Wednesday, November 16, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Tahun 6

Semalam hampir seluruh masa aku berada di sekolah. Pagi hingga tengahari berada di majlis anugerah cemerlang & konvokesyen. Petang pula ulang-alik menghantar dan mengambil anak untuk ke sekolah agama. Biasalah bila ada mama di rumah anak-anak tidak mahu menaiki van.

Surat dari pihak sekolah sudah kami terima awal. Tahun ini adik tidak tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang. Adik dapat nombor tujuh. Ternyata dengan mendapat 92% adik tewas dengan 6 orang rakan yang lain, dimana murid cemerlang mendapat 95.4%. Peratus terlalu hampir antara satu sama lain. Dari sepuluh matapelajaran termasuk muzik dan pendidikan jasmani adik mendapat 2 markah tertinggi iaitu Bahasa Arab 100% dan Bahasa Melayu Pemahaman 98%. Lainnya adik tewas walau kesemua markah adik dapat A. Markah paling bawah adik dapat 88% iaitu Bahasa Inggeris.


Kenyataan .... Surat dari pihak sekolah, penyata keputusan peperiksaan adik yang jatuh sedikit dan surat perlantikan sebagai pengawas untuk tahun 2012

Atas pentas... tahun ini adik sekadar mampu naik 4 kali kerana adik sekadar mendapat mata pelajaran terbaik untuk 2 matapelajaran, pelajar drastik dan pelajar prestasi terbaik. Walau lapar tetapi adik masih gigih menanti nama dipanggil untuk naik ke pentas.

Semangat.... inilah dia hadiah adik semalam

Kak Yasmien.... kalau dulu mama sudah masuk Universiti baru boleh pakai jubah sebegini. Tidak bagi anak-anak mama, kerana dari usia 5 tahun lagi ketika tadika lagi sudah dapat menikmati hari konvokesyen. Majlis diserikan dengan persembahan murid-murid yang sungguh meriah.


Tahun hadapan adik masuk tahun tiga. Tetap gembira kerana daripada 36 orang pelajar hanya 4 orang sahaja yang dilantik sebagai pengawas untuk lantikan tahun hadapan. Tahun 3 merupakan tahun pertama lantikan diberi kepada murid-murid untuk menjadi pengawas. Tahun 2 belum lagi layak dipilih kerana mungkin masih kecil lagi. Kak Yasmien pula masih dalam penantian untuk menyesuaikan diri di sekolah baru yang masih belum diketahui akan ditempatkan di sekolah mana.

~~Perjalanan setahun belajar tiba dipenghujungnya. Tahun hadapan masing-masing akan bermula lagi melayari hidup sebagai murid di kelas baru dan ada juga berhadapan dengan sekolah, guru dan teman-teman yang baru. Aku berhadapan dengan ujian Allah kerana keputusan peperiksaan anak kurang memuaskan hati.~~



44 comments:

Unknown said...

tahniah... sungguh berjaya anak2 akak.. pasti gembirakan...

nabilah_2908 said...

tahnaih tuk Adik...bnyk dapat hadiah.. :)

berada di kelas pertama...mmg saingannya sengit...kadang2 cikgu pun pening nak mengira markah pelajar.. :)

Tuk Yasimien..good luck tuk keputusan UPSR yang akan keluar nanti...moga meraih kejayaan yg cemerlang.. :)

Hudalatip said...

takper kak, tahun ni kurang, nanti tahun depan oklah keputusannya kan..

s a r said...

assalamualaikum akak.

adik 4 kali naik? eh, rasanya semua orang kat bawah tu mesti kata. "eh, dia ni banyak sangat dah.." hee. tahniah for her kak. alhamdulillah.

konvo. sekarang tadika pun dah ada konvo. bagus sekarang ni kan. konvo ni dah macam prepare awal itu masa depan. inshaAllah.

emarieys said...

tahniah kak..sangta bangga dengan anak-anak akak


anak akak ambil result upsr kan hari ni?

munna said...

tahniah buat anak2 akak.... sbg ibu mesti gembira kan kak... good luck utk upsr buat Yasmien

amirah said...

tahniah untuk anak2 akak..bagi saya dah terbaik dah keputusan begitu..insyaAllah next time boleh cuba lagi..

pB said...

tahniah kak

matahati-aishahazhar said...

tahniah buat anak2 akak.. walaupun ada pasang surutnya.. yg penting masih lagi cemerlang.

Cik Ecah said...

sejuk perut akak kan...
ank2 naik stage utk amik anugerah :)

Amie said...

tahniah buat anak-anak... tahniah juga buat ibunya yang bertungkus-lumus mengasuh dan mendidik...

Anonymous said...

4kali naek stage amek anugerah kak? wow~~~ tahniah untuk adik

Idah said...

hebat betul anak k'nor ya...tahniah dari SL.

Anonymous said...

Tahniah utk anak akak..dulu sekolah xmerasa nak pakai jubah time amik hadiah/anugerah...sekarang lain dah ek...tp aritu..masa konbo U baru dapat pakai..heheh

Eye_nee said...

Kita tumpang bangga kan kakzakie lihat pencapaian anak2 ni...semoga anak2 akk cemerlang dlm pelajaran mereka...InsyaAllah..

Unknown said...

Tahniah untuk anak2 akak...

Tahun 3 dah jadi pengawas ya. Kalau di sekolah anak yus, Tahun 4 baru boleh di lantik sebagai pengawas..:)

SITI NOARIZAH ARIS said...

Tahniah buat anak akak naik pentas dan di lantik jadi pengawas...PRINCESS sy naik sekolah menengah baru merasa jadi pengawas sekolah.

Ati Masrif said...

pandai2 pelajar kat sekolah tu
markah dah kira bagus dah utk
adik..takpelah

anak ati pun dpt 2 anugerah utk
matapelajaran terbaik tapi
ati tak pi sbb kamera pun rosak..huhu~

Sarah Syazwani said...

semua sekolah sibuk bergraduasi nampaknyer..tahniah..tahun depan boleh tingkatkan prestasi lagi

Uncle said...

Salam Kak.
Lama tak masuk sini. Hebat anak-anak semuanya...insyAllah akan berjaya satu hari nanti dan mama depa boleh berbangga!

PCL said...

Tahniah kak, keputusan yg membanggakan jgk tu...

wahida said...

alhamdulillah...tumpang hepi dgn kejayaan anak2 akak...sgt membanggakan...

sejuk perut ibu...

cikceriacorner said...

wow akak...tahniah..bestnye..alhamdulila..moga adik berjaya dan terus berjaya

Daddylicious said...

peh banyaknya hadiah...hebat2!

Afida Anuar said...

Alhamdulillah....92% keseluruhan tu kira dah cemerlang dah kak...Tahniah buat akak juga. Moga mereka menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat, insyaAllah...

kasihibu said...

tahniah..
anak2 dara sya tahun ni tak naik pentas, walaupun peratus meningkat dan dapat 4a 1 b
tapi saingan ramai, bukan rezeki mereka..

saniah said...

tahniah utk anak dan parents jugak...kurang memuaskan je..se krg krgnya anak tahu apa erti usaha dan keputusan..tahun cuba usaha lebih lagi ya..ibu jgn kecewa..:)

Anonymous said...

tahniah utk adik n parents juga.. sudah rezeki begitu, alhamdulillah... insyaAllah tahun depan akan dpt lebih lagi ya... <3

Diana @ BKKC said...

tahniah kak...zaman sekarang ni..ada mjlis penyampaian hadiah mcm hari graduation kat u kan? zaman kite dulu2 kak..tak dpt nak rase menda2 cam gini..walaupon dpt first dalanm tingkatan...

chichi said...

wahhh...hebatnye graduation sekolah anak akak...apa2 pon tahniah..bagus anak akak..

nur_anonymous said...

tahniah :)

ct rahani said...

tahniah utk anak2 akak.. keputusan yg memang boleh dibanggakan.. semoga diorg terus cemerlang.. amin..

ucubakery said...

Tahniah utk adik...
Selamat menyarung baju biru...
Ucu pulak jenuh memujuk anis yg dah berangan2 thn depan 2012 x nak jadi pengawas...mungkin dia dah jemu sbb dari thn 3 lg dah jd pengawas...
akhirnya anis kalah jugak dgn pujukan ayahnya...

ucubakery said...

Tahniah utk adik...
Selamat menyarung baju biru...
Ucu pulak jenuh memujuk anis yg dah berangan2 thn depan 2012 x nak jadi pengawas...mungkin dia dah jemu sbb dari thn 3 lg dah jd pengawas...
akhirnya anis kalah jugak dgn pujukan ayahnya...

Ros said...

Salam Kakzakie,

Tak pa...toksah dok susah hati...masih ada masa lagi untuk depa meningkatkan pretasi pelajaran depa...Kak Ros tengok keputusan depa,bukannya teruk pun..Bagi Kak Ros dah bagus,tahun depan tu usaha dan tingkatkan lagi.....

~izan~ said...

salam akak..lama tak singgah sini =)

gembiranya baca n3 nie..anak akak pandai2 belaka... sejuk perot ibu.beratur molek piala bagai tu.peniup semangat utk tahun depan pula =)

slmt becuti sekolah utk anak2 akak!~

Unknown said...

tahniah..

semoga anak akan lebih cemerlang lg di masa akan datang ..amin...

Kayu Manis said...

Tahniah,kak,anak2 yg cemerlang...

pena rozie said...

Tahniah... ok la jgk dpt byk hadiah

Zaitun said...

Tahniah...itu sudah satu pencapaian yang amat bagus.Mungkin dimasa akan datang lebih cemerlang.

Wardah alisya said...

tahniah buat anak akak...terang hati belajar...alhamdulillah..semoga terus cemerlang..

Kakzakie Purvit said...

Sejak khamis lepas hingga hari ini baru kakak berpeluang membuka blog kakak. Mohon maaf kerana kakak busy menyelenggara keperluan anak yg baru dapat keputusan periksa.

Terima kasih atas komen yg diberikan oleh teman-teman berikut: -

Queen Teratai, nabila_2908, missbby, sar, mamaEma, munna, amirah, pB, ratu kebaya, Cik ecah, Amie, zara bakar, Idah, Tiramisu Fatiema, Eye_nee, Yus, CT Norarizah, Ati Masrif, Sarah Syazwani, uncle, PCL, wahida, cikceriacorner, daddylicous, Afida Anuar, Kasihibu, Saniah, Cik Gee, Diana @bilakukatacinta, Chichi, el-nur vivi, ct rahani, Ucu Faridah, Ros, izan, Tentang kita, cinnamon.com, pena rozie, zaitun dan Alisya.

Terima kasih atas komen yg diberikan dan doa moga anak-anak kakak akan lebih berusaha dan berjaya di masa akan datang. Terima kasih:)

Cikgu Tie said...

Hebat betul adik. Untung akak punya anak yang sebijak ini.Semoga akan terus meraih kejayaan di masa-masa akan datang.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie


betul tu kak zakie , time kita tadika mana ada konvo, budak sekarang beruntung, konvo tadika ada yg buat kat hotel lagi. tahniah adik cemerlang dalam peperiksaan, pada cik ina semua budak yang rajin menuntut ilmu, cemerlang.