Hari kedua yang sibuk buat aku semalam. Persediaan untuk sarapan, makan tengahari dan bekal buat hubby terpaksa aku tangani sendiri sebab Mak Zah balik kampung dengan adik. Sebenarnya kalau tidak dibuat Kak Meen pun boleh buat sendiri untuk sarapan dan makan tengaharinya sendirian, tetapi ada rasa kurang sedap di hati mama, itu yang terkocoh-kacah sediakan juga. Paling utama sekarang aku kena sediakan jus epal hijau buat bekal hubby ke tempat kerja.
Selesai solat kembali semula ke dapur. Entah mengapa boleh terdetik malas masak nasi di pejabat, jadi aku tidak membawa bekal. Sebaliknya aku capai sebungkus meggi, ambil segenggam taugeh, dua/tiga helai daun sup, sebiji bawang kecil, sebiji bawang putih dan beberapa biji cili padi. Semua ini masuk saja dalam satu bekas. Teringat pula mahu letak telur. Capai sebiji telur dan seketul sosej. Siap! terus keluar melangkah pergi kerja.
Tengahari semalam mulalah aku mengolah meggi yang dibawa. Tiba-tiba ketika mahu pecahkan telur lain jadinya. Mengharap tidak mahu kuning telur beku konon masukkan ketika meggi hampir mahu di masuk ke dalam pinggan. "Eh.. eh... liat benar kulit telur ini" hairan di dalam hati. Aduhai telur rebus! Apa boleh buat makanlah juga. Ini pastinya telur rebus hasil balik dari majlis kahwin hari minggu lepas.
Semalam - Inilah meggi yang aku makan tengahari semalam. |
Musim mendapat ole-ole sebaik balik dari jemputan majlis kahwin. Kadang-kadang telur rebus aku kumpul boleh masak kurma atau sambal tumis. Tetapi semalam kena sesekali makan meggi sedap betul aku rasa.
~~ Bila sibuk dan hati tidak tenang pagi ini baru aku membaca suroh Al-Kahfi.~~