Wednesday, November 23, 2011

Bunyi bersahut-sahutan

Batuk terkokol-kokol
sudah berhari-hari masih tidak kebah lagi
mula-mula mama
jangkit pula pada papa
baru dua hari kakak pula kena
semalam adik sudah mengatakan tekak dia sakit
mama orang yang pertama batuk pun belum sembuh
adik pula sudah nampak mula kena juga
akibatnya satu rumah semuanya batuk

Terkenang sewaktu di Masjidilharam
waktu solat tidak pernah sunyi suara batuk bersahutan
begitulah yang terjadi di rumah aku kini
bersahut-sahutan mengikut giliran
sekejap mama huk-huk
sekejap papa sambut
sekejap kakak kakak pula
sekejap adik menyambut bunyi yang sama
Allah...
sedikit ujian diberi sudah tidak terlarat rasa
redhalah hati...

72 comments:

ajumohit said...

hmmmm musim kan skrg ni kak, adam pon tak elok sepenuhnya lagi batuknya tu, still batuk tp tak berkahak teruk macam aritu...semoga kak zakie and family sembuh segera...jangan minum ais ye, bykkan minum air suam

:: Mrs.Eady :: said...

musim la kak..

My Life's Journey said...

huuu cian kakak .. cuaca tak menentu tu la jadi mcm ni ..kejap2 panas ...kejap2 hujan ..

@xiiinam said...

Semoga sihat kembali semuanya...

missbby said...

aah la kak,musim sekarang ni, zara dan zarif pun batuk2 jugak ni..

dwaty said...

akk tak sihat rupanya...
batuk tu memang berjangkit...
saya bila batuk jer terus minum air asam jawa... kadang tu baik terus... kadang tak berkesan... kena minum ubat batuk juga...

[PCL] said...

Salam kak, semoga beransur lega batuknya....kalau dah mkn ubat tak lega igk apa kata try petua mkn limau dgn madu....search kat blog sy ada petuanya.(http://villakejora.blogspot.com/2011/01/cara-terbaik-untuk-menghilangkan-batuk.html)

eelobor said...

saya setiap kali terkena penyakit batuk, mesti susah nak sembuh. macam ubat tuh dah lali dalam badan saya. takde antibodi lagi nak melawan sehinggakan berbulan & berbotol2 ubat dari farmasi. saya juga susah nak kurangkan minum ais

miloais said...

musim kot...
iols pun batuk gak ni...
jangkit dari budak opis yg duduk meja sebelah ni ha....

Chik Na said...

anak chik na yg girl hari tu sampai sebulan batuk, last sekali berenti after dia bersungguh-sungguh minum madu dengan limau nipis

Niena Pengembara Ilahi said...

ujian Allah tu... :D

sesungguhnya ia penghapus dosa kecil kte :D

CikGu Ma said...

syafakillah..=)

sisdee said...

betullah kdg2 kita lupa..nk jaga ksihatan time sihat kan..tapi klu Allah nak kasi sakit ptut ingat sakit tu pnghapus dosa2 kita...

pastu ingat balik selama dibagi sihat adakah kita bsyukurkan..

apapun get well soon..cer try amik madu kot2 bkesan :)

aanie said...

kalau kena batuk, mmg camni kan kak? org yg xde rasa nak batuk pun akan terbatuk sama.....
tu yg bersahut-sahutan....
semoga cepat sembuh ye...

Maya Mayana said...

semoga cepat sembuh kak,makan madu :)

bidadarindu said...

Sama la mcm kat sini...kena redha dengan ujianNya...

makdara TERdiva said...

penyakit datang mcm ribut,
tp nak baik mcm semut..

batuklah paling tak tahan.
bergegar2 1 badan sampai ke otak..
adoi

Mama Mirza said...

Alhamdulillah.. Allah uji sebab dia sayang... semoga cepat sembuh ya.. madu campur air suam kot.. mana tau dengan izin-Nya dia nak ilang.. :)

Kella said...

dugaan sementara...
musim pun iya juga.. mak pun batuk tak henti2... dah 2 mingggu naik risau pula kat dia..

amirah said...

dah pernah merasa betapa siksanya batuk yg rupa2nya alahan mengandung..harap bersabar la ye kak..batuk ni sensitif sgt, sikit minyak pun tak boleh..mcm2 kena pantang juga...moga akak sekeluarga cepat sembuh ye

Rai said...

bahaya betul batuk ni.. petua ayah saya minum madu campur jus lemon dengan air suam..

semoga akak cepat sembuh

Fara said...

Skg nie mg musim batuklah kak! Ada colleague sy, dah dkt sebulan tak bek batuk die. Adeh! isau!

norhidana said...

sian akak sekeluarga, cube minum madu+limau kak,moga2 cpt baik batuk nyer

aizamia3 said...

nak pulak tengah musim hujan.. moga akak dengan family cepat sembuh hendakNYA..

QueeN TerataI said...

MMG MUSIM skrg ni kak... anak Queen pun batuk x baik2 lg... kena byk minum air masak waktu mcm ni

ibuintan said...

moga batuk kakzakie dan keluarga cepat sembuhnya


batuk ni kekadang boleh elok dgn minum madu ngan air limau nipis sja, kekadang tu mau berbotol2 ubat batuk baru mau hilang

aliesha kirana said...

sabar ye kak. AK pun sama, batuk jugak. aritu dh ke klinik, pastu sembuh. skrg dua tiga menjak ni dia dtg balik. xlarat nak batuk dh. tp kene sabar ajelah. dugaan, mmg musim sakit pn skrg.

Musang said...

skrng ni mmg musim org batuk hehe

halila Ibrahim said...

ermm .. kak pun tau kan yg sy pun 2 minggu lepas batuk teruk jugak .. tp saya x mandi air sejuk langsung ... minum ais mmg pantang lah ...makan ubat batuk n streapsil alhamdulillah baik .. oh ya .. udang ke seafood ke doc x bg makan ms kita batuk .. nanti gatal2 bertambah2 batuk ..

diana said...

semoga cepat sembuh ye..banyaak kan berehat..:)

Hantu Kak Limah said...

org kate...
cubit pehe kiri...
pehe kanan terase...
susah senang nikmati bersame...
sakit sihat rasai bersame...
itu petande ..keluarga bahagia....
huhuhuhu....semoge cepat sembuh semuenye.......

Cik Ecah said...

same la kte kak..

HappyIrfa said...

paling tak tahan kalau batuk nak terkencing ;-(

moga cepat baik ye kak

So Shy Lady said...

mmng pnat batuk neh, sbar lah akk ye! sy pon dah kna hmpir 3 minggu lmbat btul nk baik

mls mkn ubat spital tkut ngantuk, cuma perah limau pd kicap n tlan

Kakzakie said...

@ ajumohit: Kalau kakak dah rasa macam ini apalah lagi Adam.. kesiannya


@ Mrs. Eady: A'ahlah..


@ My Life's Journey: Tak kena hujan dan panas pun masih kena batuk juga


@ @xiiinam: Itulah yg diharap cikgu. Terima kasih


@ missbby: Kalau Zarif dan Zara pun batuk lagilah kesian masih kecik. Kakak ni pun dah macam demam jadinya


@ dwaty: Kakak dan cuba macam-macam dah dwaty


@ (PCL): Kakak dah buat juga cara ini PCL. Belum nak sembuh agaknya


@ eelobor: Macam kakak kalau batuk susah nak sembuh ee. Tapi kakak dah batuk ni tak ambil ais ee.


@ miloais: Kakak tak tahu dapat dari mana, tapi di rumah kakaklah pembawanya milo


@ Chik Na: Kakak nak teruskanlah minum madu+limau tu Chik Na..


@ Niena Pengembara Ilahi: Betul dik...


@ Cikgu Ma: Redhalah cikgu...

Daddy Ziyyad said...

Batuk itu ujian Nya.

Sihat itu pun, ujianNya.

Moga kita sabar menghadapinya.

Dah check ke belum?

Kakzakie said...

@ sisdee: Banyak lagi dosa nak dihapus nie sisdee sebab itu tak kebah lagi...


@ aanie: kadang batuk tu sampai terbluek tau aanie. Kalau tak masih tak lega lagi


@ Maya Mayana: Kakak buat juga Yana. Sampai jiran kakak kata cuba dgn bunga belimbing+gula batu rebus pun tak juga kebah


@ bidadaririndu: Kita sedang diuji nampak gayanya


@ makdara TERdiva: Kakak yg tak tahan masa malam dik. Aduh... tak boleh tidur kita dibuatnya


@ Mama Mirza: Kakak dah buat juga tapi belum nak sembuh agaknya


@ Kella: Oh ye kella... kakak dah seminggu jugalah


@ amirah: Kalau alahan mengandung lagilah Amie.. tapi kakak tetap makan juga ubat, kalau mengandung tak boleh sebarang ubat Amie


@ Rai: Kakak pun buat cara ini Rai. tapi belum sesuai agaknya


@ Fara: Itulah yg kakak rsau Fara... lama sangat bila nak ajar budak mengaji pun tak selesa kan


@ norhidana: Dah buat Dana tapi belum sembuh lagi


@ aizamia3: Terimakasih doakan kakak dik


@ Queen Teratai: Alahai kalau anak kecik kena lagilah payah kan... sebab belum tahu nak buang kahak


@ ibuintan: Terima kasih doakan kami ibuintan. Sebenarnya dah bermacam cara tapi tak sembuh juga. Ambil masa agaknyalah ibuintan


@ aliesha kirana: Sambil kia makan ubat sambil berdoa ye AK...


@ halila ibrahim: Kakak ais pun tak minum Fazz. tapi anak kakak masa depan kita tak minum belakang kita tak nampak susah nak kata



@ diana: Terima kasih diana


@ Hantu Kak Limah: Masa ketawa boleh bersama, bila batuk pun kongsi juga, bab air sejuk mama/papa boleh jaga, tapi adik/kakak dia tetap tala...


@ Cik Ecah: Aduh... tak selesanya kan Cik Ecah.


@ HappyIrfa: Kakak terkencing tu tak tapi tekak gatal selagi tak terbluek tak hilang gatal tu Irfa


@ So Shy Lady: Kakak pun tak makan dah ubat batuk dari klinik kakak makan madu+lemon+airsuam tapi tak baik juga.

Kakzakie said...

@ Daddy Ziyyad: Kakak dah pergi klinik 2 kali dan dibekalkan ubat batuk yg gelap pekat tu. Tapi tak sembuh juga doc. Sekarang malas nak ke klinik lagi. Kakak makan madu+lemon+air suam. Anak-anak ubat batuk mereka ada lagi mereka makan ubat batuk klinik.

cinnamon.com said...

ujian sakit..Syukur Alhamdulillah.moga kak sekeluaga sembuh nnti..

azi said...

Salam Kakzakie..
Kakak...sekarang ni musim orang demam...Adik Aishaa dan Kakak Ainaa pun dah kena..cuma batuk aje yg.masih kedengaran lagi...semalam Along pulak mengadu badannya panas...Along ni demam sebab asyik berendam dekat Carnival Water Park, dekat rumah saya tu...cuti sekolah ni dah 3 kali dia pegi...

Semoga Kakak, Suami dan anak2 cepat sembuh ye...:)

pena rozie said...

Dah musim die...

Qhaifa Nur said...

batuk ni bukannya sekejap boleh baik..
ambil madu da perah limau je..itu je ubat kami anak beranak..

ciK LyndaWawa said...

makan ubat batuk k..=]

Ros said...

Salam KakZakie,

Batuk ni kalau dah dia hinggap memang susah nak baik,Cuaca la ni sama Kakzakie,memang tak berapa elok....minum air kosong sikit2 sekerap yang boleh,jangan minum sekali banyak2 nanti kembung perut pulak...

lieynanilaz said...

yang penting rehat dan makan ubat..
semoga semuanya cepat sembuh!1..

WuMing said...

Kita batuk tak apa lag... anak-anak batuk tu yang tak tahan...

Maya Mayana said...

auni duduk dgn yana kadang2 je...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,


semoga cepat sembuh ye, banyakkan minum air suam , kurangkan makan bergoreng, banyakkan makan sup ye.biasalah kak zakie cik ina kalau dah bebel.kui kui

munna said...

MUSIM AGAKNYA SKRG NI KAK.... SEMOGA CEPAT SEMBUH YE

Tiramisu Fatiema said...

minum banyak air masak kak ek..moga cepat sembuh...cuaca skunk nie...

nabilah_2908 said...

sy pun dah kena gak batuk2 ni...sesak nafas dibuatnya...sabar je la... :)

moga akak & sekeluarga cepat sembuh ya.. :)

MamaEma said...

jaga diri akak sekeluarga...sekarang musim demam kak..anak ema pun hampir masuk hospital kak

LadyBird said...

kesiannye.. merebak semua.. sabar yer..

Kakzakie said...

@ cinnamon.com: Itulah kakak rasa macam dah tak tahan walhal sikit je kan.


@ Azi: Kalau nak mula batuk memang demam dulu Azi. Kakak macam itulah dua-tiga hari panas dan tekak perit. Lepas tu startlah batuk...


@ Pena Rozie: Ialah PR...

@ Qhaifa Nur: Kakak tak jalan cara ini, tapi masih buat juga


@ Cik Lyndawawa: Ubat kena makan kalau tak lagi teruk Lynda


@ Ros: Yelah tu.. tak kan kakak nak terus minum seglen pulak kan hihi... kelakarlah Ros nie


@ lieynalinaz: Rehat sangat tak bolehlah tapi makan ubat kena buatlah...


@ WuMing: Betullah WuMing. Anak kakak siap kata sakit dadalah, hidung sumbatlah...


@ Maya Mayana: Besar ganjaran jaga Auni... Yana menjadi pilihan Allah bersyukur


@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Kakak sedia dengar siapa aje yg nak nasihat tu Cik Ina. Bukan membebel... terima kasih


@ Munna: tak tahulah Munna. Tetiba kena satu rumah


@ Tiramisu Fatiema: Air masaklah yg boleh masuk tekak sebab kalau manis sikit pun rasa perit


@ nabila_2908: Hmmm... kena uji nampak gayanya kita sekarang nie...


@ MamaEma: Kakak bimbang dgn anak-anaklah Ema. Kakak dgn abang sendiri dah cuba macam-macam cara ubat doktor, sinseh, tradisi kawan ajar semua belum serasi

Jaga anak Ema lebih sikit, bimbang kan....

Kakzakie said...

@ LaduBird: Itulah dik... bila satu kena semua kena..

Cik SHiNJU said...

Semoga cepat sembuh..
Dah musim kot..Byk2 minum air suam..


Maaf lama x nyinggah,bz sgt skang ni..Nak baca n3 lama k.zakie jap...

Tentang Kita said...

jgn minum ais....semoga cepat sembuh

ariana said...

Salam kakzakie..samalah ngan family sy..lps sorang , sorang batuk..lambat baik pasal semuanya degil ..pantang nampak ais, mesti nak sapu..huhu.

gadisBunga said...

akak. makan oren banyak-banyak ok! :D

::NureeN:: said...

insyaALLAH akak, moga cpt sembuh.. ellesya pon baru ja lega batok

Hani Solehah said...

sabar ye akak.. moga cepat sembuh.. syafakillah.. ^_^

Zaitun said...

Semoga kakzakie sekeluarga cepat sembuh.

ieda said...

uhuhu saya nie akak .. sib baik anak2 ok .. dah lah kat sini start ujan x henti2 kak uhuhu

Pia said...

"allah..ujian dunia tu kak...saya pun baru baik jer ni..biasalah kalau batuk atau selsema mesti berjangkit punyalah.."

@cu SaYaNg said...

ala sian nye dia
semoga cepat sembuh ye kak :)

Afida Anuar said...

Moga Allah mengurniakan kesembuhan buat seisi keluarga..

kak, batuk saling bersahut, boleh buat muzik..hehe;)

CIK JATT said...

sorang kena, mesti yang lain pun jangkit kan
semoga akak dan keluarga cepat sembuh k

Kakzakie said...

@ Cik Shinju: Minum banyak pun Yun kalau belum nak sembuh kenalah tanggung


@ Tentang kita: Kakak tak batuk pun jaaaarang minum ais apa lagi dah batuk nie memang tak sentuhlah dik


@ ariana: Anak kakak macam itulah. Susah nak pantang. Ikan singgang kata tak sedap tetap nak ikan goreng, minum nak ais. Tapi kakak dgn abang boleh berpantang


@ gadisBunga: Hmmm....makan oren tu yg susah sikit gB sebab perit kat tekak.


@ Nureen: Allesya dah lega kakak pula yg kena sekarang nie


@ Hani Solehah: Yelah Hani... syukran


@ Zaitun: Terima kasih doakan kami kak Zai


@ ieda: Samalah ieda tempat kakak pun hujan tak henti. Semalam laluan sebelah dah banjir. Kereta jem gila


@ Pia: Betullah Pia... mudah betul jangkit dan susahnya dan baik. tapi inilah dia ujian Pia...


@ @cu sayang: Terima kasih doakan dik


@ Afida Anuar: Tak tahulah bila boleh sembuh Fida. Hihi... kalau dengar pun macam muzik tapi tak enak didengarl Fida :)


@ Cik Jatt: Insya-Allah samapi masa akan sembuh juta CJ..

Acik Erna said...

kakzakie..semoga kakzakie dan anak2 cepat sembuh dari batuk ye.

~izan~ said...

owh akak,masa izan baca entry akak ni pun izan rancak batuk. musim cuaca tak menentu campur dgn minum ais,izan dah dpt penangannya huhu.

sakit tekak,perit dada tiap kali batuk.moga kita sama2 cepat sembuh yer kak.

Kak Aya said...

memang musim la skrg ni, kak....kat rumah ni si ayah dan si anak yang batuk -batuk...dah banyak hari dah...

Kakzakie said...

@ Acik Erna: Entahlah Acik bila nak sembuh nie


@ izan: Hmm... betullah izan, kadang macam ada bintang dah bila batuk, selagi tekak tak hilang gatal selagi itu batuk terus...


@ Kak Aya: Samalah kakak pun dah nak masuk minggu kedua dah nie...