Dalam shopping mall dengan anak-anak: -
Sewaktu menanti dua beradik membeli apa yang dihajatkan mereka aku, hubby dan Mak Zah duduk di kerusi tingkat satu shopping mall itu. Sambil melayan mata memandang skrin telefon boleh pula hidung terbau aorma kentang ayam goreng. Hubby bangun bertanya samada aku atau Mak Zah mahukan sesuatu. Kami sama-sama geleng kepala tetapi hubby bangun dan sebaik melabuhkan punggung semula dia membimbit beg kertas berisi kentang goreng. Kunyahlah juga sementara menanti dua anak dara yang tidak turun-turun.
"Mama tengok adik dapat aiskrim free" Cuak juga aku bila tiba-tiba turun dari escalator aiskrim percuma yang ditunjuk. "Ada makcik itu terbeli lebih katanya. Adik tak jadi beli baskin robbin macam kakak sebab makcik tu beri yang ini. Tak apalah". Aiskrim itu aiskrim cone McD. "Makcik itu nak cari pahala dik. Adik pun kena bersyukur itu Allah nak bagi rezeki sebenarnya" papa bersuara. "Nak rasa baskin robbin makan yang kakak punya". Begitulah dalam pada kita santai-santai pun ada terselit satu insan yang mencari peluang menambah pahala.
Makan malam di restoran belakang rumah:-
Keluar dari mall untuk balik boleh pula perut terasa lapar. Terus saja kereta dilajakkan ke belakang rumah. Membuat pesanan masing-masing. Sup, kailan goreng ikan masin, tomyam, puyuh goreng kunyit dan dipadankan dengan nasi putih. Mata mama boleh pula tertanjap pada longgokan kelapa muda di atas meja terus minta air kelapa di malam hari. Adik pula bila nampak kelapa di depan mama mahu makan kelapa bahagian atas kelapa yang terbuka. "Jangan makan ini dik. Nanti dapat suami tua". Aku bersuara sambil tergelak teringat orang tua-tua dulu berpesan. " Kak, kalau tua kaya tak apa kan". Boleh adik berkata begitu. "Nanti banyak bini susah". Subhanallah.... anak-anak belajar pandai-pandai dulu.
|
Jangan makan - Inilah bahagian atas yang dimaksudkan. Jangan percaya sebab boleh membawa syirik |
|
Air kelapa - Isinya tidaklah muda seperti kalau petik sendiri di rumah kampung. Tapi bolehlah untuk menghilangkan rasa ingin. Isi kelapanya juga tebal sudah hampir menjadi kelapa. Keluarga kami memanggil kelapa muda ini degan. |
Semua sedia maklum makan di rumah lebih baik, terjamin kebersihannya namun entah mengapa bila saja kaki masing-masing melangkah keluar mesti akan singgah makan di luar sebelum balik.
~~ Manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan tetapi selalu lupa bahawa penyakit bermula daripada perut.~~