Monday, January 16, 2012

Mereka perlukan bantuan

Minggu pertama Yasmien ke sekolah telah diadakan orientasi untuk pelajar tingkatan satu. Biasalah aku mengerti, kakak Nurienne pun dulu begitu juga. Masuk hari ke tiga boleh dikatakan setiap hari telefon aku mesti berdering. Oleh kerana kedudukan dorm dia di tingkat tiga sering berlaku tekanan air yang rendah dan terpaksalah dia turun ke bawah untuk mandi dan mencuci. Sudahlah anak aku ini tidak pernah membuat kerja-kerja mencuci kerana sedari kecil semua kerja mencuci dilakukan oleh pembantu dan kalau dia membantu pun sekadar menyidai di ampaian. Lainlah kalau bab memasak bolehlah juga.

Tangisan di hujung talian membuat aku sayu bertimpa-timpa dengan kerinduan yang mencengkam. Malam Jumaat yang lalu kebetulah hubby menjemput ustaz yang juga merupakan guru HEM dan GPK sekolah anak aku membuat tazkirah di surau. Berpeluanglah hubby bertanya masalah sebenar. Baru kami tahu masalah tersebut telah berlanjutan lebih tiga tahun sejak dinaiktaraf bangunan asrama. Pihak kontraktor juga telah dipanggil berkali-kali untuk memperbaiki. Berbincang mohon diberi kebenaran hubby pun pergilah membawa staffnya untuk melihat situasi sebenar pada hari Sabtu. Apa yang penting kami tidak melibatkan wang pihak sekolah.

Beratus lampu kalimantang dan wire yang bermacam warna hubby beli dan angkut ke asrama Yasmien. Semua kerja dilakukan dengan bantuan staff hubby. Menurut hubby DB (distribution board) yang digunakan untuk sistem mengepam air dan lampu hanya satu. Sistem wiring juga ada masalah. Aku tidak tahu apa yang dibuat oleh hubby dengan staffnya sepanjang hari itu. Bab-bab teknikal, mekanikal dan elektrikal aku tidak tahu. Sesiapa yang bertugas sebagai M & E Engineer pasti tahu.

Kakak dan adik - Kelihatan amat letih kerana segala keperluan diri perlu disediakan sendiri selain terpaksa mengikuti program minggu ukhuwah/orientasi yang diadakan.

Hari Ahad kami ke asrama lagi untuk menjenguk Yasmien. Alhamdulillah ramai pelajar yang telah mengenali kami secara tidak langsung. Sebaik saja melihat kami datang, tidak lama Yasmien sudah dipanggil dan datang menemui kami. Mereka memberi khabar gembira. Bilik air sudah berfungsi. Lampu juga sudah menerangi dorm, bilik menggosok pakaian dan juga bilik air. Aku tumpang gembira dan senang hati kerana tidaklah mereka yang duduk di tingkat tiga kena turun andai mahu ke bilik air. Sebagai habuan hari itu limau mandarin yang aku dapat pemberian suppliers tempat aku bekerja aku bawa ke asrama untuk mereka berkongsi sama.

Limau Mandarin - Sinonim buah ini dengan perayaan Tahun baru Cina. Selain aku agihkan pada anak-anak yang mengaji, yang empat kotak ini aku bawa ke asrama anak untuk diagihkan pada teman-teman di sana.


~~Anak-anak orang bagaikan anak kita juga. Bila melihat mereka tersenyum kita dapat merasakan mereka bersyukur atas kemudahan yang telah diberikan. Minggu hadapan sementara cuti Tahun Baru Cina hubby akan membantu untuk memperbaiki asrama lelaki pula. ~~



58 comments:

sisdee said...

alhmdulillah semoga Allah merahmati apa juga akak satu family buat...semua tu Allah yg gerakkan..dan klu kita tak bantu sape lagi nak bantu2 anak2 kita kan :)

syabas kak :)

cheqna said...

alhamdulillah =)

Ati Masrif said...

kalaulah ada ramai orang berjiwa
murni mcm kak zakie dan hubby...

pasti ramai yg mendoakan yg baik2
buat keluarga kak zakie :)

faraherda.razalan said...

Ish, kesian Yasmien. Baru form 1 tp dah kena berdikari mcm tu. Pastu ade lak problem tekanan air rendah. Sy dpt bygkan mcm ne sbb sy gak pnh mengalaminya.

Adehh!

Cikgu Ma said...

moga anak akak tabah...

gadisBunga™ said...

saya tak tau nak tulis apa perasaan saya lepas baca entri ni. tapi saya rasa kagum. tapi kagum pun bukan suatu perkataan yg tepat. kagum dan terharu kot?

Hudalatip said...

alhamdulillah masalah dah selesai..baiknya hati akak dan keluarga..

suri solehah said...

suri pulak yang terharu baca..besar erti pertolongan suami akak tu pada mereka?anak akak sek swasta ye?

nur said...

Alhamdulillah kakzakie.. Setel problem.. Tapi mmg begitulah.. Kalau ada masalah kat asrama pasti lebih homesick!

kasihibu said...

semoga dimurahkan rezeki buat kakzakie sekeluarga

kasihibu said...

semoga dimurahkan rezeki buat kakzakie sekeluarga

adarnadzmie said...

alhamdulillah selesai semua masalah... mudah-mudahan bertambah murah rezeki kak zakie n hubby...

Effi Rahmat said...

Alhamdulillah... pengorbanan yang hanya Allah mampu membalasnya.. semoga doa anak² ini akan membuatkan hidup akak sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat.. :)

miloaiskurangmanis said...

alhamdulillah... dah settle masalah...

nazayiena said...

Baiknya hubby Kakzakie buat semua nie,memang murah rezeki KakZakie dan family.

azian said...

kak zakie...
alhamdulilah...bagus laa akak ni, umah sy ni lampunya kelip2 kak kl bukak lambat....(hehehhe, faham tak?)

mesti yasmien glemer habis kat asrama...dulu masa sy belajar anak TMB yg byk sponser sekolah kami...

byknya limau supplier bg kak...sampei 4 kotak!!!!

rejekiii....hehehhe


kami balik hr khamis ni, sabtu g jumpa kak ayu (insyaALLAH) pastu terus balik majidee sampai isnin...akak kat kampung ke?

norhidana said...

kesian kak yasmien.... takpe mule2 nk berdikari katakan...

alhamdulillah syukur akak ngn suami mmg tak penh berkira... msti gmbira pihak sekolah juga bdk2 tu... yelah tak pyh bersusah2 lg, nk belajar pun seronok je

bestnyer dpt limau,tmpt dana takde pun... huhui dulu ada lah skrg nih ..nk mkn beli sndiri lah

Kak Amy said...

Alhamdulillah selesai masalah...

pB said...

anak sulung pB yang berada di asrama , dah dua kali talifon , menangis nangis ...


nak balik

Unknown said...

pernah jugak terkena kat saya masa duduk asrama dulu.. duduk kat tingkat 4..bila org bawah mandi je orang kat atas pakat takde air.. kalau tengah sabun ke hape ke nasib lah..huhu..

Eye_nee said...

Ini N3 sedih ker??..kenapa mata saya bergenang??...terharu saya dgn tidakkan akk dan suami...sumbangan akk dikongsi hampir kesemua penghuni khususnya yg ditingkat 3 kan...semoga Allah murahkan rezeki akk sekeluarga....

mama aini said...

semuga Allah merahmati keluarga kakzakie..amin..ehem tentu segala kebaikan yg disumbangkan dpt mengembirakan pelajar2 terbabit..

Kakzakie Purvit said...

@ sisdee: Kerana anak seorg ibu/bapa mesti sanggup buat apa saja kan Dee


@ cheqna: Syukur...


@ Ati Masrif: Terlanjur itu bidang kerja hubby kakak Ati


@ Pok Amai-Amai: Sebab yg tinggal level 3 pulak budak-budak yg baru masuk form 1 Fara sampai ada yg dah balik tak nak sekolah di situ tau...


@ Cikgu ma: Terima kasih cikgu


@ gadisBunga: Tak ada yg terbaik utk kita lakukan selain buat anak-anak ceria GB


@ Huda: Selesai utk yg perempuan aje Huda... lelaki belum lagi


@ suri solehah: Anak kakak sekolah aliran agama di bawah pentadbiran MAIJ....


@ nur: Masih homesick lagi nur. Kakak pujuk kata kakak dia dulu pun sama. Sekarang dah gembira...


@ kasihibu: Moga buat sya juga...


@ adarnadzmie: Baru sebahagian nomie. Budak lelaki punya asrama belum lagi


@ Mama Mirza: Moga dapat dimanfaatan anak-anak di sana


@ miloais milo: Baru sebahagian milo...


@ Nazayiena: Kerana anak-anak itu perlukan bantuan kita sebenarnya...


@ azian: Kakak aka ke Kota Tinggi sebab Mak Long anak-anak nak buat aqiqah anak dia yg di Cheras akan balik. Lepas tu baru kakak balik Pontian..


@ norhidana: Office kakak sekarang tengah berlambak orange Dana. Kakak siap agih pada jiran kakak dan budak yg mengaji


@ Amy Syaquena: Syukurlah Amy... kalau bukan kita anak-anak tu tak berupaya nak buat macam mana


@ pB: Samalah dgn anak kakak yg ini. Kata tak selesa... kita kena kuatkan hati juga pB kalau tak sama-sama berderai airmata


@ Rai: Kita dah rasa sebab itu bila kita ada kemampuan tak salah kita bantu kan Rai


@ Eye_nee: Begitulah eye_nee kakak pun berharap prasarana ini sekurang-kurangnya taklah ada anak yg jadikan alasan nak balik


@ mama aini: Moga dapat dimanfaatkan itu yg kami harapkan..

eelobor said...

Alhamdulillah..... semoga lebih berkat hidup akak sekeluarga

Munn Jaafar said...

Alhamdulillah...terharunya sy baca. baiknya hati akak,suami n staff2..ntah xtau nk komen..speechless..dok terbayang masa ddk asrama dulu, ada sorg mak mmber ni selalu dtg bwk mknan kat kwn2 anak dia.. =)

eiza said...

rezeki ada lebih...apa salah berkongsi kan..

yana-feehily said...

alhamdulillah..tahniah akak. Moga Allah buka pintu hati kita utk melakukan kebajikan dan kebaikan..amin..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah....
rezeki dikongsi bersama yang memerlukan...
moga sentiasa bertambah2 lagi rezeki akak sekeluarga..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Alhamdulillah semoga Allah SWT murahkan rezeki kak zakie sekeluarga. cian yasmin, manja tu , teringat cik ina duk asrama form 1, rindu ngan mak :)

Unknown said...

semoga rezeki akak sekeluarga dipermurahkan lagi.. dan dipermudahkan segala urusan...

Mieza said...

Semoga akak sekeluarga sentiasa diberkati Allah alhamdullilah.

ckLah @xiiinam said...

Semoga anakanda cepat menyesuaikan diri....ckLah pun terima murid-murid baru hari ni. Rancangan Khas. Kecik-kecik je budaknya...

Nida said...

Moga-moga ramai lagi insan di luar sana seperti akak sekeluarga....

Moga Allah terus melimpahkan rezeki buat akak dan suami.. amim

ZalinZalina said...

Alhamdulillah...mudah2an kak zakie sekeluarga dimurahkan rezeki... kat asrama saya dulu pun slalu takde air...

noor said...

tringat nor masa form 1..mmg agk terkial-kial sdikit nk buat semuanya sendiri...
smoga akak sefamily dimurahkan rezeki ...AMIN

kurus said...

yelah kak
bila dpt masuk asrama nie
memang cabaran bagi anak2 kan
biar dia kenal erti kesusahan kak
insyaallah dia akan belajar ..

wahh banyak limau akak dpt .. terliur saya .. dah rasa di hujung bibir , manis dan bauunyeee ;)

Kakzakie Purvit said...

@ eelobor: Terima kasih ee


@ Munnafendy: Kalau munna dah jadi ibu munna akan tahu. Kalau boleh nak anak-anak senang dan ceria masa belajar


@ eiza: Ada yg memberi lebih dari itu eiza


@ yana-feehily: Harap begitulah yana


@ Qhaifa Nur: Membantu sekadar yg termampu. ramai lagi yg berbuat sedemikian


@ Cik Ina DDC: Betul dia masih manja cik ina. Masa kakak datang tu dia cium kakak dan abang tak malu-malu dgn airmata berjurai lagi...


@ Queen Teratai: Moga kita semua sama Queen. Dimurahkan rezeki dan agihkan pada yg perlu juga


@ Mieza: Terima kasih Mieza dan moga begitu juga buat Mieza


@ @iiixnam: Masing-masing masih belum dapat sesuaikan diri cikgu, bahkan ada yg dah tak tahan dan keluar asrama balik bersekolah biasa


@ Nida: Dah ramai yg berbuat begitu Nida. Apa yg kita ada sebahagiannya bukan hak kita itu yg kena agihkan juga


@ ZalinZalina: Kita dah pernah merasa kalau boleh biarlah anak-anak tak merasa susah kalau boleh diusahakan


@ noor: Begitulah noor. Sebab itu ada yg dah balik tak tahan. Harap anak kakak boleh bersabar


@ ieda: Anak kakak bab mencuci dan iron tak biasa buat ieda. Kalau masak dia dah biasa. Itu yg dok mengalir je airmata bila berjumpa.

Orange tu free. Banyak kat offis kakak sekarang nie...

lyzaCR7 said...

Kalaulah semua orang seperti hasben akak..insyallah aman dunia ni kan.. kanak2 pun tak takut kena culik kan...boleh berlari bermain riang ria

Yasmien..nama sama ngn anak bongsu saya..5 tahun..tapi ejaan lain.. :)

ct rahani said...

Alhamdulillah.. semoga yasmien dpt lalui semuanya dgn tabah.. :)

munna said...

ALHAMDULILLAH...MESTI SERONOK DAH BUDAK KAT SEKOLAH TU KAN KAK ...

Acik Erna said...

assalam kakzakie..anak acik pun baru nak menyesuaikan diri di asrama

emarieys said...

Alhamdulillah..semuga akak dan keluarga dimuarah rezeki yang lebih lagi

Unknown said...

baiknya hati kak zakie skluarga..
moga amalam berpanjangan selamanya..

murah rezeki kak sklrg,moga sedekah untuk sekolah kekal selamanya...

nak peluk kakkkkkkkkkkkkkkkkkkk dan anak2 kak....
kalian mmg baik hati.. muah

Anonymous said...

alhamdulilah..moga akak dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu

Nur-nba said...

Salam.
Syukurlah dengan bantuan suami Kak Zakie segala kesulitan penghuni asrama dapat diatasi.

Memang besar pengorbanan Kak Zakie dan suami buat anak2 tersayang. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki akak sekeluarga.

Afida Anuar said...

JazakaAllahu khairan kathira kak zakie, Ameen...insyaAllah...

Temuk said...

Didoakan semoga sumbangan suami kakzakie sekeluarga diredhai dan diterima oleh-Nya sebagai satu amalan baik dan mulia. Insya-Allah.

Penjejak Mimpi said...

Muge Allah membalas apa aja bantuan dan pertolongan ikhlas kakzakie & family.

Post la limau tu barang sekotak due untuk orang KL ni.. :)

Zaitun said...

Alhamdulillah semoga kakzakie sekeluarga mendapat rahmat dariNya.

Senyum anak2 membuatkan hati tersentuh dan gembira.

che mid said...

Subhanallah, Allah menghantar suami kak zakie utk membantu sekolah dan asrama melalui Yasmein.. semoga terus dimurahkan rezeki akak sekeluarga supaya boleh membantu yang memerlukan lain kali..

Puan Kutu said...

Alhamdulllah semoga akk, suami dan sefamili dimurahkan rezeki..

dhiera zainudin said...

semoga akak sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki~

Kakzakie Purvit said...

@ lyza: Kita mencari yg terbaik. Ramai lagi ibu-bapa yg berbuat bukan utk anak sendiri tapi juga utk kebaikan semua nak-anak lyza


@ ct rahani: Masih belum selesa lagi ct. Belum biasa berjauhan dgn keluarga


@ munna: Yg dah tingkatan 2 ke atas oklah tapi rata-rata yg tingkatan satu masih belum mampu senyum lagi munna


@ Acik Erna: Tempat baru, kena berisah dgn keluarga, makan tak sama mesti satu culture shock pada dia kan acik


@ Mamam Ema: Semua ibu-bapa sama ema


@ Citarasa Rinduan: Demi anak semua mak-ayah akan buat apa saja Ayu. Lagi-lagi kalau benda itu kita boleh lakukan


@ Tiramisu Fatiema: Mudah-mudahan TF pun begitu juga


@ Nur-Nba: Bidang ini bidang hubby dan dia pun boleh buat dan diberi kebenaran itu sebenarnya nur


@ Barakallah Fida... syukran segalanya atas redha Allah juga


@ Temuk: Moga niat dan tujuan mendapat redha Allah jua cikgu


@ Penjejak Mimpi: Kalau kerja swasta macam kakak memang sedang melimpah ruah limau masa ni Sue...


@ Zaitun: Yg dah besar dan lama tinggal sana memang gembira amat kak zai. Tapi yg masih baru still belum mampu senyum lagi...


@ Che Mid: Itulah lorong yang Allah buat CM buat kami berbuat sesuatu


@ Puan Kutu: Amiinn... moga begitu juga PK hendaknya


@ dhiera: Mudah-mudahan begitulah dan buat dhiera juga ye dik...

matahati-aishahazhar said...

alhamdulillah.. rezeki yang kita ada ni kan kak.. untuk dikongsi bersamakan. banyak @ sikit tepat sama2 dapat merasa.

fuad ansari said...

mana nak dapat suami dan ayah yg baik macam tu...

satu dalam sejuta tu.. (",)

duniaanita74.blogspot.com said...

alhamdulilah ..bagusnya kakzakie....murah rezeki akak sekeluarga...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.zakie..rezeki bertambah2 ngan berkotak2 limau tu ya.
Semoga yasmeen dapat belajar dgn lebih baik lg.mesti dia pon xsabar nk pulang sempena cuti CNY nikan...

LadyBird said...

akak.. trerharunya dengan kebaikan keluarga akak..

lady time orientasi x pernah sempat tuk mngs pun.. jadual terlalu padat.,. nak kol parents pun mereka x bagi.. telefon diambil selama seminggu..

lps mgu orientasi barulah terasa perasaan rindu tu..