Monday, August 24, 2015

Jangan bandingkan tanduk dan gading

Bukan saja Syawal sibuk dengan jemputan makan-makan, tetapi Zulkaedah juga tidak kurang rancaknya. Setiap hujung minggu pasti ada yang menempah untuk majlis tahlil dan doa selamat. Doa selamat termasuk aqiqah, menunaikan ibadah haji, bertunang dan sebagainya. Apa yang menjadi masalah bila ABC atau suara aku serak dan batuk. Namun bersyukur juga untuk musim cuti kali ini anakanda Reen ada di rumah dapat menjadi pengganti aku jika aku tidak dapat menunaikan hajat mereka. Kak Reen sudah boleh menggalas tempat mamanya.

Yasiin, tahlil & doa selamat - Semua sedang khusyuk membaca aku yang sekadar boleh berzikir sempat mengambil gambar sebagai tatapan bersama.

Marhaban - Johor dan marhaban tidak dapat dipisahkan. Biasanya selesai membaca yasiin, tahlil dan doa selamat kami bermarhaban beramai-ramai. Anak-anaklah yang paling gembira.
Balik malam ada kelegaan di hati kerana anakku kini mampu menggalas tanggungjawab aku sekiranya aku sudah tiada. Dua minggu berturut-turut aku serahkan majlis dibawah pimpinan Kak Reen. Hakikat sebenarnya semua boleh menjadi imam untuk memimpin majlis kerana sudah setiap minggu kami membaca bersama-sama dan tahu susunatur, tajwid dan sebagainya tetapi masing-masing masih tidak mahu memikul lagi - mungkin malu. Beberapa kali juga ketika belajar sudah aku katakan kena mencuba mana tahu seperti yang sering terjadi hanya kerana keuzuran aku majlis ditunda. Bukankah itu suatu yang menyusahkan. Seperti kata Kak Reen bila tidak ada gading, tanduk pun boleh juga. Tapi aku kata dalam hal ini jangan bandingkan tanduk dan gading. Apa yang penting majlis tuan rumah berjalan lancar.  Mama dan Kak Reen bukan tanduk dan bukan juga gading.

~~ Sedih melihat kemalangan yang menimpa keluarga yang maut di  Jalan Sungai Rengit, Kota Tinggi. Moga roh-roh mereka ditempatkan bersama kalangan umat yang beramal solleh.~~


47 comments:

Aisy Nasiha said...

alhamdulillah, didikan terbak dah membuktikan keupayaan Kak Reen.. rasa sejuk hati bila membaca entry ni. tahniah buat Reen sebbab dah berjaya melaksanakan amanat mama dan menjayakan majlis yang bukan mudah, bukan sembarangan orang boleh pikul tanggungjawab tu. saya pulak yang rasa terharu, moga Ahmads saya kat rumah ni juga satu hari nanti dapat jadi seseorang yang berbakat dalam bidang agama ni, doa saya sentiasa tu...

tahniah juga utk Kak Zakie...

Rizziela said...

Alhamdullillah....

ajax85 said...

Tahniah2 kak

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah.. dah boleh kak reen mengendalikan majlis tu ye kakzakie..
Ye la kak.. saya pun malu kalau nak mengendalikan majlis..
Kena ada keyakinan yg kuat..

Sedihkan kak.. satu keluarga terkorban..
Isteri kawan saya terkorban lima sekeluarga yg di Kemanis Kota Kinabalu..
Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat Ilahi..

Mimie_Zatun said...

Alhamdulillah majlis lancar. Byk minum air msk kakzakie..

saniahibrahim said...

alhamdulilah kak reen dah boleh diharapkan utk menjadi pemimpin.Tempat sya ni pun dah ada pelapis2 yang mengantikan jika ketuanya tiada .Group kami juga dimulakan dengan zikir munajat utk memulakan majlis .
Suka tengok ramai anak2 menyertai ..tempat sya ni kurang budak2 yang ikut almaklumlah masing2 dah berumor.

Mia Kassim said...

Alhamdulillah ... sejuk perut ibu yg mengandung. Tentu kak zakie dah merasa lega kerana anak boleh diharap jd pengganti :)

paridah said...

memang perlu ada pelapis dlm melaksanakan program kemasyrakatan gini yg lbh lagi yg lbh bersifat keagamaan n pengendalinya mestilah sesaoorang yg diyakini ilmu n kemampuannya...tahniah reen nampaknya bersedia n boleh dipertanggungjawabkan.
salam takziah kpd keluarga malang tersebut...innalillah..turut bersedih.

Kak Wawa said...

Alhamdulillah, bagusnya kak reen.. Betul tu, kena ada keberanian utk mengetuai kan..")

Nieyla Nadia said...

Salam Sayang...
nieyl singgah pagi kat sini...
Alhamdulillah...betul kata kak reen tuh..

eelobor said...

dah ada pengganti....

Zaitun said...

Alhamdulillah kak reen sudah boleh menggantikan tempat kakzakie. Tentu rasa seronok dan bangga tahniah.

eMMe said...

Alhamdulillah Kak Zakie, hope saya pun boleh contohi Kak Zakie, dpt didik anak2 dgn sebaik-baiknya InshaAllah... anak perempuan skrg, standing anak lelaki, tiada bezanya skrg ni...

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah syukur ada anak yang boleh menggalas tanggungjawab yang sama seperti mamanya..moga ianya berterusan..amin..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah kakak. Dah ada pengganti. Semoga dimudahkan urusan.

ini kisahnya said...

tu lah.. sebab mak pon dah uzur saya lah penggganti mak utk kenduri blok.. best kan..

yup kak jalan kota rengit tu setiap hari ada je kemalangan.. ptg tu pulak ade kemalangan sampai putus kaki kena langgar dengan lori.. warga emas pulak tu..

norhidana said...

alhamdulillah kak... kak reen dh boleh menggantikan akak...
ye lah kak, marhaban ngn org johor tak dpt dipisahkan.... tp seronok pe bermarhaban... yg sumbang jd sedap jd nya bile dh ramai2

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kagum saya kakzakie

Yana Yani said...

didikan yang baik menjadikan kak reen
mampu menggalas tanggungjawab tu
insya allah dia akan terbiasa kelak

p/s-saya terbaca juga cerita tu. kesian kan. ajal mereka

Falsya said...

alhamdulillah...kagum betul falsya ngan kakak dan anak2..semoga falsya dpt didik anak2 falsya mcm mana kakak didik anak2 kakak..insyaAllah..doakan falsya ye kakak..

Eye_nee said...

Salute dgn keberanian Kak Reen..Sementah setahun jagung itu sudah mampu mengetuai majlis..bukan calang2 org kak mampu berbuat begitu...saya ni tua pd umur...sekadar menjadi jemaah saja termampu...Tahniah kak..Ini hasil didikan kak juga...

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah...sejuk perut ibu yg mengandungkannya..tahniah utk Kak Reen..

Unknown said...

zee bebetul kagum ngan cara akak didik anak2..
tahniah kak ngan abang..tahniah jugak buat kak reen..

al-fatihah untuk mangsa kemalangan..memang sayu..

beat said...

baguih marhaban ni...cerita tntang nabi

Unknown said...

Bertuahnye akak dpt anak cam kak reen yg pandai serba serbi....kalau la sy ada anak lelaki beso bole gak cuba nasib berbesan dgn akak....kikiki

iryantyismail said...

alhamdulilah..berani reen...kalau kak yan masih belum mampu lagi..

Lydia Miza said...

Alhamdullah kak reen dah boleh ye. Muda2 lagi dah mampu galas tanggung jawab besar. Syukur alhamdulillah..

Masa di segamat dulu kalau ustazah uzur atau sakit tekak dia selalu tolak ke saya minta saya bantu . Ustazah tu dulu sama2 ngajar sek agama sblm sy berhenti. Tapi alk tau apa jadik? Suara saya tenggelam timbul bergetar2. Ketakutan. Bergegar buku yasin tu kak saya mmg menggigil. Semua ahli yasin kami masa tu dah agak berumur mana tak takut ... Tiga empat kali cuba batu kurang gentarnya. Masa tu baru umur 23-24 tahun mmg saya tak bersedia dari segi mental kot.

Mummydearie said...

Alhamdulillah, dah ada yang mampu menggalas tugas akak. Bertuah Kak Reen ada ibu sewibawa akak ni. Bila ilmu dapat diperturunkan kepada anak sendiri, terasa sejuk rasanya hati. Bertuahnya akak dapat anak-anak sebaik mereka bertiga!

@na said...

subhanallah...tahniah kak...esp buat kak reen...anak solehah permata hati mama...

Sura Mohd said...

KakReen dah boleh mengalas tugas..Inilah hasil didikan dari seorang ibu yg baik..bagusnya kakZakie..sura tumpang gembira baca n3 ni..sejuk perut ibu mengandung..:)

Nor Azimah Ali said...

Bahagianya, tumpang bahagia ye kzakie.

QasehnyaRania said...

bahagianya
nak rania jadi terbaik juga.
mudah mudahan kami dapat didik rania seperti kak reen. aamiin

alfatihah

ohpanduan said...

Alhamdulillah.Lepas ni boleh bergilir dengan anak.

are_lin@yu said...

alhamdulillah kak majlis berjalan lancar ;-)

Hudalatip said...

Alhamdulillah bertuahnya akak, boleh bergilir dengan kak reen dan majlis pun berjalan lancar kan..

wahida said...

Alhamdulillah...saya sangat kagum cara akak mendidik anak2 akak...
bagi tips sikit kak...

Zaila HZ said...

Salam kak zakie.

Alhamdulillah...bertuah ada anak yang dah boleh diharapkan :)

Dr K said...

Betul kak...bulan depan dah busy dengan majlis org nak gi haji...majlis aqiqah...

Bagus Kak Reen...dah jadi bakal pengganti akak nanti :)

Kayu Manis said...

Beruntung ada anak2 yg bijak dgn ilmu Allah
semoga anak2 kak berjaya dunia akhirat mcm akak ...

abuikhwan said...

assalamualaikum kak,
betul tu, jangan bandingkan gading dengan tanduk..tetapi tanduk pun berguna juga..hehe
Tahniah kak reen di atas upaya memikul amanah mama...mudah-mudahan menjadi anak yang solehah

NEKCIK said...

alhamdulilah nekcik pun tumpang gembira melihat anak anak kakzakie....baik urusan dunia dan akhirat...syukur alhamsulilaj

Normala Saad said...

Terbaik anak Zakie, dah boleh pikul tanggungjawab diusia muda..

Cahaya said...

Seronok dan sejuk hati bila anakmampu pikul tanggungjawab

mama eija said...

Alhamdulillah mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi... Sejuk perut ibu nya

mama eija said...

Alhamdulillah mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi... Sejuk perut ibu nya

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sejuk perut ibu yg mengandungknnya...

MasturaDin said...

alhamdulillah..