Saturday, August 24, 2013

Sesekali ujian melanda mahu kami lebih mendekatkan diri padaNya

Khamis malam jumaat giliran rumah aku mengadakan marhaban anjuran surau taman perumahan kami. Malam itu rumah kami menjadi rumah terakhir dan bermakna jamuan diadakan di rumah. Siap pihak lelaki bermarhaban beberapa teman wanita berdekatan akan turut berkunjung. Oleh itu malam tersebut kami sekeluarga tidur lewat sehingga hampir menjejaki jam 2 pagi. Esoknya ke pejabat seperti biasa. Kerja perlu dilakukan dan tanpa di duga jam 11:30 pagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan hubby ditimpa kemalangan jalanraya. Sewaktu panggilan dibuat hubby sudah berada di hospital dibawa oleh pekerja mereka. Menggigil aku dibuatnya. Airmata aku mudah saja tumpah, lumrah biasa seorang perempuan dan aku bagaikan tidak larat untuk memandu. Mendapat arahan dari pihak syarikat tempat hubby bertugas meminta aku tunggu saja di rumah kerana semua urusan dibuat oleh pihak syarikat. 

Alhamdulillah walau kereta hubby (kereta syarikat) rosak teruk (total lost) tetapi hubby hanya menerima 7 jahitan di dahi , luka di kedua-dua lutut (seluar pun koyak), lengan (sebab waktu memandu itu hubby tidak memakai kot hanya berkemeja lengan pendik) dan ada kesan sakit dada, mungkin terkena steering (tidak tahu sebab waktu kemalangan hubby pengsan). Menurut hubby hikmah sewaktu kejadian hubby sedang berzikir mungkin itu juga sebagai pelindung dari kejadian lebih teruk.

Malam selepas solat isyak aku bawa hubby ke Poliklinik Puteri di Skudai sayangnya jururawat yang mahu membuat x-ray bercuti oleh itu hari ini hubby akan menjalani x-ray di KPJ Puteri Specialist . Harapnya tidak ada apa yang serious terjadi. Petang ini pula aku kena menjenguk anak dara kedua kami yang demam di asrama. Sedikit kesibukan buat diriku di hari minggu ini pastinya. Ahad pula adik ada rakaman di RTM dan pastinya memerlukan aku juga menunggu dan menghantar sebab hubby sudah tidak sihat. Malam pula aku perlu membawa hubby berurut pula.

~~ Mohon doa sahabat-handai-rakan-taulan moga hubby aku segera sembuh. Aku juga berharap aku mampu menggalas semua ujian dan dugaan Allah ini. Terima kasih.~~



49 comments:

Aisy Nasiha said...

Semoga akak tabah menghadapi dugaan yang diberikan ni.. Saya juga penah lihat kemalangan yang menyebabkan total lost ni. Mujur, alhamdulillah pemandunya tak alami kesan yang kekal. Harapnya suami akak cepat sembuh ye.. Ada hikmah kejadian yang kita tak tahu..

Yasmien pun demam? Semoga cepat baik juga k.... Akak tabahkan hati ...byakkan doa..

AtieYusof said...

salam Kak..
moga suami Kakak cepat sembuh dah takde apa2 yg serius berlaku..amin!
Harapnya Yasmin pun cepat sihat dan segala urusan akak dipermudahkan Allah..insyaAllah...

Puan Kutu said...

Insyaallah setiap ujian ada hikmahnya..harapnya kakak tabah berdepan ujian Allah.

semoga semuanya dipermudahkan..sy doakan hubby kakak cepat sembuh..semoga anak kakak juga cepat lega dari demam.Ameen..

Werdah said...

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun.

Semoga kakzakie dan kekuarga tabah hadapi ujian..dan semoga tidak bertambah mudharat atas apa yang betlaku terhadap suami dan anak kakzakie..semoga sebalik kesukaran ada kemudahan..aamiin

Kayu Manis said...

ujian kak..semoga akak sabar ye..turut merasai apa yg kakak rasai skrg..

izzah said...

ya ALLAH kak...trauma sgt bila dgr pasal accident ni...even cedera sikit, tp bab kna jahit tu pun dh ngeri...sabar yek kak...moga suami akak cepat sembuh dan dijauhkan daripada trauma kemalangan tu...syafakallah...

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah suami akak selamat walaupun cedera sket. saya doakan semoga cepat sembuh

zmarl (ibu) said...

ya allah kak, nasib baik tak serius sangat walaupon kete teruk..hikmah berzikir mungkin..zee doakan hubby akak cepat sembuh..akak pon kena kuat..jangan lemah semangat tau..

Umm AA said...

Semoga kakak tabah dan kuat menghadapai situasi begini..ujian dari Allah untuk kakak..inshaallah ummu tahu kakak boleh handle semua situasi..harapnya suami kakak akan pulih seperti biasa dgn izin Allah dengan kadar yang cepat..
take care yer kakak

Sura Mohd said...

syukur alhamdulillah suami akak cedera skit saje..semoga akak sekeluarga diberi kekuatan dan tabah dlm menempuhi masa2 sukar ini..sura doakan suami akak cepat sembuh dan kembali seperti biasa..sura tahu kak zakie mesti kuat dan mampu menggalas ujian Allah ini..senyum sokmo:)

PeRdU cINta said...

Akak boleh..akak mampu lunaskan tanggungjawab sebaiknya dengan izin Allah..Allah tak akan uji diluar kemampuan hambanya..tawakkal pada Allah kak..ada banyak hikmahnya..kalau pun tidak terasa sekarang mungkin suatu ketika nanti..tahap kesabaran dan keimanan kita semakin meningkat..saya always doakan yang baik baik sahaja..amin..

makchaq said...

Salam kakZakie,

Allah hu Akhbar..terkejut makchaq baca.. tapi Alhamdulillah kecederaan suami kakZakie tidak serius.

Makchaq doakan semoga suami dan anak kakZakie cepat sembuh.. dan semoga keluarga kakZakie semua dibawah lindungan Allah..

Unknown said...

Allah.. Syukur x serius kecederaan suami akak.

zura doakan suami akak cepat sembuh. amin~

Qhaifa Nur said...

terkejut juga nur baca...
setuju kak zakie amalam zikir bole jadi pelindung diri juga...
moga tabah dan nur doakan semuga hubby akak cepat sembuh...pasti ada hikmah sebalik kejadian ini...

asyifamustaffa said...

semoga akak tabah, dugaan dan ujian dri Nya...mungkin ada hikmah disebaliknya...alhamdulillah kecederaan x serius...mudah mudahan cepat sembuh..

Chot said...

Salam. Takziah kak. Semoga xde kecederaan serius. Akak pun jgn lupa berehat k..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam akak...alhamdulillah suami akak tak cedera serius... moga suami akak segera sembuh...

Ann Ishak said...

inshaAllah semoga akak dan suami serta keluarga sentiasa dilindungi olehNYA.

Kniedaz said...

semoga suami kak cepat sembuh...insya allah kak...kai semua doakan yangvterbaik

Nor Azimah Ali said...

ujian tanda kasih sayang Allah, sabar dengan ujian mendapat pahala pula, baiknya Allah terhadap kita, moga suami kakzakie cepat sembuh ye, amin.

Mohamadazhan.com said...

Salam kak, moga cepat sembuh ya insyaAllah amin =)

insan marhaen said...

Pertama sekali.. takziah! Sebenarnya ujian Allah adalah peringatan pada kita supaya selalu mengingati dan berserah kepaNya.

Kedua, tenang, tabah dan kuat hadapi semuanya.

Ketiga, suami dan anak perlukan kita di saat seperti ini. Ikhlaskan hati buatlah yang terbaik untuk mereka. InsyaAllah, rahmat Allah mencurah datang!

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah suami Akak tak cedera teruk.... D5 doa kan semoga suami akak cepat sembuh dan akak sekeluarga dilindungi Allah hendak nyer Amin.....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Semoga Allah memudahkan segala urusan kakzakie dan suami kakzakie cepat sembuh. Amin..

aby said...

salam kz ..
ingat lg N3 aby psl untungnya dato'K bila dia eksiden di NZ, siti terus pergi temani dia disana,
lps tu aby related dgn eksiden motor aby di KL dan wf terus ambik flight dr penang utk temani aby dihospital..
sebenarnya bila berlaku musibah mcm ni, bkn saja kita akan lebih dekat dengan Dia, malah kasih antara suami isteri akan bertambah erat lg .. klu dah tangan bersimen utk beberapa minggu, sapa yg akan mandikan hari2 klu tk isterinya yg satu tu ..
kasih sayang akan menjadi lebih kuat ..
apapun ..my du'a for your hubby speedy recovery ..

Zul fattah said...

Ya Allah.. Beratnya ujian kak. smoga di permudahkan urusan, dan kepada suami akak, smoga cpat smbuh..

aDisH.sHidA said...

semoga suami akak cepat sembuh....

ummiross said...

MasyaAllah, suami Kakzakie accident ye,, Alhamdulillah suami Kakzakie tak apa-apa, moga suami Kakzakie cepat sembuh dan pulih segera. Tabahkan hati ye KakZakie..jaga diri juga.

Unknown said...

terkejut sy bc entri ni kak...semoga suami akak sehat dan dilindungi selalu...nnti update perkembangan kesihatan ye kak..akak pon,,jaga diri..maklum le skrg pasti semua benda akak buat..

Acik Erna said...

doa kami semua untuk kakzakie sekeluarg..semoga anak dan suami kakzakie sembuh sepenuhnyA

lupekanje said...

Semoga Allah kurniakan kesihatan buat puan sekeluarga. Terus sabar dan tabah dgn ujianNya. Dunia adalah tempat kita diuji... tiket penentuan utk kita di sana yang kekal abadi.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih atas segala titipan doa, simpati dan rasa prihatin semua sahabat-handai-rakan-taulan kakak. Moga Allah memberikan kesembuhan segera pada mereka yg dekat dlm kehidupan kakak ini.

Aisy Nasiha, aTieYusof Family, Puan Kutu, Werdah, Knor, izzah, Fazleyatul Aini, Zee Suhaini, ummuaidan, Sura Mohd, PeRdU cINta, makchaq, Nafira usof, Qhaifa Nur, Asyifa Mustaffa, NoEn, Chot, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Ann Ishak, Kniedaz, Nor Azimah, Mohamadazhan.com, insan marhaen, Delima Zamrud, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), aby, Zul Fattah, aDisH.sHidA, ummiross, Riedaffya ibrahim, Acik Erna dan lupekanje.

Sekarang hubby berehat di rumah dengan keadaan makan berpantang.
Terima kasih pada semua sekali lagi.

Unknown said...

Musibah menimpa tanpa mengira sesiapa kakzakie. Kita ni sbg hamba hanya mampu berdoa setiap waktu, selebihnya Allah yg menentukan. Sampaikan salam zana pd suami Kakzakie, mudah2an dia cepat semboh. Syukurlah takde yg terok2. Teringat adik ipar zana accident baru2 ni. Kereta remuk sampai skrg tak boleh repair langsong. Kira hapus terus dah. Kebetulan masa accident adik ipar zana baringkan sit (kwn dia drive) Bahgian atas kereta leper. Org ingat semua dah mati, tapi elok je dia keluar dari kereta, luka2 sikit.

norhidana said...

ya Allah kak... semoga akak kuat yek menjadi tulang belakang hubby akak bt masa nih...
semoga hubby akak cpt sihat n sembuh spt sediakala...

BinMuhammad said...

Alhamdulillah... kerana tidak ada kecederaan serius luaran, semoga keadaan dalaman juga tidak membimbangkan. Kalau dah total lost, memang teruk kemalangan ni.
Sabar dan tabah menghadapi ujian dan semoga segera sembuh.

Ruse Sulaiman said...

Suami akak kemalangan ke? Kalau saya pun berdebar dan terkejut. Alhamdulillah tidak teruk. Semoga tabah dan semuanya pulih dan sihat kembali.

ibuintan said...

syukur suami kakzakie hanya cedera ringan.. moga cepat sembuhnya

saya pun bila mendapat berita suami xciden kereta pada tahun lepas mengigil juga kakzakie, terbayangkan yang buruk saja.. namun syukur hanya cedera ringan

PESONA said...

Assalamualaikum Hjh,,

Saya berdoa Semuga suami Hjh cepat sembuh drpd kemalangan dan diberikan kesihatan yang baik......

Itulah dugaan drpd ALLAH yang kita semua tidak tahu......semuga Hjh sabar menghadapinya......

Mila@Rimbun said...

Moga hubby akak cepat sembuh yer

ANIM said...

baru tau cerita kakzakie...
alhamdulillah...nothing serious happened to him, Allahuakbar!

OKje said...

Ohh ini yg kanda cakap tadi yeh..... syukur semuanya selamat....
Haruslah risau kanda... kalau dapat panggilan mcm tu...Bila semua kita yg kena uruskan...mmg penatlahkan kanda... Tak pe...insyaallah hubby kanda akan cepat sembuh!

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

Ù†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ)..
maafkan CMa kak.. baru bertandang ..
dan cma baru ttng kemalangan yg menimpa en hubby akak..
semoga beliau cpt sembuh..
setiap dugaan yg berlaku ada hkmah disebaliknya..
alhamdulillah hubby akak pun selamat..

Anonymous said...

moga tabah yer kak, dan moga en hubby kakak kembali pulih yer , insha Allah !

gadisBunga™ said...

akak, nasib baik akak call. kalau harap saya baca entri alamatnya taktau bila saya baru tau pasal eksiden ni. insyaAllah nanti saya pegi melawat. akak tak payah masak apa2 ok.

Mama4hero said...

m3h doakan semoga hubby kakzakie cpt sembuh..in shaa ALLAH..AMIN..

aizamia3 said...

moga suami akak cepat sembuh hendakNYA..

munna said...

semoga suami akak cepat sembuh ye.....Amin

Unknown said...

tumpang simpati kak.. moga akak sekeluarga tabah ... moga suami akak cpt sembuh.. aamiin...

Lydia Miza said...

Takziah buat akak sekeluarga. Moga hubby akak cpt sembuh. Dgn keadaan kereta yg teruk dan kecederaan yg dialami adik sgt kagum dgn kasih syg Allah. Dia sentiasa melindungi hambanya terutama bila kejadian hubby akak sdg berzikir