Friday, January 27, 2012

Anak itu amanah Allah diberikan kepada kita

Penghujung 2011, cuti Hari Krismas kakak ipar aku yang dahagakan kasih-sayang anak akhirnya dikurniakan seorang puteri. Kalau dulu dia pernah merasa sekadar sehari menjadi ibu kerana diambil semula sebelum proses ke mahkamah lagi, moga yang ini akan kekal hingga ke akhir hayat hendaknya. Rahmat dan rezeki Allah diberikan pada kakak ipar aku tanpa di duga. Cuti Tahun Baru Cina yang lepas baru kami berpeluang menemui si comel tersebut. Kami juga mohon dapat menjaga amanah yang Allah berikan ini sebaik mungkin.

Nur Qistina - Berusia setahun lebih, mempunyai adik-beradik yang ramai dan seorang lagi adik lelaki berusia 2 bulan. Namun dia yang dipilih oleh keluarganya untuk diserahkan pada keluarga kami. Bagaikan bulan jatuh ke riba kami sujud syukur padamu Ya Allah....

Comel - Melihat senyumannya pun cair hati. Buat masa ini dialah yang paling muda dalam keluarga sebelah hubby aku. Dalam usia begini baru belajar minum susu. Belas sungguh. Namun percayalah walau hidup dhaif, tanpa losyen, tanpa minyak yuyi, tanpa susu yang sempurna, dia sihat dan punya kulit yang putih mulus tanpa ruam. Syukurlah dia diserahkan pada kami. Kami juga tidak putuskan hubungannya dengan keluarga sebenar.

Di rumah Mak Long - Malam itu kami berkunjung ke rumah Kak Long (kakak hubby) di Taman Koperasi, Batu Pahat. Sudah boleh bermesra dengan sepupu-sepupunya (anak-anak aku). Melihat flash kamera pada mulanya takut, bila diberikan kemera pada tangannya baru tersenyum kerana ada banyak wajahnya.


~~Beruntunglah mereka yang dikurniakan anak yang ramai. Ujian bagi yang belum memperolehi kerana ia adalah ujian dari Allah. Doa yang telah berpuluh tahun ada kalanya makbul di saat-saat tanpa kita duga.~~



74 comments:

Hanis Azla said...

sejuk hati melihat wajahnya.. semoga dia membesar menjadi anak soleh yang sentiasa membahagiakan hati org lain..

Sharifah Nadzarah said...

comel jer...semoga jadik anak yg solehah

~izan~ said...

senyum simpul si kecil...comel sangat... bertuah si kecil berada dlm keluarga baru yg sgt sayangkan beliau....

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Benar comel anak ini, masyaAllah, sejuk mata memandang, semoga kehidupan kakzakie sentiasa diberkati dan anak ini membesar menjadianak solehah..amiin

Hudalatip said...

Kakak, sapa maklong ni? Taman Koperasi tu lah rumah parents saya..Saya selalu balik situ tiap minggu, kot saya kenal ke maklong tu, rumah mak ayah saya kat jalan bintang 6..

duniaanita74.blogspot.com said...

sedih ita..terharu gak ...bertuah si kecil berada dlm keluarga baru yg sgt sayangkannya...semoga membesar menjadi anak yg solehah...family belah suami pun ambil anak abg..coz tak ada anak sendiri....tu pun mcm nak ambil anak sendiri semula....

Kakzakie Purvit said...

@ Hanis Azla: Itulah harapan dan doa kami juga Hanis


@ Sharifah Nadzarah: Insya-Allah SN...


@ izan: Siapa tak sayang izan. Menanti berpuluh tahun dapat-dapat dan pandai. Kurniaan Allah izan...


@ Werdah: Wa'alaikumsalam Kak Werdah. Begitulah Kak Werdah...jika Allah mahu memberi kita pun tidak menduga kan


@ Huda: Kak Long kakak duduk di jalan yg menghadap jln besar arah ke Air Hitam (lupalah jalan apa). Kakak ipar kakak nie nama dia Kak Ros, suami dia Abang Samad (anak di pun satu je - dah kerja di hospital KT), tapi yg ambil anak ini kakak yg duduk di rumah kg di Peserai.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah syukur padaMu...

noor said...

alhamdulillah...cutelah qistina ni kak..suka tgk moto tuh

Granny Hani said...

Alhamdullilah..bertuah lah dia kerana di pertemukan dengan kasih sayang yg melimpah ruah..

Hudalatip said...

Oh, ok kak, saya rasa macam kenal kot, kak - bagi email akak, ni email saya..zarakiddies@yahoo.com, banyak pulak nak tanya ni..

Anonymous said...

assalamualaikum kak..

sangat comel baby Nur Qistina tu....semoga dia membesar menjadi wanita solehah dan berbakti pada agama, bangsa serta negara kelak...amin.

ckLah @xiiinam said...

Syukur...semoga terus terpelihara dan terdidik dengan baik...

Eye_nee said...

sayu pulak hati saya tgk muka si comel tu...tp kemudiannya saya rasa..Dia pasti BAHAGIA dan TERPELIHARA bersama SIL kakzakie..

Anonymous said...

Salam Kakzakie,

Alhamdulillah berkat sabar dan ikhlas berharapkan dikurniakan anak, akhirnya Allah tunaikan juga.

Semoga anak ni sihat dan membesar dengan baik.

Nini D.. said...

btol kak...terharu rasanya..

LadyBird said...

Alhamdulillah :D...

Kakcik Seroja said...

Comelnya anak itu. Semoga membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang solehah. Amin. :)

Rina Rahamat said...

mcm makcik sepupu sy pon ambil anak angkat setelah satu-satunya permata hati diorang pergi mengadap ilahi akibat kemalangan.

adarnadzmie said...

bertuah anak itu dapat keluarga yg dapat memberinya sepenuh kasih sayang... moga qistina membesar jd anak yng baik buat ibunya...amin...

semoga kak ipar kakzakie akan dikurniakan zuriat sendiri nanti...aminnn

amirah said...

terasa sayu hati...abg saya pun tk dpt rezeki Allah yang ini..pun ambil anak angkat juga kak..moga amanah Allah ni dapat menggembirakan hati kakak ipar dn abg akak..

Unknown said...

setiap anak tu rezeki Allah SWT walau bukan darah daging sendiri... Tp itulah amanah yg perlu kita jaga.. Sayangnya ada juga ibu yang tidak mahu mengakui anak dan mengabaikan anak itu walau hakikatnya anak itu anak kandung sendiri hny krn anak itu anak luar nikah.. tp salah siapa ini terjadi? anak tidak bersalah tp si ibu sendiri yg bersalah...

Azlan Strider said...

Zuriat(anak) adalah pemberian beharga dari allah s.w.t..macam mana laa ade segelintir manusia yang suka mempersia-siakan anak mereka..isk..isk..

p/s: comel nur qistina nie..hehehe

musang said...

bestnya ada anak

Unknown said...

comelnya...kadang2 anak org susah lebih sihat dari anak2 orang yg berada yang selalu di timpa ujian.. sebab Allah tu maha pengasih dan maha penyayang kan..

Qhaifa Nur said...

anak anugerah yang tak ternilai...
alhamulillah doanya telah didengari..
terharu dengan kata - kata yang last tu..

Nur-nba said...

Bertuah Qistina kerana mendapat kasih sayang daripada keluarga kakak ipar Kak Zakie. Beliau bertuah kerana diberi peluang menjaga Qistina seperti anak sendiri.

Nur pun teringin sangat nak menimang cahaya mata sendiri, namun masih belum ada rezeki lagi. Doakan Nur ye kak..

Kayu Manis said...

semalam saya dan adik pergi suatu tempat utk mengambil anak angkat..adik kawin hampir sepuluh tahun..belum punya anak..

perjanjian sudah di buat..adk kena sabar le nmpaknya..nak ambil baby yg baru di lahirkan..nak jadi ibu susuan juga..

supaya tidak ada timbul haram,halal lagi..

dwatyKNY said...

cantik namanya secantik orgnya... semoga qistina jadi anak yang baik untuk kedua2 keluarganya...

norh said...

comelnya..
beruntung juga pada yang dah punya pasangan tapi belum punya anak..

Kakzakie Purvit said...

@ anitadiana: Sama-sama mendapat ganjaran ita. Yg memberi dan yg menerima semua sayangkan anak tersebut kan


@ Mrs Eady: Syukur tidak terhingga...


@ Noor: Comel kan. Motor abang ipar tu motor lama dia seorg yg sngt sentimental tau..


@ hani@debumelukut: Kasih SIL kakak dah tumpah pada dia seorg. Rumah besar dah tak sunyi lagi cikgu


@ Huda: Hope you receive the message huda


@ Sekamar Rindu: Wa'alaikumsalam SR. Doa kami itulah hendaknya


@ ckLah@xiiinam: Kakak ipar kakak pun bertugas di sekolah. Kalau sekolah esok mudahlah...


@ Eye_nee: Kalau lihat macam tak percaya dia dah melekat dgn ibu/abah barunya. Abang kakak sekarang balik dah tak kemana terus mengulet dia nie


@ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Alhamdulillah syukur itulah yg mampu terucap


@ Nini D: Lama menanti utk mendapat yg satu ini


@ LadyBird: Syukur padaNya


@ Kacik: Terima kasih doakan kakcik. Itulah harapan kami


@ Rina Avail: Kalau mudah dapat tak apa Rina. Keluarga kakak masing-masing punya zuriat sikit siapa nak bagi. Dapat yg ini dah bersyukur benar


@ adarnadzmie: Dapat yg ini dah oklah Nomi. Kakak ipar kakak tu dah berusia 50 tahun tak mungkin boleh dapat anak sendiri


@ amirah: Kakak ipar kakak nie dari kakak belum dapat anak lagi dia dah berusaha tapi sampai kini baru dapat


@ Queen Teratai: Anak ini punya adik-beradik lain yg sah dan halal Queen. Bahkan dia juga ada adik. Dulu dia dijaga nenek tapi nenek dah tua/sakit itu yg at last dapat pada kami


@ Azlan Hasan: Kakak tak boleh mendengar/melihat penganiayaan pada anak-anak - hati jadi marah


@ redza: Hm... kena cari pasangan dulu redz...


@ Rai: Betullah kakak rasa Allah maha mengetahui. Kalau dia nak ikut macam perapian anak kita mana cukup nak bagi anak-anak yg besar lagi kan...


@ Qhaifa Nur: Samaq - benar Allah maha mendengar


@ Nur-Nba: Kami yg diberi memang bertuah mendapat anak ini..

Kakzakie Purvit said...

@ cinnamon.com: Masa ambil dia ini pun pihak keluarga mereka mula kata tak payah ada peguam bagai, tapi kami tetap hendak buat juga. Mana tahu tetiba dikata kita colek tak ke kerja bahaya... tapi nampaknya segalanya sudah selesai... mereka juga amat ikhlas orgnya


@ dwaty: Dia kena baik dgn keluarganya juga sebab bila nak menikah kelak tetap memerlukan abang/ayahnya sebagai wali


@ norh: Tuah kakak ipar kakak norh..

Cik Ina Do Do Cheng said...

wajah redup comel.anak-anak semua rezeki Allah SWT. cik ina suka nengok budak-budak besar ni , boleh dibuat main-main, bila dorang semua meningkat dewasa, kita sunyi. kita rindu disaat anak-anak kita masih kecil.kak zakie masa-masa indah begitu cepat berlalu..

mama maman aka yana said...

cumil.. alhamdulillah.. moga2 berbahagia dpt menumpang kasih maklongnya..:)

-Sara- said...

akak, comelnya budak tu..sejuk mata tgk :)

azian said...

alhamdulilah....
dapat jugak ye kak...
ade lg 2 org ni, akak nak tak????hehehheheh

muiz hr tu jatuh, bibir dia pecah...darah byk giller...bawak g penawar, doc suh bawak g hospital sbb kene jahit...

mujur sampai hospital darah dah mula benti n doc ckp tak yah jahit....adoyaiiiii...budak kecik tu kl ngamuk suka hempas badan kat lantai....

sahromnasrudin said...

alhamdulillah

mama aini said...

alhamdulillah dpt juga kurnian yg comil ini !!..semuga dia menjadi sinar buat keluarga !!..

Queenie said...

Kakzakie, saya percaya Allah telah menjanjikan sesuatu yg terbaik utk kedua belah pihak.....

moga semuanya beertambah keberkatan dlm hidup...

munna said...

ALHAMDULILLAH...SEMOGA KURNIAAN TAK TERNILAI INI MENJADI PERMATA BERHARGA BUAT KELUARGA KAKAK IPAR KAK ZAKIE

nabilah_2908 said...

siapa saja yg tgk dia ni pasti akan tersenyum... :)

Anonymous said...

kurniaan allah =)

wahida said...

tak tau la kak, saya rasa sebak sgt baca n3 akak kali ni...

semoga akak dan keluarga dpt melayan qistina sebaiknya...dan jgn putuskan silaturrahim dgn keluarga sebelah sana...

dan semoga Qistina menjadi anak yg solehah dan menjadi kebanggaan keluarga hendaknya...amin...

Dr K said...

dah rezekinya...moga dapat membesar bagai anak sendiri...dan menjadi anak yg solehah..cuma perlu di beritahu statusnya awal awal, jgn disorokkan..

aanie said...

SYUKURLAH.....
ahli baru dlm keluarga....

MulutPayau said...

comelnya Nur Qistina....semoga menjadi anak yg solehah...

Unknown said...

alhamdullilah..

mmg sangat comellllllll

kak.. entah mengapa ayu menangis kegembiraan.. tumpang gembira sebenarnya

ct rahani said...

Alhamdulillah.. comel sgt..

Cikgu Ma said...

vision saya anak 5 orang kak...hihi

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/misteri-darah-wanita.html

ibundo said...

alhamdulillah..
comel anak ini.

gadisBunga™ said...

:)

saya nak ada anak.

akak tolong doakan saya. :)

Hida Kadiso said...

sonok dan sedih.. sume bercampur baur.. semoga anak kecil ini jadi orang yang berguna bila besar kelak.. aminn..

Maya Mayana said...

selaamt menerima ahli baru ye kak, semoga nur Qistina menjadi anak yang solehah..Aminn.

percayalah setiap sesuatu itu ada hikmahnya...

tumpang gembira utk beliau

nadz said...

Alhamdulillah..jernih mata anak itu..syukur..ada rezekinya..tersentuh melihatnya...

kurus said...

semoga si kecil qistina terus membesar dan membahagiakan keluarga kakak ipar akak ..
sayu saya tgk wajah dia .. harapan bila dia bersama keluarga kakak ipar akak , tidak mengurangkan kasih sayang kepada nya dan tidak terkesan dengan perpisahan dengan ibunya .. insyaallahhh

suri solehah said...

comelnya...betulkan kakak,kita hanya merancang dan berdoa,dan Dia akan datangkan dikala kita tak terduga..

Puan Kutu said...

sayu je tgok muka comel qistina..dia nangis tak ekk berjauhan dengan mak bapak dia?selalunya budak besar ni mmg ssh nak berenggang.tp dia ramai adik beradik ye..kesian..

semoga Allah pelihara qistina hingga besar..dpt gambarkan betapa gembiranya hati akk ipar kak zakie..Alhamdulillah..:)

maya amir said...

comelnye die ni kak...sure akak ipar akak happy..sayu bile tgk muka qistina ni..saya pasti die akan membesar sbg anak yg solehah..she's one lucky girl punya 2 keluarga yg menyayanginya!

Anonymous said...

alhamdulilah,comel die akak...

MOKCIK AZWA said...

Alhamdulillah..comelnya dia..

fatin said...

betul tu kak zakie.. senyuman kanak2 mmg leh cairkan hati.. =}

ILA HonEyBuNNy said...

alhamdulillah..

moga jadi anak y solehah dan kebangaan ibu bapa...;)

anak2 adalah anugerah terindah dr Allah kn kak...

Unknown said...

betul tu kak, semoga kita diberi petunjuk dan hidayah dalam mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh solehah... amin

ieja amieja said...

semoga pemberian ALLAH ini dapat mengeratkan lg ksh syg kalian..dan buat comel qistina..syukur dapat family baru yg melimpah ruah dgn ksh syg jg..

Tie HT said...

comey nye kak..serious ni mmg comey..saya ske kalo dpt baby girl..hubby ske kalo dpt boy..namun dah 10 thn kami menanti.. :)

Unknown said...

syukur alhamdulillah...akhirnya doa kakak kak zakie dimakbulkan olehNya...lia tumpang gembira kak...

sedih dan sebak menyelubungi hati bila baca n3 ni...semoga nur qistina serasi tinggal bersama kakak kak zakie dan menjadi anak yg solehah...amin.

Ann Ishak said...

alhamdulillah, besar ganjarannya kak

Kasih Salina said...

alhamdulillah..anak2 adalah anugerah Allah yg tidak ternilai..

salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/

tq coz follow kita ye..

eelobor said...

betul tu akak, memang beruntung orang yang dikurniakan anak yang ramai

fuad ansari said...

untunglah qistina, punya dua ibu dan dua ayah..

kagum melibat suami dan isteri yang mampu meneruskan kehidupan berumahtangga dengan baik bertahun2 lamanya walaupun tidak dikurniakan anak..

Kakzakie Purvit said...

@ Cik Ina DDC: Betul kalau ingat saat anak kita kecik seronok kan kcik ina...


@ mama maman: Mak Long kakak pada kakak ipar kakak yg ambil anak ini Yana


@ Sara: Itu yg buat anak kakak pun tak penat mengulek dia Sara


@ azian: Kalau bagi 2 hero tu boleh ke? Jgn nak mengada Yan. Budak tengah lasak kena lebih sikit perhatian kena beri Yan...


@ shahromnasrudin: Terima kasih shah


@ mama aini: Terima kasih doa itu


@ Queenie: Hikmah disebalik menanti terlalu lama Q


@ munna: itulah harapan kami semua munna


@ nabila_2908: Betul dik... dia mula saja takut tapi mudah mesra


@ Zoey Zau Yah: ALhamdulillah


@ wahida: Pertama kali kakak bersua muka pun airmata luruh wahida. Tak tahu kenapa. Suka bercampur sedih dan kesian sebab kena pisah dgn ibu asal..


@ Daddy Ziyyad: Kami tak pisahkan dgn keluarga dia doc. Sebab kami ingin memberi sedikit bantuan kepada keluargnya juga


@ aanie: Syukur sangat aanie...


@ Mulut Payau: Anak yg masih bersih dari dosa


@ Citarasa Rinduan: Kakak faham maksud Ayu...


@ ct rahani: Syukur alhamdulillah


@ Cikgu Ma: Kalau boleh lebih pun apa salahnya cikgu... kenalah cari partner cepat


@ ibundo: Allah maha mendengar kakpah diberiNya kita yg comel ini


@ gadisBunga: Naluri pada setiap wanita dik... Doa kakak buat GB pasti...


@ eda_ej: Kakak faham maksud eda...


@ Maya Mayana: Tak sangka kan Yana. Penantian yg begitu lama akhirnya membuahkan hasil yg menggembirakan


@ nadz: Terima kasih singgah blog kakak mama nadz.


@ ieda: Kami memang tak akan pisahkan dgn keluarganya ieda. Bahkan kalau boleh keluarga kakak akan membantu apa yg patut pada keluarga ini


@ suri solehah: Sesungguhnya kekuasaan Allah tidak terjangkau oleh akal kita suri...


@ Puan Kutu: Mungkin dah biasa tak begitu rapat dgn ibu-bapa sebab ada banyak waktunya dia dijaga nenek yg kian uzur sebab itu dia kelihatannya gembira dgn kami


@ Maya Amir: Bukan SIL kakak saja yg gembira tapi kami semuanya Maya


@ Tiramisu Fatiema: Syukurlah dik..


@ Mokcik Azwa: Kurniaan yg tidak terucap oleh kami semua Azwa


@ Fatin Marz: Manis dan sejuk mata memandang kan FM


@ Ila Honeybunny: Kami akan jaga sebaik-baiknya Ila


@ Santri TPINI: Allah memberi kita menjaga amanat itu Santri


@ ieja amieja: Betul ieja dia mengeratkan silaturrahim sesama kami juga


@ Tihara: Kakak doakan moga akan akan dikurniakan juga satu hati kelak


@ Mamamya: Kakak faham sebab Lia mengetahui segalanya kan...


@ Ann Ishak: Kami amat gembira dgn rezeki yg satu ini Ann


@ Salina: Benar sekali Salina


@ eelobor: Setiap kali bersalin gugur segala dosa. Untung jadi wanita yg dapat menambah umat Islam di bumi Allah ini ee


@ fuad ansari: Cuma ibu-bapa asalnya agak susah utk menziarahi, kitalah yg akan ke sana.

Lama SIL kakak ini menanti...


NOTA: -

UNTUK PENGETAHUAN TEMAN SEMUA NAMA ASAL DIA NUR QISTINA TETAPI KELUARGA KAKAK MEMANGGIL DENGAN NAMA SITI AISYAH.... MOGA DIA JADI ANAK YG SIHAT, CERDIK DAN SOLEHAH.

Munn Jaafar said...

sayunya hati...umur setahun lebih baru dpt merasa susu...agknya mcm mana adik die yg kecil tu? T.T

smoga Qisthina mbesar jd anak yg baik utk kedua2 ibuayah...

*sama nama dgn anak buah sy kt kampung tu.. =)

| SUE | said...

alhamdulillah..tahniah!
manis sungguh Qistina

intan_blur said...

betul tu kak..
tp kan kak..sye selalu marah ank sye..adoiii..nnt klu dah pukul..rase kesal..tp buat lagi..tu time sye penat..pastu dorang buat perngai..
adooiii..sedih sgt