Monday, January 2, 2012

Pertunangan Nurawirda dan Joe

Petang 31-12-2011 ketika sedang berkemas beg-beg baju untuk menuju ke rumah kakak aku, panggilan dari Ayu Citarasa Rinduan menjemput kami sekeluarga untuk makan malam bersama. Maaf sungguh kerana jemputan Ayu tidak dapat kami penuhi kerana 01-01-2012 ada majlis pertunangan anak gadis kakak aku. Petang itu kami bertolak dalam kegelapan mendung pekat tetapi terpancar sinaran mentari dan fenomena itulah yang membuat anak-anak teruja dapat menikmati keindahan alam. Lakaran pelangi indah di kaki langit terbentang jelas di Senai-Desaru Expressway. Tapi keindahan itu kemudian hilang ditelan hujan yang turun mencurah-curah hingga pemanduan terpaksa diperlahankan.

Maha besar Allah - Indah pelangi yang telah lama tidak dapat kami nikmati.

01-01-2012 - Majlis disempurnakan petang semalam. Perbincangan dibuat dan yang nyata tahun ini akan ada dua majlis pernikahan berlaku dalam keluarga kami. Satu anak bujang kakak Uda aku di Muar dan satu lagi anak gadis kakak yang ini.

Majlis - Beberapa gambaran ketika majlis pertunangan berlangsung.

Atuk dan nenek - Bapak dengan bibik juga gembira dihari pertuangan cucunya.

Senja 01-01-2012 - Petang lebih kurang jam 6:30 petang kami bertolak pulang. Pemanduan lebih lancar kerana tidak banyak kereta di lebuhraya walaupun gerimis. Menyaksikan keindahan alam sekali lagi ketika berada di jambatan lebuhraya. Mentari yang hampir terbenam di ufuk barat menandakan menjelang maghrib jarang benar dapat dinikmati. Ketika lalu di surau taman perumahan kami kelihatan jemaah sedang bersolat maghrib. Kami sudah lewat....


~~Dalam kata segala keperluan sekolah anak-anak telah lengkap surat terbaru dari pihak asrama sekolah Yasmien tertera cadar dan sarung bantal ada dalam senarai. Esok aku bercuti kerana menghantar Nurienne ke asramanya dan petang bolehlah aku menjahit sekejap. Pendaftaran Yasmien pada 09-01-2012.~~



48 comments:

ckLah @xiiinam said...

Selamat dah bertunang...
Tahniah dapat keluarga baru...

kurus said...

selamat bertunang buat anak saudara akak ..

aah kak cuaca skrg memang x menentu , nak2 di pantai timur nie .. skrg nie tgh hujan lebat .. perut ashik lapoor je ;)

Kayu Manis said...

selamat bertunang pd anak saudara..lps ni sibuk dgn kerenah anak2 sekolah pulak..yg tggl di asrama,bercinta nak balik asrama..

Hudalatip said...

selamat bertunang pada anak sedara akak tu..kak, tu jambatan yang besar tu kan kak..suami saya boleh gayat lalu kat jambatan tu tempoh hari masa nak ke desaru..

mama aini said...

selamat bertunang utk ank buah kakzakie..tahniah,akan bertambah lagi ahli keluarga !!..esuk dah start sekolah semula..sibuknya kakzakie ya..

Tie HT said...

Selamat bertunang :)

**saya dah lama tk tgk pelangi..

Sharifah Nadzarah said...

selamat bertunang...
tahun 2012 ni bermulanya sesi sibuk sy menguruskan anak2 sekolah kak..
dah 2 org.mencabar jugak ekk...
lagi mencabar sy..transpoot tak nak ambik pagi coz katanya rumah sy jauh..dia malas nak pusing..boleh mcm tu..pastu harga ambik utk balik jer sama mcm pegi balik...geram betul sy...ini kira luahan perasaan la jugak ni..sori & tq kak...

Afida Anuar said...

Lepas ni dapat anak saudara baru la yer kak! selamat bertunang buat pasangan, moga dipermudahkan Allah segala urusan ke jinjang pelamin nanti, insyaAllah...

Sarah Syazwani said...

tahniah mendapat ahli keluarga baru..semoga diberkati Allah swt

aReLaN said...

slmat bertunang.ala...nk jgk.wuuuu

gadisBunga™ said...

subhanallah...pelangi dan reflectionnya jatuh di atas jalan - sangat cantik! saya tak pernah jumpa lagi!

*

selamat tahun baru akak. harini keje eh? hihihi~

Zaitun said...

Selamat bertunang buat anak saudara kakzakie.

Selamat tahun baru buat kakzakie sekeluarga.

ZalinZalina said...

salam kenal kakzakie...kenal dari blog ieda :)

ROZILA said...

salam kakzakie,

salamat tahun baru....
selamat bertunang utk anak saudara,semuga dipermudahkan segala urusan pernikahan nanti.

ajumohit said...

Selamat bertunang buat pasangan ini, Kejap je anak2 nak mula bersekolah ye kak zakie, mmg rasa sunyi kalau mereka dh balik asrama, tp Bangga dgn pencapaian mereka

Kakzakie Purvit said...

@ xiiinam: Alhamdulillah. Terima kasih cikgu


@ ieda: Kalau cuti cuaca sejuk itulah asyik nak ke dapur ye ieda:)


@ cinnamon.com: Kena kerah berkemas buat sikit-sikit memang nampak malas nak balik asrama


@ Huda: Terima kasih Huda... jambatan tu kecik sebab itu suami Huda gayat:)


@ mama aini: Esok pagi hantar yg sulung balik asrama masuk tingkatan 4. Petang jahit cadar/sarung bantal buat yg no.2 (baru dapat surat - nasib tarikh daftar pada 9hb)


@ Tihara: Terima kasih. Kakak pun sama sebab itulah siap ambil gambar lagi


@ Sharifah Nadzarah: Habis tu macam mana dia ke sekolah SN? Pagi bolehlah hantar, tapi sekolah agama petang macam mana? Kesiandia...


@ Afida Anuar: Doa kami begitulah. Jangkaan pertengahan tahun inilah mereka disatukan

Kakzakie Purvit said...

@ Sarah Syazwani: Mudah-mudahan SZ...


@ arelan: Hm... duit dah cukup, pasangan ada, apa nak tunggu lagi dik?


@ gadisBunga: Memang cantik GB. Masa itu gelap sungguh sebab nak hujan tau... tapi pelangi membahagi antara yg gelap dgn terang - cantik

Johor 1 Jan tak declare public holiday sebab itu kami kerja huhu:(


@ Zaitun: Terima kasih kak Zai


@ ZalinZalina: Nama sama dgn adik kakak. Terima kasih sudi ke sini. Salam kenal & tahun baru dari kakak


@ Rozila: Terima kasih Rozila, mudahan-mudahan hendaknya


@ ajumohit: Terima kasih aju. Anak kakak pun sederhana saja. Yg sulung tak dapat 9A pun sekadar 7A saja. Kesian dia... tapi kami redha.

My Little Diary said...

tahniah...selamat bertunang

Unknown said...

SALAM,
Baru masuk tahun baru, dah ambil cuti .....biasa lah tu dgn urusan sekolah anak2 ... Teringat cerita lama, masa dulu2 tunggu luar kelas semasa anak masuk darjah satu ... sekarang ini benda2 macam ni dah jadi sejarah utk LF dan isteri.

Nur-nba said...

Syukurkah majlis berjalan lancar.. Di sek Nur baru selesai pendaftaran pelajar Tingkatan 1 pagi tadi.

Mak Su said...

seronok kan... dulu kecik, sekarang dah bertunang dah.

Unknown said...

kak zakie ku sayang..
wahhhhhh..

bestnya tarikh pertunangan sama dgn hari ulang tahun kelaahiran en zalie..
hehehhe

en zalie kirim salam..
dia kata, thanks atas ucapan..

kak.. nanti syer ttg persekolahan budak ya..
pasti kak sibuk 2,3 hari ini
mudahan semuanya dipermudahkan

Cik SHiNJU said...

Selamat Bertunang...
Bapak akak dah ade cicit belum?

IMANSHAH said...

seromok tgk org bertunang

terokai seni said...

mengejar pelangi takan dapat
mengejar cinta ati insyaallah diberkati... moga ke jinjang pelamin

Ann Ishak said...

selamat menempuh alam pertunangan yang agak2 mencabar jugak...semoga banyak bersabar ye

sal said...

Selamat bertunang kepada anak2 saudaranya...

selamat menghantar anak ke asrama..kita sebagai ibu bapa memang sgt prihatin dgn keperluan anak2 yee..apa je yg dikehendaki pasti ditunaikan sebelum balik asrama..moga mereka menghargai kepayahan kita menyediakan itu dan ini demi kasih syg kita..begitulah juga saya yg balik asrama pagi ni..

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam kak zakie.

seronok kak zakie ramai saudara mara. selamat bertunang anak saudara akak zakie. meriah majlis tunang, hantaran pun banyak.tak lama lagi anak kak zakie semua dah bersekolah , mesti kak zakie sibuk sikit, sama cam cik ina dah terasa kesibukannya firdaus sekolah.

norhidana said...

selamat bertunang bt anak sdara akak...

seronok kn nk tmbh ahli kuarga...

lmbt lg yek kak nurienne msk sekolah.. utk akak selamat mengurus2kan sume ye..

Anonymous said...

salam....kak,

selamat bertunang buat Nurawirda dan Joe...

moga Allah swt memudahkan semua urusan..:) amin.

emarieys said...

terima kasih kak atas pandangan akak kat komen entri ema...ema hargai sangat...


sungguh indah panorama itu..

Hanis Azla said...

seronok sgt bila dpt menikmati keindahan ciptaan Allah.. selamat bertunang utk anak buah akak.. selamat tahun baru utk akak sekeluarga..

Hida Kadiso said...

pelangi tu cantek..

tahniah nak dapat anak buah.. semoga ikatan pertunangan berakhir ke jinjang pelamin.. aminnn..

noor said...

selamat bertunang..
sungguh cantik pelangi..
7 warna..dulu2 ingat time kena hfl warna plangi

nabilah_2908 said...

cantiknya pelangi... :)

hmm...tul kata akak...jarang nak nampak pelangi sekarang ni... :)

selamat tahun baru.. :)

adarnadzmie said...

tahniah buat bakal pengantin...

nomi pun baru balik dr majlis pertunangan sepupu di marang tengganu...

aanie said...

tahniah utk mereka berdua....

masa mula-mula baca td ingatkan ayu tu kakak kak zakie..hehe...

Munn Jaafar said...

sedapnye nama yasmien =)

eh, slmt btunang utk anak sedara.. =)

PCL said...

Assalamualaikum kakzakie..Tahniah! nak terima anak sedara menantu baru lah ye...

sempat lg capture gambaran menarik ciptaan Tuhan yg Maha Esa...bagus tu , sambil duduk sesaja..perhatikan kebesaranNYA dan sentiasa bersyukur ttg kebesaranNya.

Maya Mayana said...

gambar2 ohsem..pndai akak snap gambo dr dlm kete..yana tk pndai...

tahniah buat bakal pengantin..semoga berbahagia...

aamalinaazman said...

alhamdulillah :)
selesai majlisnye ye :))

seronoknye dismping melihat keindahan DIa kan kak :)

Kakzakie Purvit said...

@ My Little Diary: Terima kasih rima


@ luahfikiran: Begitulah Dato'. Akan tiba masanya kakak pun jadikan semua ini sebagai nostalgia dlm hidup kelak


@ Nur-nba: Tapi anak kakak pendaftaran tingkatan satu minggu depan nur


@ Mak Su: Itulah menandakan kakak pun dah semakin tua hihi...


@ Citarasa Rinduan: Sibuk benar kakak sekarang nie Ayu. Lain di pejabat, keluarga dan anak-anak sendiri. Itulah dia hidup kan Ayu...


@ Cik Shinuju: Kakak sekarang dah jadi nenek Yun... tentulah bapak dah ada cicit.


@ Imanshah: Sabar cikgu... akan tiba masanya cikgu pun juga


@ cemomoi: Cinta hati telah digapai tinggal menanti saat diijabqabulkan. Mencari sinar pelangi itu yg jarang kelihatan


@ Ann Ishak: Tak boleh lama-lama Ann. Itu yg semua pihak setuju disatukan segera


@ sal: Heee... sal pun balik asrama juga ye. Mesti penuh bonet kereta dgn barang keperluan:)

eelobor said...

selamat bertunang....

Kakzakie Purvit said...

@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Keluarga kakak memang ramai sebab adik-beradik pun dah 8 Cik Ina... Anak-anak sekolah mula minggu depan tinggal satu di rumah. Macam Cik Ina tinggal Firdaus yg tinggal sama


@ norhidana: Nurienne dah sekolah hari ini. Semalam dah balik. tapi Yasmien minggu depan baru pergi daftar dan terus sekolah


@ Sekamar RIndu: Wa'alaikumsalam SR. Terima kasih ucapan diberi.


@ MamaEma: Sekadar memberi contoh anak kakak Ema. Panorama alam yg jarang dapat dilihat Ema


@ Hanis Azla: Terima kasih Hanis. Selamat tahun baru juga buat Hanis


@ eda_ej: Moga-moga begitulah yang dikehendaki


@ noor: Dulu kakak guna singkatan Mad Jenin Ke Hutan Bawa Nasi Ulam (merah, jingga, kuning, hijau, biru, nila dan ungu) pandai kan cikgu kakak:)


@ nabila_2908: Betul kan susah nak nampak pelangi sekarang.


@ adarnadzmie: Masa cuti mesti kalau tak majlis nikah ada majlis tunang


@ aanie: Terima kasih aanie. Hihi... ayu yg adik kakak (adik dlm alam maya aanie)


@ Munnafenddy: Alahai munna biasa je. Terima kasih ucapan diberi


@ PCL: Anak sedara menantu hihi... moga tercapailah tahun ini PCL.

Nikmat panorama indah Allah beri pada kita PCL


@ Maya Mayana: Alahai Yana... kakak pakai camera cokia je janji ada gambar sebab kakak tak ada skill macam Yana.


@ aimie amalina: Selesai sudah tinggal menangi masa mereka utk disatukan mimi.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie..slmt bertunang kpd anakbuah akak.semoga bahgia hingga ke jinjang pelamin

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!

ORLANDO AHMAD said...

awal awal tahun ni sibuk tak hengat la akak ye?

dhiera zainudin said...

subhanallah~ cantik sangat!

bertambah besar la keluarga akak~

Kakzakie Purvit said...

@ eelobor: Terima kasih ee


@ azatiesayang: Wa'alaikumsalam zatie. Itulah haraan keluarga kami


@ Orlando Ahmad: Awal tahun kakak memang busy sesangat. Banyak minit meeting kena compile dan report utk sykt sebelum pengagihan bonus


@ dhiera: Keindahan pelangi dan mentari difuk barat amat indah kan dhiera