Bila musim peperikasaan tiba aku percaya ramai ibu-bapa turut belajar sama. Kalau setakat Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya (sekolah kebangsaan) termasuk Ibadat, Tauhid, Tajwid, Sirah dan sebagainya (sekolah agama) aku tidak ada masalah, tapi bila bab Bahasa Arab aku selalu benar jadi gelabah dan akan ditertawakan. Kali ini aku sudah atur strategi, sebaik dapat saja jadual periksa aku akan lihat dan belajar dulu. Untuk kali ini aku kena belajar lagi banyak sebab sudah akhir tahun tapi adalah yang sebelumnya masih lekat dalam ingatan. Perkara baru yang aku belajar Isim, fe'el dan huruf.
Aku belajar untuk darjah dua (murid tahun dua) - terasa jauhnya tertinggal sebab dulu aku tidak ambil berat Bahasa Arab. Sekarang sebab hendak buat soalan untuk adik menjawab kenalah aku belajar dulu sebelum ditertawakan olehnya. 'Isim' tu nama khas atau nama am, 'fe'el' adalah perbuatan dan 'huruf' pula sendikata atau sendinama.
Contohnya:-
Ringkas- haha.... jelas tak bagaimana cara menggunakan ayat tersebut. Ini dari dalam buku bahasa arab adik untuk sekolah agama.
Buku bahasa arab adik - Buku ini untuk kegunaan sekolah kebangsaan.
~~ Terkenang peristiwa di Masjidin Nabawi selesai solat asar sementara menanti maghrib ada gadis Arab yang mengajar membaca Al-Quran. Kerana sayang tempat duduk untuk beralih (sebab susah kalau mahu dapatkan semula tempat ketika musim haji kalau sudah beralih tempat) jadi gadis itu suruh kami membaca. Mereka hairan kerana rakyat Malaysia boleh membaca dengan baik malah tajwid yang mantop tapi tidak boleh/faham bahasa arab.~~~ .
~~ Terkenang peristiwa di Masjidin Nabawi selesai solat asar sementara menanti maghrib ada gadis Arab yang mengajar membaca Al-Quran. Kerana sayang tempat duduk untuk beralih (sebab susah kalau mahu dapatkan semula tempat ketika musim haji kalau sudah beralih tempat) jadi gadis itu suruh kami membaca. Mereka hairan kerana rakyat Malaysia boleh membaca dengan baik malah tajwid yang mantop tapi tidak boleh/faham bahasa arab.~~~ .
47 comments:
saya hafal satu sampai lima je makcik~haih~
betul tu kak.. kita mmg boleh membca dgn baik tp sygnya kita x faham.. dulu Queen belaja bahasa arab masa sekolah rendah aje.. lps tu x belajar dah... so mmg xtau la jadinya
assalam kak zakie..
ank sekolah, emak terpaksa ikut belajar ye kak..masa ank sulung dulu awal2 lg dah gtau mama dia x tau bhs arab ni...sy dengar2 jgk kat radio ikim hari2..tp x byk msknyer..sbb selalu dengar sambil lalu jer..
betul la kak..saya pun ada masalah dengan bahasa arab..dulu amik peksa sekolah agama dapat 0 lagi..
salam kakzakie,
dulu saya sekolah kat sekolah agama johor banyak belajar bahasa arab..tapi sbb tak praktikkan banyak dah lupa..
setakat ingat jumjumatun=tengkorak, yadun=tangan, uzunun=telinga, raksun=kepala je la..hahaha..
Assalam kakzakie
كيف حالك Betul ke cara tanya ni? Kot tak betul, nak ulang tanya cara lain, 'Kabare'?
Selamat menyambut hari raya aidil adha, semoga kakzakie sekeluarga sihat & bahagia.
mmg kita hari2 mengucapkan bahasa arab..tapi masalahnya kita tak faham...
teringat sy ketika bertanya dgn arwah abah..sy tanya mcmana nak cakap arab..dia jwb..ketika sembahyang tu along dah cakap arab lah tu sebenarnya..gulp
sy adalah tau sikit2 tapi yg pasar punya kot..contohnya
isbir-sabar
yakkul-makan
taghasal-mandi
gahwa-kopi
ibnati-anak perempuan
adalagi sy tak brape ingat..ayat ni arwah abah yg biasa praktikkan kat rumah..
klu yg sekolah punya tu biasalah
ainun..junjunmatun...& dah tak ingat..hihihi..
belajar dari anak2 eh
hohoho....
"jaddun"= datuk
muaz, cuba ulang balik....
atuk atuk laaaa.....atuk noreh....
(mentang2 laa atuk dia noreh getah....addehhhh)
kak btul kak..seyes..anak2 saya lbh pandai bahsa arab dr saya..
hari2 dengar dalam ikim.fm dari kol 8.30 - 9, semasa drive ke tempat kerja.. bertukar2 ustaz dah ngajo, tak pandai2 lagi kak, saya.. sebab mendengar je tanpa ambil nota, tu yang tak pandai2 kot..
saya pun pening time nak tlg anak2 buat homeork bahasa arab ni..
kena refer teks baru leh buat
heeee macam sudin (bujang lapok) "skali arrrob daaa"
isim = kata nama (terbahagi kpd khas/am)
fe'el = perbuatan (terbahagi kpd madhi-lampau, mudhari' - sekarang, amr-kata perintah)
hurf = kata sendi
yang lain-lain dah tak brapa hengat
Assalamualaikum kak zakie,,
kak zakie megimbau time cik ina sekolah plak.anta antuma antum-
anti antumma antunna ana nahnu.ingatkan balik, lepas ni kena selak balik, banyak yg dah lupa ni.
n3 simple tetapi menarik!
t kasih.
ada sesuatu yg boleh direnungkan.
Bahasa Arab sgt sukar utk dipelajari. Sy msh igt ms kecik2 dulu, sy nangis2 desak ayah suh berhentikan sy dr sekolah agaman (kat KL, sekolah agama tak diwajibkan mcm kat Johor) hanya krn takut Ustaz Bahasa Arab denda junjung buku sepanjang kelas. Sudahnya, sy kesal hingga ke hari ini. Uwaaaaaaaaa!
Kak zakie...anak Liza pun darjah dua gak..time dia tanya Liza bahasa Arab, terkebil2 nak jawab....hihihihi
setuju sangat memang kena belajar...bukan apa anak2 bila tanya kat kita, kita blur...malupun ada
ada gak belajar sikit bahasa Arab ni masa di Uitm...sebab course munna ada wajib ambil international language.. munna pilih Bahasa Arab...
hmm...sy pun tak pandai bahasa arab...belajar pun masa sekolah agama (sekolah rendah) itu je la...leps tu..lupa...
betul tu kak..
sy ms sekola je igt...bila da msk sek men dah xda da blaja arab ni..
wwuuw..lama btl tgglkan..
nt kena blaja blk kalo nak ajar anak..:D
pss : jom la kak join GA sy..:D
salam akak,
cu suka peranggan akhir tu...pernah dengar tazkiraah seorang sheikh timur tengah bila dialih bahasakan....dia pun ucap begitu..Malaysia hebat semua bahasa boleh, AQ baca good..tapi kenapa tak boleh faham arab...pelik ..Rupa2nya tuan sheik ade masalah komunikasi bila di malaysie..nak mintak teksi pun susah... lemahnya kita dlm arab.
Moralnya : cu puji usaha akak dan Selamat belajar dan insyaALLAH akak boleh...
sy dulu belajar arab dr form 3- form 5 je.. sonok belajar bahasa arab walaupun susah.. tp syg skrg byk yg dh lupa..
saya Buta dan tuli bahasa arab....rasanya jika saya menjawab soalan bahasa arab thn 1 pon saya akan failed....maluuuuuunya...
aduhh bukan senang nak belajar bahasa arab kan huhuhu
kita tahu membaca sekadar membaca. ramai yang tak cuba untuk memahaminya~
bgsnye.. lady x reti bhs Arab.. kalau lady cube bacer.. adik lady ckp mcm mengaji..
subhanallah.. bgs tul kakzakie.. jrg yg mahu belajar tuk mengajar adik.. kecuali guru yg kene ajar murid2nye..
p/s : jemput ke teratak saya di http://tekadmajusdnbhd.blogspot.com
sya tak pandai , tapi bila sya dengar anak anak menjawab bila da dlm ikim mari belajar bahasa arab tu, rasa nak peluk2 je diorang, sebab sya sendiri tak faham dan tak tahu
insyallah kita sama2 belajar..mahirkan bahasa arab..
ini yg asas kak...kalau kena yg nahwu dan sorof memang pening kak.
Assalamu'alaikum kakzakie
Selama 6 tahun kak belajar di SRA di kampung, asyik ulang-ulang makna perkataan, kata kerja cth fa'ala, yaf'alu, faa'ilun, fa'eltu, fa'elna,dan entah apa lagi tak ingat dah. Belajar juga kitab zaadul muta'allim, sifat 20, belajar imla' tajwid tapi kesudahannya tak juga pandai berbahasa 'Arab.
Lain kut kalau belajar bercakap kan.
Bab mengaji jemaah arab dengar di masjid nabawi tu kak juga mengalami apa yang kakzakie alami. Mereka siap tanya siapa yang ajar ngaji, kak jawablah emak yang ajar.
Selamat sambut raya korban.Maaf zahir batin.
kalau tengok cerita korea lagi mantop. faham bahasa pun tak, apa lagi membaca tapi boleh ketawa atau menangis bersama pelakun!
Salam...
ckLah ambil bahasa Arab sampai STPM. Di UM teruskan ambil B Arab sebagai pilihan Bahasa Antarabangsa. Bolehlah sekadar untuk hidup dan memahami maksud Al Quran dan bacaan dalam solat. Alhamdulillah. Dulu, kalau tulis surat nak minta duit kepada bapak mesti tulis Arab, dan dia pulangkan semula dengan tanda-tanda pen merah bersama wang. Hehehe(anak-anak ada yang ambil Jepun, Jerman dan Mandarin...ikut suka dema je!)
Selamat Hari Raya Haji ya KakZakie...
alhamdulillah..
belajarlah BA, mudah2 dpt faham al-Quran..
mmgBA antara bahasa yg plg susah di dunia..
apa pon semua senang kalau ada keiginan..
Fida belajar bahasa arab tinggi sewaktu sekolah menengah dulu, tapi kalau dengar orang arab berbicara, susah nak faham... isk... terasa rugi. Nampaknya kene duk sana baru boleh faham kot!.. he he
kak zakie kena tag
http://tunzhotspot.blogspot.com
heee...myra pun penah blaja bahasa arab. banyak gak yg dh lupe tp nasib baik ada lg saki baki yg tertinggal melekat kat otak ni :D
teringin nak belajar bahaso arab...sobab tak pornah belajar pun...huhu
Salam Aidiladha
aduhaii
cam lame jugak sy x sentuh bahasa arab kan
bagusnye akak nak belajr kembali =]
salam aidil adha kak =]
Buat teman-teman yang memberikan komen di sini kakak amat menghargai dan diucapkan terima kasih:-
Bujal x, Queen Teratai, ieja amieja, missbby, Rai, Temuk, Sharifah Nadzarah, NM02, azian, mama tims, Aana, makdara TERdiva, cemomoi, cik ina DDC (wah... bestlah cik ina pandai), aku HIV positif, Liza, Fara, Qhaifa Nur, munna, nabila_2908, Juliet Ira, ainhany, ct rahani, Eye_nee, Dhira, ieda, Ladybird, Galeri Bonda (terima kasih jejak ke sini),Kasihibu, Tiramisu Fatiema, Santri TPINI, Werdah (kenangan indah kan kak), insan marhaen, @iiixnam (untung macam cikgu), Hamizah, Afida Anuar (at least Fida belajar sampai peringkat tinggi), tunz (kena lihat dulu dik), Myra, Papa Mifz, Aida Ali (Sleamt aidil adha juga) dan aimie amalina (kakak belajar masa nak ajar anak aje mimi)
Sekali lagi terima kasih dari kakak.
dulu2 masa sekolah agama ada lah belajar bahasa arab,pastu tak penah nk praktikan...mmg tak hengat lah
tahun depan hantar kakak sekolah agama...terpaksalah ema kena belajar bahasa arab juga...
Betul tu kak. Ada makcik sy ke haji beberapa thn yg lalu. Ada menteri perempuan dari Iran menegurnya. Very Good pembacaan Al-Quran..Akhirnya dia tanya makcik sy, faham tak yg dibacanya..Makcik sy malu sendiri sambil jwb perlahan, tak. Hmm, sy pn pernh belajar arab waktu di matrik. Belajar utk 2 semester..utk the most basic ingtla sket2..tp utk communicate, hm,mmg xbole. Bukan sume ayat quran pon bole difahami. Akak sudi nk ajar sy? :)
NEW ARRIVAL Updated! - NEW YEAR PROMOTIONS
salam alaik...best entry ni..baru tgk arini..hehehe..
masa sekolah dulu memang blaja bahasa arab..:-)
Post a Comment