Friday, January 13, 2012

Sarapan bersama - Ahad sebelum ke asrama

Hari Ahad 08-01-2012 sarapan terakhir bersama Yasmein sebelum dia ke asrama. Kami menyusur Jalan Wong Ah Fook dan masuk lorong yang menjual sarapan lengkap dengan nasi beryani sekali - malu hendak ambil gambar restoran sebab orang ramai. Niat asal untuk makan nasi beryani tetapi sementara menanti hidangan mata melihat ramai yang makan roti canai dan tosei. Apa lagi kami order dan menikmatinya juga. Sedap...

Tosei - Betul atau tidak ejaan aku ini. Ini aku kongsi dengan Mak Zah sebab sudah order nasi bimbang tidak habis.

Roti canai - Yasmien makan roti canai. Hampir habis baru dia suruh ambil gambar.


Habis makan roti canai dan tosei hidangan nasi beryani kami sampai. Di sini ada menjual beryani ayam, kambing dan lembu. Terdapat juga sayur-sayuran pelbagai pilihan. Oleh kerana kedudukan di tengah bandaraya ramai orang bukan Melayu turut menikmati. Aku lihat ramai 'mat salleh' makan di sini.

Beryani kambing - Aku, hubby dan adik makan beryani kambing. Dagingnya seketul sahaja tidak seperti daging lembu agak banyak sedikit

Beryani daging - Mak Zah dan Yasmien makan beryani daging lembu.

Acar - Rangup, masam-manis acar dia buat. Sedap mengikut selera kami sekeluarga. Kami habis tiga pinggan acar. Disediakan juga kuah daging dan kambing tidak ada gambar.

Papedom - Disediakan keropok ini untuk lebih menyelerakan. Krup-krap-krup-krap rangup. Tapi disebabkan angin sepoi-sepoi bertiup cepat betul dia menjadi lemau.

Adik & Kakak - Bermesra sebelum esoknya mereke terpaksa berpisah seketika. Di tangan adik nasi dia yang tidak habis dimakan dengan majalah upin&ipin. Hari ini hampir seminggu Yasmien sudah berada di sekolah barunya. Adik juga sudah biasa ke sekolah sendirian tanpa kakak. Aku masih sayu lagi teringat anak dara yang ini....


~~Pagi tadi mendengar teka-teki radio IKIM - siapa orang yang memulakan memberi salam kepada rasulullah saw dan seterusnya menjadi ikutan umat Islam sehingga kini. Sungguh aku tidak dapat menjawab sehinggalah Siti dan Pian memberikan jawapan yang tidak aku duga. Aku ingatkan Malaikat Jibril sebab dia yang menurunkan wahyu - tapi salah. Jawapan kawan-kawan apa agaknya.~~


61 comments:

kakcik said...

Kalau makan di kedai mamak, kakcik pun akan pilih tosei. :)

Citarasa Rinduan said...

assalmualaikum kakakku..

hari tu ayah ayu makan tosei, ayu cuba sikit., eik. masam.. tamo lah..
heheheh

PS; pandang gambar nasi beriani, tak lama lagi ayu dapat makan. yahoooo.. kenduri kawin boleh makan puas2, now diet

kak,, tang soalan tu, nak tau gak apa jawapannya, siapalah yang beri salam pada rasullulah ya?

suri solehah said...

terkenang-kenang kak?sedapnya nasi briyani..teringat masa mengandung nak makan nasi kaler2.
-soalan tu sungguh tak tahu kak..mcm ni kata cinta rasulullah huhu..

Huda said...

sedapnya nasi beriani tu..tapi sapa yang bagi salam tu kak..saya pun tak tau kak..

sisdee said...

oh sape yg bagi salam tu?...subhannallah napa saya tak tau :((

dah lama gile saya tak ke jalan situ..berpuluh tahun rasanya sejak tinggalkan keje kat jb tu :(

yana-feehily said...

sedapnya..terliur kot..

hmm..sapa ye yg bg salam tu dulu?

:: Mrs.Eady :: said...

ala terliur!

QueeN TerataI said...

dah lama x mkn kat kedai mamak.. so dh lama juga x mkn roti canai, tosei dan ll.. hehehe

~ yus ~ said...

soalan tu apa ya kak jawapannya?

Puas pikir tak tahu ni...huhu
Ceteknya rasa ilmu dan pengetahuan...
Yus pun ingatkan malaikat Jibril, tapi dah akak kata salah..

Nasi beriani dia nampak lain warna dari nasi beriani mad shah di BP ni kak....

norhidana said...

huhui, sgt suke nasi beriani...msti original gitu kan
acar dia tu nmpak menyelerakan...

-sapa yek kak yg bg slm kt rasulullah tu ek...cube akak bg jawapan nyer

fieda said...

tgk jer gambar mknan mula la perut saya wat hal kak zakie..hihi

S..U..D..@..I..S said...

kedai mamak ke kak zaki..sedapnya

iizla said...

dah puas pikir tapi x leh teka gak jawapannye. huhu...

cheqna said...

besh papadom tu
sape erk yang bagi??

pB said...

As salam

apa ek jawapannya ...????



pB pun dah mula rindu pada anak sulung pB sekarang nie
hu hu hu

MOKCIK AZWA said...

rindu kat anak pompuan tak sama ngan rindu kat anak lelaki kot hehehe.. tapi hampir setiap hari juga call anak untuk melepaskan rindu dan mengetahui perkembangan dia disana.

suka tosei gula..

sapa agaknya yang mula2 memberi salam itu..

amirah said...

sedapnya beriyani tu kak...yum yum..bila seorang dah takde di rumah memang terasa sunyi kan...

saya pun ingatkan malaikat jibrail..siapa agaknya ye..

Tiramisu Fatiema said...

makan lagi akak ek..heheh..sy suka roti canai

fuad ansari said...

mungkin jawapannya adalah Allah swt..

membaca entri ini ketika belum bersarapan pagi, buruk padahnya..
tiba2, perut ni nyanyi2 pulak..(",)

miloais milo said...

lapar lah tengok gambo nasik beriani tu...
tosei - iols penah makan sekali-dua je....

apa kah jawapan utk soalan tu kak????

saniah said...

Siapa ye yg mula2 bg salam?? Tak tau la..tgu jwpan kakzakie lah... :)
Sedap nasi bryani...tp klau kami ni dh dpt roti canai dh kenyang sgt2 dh...hihi mmg jenis perut kecik kot...

Nazayiena said...

Dgr juga teka teki nie smlm,tp x sempat nak dgr jwpnnya........apa ya kak jawapannya?

Tosei adalah kegemaran bila pegi kedai mamak.......

adarnadzmie said...

layan makan2 macam ni sekali sekala memang sedap kan..nasi beryani ngan acar timun tu memang membangkitkan selera...hehe

Eye_nee said...

tgk pulak waktu tengah hari begini...aduhai...laparnya perutttttt......

nak tunggu jawapan itu....jahil dan kerdilnya terasa...

che mid said...

Entri ni biasa je.. pasal makan di kedai mamak, tp kakzakie tunjuk gambar dan tulis macam tu.. saja je buat orag terliur tau..

Selamat berjuang buat Yasmien.. dan pasal salam tu tak tau le..

aReLaN said...

nampak cam best je nasi briyani.perghh...lme tak pekena ni

munna said...

munna suka order roti tisu klu makan kedai mamak... apa agaknya jawapanya kak...tak sabar nak tahu

Nini D.. said...

sape yang memula bagi salam pada Rasulullah s.a.w. kita kak?
bukan Malaikat Jibril ke?..

Sharifah Nadzarah said...

sy pun suka toseiiiii....i like...
tapi jawapan tu sy tak tau la kak...
pls share..

JunAina said...

Tosei lebih baik utk kesihatan berbanding roti canai.

ajumohit said...

sedapnya, pastikan mereka kenyang sebelum dihantar masuk asrama kan kak

Kella said...

kak.. kat sini.. toseinya ada kuah putih tu.. ya ampun.. kuahnya itu memang teramatla sedap...

teringat kat adik kecil di rumah.. yang sentiasa di tinggalkan kakak kakak dan abangnya...

rindu dia..

Cikgu Ma said...

kak, tosei tu..kalo kat kedah panggil apam lenggang...tak tau la betol ke tak..nampa rupa tu sama jerr...

Amie said...

menunya enak2 banget, lupakan diet! kita kumpul kolestrol yok...mmm yummy!

Mama Ema said...

suka makan roti canai kat kedai mamak..roti canai mereka rangup

ct rahani said...

sedap nasi beriani.. tosei sy x suka pulak.. tekak x leh terima..

apa jawapannya kak.. sy pun tertanya2 nih..

Pia said...

"sedapnya nasi beriani...lama sgt tk makan...anak2 sy kalau pi kedai mamak suka maggi goreng,roti tisu..anak yg kecik pulak suka roti canai...saya rasa2 yg anak2 jer...hehhe.."

nabilah_2908 said...

wah...siap ada sambal..

kalau makan kt kedai mamak...jarang dpt sambal mcm ni..huhu... :)

nabilah_2908 said...

err..apa jawapannya kak..?

Zaitun said...

Tosei dan nasi briyani dua2 makanan kegemaran kak Zai hehehe...

Kak Zai tak tahulah jawapannya.

Hanis Azla said...

kat sini hujan.. jadinya gambar roti canai dan nasi beriyani tu mmg mengoda jiwa.

Allah yang memberi salam ke kak? rasanya macam pernah terbaca tp saya mcm confuse pula.. malunya dgn diri sendiri sbb tak pernah nak ambil tahu ttg info penting begini.. soalan akak mmg membuka minda.. thanks akak..

Munnafendy said...

sy pun suka mkn tosei..ada rasa msm2 sikit..kena ngan kuah kari...nyum3

*siapa ye bg salam kat Rasulullah? sy pun xtau...isy3..teruknya.. =(

Fatin Mraz said...

capati best gak..

aimie amalina said...

aduhaiii kak
sedappnyeelaaa
tossei dh lame beno x mkn

heee
arap2 dpt sesuai kan diri dgn sekolah baru anak akak :)

@xiiinam said...

Owh...kakZakie dah mula berpisah dengan anak-anak nampaknya. Tabah ya! :D

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
teringat nasi mamak, dah lama tak makan...
tak dapat jawab la teka-teki tu...

Teratak Usang

mama aini said...

ehem..sedapnya..

ieda said...

perghhh tosei memang pilihanm
kalau saya makan di kedai mamak , hubby je makan nasi beriani nie .. kami2 memang pilihan tosei telur ! ;)

eelobor said...

dah lama tak makan tosai.... tapi rasanya esok cam nak cari beriyani kambing jer.... hihihihi

Sham said...

salam kak...lama tul tak menjenguk...

wah ni macam nak umpan suh pergi kedai mamak je ni...

Afida Anuar said...

lamanya saya tak makan tosei n roti canai kak....

Allah.... tak sempat pulak saya nak bukak ikim pagi tadi. Tapi sungguh saya tatau jawapan dia..huhu

azi said...

Salam Rindu..
Kakak...bertemu kembali ye...
untuk soalan kakak tu..rasanya saya pun tak pasti...takut salah pulak jawapannya...:)

sal said...

memang makanan tu sedap2 belako..alhamdulillah rezki..


moga anak2 serasi2 di tempat baru..

Kakzakie said...

Meringkaskan segala komen diberi kakak ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada teman-teman semua.

Kakcik, Citarasa rinduan (hihi... tak sukalah tu), suri solehah,Huda, sisdee, yana feehily, Mrs. Eady, Queen Teratai, Yus, norhidana, fieda, sudais,iizla, cheqna, pB, Mokcik Azwa, amirah, Tiramisu Fatiema, fuad ansari, miloais ais, saniah, nazayiena, nadarnadzmie, Eye_nee, Che Mid, Arelan, munna, Nini D, Sharifah Nadzarah, JunAina, ajumohit, Kella, Cikgu Ma, Mama Ema, Amie, ct rahani, pia, nabila_2908, Zaitun, Hanis Azla, Munnafendy, Fatin Marz, aimie amalina, @iixnam (begitulah cikgu - usia pun dah bertambah), Iza teratak usang, mama aini, eida, eelobor, Sham (busy naik sekolah ye sham), Afida Anuar, Azi (lama tak bersua ye azi) dan sal.

Untuk jawapan teka-teki IKIM tersebut ialah ABU DZAR AL-GHAFFIRI. Ucapan ini juga diberikan kepada rasulullah ketika beliau belum lagi memeluk agama Islam. Betapa ianya menunjukkan peribadi rasulullah juga amat dihormati kalangan yg bukan Islam juga. ABU DZAR AL-GHAFFIRI ini juga akhirnya memeluk Islam.

Terima kasih sekali lagi sudi bersama di sini.

ieja amieja said...

sy pun suka makan tosei berbanding capati..huhu
utk teka.teki akk tu pun terus terang sy x tau jwpannye..sekarang dah tahu..thanx akk utk info ni..

pena rozie said...

Memang suka makan roti canai...

Papa Mifz said...

beriani kambing...perghh dapat kat papa mifz licin nih...

Mutiara Bernilai said...

wah...terliur kite tengok nasi beriyani tu,,acar tu menarik !


hm, kite x ingat sgt la kak zaki...
sama ada Abu bakar atau Abu dzar..antara dua org itu kot..

fazrulnoor said...

sodap

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya tosei tu, dah ma tak makan tosei. lepas ni dorang semua balik asrama, tingal kak zakie berdua ngan hubby. mesti rindu ngan yasmin kan.comellah yasmin tu.

LadyBird said...

terliurnye tgk makanan yang terhidang tu..

akak.. ape ek jawapannya?