Khamis malam jumaat giliran rumah aku mengadakan marhaban anjuran surau taman perumahan kami. Malam itu rumah kami menjadi rumah terakhir dan bermakna jamuan diadakan di rumah. Siap pihak lelaki bermarhaban beberapa teman wanita berdekatan akan turut berkunjung. Oleh itu malam tersebut kami sekeluarga tidur lewat sehingga hampir menjejaki jam 2 pagi. Esoknya ke pejabat seperti biasa. Kerja perlu dilakukan dan tanpa di duga jam 11:30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan hubby ditimpa kemalangan jalanraya. Sewaktu panggilan dibuat hubby sudah berada di hospital dibawa oleh pekerja mereka. Menggigil aku dibuatnya. Airmata aku mudah saja tumpah, lumrah biasa seorang perempuan dan aku bagaikan tidak larat untuk memandu. Mendapat arahan dari pihak syarikat tempat hubby bertugas meminta aku tunggu saja di rumah kerana semua urusan dibuat oleh pihak syarikat.
Alhamdulillah walau kereta hubby (kereta syarikat) rosak teruk (total lost) tetapi hubby hanya menerima 7 jahitan di dahi , luka di kedua-dua lutut (seluar pun koyak), lengan (sebab waktu memandu itu hubby tidak memakai kot hanya berkemeja lengan pendik) dan ada kesan sakit dada, mungkin terkena steering (tidak tahu sebab waktu kemalangan hubby pengsan). Menurut hubby hikmah sewaktu kejadian hubby sedang berzikir mungkin itu juga sebagai pelindung dari kejadian lebih teruk.
Malam selepas solat isyak aku bawa hubby ke Poliklinik Puteri di Skudai sayangnya jururawat yang mahu membuat x-ray bercuti oleh itu hari ini hubby akan menjalani x-ray di KPJ Puteri Specialist . Harapnya tidak ada apa yang serious terjadi. Petang ini pula aku kena menjenguk anak dara kedua kami yang demam di asrama. Sedikit kesibukan buat diriku di hari minggu ini pastinya. Ahad pula adik ada rakaman di RTM dan pastinya memerlukan aku juga menunggu dan menghantar sebab hubby sudah tidak sihat. Malam pula aku perlu membawa hubby berurut pula.
~~ Mohon doa sahabat-handai-rakan-taulan moga hubby aku segera sembuh. Aku juga berharap aku mampu menggalas semua ujian dan dugaan Allah ini. Terima kasih.~~