Saturday, August 17, 2013

Penyeri halaman comel di Aidilfitri 1434H

Ada orang berkata kena selalu dibelai dan bercakap dengan pokok tanaman kita. Ada pula mengatakan jangan selalu dilihat nanti pokok menjadi terlalu manja. Mungkin kriteria kedua inilah pokok tanaman aku. Balik bercuti dari kampung boleh pula bunga lebih banyak berbanding hari-hari biasa yang selalu di belai pagi-petang. 

Orkid maroon - pokok ini aku sangkut saja di celah pokok bunga puding sebab di dalam pasu hampir mati. Lebih suka menumpang gamaknya pokok orkid ini.

Orkid jengking maroon juga - Lebih banyak dari yang di atas tetapi ada setangkai yang telah mula layu. Pokok ini aku satukan dengan anggerik putih dan orkid jengking kuning yang kecil-kecil.

Ros kuning - Entah bila dia mengeluarkan kuntum pun tidak disedari tiba-tiba sudah kembang. Ada lagi kuntum-kuntum yang pastinya akan turut berkembang tidak lama lagi.

Bunga raya kuning - Sempena hendak merdeka boleh dikatakan semua bunga raya aku yg merah, pink, kuning dan putih semuanya berbunga. Tetapi yang merah, pink dan putih sudah dipaparkan di blog ini sebelum ini. Bagi peluang si kuning pula.
~~ Bunga aku pun mahu menghargai tuannya di Hari Raya tahun ini.~~


43 comments:

insan marhaen said...

IM pernah tonton satu rancangan di tv tentang penanaman sayur secara sihat.

Kata si penanam itu, memang pokok-pokok ini perluka belaian. Antara bercakap dan sentuhan. Kita minta dia tumbuh dengan cepat dan sihat.

Macam kita bercakap dengan kucing peliharaan juga.

Hatta, sekarang ini dah ada teori mengatakan kita perlu bercakap dengan anak walaupun masih di dalam kandungan.

Unknown said...

Rajin akak tanam pokok bunge.. D5 tangan panas xpenah hidup tanam ape pun hehheh :D..

Nur-nba said...

Memang pokok2 bunga perlukan belaian dan jagaan rapi.. Indahnya laman akak bila bunga2 ni semuanya berkembang.. Sejuk mata memandang.

zmarl (ibu) said...

subur semuanya kak..cantik2 belaka
zee teringin jer nak tanam macam2 tapi tak pernah jadi..mesti mati kering pokok2 tu..hurmmm tak serasi kot..

musang said...

semakin berseri-seri halaman rumah kakak

Kechek Buzz said...

alahai... pokok emg mnat tp bab tnam tu x mnat sbb kne jge...hehe

Lydia Miza said...

Salam aidil fitri kak zakie. Adik lum ada bunga raya kuning dan putih. Lawanya bunga kak zakie

Murni Alfathunnisa said...

suka orkid..unik bunganya dan bukan semua org ada bakat jaga pokok2 orkid ni..susah nak hidup tu.

Unknown said...

Salam, Semua pokok tu mama tak ada.Cuti satu minggu dan ramadan, pokok kurang terurus. Ada yg layu dan rumput pun bermaharajalela.Nak dpt mood ke laman ty ambil masa! hehe

BinMuhammad said...

Pokok bunga itu merindui ketiadaan Akak, Ia berbunga gembira menyambut kepulangan...
Hari2 Raya dgn Bunga Raya... :)

Unknown said...

ehem3 kak zakie. kat rumah siram pokok tak ni ? kan baru lepas raya. hehe

ibundo said...

cantik cantik bunga k zakie. Bunga kpah dah lama terabai uhuu.. selamat hr raya k zakie.

ajumohit said...

puashati tgk bunga ug ditanam mengeluarkan hasil yg sememangnya tidak mengecewakan kan kak

Kayu Manis said...

yelah kak tak perlu bga plstik bagai...

Unknown said...

cantik bunga-bunga akak, tak rugi kan berbudi kepada tanah...

Nor Azimah Ali said...

cantiknya bunga di dunia, macamanalah cantiknya taman bunga di syurga

Puan Kutu said...

makin berseri la halaman rumah kak zakie..bunga pun benda hidup kan,dia pun nak raya jugak..:)

Ibu Lala said...

Cantiknya bunga bunga akk ni sume. Rajin menanam. Kat kl ni mn ada tanah kak nak bercucuk tanam.

HeNRieTTa JoSe said...

Chanteknye orkid akk....rietta ngah xsabar nk tunggu orkid rietta yg hmpir mati itu hr kembang....lamer rietta pupuk semula utk hidup....dah serik nk panggil org dtg racun....tkut terkena lg....suka larr bunga ros....rietta cdg nk tanam ros juga nnti....nak buat ala alaa taman ros sendiri kt halaman kecil rumah nnti...harap harap menjadi la...

aizamia3 said...

dah sama macam akak..
akak dapat tengok dak Nuha.. saya dapat tengok bunga akak..
nak tengok live ntah bila..

Umm AA said...

sori kakak ..lambat samapi sini..biasalah dak arissa lah sbbnya..heheh..
cantik semuanya bunga dilaman kakak nie..orkid sy suka yg putih nampak menarik..
tp bunga raya kuning kakak mmg berseri..:)

ummiross said...

kakzakie, bunga2 ni menambahkan ceria halaman rumah, hati pun turut ceria bila tengok bunga yang cantik2 ni.Ros kuning dengan bunga raya kuning tu, cantik sangat kakzakie.

aby said...

salam kz ..
cantik bunga2 tu ..
menunjukan tuan bunga tu rajin org nya ..

Chot said...

Cantik orkid. Sy suka orkid. Lagi2 kalau orkid org bagi..hehe

AtieYusof said...

cantik2 bunga Akak.. tetap subur & kembang walau ditinggalkn masa beraya..:)

Unknown said...

jelesnye sy melihat bunga2 tu berkembangan...kalo la akak kat sini...da jadi mngsa sy ni..hari2 pi amik anak., keratan batang utk tanam kat rumah..cantik..pandai akak jaga

wawa syaida said...

cantik-cantik bunga yang akak tanam...berseri-seri halaman rumah

Werdah said...

Salam kakzakie

Seronok kan bila apa yg kita tanam berbunga atau berbuah..kak tak pernah bercakap denan pokok, mungkin kena cuba dengan pokok manggis depan rumah dah 32 tahun dah tanam tak berbuah2..tapi mungkin sebab dia je sepohon tak de teman dia tak berbuah kut.

Unknown said...

wuaaa cantiknya...nnti sy dh bekelurga nk tanam semua pokok yg ada hehe

eelobor said...

oooo....mcm mana nak dapatkan minat macam nie yer. saya nak la jugak menanam apa2 jenis tanama yg boleh buat hasil kat tanah seciput depan rumah nie....

Kakzakie Purvit said...

Halaman rumah kakak terlalu kecil tetapi di situlah kakak gunakan sepenuhnya. Semua tanaman kakak buat di dalam pasu. Pokok tidak boleh tinggi jadi kenalah cantas selalu sebab itu tidak sempat mahu berbunga banyak.

Terima kasih semua:-

insan marhaen (kakak ni jarang menonton tv IM, bab bercakap dgn anak dlm kandungan kakak dah buat sejak 18 tahn dulu IM), Delima Zamrud, Nur-nba, NoEn, Zee Suhaini (bunga raya tak susah Zee), redza, Kechek Buzz, Lydia Miza, Murni Alfathunnisa (kakak punya orkid pun susah nak bunga Murni), Juhariah Johari, Bin Muhammad (mungkin minggu terakhir puasa pun kakak dah terabai pokok juga BM), syuk shusuke, ibundo (kadang kakak pun malas juga kakpah), Aju Mohit, Knor, Santri T.P.I.N.I, Nor Azimah (bunga di dunia ciptaan Allah sementara kita di dunia, di syurga Allah juga yg tahu), Puan Kutu, Ibu Lala (kakak tanam dlm pasu juga Ana), HeNRieTTa JoSe (nak pulih memang susah Rietta), aizamia3 (jauhlah kita ni Ai), ummuaidan (kakak tak ada orkid putih ummu), ummiross (yg hairan boleh berbunga serentak dua-dua yg kuning ini ummiross), aby (rajin tu tak juga aby, tapi kakak suka), Chot (kalau dapat tanam sendiri lagi puas Chot), aTieYusof Family, Riedaffya ibrahim (betul Fyya sebab tanam bunga raya ni cantas aje batang boleh hidup), wawa syaida, Werdah (oh... lamanya Kak Werdah, jantan kot manggis tu hihi....), dear xila dan eelobor (bila dah mulakan nanti jadi suka tau Ee, cubalah).

Terima kasih sekali lagi buat semua.

Dr Singa said...

Bunga Raya oren pernah jumpa?

Mama4hero said...

cantik bunga2 tu kak..mmg betul2 penyeri suasana hari raya

Rozie said...

memang menjadi bunga akak ni.. geram tengok

ct shah said...

rajinnya kak zakie tanam pokok bunga.menjadi lak tu,kembang cantik jer.bertuah!

Anonymous said...

mmg cantik2 & segar bunga2 tu kak

emarieys said...

segar bunga menyambut kedatangan aidilfitri

haryati said...

rumah akan ceria bila ada bunga kan...

Myra Jay said...

Seronoknya tengok bunga yang berkembang mekar :D

Unknown said...

indah mata dipandang.. lagi2 di aidilfitri.. penambah semangat nak raya kan kak... ;)

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Wah, cukup meriah bunga-bunggan raya! Makin dibuat tak tahu makin berbunga dia ya, he he!

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

hihi..bunge pun ade perasaan..
agaknye malu kot dibelai2 hari2..tup2 bila ditinggalkan kemain riang lagi die berbunga..

seronknyee... :)

ellynadyra said...

berseri rumah dibuatnya di hari raya, selamat hari raya kak, maaf zahir batin!