Monday, November 2, 2015

Pertemuan indah di usia tua

Setelah lebih 30 tahun mereka tidak bersua pada hari minggu lepas hubby bersama sahabat sewaktu belajar di sekolah menengah dipertemukan semula dalam majlis yang telah dirancang lebih sebulan lalu. Bertolak selepas maghrib tetapi kami sesat apabila akibat alamat yang diberikan tidak tepat. Wase membawa kami menuju ke belakang sebuah rumah yang sunyi sepi. Akhirnya terpaksa berhubung dengan pihak resort lalu salah seorang pekerjanya mengambil kami di pekan Layang-Layang. 
JDT - Sementara menunggu pekerja resort mengambil sempat kami menonton layar lebar yang menayangkan perlawanan AFC. Sebaik JDT menyumbatkan gol bukan saja aku lihat penonton bersorak gemuruh, aku, hubby dan Kak Meen pun melompat sama. Adik tidak ikut sebab mengikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang. 

Banner - Inilah banner yang digantung. Ramai yang hadir apabila masing-masing membawa pasangan dan anak mereka. Bahkan ada yang sudah bercucu terutama kawan hubby yang perempuan. Rata-rata mereka bersekolah di sini dari Tingkatan 4 hingga tingkatan 5 saja. Hubby pun sama. 

Sahabat - Hubby bersama sebahagian kawan-kawannya. Banyak gambar-rambar mereka tetapi inilah satu-satu yang sempat aku ambil di telefon aku sendiri. Bayangkan kakak yang tudung purple anak bongsunya sudah remaja (bertudung hitam). Tetapi bila bertemu sahaba sekolah masing-masing sudah bagaikan anak-anak sekolah semula. Mesti mereka terkenang ketika di tingkatan 5 dulu.:) 
Makanan - Sebahgaian hidangan yang ada. Pecal, laksa, nasi putih, kuih bermacam jenis kuih dan berbagai-bagai lagi makanan. Majoriti sudah menjawat jawatan tinggi dalam jabatan dan ada yang sudah mahu mengambil pencen awal.
Ikan pari bakar - Sedap ala-ala di restoran singgah selalu

Kupang bakar - Ini aku kurang sikit bukan sebab tidak suka tetapi bimbang kolesterolnya.

Tomyam putih - Airtangan tuan punya resort yang juga merupakan kawan sekolah  hubby. Sebab itulah majlis dibuat di resort ini sebagai memberi sokongan resort kawan mereka.

Makanan - Ini yang mampu aku ambil gambar. Malu sebab bukan majlis kita. Gambar ini pun aku ambil ketika mereka sedang sibuk bersalam-salaman untuk pulang. Aku sekadar menemankan suami. Mereka semua berbual mengenang zaman mereka belajar dulu tanpa sedar malam sudah terlalu jauh. Ada yang bermalam di resort sebab lebih ramai yang tinggal di luar Johor berbanding yang masih di Johor.
Goodie bag - Jam dinding yang melakar lambang sekolah mereka dulu, bunga telur yang ada telur masin (tradisi Johor), kacang dalam botol (trend masakini) dan buku doa harian.

~~ Kejayaan diraih selaras dengan usia masing-masing yang sudah menuju ke usia senja. Masing-masing pun sudah 50 tahun. ~~


42 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kira reunion hubby kakzakie lah ye..
Bila berjumpa kekawan lama , leka lah berbual kan kak..
Best juga cenderahati yg hubby akak terima..
Lebih2 lagi jam yg ada lencana sekolah tu..

PeRdU cINta said...

Seronoknya...reunion dikala masing masing sudah ada keluarga,,kerjaya masing masing...haluan yang berbeza hujungnya bila bercantum semula nikmatnya pasti luar biasa..Allahu moga ukhuwah terus erat..amin..

Eye_nee said...

Serenoknya dpt bertemu sahabat2 sekolah kan kakzakie...pasti suami kakzakie pun hepi sgt...lihat kejayaan kwn2..ada resort begini...semoga terus sukses...

Mia Kassim said...

Hujung2 tahun ni ramai yg buat reunion kan kak. Tentu meriah bila berjumpa rakan2 lama .. :D

insan marhaen said...

Grup sekolah lama saya 77/78 pun ada buat reunion awal bulan ini tapi saya tak pergi. Susah nak tinggalkan ibu_suri sendirian. nak bawak tak boleh sebab kondisinya yang begitu.

Ramai yang bercucu tapi ramai juga yang anaknya masih bersekolah.

Memang seronok bila terkenang masa remaja. Walaupun ada yang dah berjawatan besar tapi bila bersama dah jadi macam bebudak semula...

Nieyl said...

Salam pagi...
seronoknyer la kan...
dapat bertemu kembali....

paridah said...

BERTEMU KAWAN2 LAMA MASA SEKOLAH DULU AMAT MENGGEMBIRAKAN HATI..KEBANYAKANNYA BERJAYA DLM KEHIDUPAN MRK WALAU SIAPA MRK MASA SEKOLAH DULU...NAMPAK MASA DEPAN SENTIASA CERAH WALAU KDG KITA DGR ADA YG BERKATA XDER MASA DEPAN BUDAK NI...

saniah ibrahim said...

Group sek saya pun dh berkali2 nk buat reunion tapi ramai yg xdpt hadir,masing2 dh bertebaran di bumi mlsia ni....selalu mereka buat kat kg msa ada jemputn kawen atau hariraya tapi saya pun tak pernah dpt sertai ...lagipun malu pun ada dulu muda belia ,skg dah kereput....hahaa.

saniah ibrahim said...

Group sek saya pun dh berkali2 nk buat reunion tapi ramai yg xdpt hadir,masing2 dh bertebaran di bumi mlsia ni....selalu mereka buat kat kg msa ada jemputn kawen atau hariraya tapi saya pun tak pernah dpt sertai ...lagipun malu pun ada dulu muda belia ,skg dah kereput....hahaa.

kakyon said...

akak pun pernah terkena..guna waze terus masuk belakang rumah orang..heheh
tentu seronok mereka mengenang kembali zaman muda2 mereka.

Angah said...

semoga kekal berpanjangan ukhuwah sesama mereka ye..

Falsya said...

lama jugak 30thn tuh kakak..

adarnadzmie said...

seronok dpt berjumpa kawan lama kan kak...
walaupun 30 tahun x bertemu..masing2 masih seperti dulu jugak kan...:)
saya pun rindu kawan2 sekolah dulu2 kak....

Siti Rohaida Yusof said...

seronok buat reunion ni...mengimbas kembali saat2 belajar dulu...

idzwa kamaruddin said...

wahhh seronok nyer..sekali sekala berjumpa setelah berpuluh tahun tak ketemu memang bnyk cerita nak dikongsi bersama..

norhidana miswan said...

seronok nyer kak... lps dh lebih 30thn tak jumpa msti mcm2 cerita...

kenangan zmn sekolah kenangan yg paling indah rasanyer... saat2 membesar almaklum hehehhe...

jam tu mmg cantik lg2 ada lambang sekolah...

Nor Azimah said...

Seronok, terkenang pula bgaimana Gembiranya dpt jumpa ibubapa dan org2 yg kita sayang setelah sekian lama terpisah, berjumpa semula di alam barzah....

Zaitun said...

Banyak cerita yangt dibualkan terutama ketika za man bersama dulu sampailah cerita keluarga.

Kak Zai pernah ikut reunion hubby masa sama2 belajar kat UK meriah sangat.

nurbijen said...

best nyer reunion selepas 30 tahun... Bukan senang nak kumpul ramai2 macam ni.. Kami pun pernah rancang nak buat reuniuon, tapi sampai sekarng tak tercapai... Kena tunggu umur 50 dulu kot baru masing2 kurang sikit bz tu.... hehehe

iryanty ahamad said...

reunion sekolah ..erm dalam perancangan...

best nya sesekali dapat jumpa kawan lama
;-))

aryan azra said...

memang seronoklah dapat berjumpa kawan2 lama macam ni, saya aidiladha hari tu reunion dengan kawan2 sekolah rendah selaps 21 tahun tak jumpa...seronok sangat

aTieYusof Family said...

Seronok ya Kak bila en suami bertemu kawan2 sekolah.. pasti banyak cerita yg dikongsi.. makanan pun sedap2 kan.. jam tu menarik:)

Malinda Ismail said...

Bila dah jumpa kawan sekolah mesti kenangan waktu nakal2 dulu terkenang kembali...sedap2 nampaknye menu yg terhidang kak....nak2 ikan pari bakar bersambal tu....nampak sedap betol

seraa rose said...

seronok dpt jumpa kwn dulu2.. memang terobekk habis kenangan dulu kala.. suka duka bersama. :)

eelobor said...

memang seronok bila berjumpa kawan2 lama. tapi saya bila kawan2 nak buat reunion, saya segan nak joint sebab kebanyakkan kawan2 saya hampir kesemuanya sangat2 berjaya..... huhuhu

Fiza Rahman said...

Bestnya. Masih berhubung lagi even dah berpuluh tahun.

Uncle said...

Seronok tau...saya pon sering bertemu rakan-rakan yang dah 30 tahun meninggalkan bangku sekolah...almost setiap hari kami berhubung melalui whatsapp...

Kayu Manis said...

Reunion ye kak...rapatkn ukhuwah, sambil tya khabar...yg bercucu mesti ramai ni...mkn tu indahnya nikmat..kecur..

dorsett pink said...

best Nye... akak, email saya alamat akak. doesett.pink14@gmail.com

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
reunion yg sangat sangat bermakna di usia begini, kan..
seronok dan dapat rasa kegembiraan bila dpt bertemu rakan skolah.
cntik la jam dinding tu.. lain dr yg lain.
sgt bermakna.. kenangan

Daddy Ziyyad said...

Memang best kan kak zakie, abang dapat jumpa kawan2 lama....30 tahun dulu...Vokasional Kluang ya...

Biladah berjumpa, mmg perangai zaman sekolah terserlah....hahahaha

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...seronok dpt jumpa kekawan lama...mesti ada yg masing2 dah berubah wajah buat kita pun x kenal...:)

Fida Z Ein said...

Rakan-rakan selalu juga buat reunion...tetapi saya di Semenanjung....tak boleh join....sembang dalam Whasttup sahaja....mesti suami akak sangat seronok imbau kenangan lama

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Lama sungguh tidak berkunjung ke sini..
Tentu seronok dapat bertemu kembali dengan sahabat-sahabat lama sambil mengupdate perkembangan diri masing-masing. Mudah-mudahan ukhuwah yang dibina dahulu tetap terjalin biarpun semua sudah bergelar atuk dan nenek...

nohas said...

wahh..sedap2 makanan..cenderamata jam dgn lencana sekolah tu yg best..
saya pulak malas nak join gathering2 cam ni..entahlah, nak bersembang kat whatsapp pun malas jg..anti-sosial betul, hihi..

Qhaifa Nur said...

bila ada yg nk buat & ramai hadir....seronoknya kak
bawa plk famili lg meriah...

LYAfrina said...

alhamdulillah..berjumpa smula setelah tempoh yang lama..

Puan Wawa said...

Lamanya, reunion slpa 30tahun.. Bagus agt masih contact..

TukangKebun said...

Dapatlah buat kenalan baru untuk KakZakie juga kan.

hainom OKje said...

Wah bestnya....memasing sporting ye kanda. Yg pompuan pun join , sporting sungguh suami memasing.
Kanda punya reunion bila pulak?

Mummydearie said...

Tentu seronok suami akak dapat bertemu kawan-kawan lamanya. Kak, saya ni rabun makanya tak nampak pun logo sekolah pada jam tu - High School Kluang ke?

Kalaulah nanti ada alumni sekolah-sekolah saya buat majlis, entah nak pergi ke tidak saya ni. Tentu dah jauh berbeza zaman sekolah dulu dengan zaman sekarang. Saya dulu sekejap di Convent BP, lepas tu masuk TIGS dan separuh zaman sekolah lagi di boarding school. Kalau berkumpul semula memang ramai betullah kawan-kawan zaman sekolah!

Etuza Etuza said...

memang rasa bahagia jumap kawan2 lama...