Saturday, November 12, 2011

Ribut pada 11-11-11

Bermula dengan dentuman kuat guruh dan kilat sabung-menyabung, hujan turun dengan lebatnya. Dari dalam pejabat aku merenung keluar melalui tingkap jelas kelihatan pokok bagaikan penari ganas menggoyang segalanya. Ngeri dengan tiupan angin begitu kuat sekali. Aku keluar dari bilik dan minta teman aku keluar (mereka bukan Islam). Mengikut seperti yang selalu bapak lakukan aku terus azan dan qamat kerana air wudhu' ada lagi.

Alhamdulillah hujan masih turun lagi dengan lebatnya tetapi angin dan guruh kian reda.

Kawan: Zakie apa awak sudah doa (pray)?

Aku: Mohon pada tuhan akulah.

Kawan: Boleh aku belajar?

Aku: Boleh dengan syarat awak belajar dulu tentang agama Islam

Ini bukan malam.... siang tapi kelihatan bagaikan senja mahu berlabuh. Dahan pokok bagaikan kebingungan mencari posisinya kerana digoyang angin dengan kuat sekali.


Sebenarnya mungkin secara kebetulan Allah hendak redakan masa itu tapi aku tetap berusaha kerana biasanya itulah yang bapak dan hubby aku lakukan bila ada kejadian sebegitu. Sebaik-baiknya lelakilah tetapi di pejabat aku mana ada lelaki Islam? Bila dalam suasana bimbang otak kita pasti terus ingat mohon bantuan Allah. Samada usaha dimakbulkan atau tidak itu kita tolak tepi dulu.



~~ Sebenarnya ketika kejadian otak aku boleh membayangkan kalau terjadi gempa bumi waktu itu bagaimana agaknya sebab aku duduk di tingkat atas. Membayangkan diri terperangkap dalam bangunan, tidak dapat jumpa hubby dengan anak-anak. Astaghfirullah...~~

45 comments:

maya amir said...

jb skang asek dentum2 guruh, hujan, jap panas kan kak... cuaca tak menentu.. kalaulaa derang terbukak hati nak tau lebih byk psl islam, lagik bagus:)

ckLah @xiiinam said...

Di sini pun sering guruh berdentum. Tak berani buka wifi, takut 'kebabom'!

Afida Anuar said...

Kak, masa tsunami kat Jepun haritu, fida selalu terbayang macam mana la kalau putrajaya ni kena tsunami...

mimpi pun pernah kak...huhu

Hamizah said...

syukur, k'zakie slmt..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, Alhamdulillah tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

ajumohit said...

Pagi ni hujan renyai2 kak, nmpk gayanya lama hujan ni, syukurla guruh reda Dan tiada perkara yg mbahayakan nyawa berlaku

kasihibu said...

salam kak
bila ribut menderu deru gitu, awan hitam pulak
takut jugak kan?
kwn sepejbt tu mungkin tak akan berhenti bertanya semoga dia mendapat nur islam
siapa tahu kan?

Kayu Manis said...

betul la kak,saya pun akan rasa mcm tu...bila keadaan mcm tu..suami di tempat kerja,anak2 di sekolah..

Sharifah Nadzarah said...

ASSALAM KAK..
SY PUN MCM TU KAK..KLU KAT RUMAH..KTORG AKAN BERKUMPUL DEKAT2..TAKUT
TAPI KLU SY KAT OPIS..MESTI TERBYGKAN YG BUKAN2..SELISIH..MINTAK DIJAUHKAN..
SEMLM KAT TMPT SY PUN HUJAN..TAPI TAK TERUK MCM KAT TMPT AKAK TU..

KuNanGKuNanG said...

sy ni lg la penakut bila ribut.guruh ngan petir pun sy takut, walhal dah dok dlam rmh..huhu

Liza said...

salam kak zakie....syukur alhamdulillah akak dan kawan2 selamat....

matahati-aishahazhar said...

2/3 mingu lepas kat sini pun macam tu jugak kak.. bebudak dok tepi tingkap pun saya tak bagi... risau.

Anonymous said...

cuaca sekarang tdk menetu..kejap panas, hujan, ribut...dh akhir zaman benar dah kita nih

sekadar satu coretan said...

Mmg musim hujan skrg ni...siap dgn kilat dan guruh lagi

Dah saya sikit dgn kilat dan petir ni...

eelobor said...

dah ada minat2 nak belajar tuh, boleh la slow2 ajar dia

nabilah_2908 said...

di Melaka semalam..berbeza pula...

mendung..adakalanya panas terik..subuh tadi baru hujan turun dgn lebat...

tp...bila dah dekat pukul 11 pagi ni...hujan dah berhenti...mungkin nak bagi laluan pada pengantin yg adakan kenduri hari ni.... :)

lieynanilaz said...

sekarang musim hujan..tetiba teringat kisah rumak mak kat kg terbang bumbung rumah masa bulan pose ri tu...huhu.

Anonymous said...

Assalamualaikum kakzakie,

Alhamdulillah, itulah perkara terbaik yang kakzakie lakukan ketika itu.

Angin, api ni semuanya kadang2 tu bercampur dengan kerja syetan. jadi dengan azan dan membaca ayat2 quran, InsyaAllah makhluk tu akan lari.

kurus said...

tapi kak .. kat ktn nie ujan punn ada kak .. dah dekat seminggu uhuhu

Amie said...

Alhamdulillah, segalanya selamat....
Amie pun selalu berperasaan begitu juga terutama kalau angin ribut kencang, cuaca terang bertukar gelap gelita.... hanya kepada-Nya kita mohon perlindungan.

Kak Aya said...

bila hujan lebat dan ribut melanda, saya selalunya terkenangkan anak-anak di sekolah...suami satu tempat kerja walaupun berlainan tingkat, jadi tak la risau sgt tentang dia.

Unknown said...

bila guruh berdentum di langit mmg rasa kecut perut kan kak...

yus pun kadang2 membayangkan yg bukan bila kat luar seolah2 mcm ribut...takut.

sisdee said...

anak2 klu time hujan mmg saya le tmpt dorang bteduh...saya sndiri klu hujan n guruh juga petir esp klu anak2 tiada bsama saya..saya akan jadi x tntu arah..mcm2 di pikiran..risau anak2 yg di luar rumah dan suami yg bkerja..apapun semua tu Kuasa yang ESA!!

jb ni pun dah hujan dan guruh jek

norhidana said...

betul kak,itulah yg selalu atuk abah n mak dana suh bt kalu ujan ribut...nsb la kt kl nih jarang2 jd gitu,kalu ada pun tgk dr ofis tak berapa menyeramkan sgt... heheheh

Qhaifa Nur said...

ingat lagi masa ada arwah abah, bila berlaku hujan ribut ni cepat - cepat kita azan...insyaallah

Acik Erna said...

kakzakie..alhamdulilah..reda kan..acik pun taut jugak kalau ribut macam tu..

Granny Hani said...

Baru lepas ribut petir dan guruh ..dah boleh bukak laptop dah..

Mohamadazhan.com said...

hujan ribut sekarang ni memang luar biasa...rasanya dulu di Msia ni xdak lagi camni sgt

Anonymous said...

menyeramkan.. camne la keadaan hari kiamat nanti..... hari jumaat gak kan...

Zaitun said...

Alhamdulillah tidak ada apa yang serius berlaku.

bobiedanbad said...

alhamdullilah semuanya selamat

ME CTCT said...

musim ujan skrg..huhuhu

LadyBird said...

Alhamdulillah kak.. x jadi apa2.. kalau lady nih.. kdg2 kalau org xde, terpaksa beranikan diri..

LYAfrina said...

alhamdulillah..xde apa2 y bruk berlaku.. tp x diakui.. sjk jumaat..cuaca cam pelik skit... hujan lebat+guruh+kilat

shameel Iskandar said...

Salam kak.
Tarikh 11.11.11 jugalah sahabat saya kembali ke rahmatullah krn kemalangan jalan raya

ieja amieja said...

salam kak..
PD pun ari2 hujan kak, siap ngan guruh dan petir sekali..tp ribut mcm ni sealunyer waktu malam /tgh malam..x blh tdo bila keadaan mcm ni

ibuintan said...

kakzakie.. itu yg sebaiknya kan, minta doa dariNya moga dijauhi dari musibah

che mid said...

Salam, Kakzakie azan sekuat hati atau buat suara biasa je... ya lah kalu org lelaki azan tentu kuat-kuatkan..

terokai seni said...

dalam doa ada dakwah, moga ada juga hidayah!

Kakzakie Purvit said...

@ Maya amir: Betullah.. kadang cerah tetiba mendung diikuti hujan dan ribut petir.


@ @iiixam: Sebelum terjadi baik jangan berwifi masa kilat cikgu


@ Afida Auar: Kakak pun selalu fikir macam itu Fida.


@ Hamiza: Alhamdulillah.. takut sendiri sebenarnya Miza


@ Marina Monroe: Dahan pokok patah daun hijau berguguran memang banyak selepas itu. Tapi lain ok


@ ajumohit: Dah musim tengkujuh sebenarnya. Itu yg kena berjaga-jaga aju


@ kasihibu: Sebenarnya kakak tak mahu mereka mendengar itu kakak suruh mereka keluar sekejap.


@ cinnamon.com: Fikiran kita yg runsing sebab selalu fikir yg negetif aje. Tak bagus kan...


@ Sharifah Nadzarah: Kakak rasa masa itu hujan merata tempatlah SN kawasan tempat kita cuma lebat dan tidak aje


@ Kunang-Kunang: Dentuman guruh dan kilat itu yg buat kita ngeri


@ Liza: Tak ada apalah Liza, kakak yg penakut agaknya


@ Ratu Kebaya: Hero Rk mesti jenis berani. Kalau anak kakak masing-masing dah masuk bilik


@ redza: Benar dunia kita sudah tua. Bersama kita beringat redz


@ ainnoraini: Kilat dan guruh membuat kita tambah takut sebenarnya ain.


@ eelobor: Kawan kakak selalu suka bertanya ee. Tapi bagai mencurah air di daun keladi.


@ nabila_2908: Lebih kurang jugalah tempat kakak kadang hujan dtg tak dapat di duga. Tiba-tiba mendung selepas panas sebelumnya...


@ linalienaz: Eh... takut kakak dik. Tapi kalau Allah nak jadikan boleh aje. Berdoa yg terbaik


@ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Kakak sebenarnya takut sangat bila bunyi angin pun boleh dengar tau kak. Itu yg teringat bapak selalu buat.

Kakzakie Purvit said...

@ ieda: Kakak rasa kalau kawasan pantai timur memang dah sampai masanya musim hujan


@ Amie: Betul AMie. Kita pun yg tak sangka panas jadi mentdung dan hujan diikuti ribut petir mula jadi takut


@ Kak Aya: Yg kakak dok fikir kalau bangunan runtuh diri terperangkap Kak Aya. Selilishlah... na'uzubillah...


@ Yus: Membayangkan yg buruk aje kit ni kan. Tahu tak baik tapi otak kita tetap fikir yg bukan-bukan


@ sisdee: Kan ke tempat kita sama sisdee. Hujan dan ribut petir masa itu teruk kan...


@ norhidana: Kalau dah takut mesti serta-merta kita mohon pertolongan Allah.


@ Qhaifa Nur: Itulah yg kakak buat. Sepatutnya org lelaki tapi tak ada


@ Acik erna: Masa itu tak lama sangat pun Acik. Saja kakak yg penakut nie


@ hani@debumelukut: Banyak tempat hujan sekarang nie.


@ Mohamadazhan.com: Allah bagi petunjuk agaknya yg dunia kita dah uzur dik


@ Cik Gee: Boleh cikgu bayangkan sama yg kakak bayangkan. Takutnya


@ Zaitun: Yelah kak zai


@ Bobiedanbad: Terima kasih


@ CTK: Hujung tahun beginilah


@ LadyBird: Begitulah selalunya. Macam kakak dah tak ada org lain sebab itu kakak yg azan


@ LYAfrina: Musim tengkujuh dah sampailah Lya.


@ Shameel Iskandar: Innalillahi wainna ilaihi roji'uun... Takziah dari kakak

Moga rohnya dicucuri rahmat


@ ieja amieja: Ngeri kan bila berlaku hujan+ribut+petir. Itulah yg berlaku hari itu ditempat kakak


@ ibuintan: Kakak fikir macam itulah ibuintan


@ che mid: Taklah kakak azan macam lelaki CM nie betullah buat kakak gelak pulak. Tapi suara kakak boleh didengar satu pejabat juga tau cuma mereka semua tak dengar sebab hujan+angin+ribut+petir masa itu


@ cemomoi: Insya-Allah... cemomoi mana kita tahu disebalik kejadian yg Allah berikan.

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,

Sekarang ni memang musimkan kak zakie hujan lebat ngan angin kuat. tapi musim cam ni rezeki laut banyak plak. Kuasa Allah SWT, InsyaAllah kalau ke laut tak delah balik tangan kosong, kita plak risau kat umah.

emarieys said...

ema pun selalu memkikirkan perkara buruk ni berlaku dan kita berjauhan dengan anak2 dan suami...

tak sanggup nak hadapi kak..

ainhany said...

alhamdulillah selamat lagi kakak cu yg seorang nie...InsyaALLAH selamat

aliza said...

yupppp cuaca memang x menetu sejak akhir2 nie.. tapi dah x seteruk awal2 bulan 10 aritu macam ribut setiap hari, la ni hujan juga tp x da la ribut petir..
ok.. salam kenal dan salam folo dr saya...