lain. Agaknya itulah pilihan mereka


@ Kak Aya: Sebab itu bila ada penganiayaan hati kita mudah tersentuh dan marah kan Kak Aya


@ Zaitun: Kakak bukan fikir satu M'sia kak zai. Cuma suka budak tu aje


@ Ibundo: Kakpah ada Faris & Maryam best boleh layan mereka selalu


@ Orlando Ahmad: Kakak tahu unne, rende, mune, nale.. hahaha....

Unknown said...

SELAMAT pagi kak zakie

memang rindu dengan celoteh kak..

namun, umai sukar didekati..
ayu risau dengan anak dara ayu nie.
adakah kak boleh mangambil hati anak dara ayu??

Uncle said...

Salam Kakzakie.

Seronok bila tgk anak-anak seronok tanpa mengira bangasa dan juga agama....great!

sahromnasrudin said...

mereka adalah kain putih...

Acik said...

kanak2 dilahirkan putih bersih. kita ler yg mencorakkan mereka bermula ngan mak ayahnya sendiri ...

Azie Azman said...

seronoknye..azie pun suka melayan kanak-kanak..tak kisah la jumpe dekat mana..because they will make me smileeee :)

mama maman aka yana said...

satu malaysia eks..:)

Kakzakie Purvit said...

@ Citarasa Rinduan: Mungkin sebab Umai biasa sendirian di rumah Ayu. tunggu bila Umai dah berteman kelak


@ Uncle: Kakak gitulah tak kira janji kanak-kanak kakak suka


@ sahromnasrudin: Betul bak kain plain belum bercorak...


@ Acik: Corak dibuat mak-ayah mereka. Kakak sekadar mahu berteman aje


@ Azie Azman: Betul. Dengan kanak-kanak mesti hati kita riang dan seterusnya mampu membuat kita senyum memanjang...


@ mama maman: Hm... bukan kerana itu sebenarnya... Tapi memang kakak sukakan budak-budak kecik

munna said...

kalau jumpa anak munna ..penat akak melayannya agaknya...kakak meya ramah mesra dan banyak tanya

aizamia3 said...

ada sesetengah budak senang nak didekati.. ada yang susah tapi seronok dengan keletah dorang.. ;)

aliza said...

banyaknya komen.. apa rahsia blog ni ye.. yupp.. bila berbual dengan budak2 ni, hati tenang je, sbb budak2 'belum' banyak dosa koot.. tp yg kelakarnya perbualan macam itik ngan ayam ni, abis akhirnya 'itik' blajar tak bahasa 'ayam'? koot2 akak tau sikit bahasa tamil...