Friday, November 20, 2015

Jangan pandang pada rupa

Lama juga membelek ruang freezer yang menempatkan ikan-sotong-udang-ayam-daging dan yang seangkatan dengannya. Tetapi kotak minda jadi buntu bila sudah tidak tahu mahu menggayakannya. Bila ditanya pada ahli rumah yang lain amat susah bila jawapan di beri "tak kisah". Jawapan yang tidak membantu langsung.

Cencaru bakar - Inilah jadi akhirnya. Lumurkan dengan garam kunyit kemudain bakar. Siap bakar letak atas daun pisang dan curahkan sambal dia. Sediakan limau kasturi.  Bila mahu makan perahkan limau.

Nostalgia - Anak-anak tidak tahu sambal ini salah satu resepi masakan arwah nenek mereka. Mama dan mak-pak saudara mereka dulu sering makan berlaukkan ini. Dulu arwah mak ambil cili yang ditanam sendiri untuk ditumbuk kasar. Tumis dengan bawang besar yang dihiris kasar dan bawang putih yang dititik. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng lebih awal. Masukkan sedikit garam dan gula. Perahkan lemon. Kalau tidak meleleh airmata tidak tahulah. 

Sambung nyawa - Rangup dan ada aroma istimewa. Inilah gandingan dengan sambal di atas. Bukan semua orang tahu nikmat ulaman ini. Apa lagi kalau bukan orang kampung memang susahlah. Mahu membeli di pasar bagai tidak pernah aku jumpa. Baik tanam sendiri sebab ia mudah ditanam. Potong batangnya kemudian cacak di atas tanah. Anak-anak walau dari lahir sudah selalu melihat tetapi belum pandai menikmatinya lagi. 
~~ Memasak bukanlah susah tetapi yang susah memikirkan resepi apa yang mahu dimasak. ~~


55 comments:

umi alya said...

K.zakue, sedapnya..

Irfa said...

Ulam sambung nyawa tu sy pnh tanam kt umh lama. Sygnya masa pndah lupa angkut, skrg sy x thu mn nk cari utk tnm blik. Klu dkt, sy mntak sikit nk tnm. Hihi

Irfa said...

Ulam sambung nyawa tu sy pnh tanam kt umh lama. Sygnya masa pndah lupa angkut, skrg sy x thu mn nk cari utk tnm blik. Klu dkt, sy mntak sikit nk tnm. Hihi

umi alya said...

**k.zakie.. maaf, typo

Jie Susanos said...

Huhu...sdp...ayat xkisah mmg x membantu..

Mila@Rimbun said...

x pernah makan ler ulam sambung nyawa tuh...
ikan bilis goreng tuh memang lejen.... sesekali dpt makan boleh bertambah lerr

Deanna Morni said...

kak...yg ikan bilis tu menggamit kenangan...makanan paling sedap tuhhhh....sedapnyerrr...mkn pulak ngn nasi panasss....adehhhh...terus lapar perut sy ni kak...

Bunda_nora said...

Amboi! pagi2 lagi ni KZ dah hidangkan mata kami dengan makanan pemecah selera ni rasa tak sabar nak masak nasi...

Makan lah lauk apa yang ada sambil membayangkan lauk hidangan KZ ni... insyaAllah lepas juga kempunan...huhu..

Zaitun said...

Anak2 kak Zai yang dah dewasa pun tak tahu ikan bilis tu yg diaorg tahu sambal tumis.
Sedap mkn dengan nasi panas.

Rizziela said...

sedapnya ikan bakar tu

Falsya said...

kakak...sedapnye ikan bilis cili padi tuh..aduhhhhh..dpt makan itu saje pun cukup..xpandang lauk lain dh..

part buntu xtau nak masak ape n jawapan "xkisah" tuh falsya memahami sesgt..sgt xmembantu kan kak..hehee..falsya baru hadap 4 thn pun dh pening xtau nak masak ape..mak falsya dh hadap 40thn lebih, lg buntu xtau nak masak ape kadang..skang baru falsya tau perasaan tuh mcm mana..hehhe..

adarnadzmie said...

jgn pandang rupanya tapi rasa kan kesedapannya...

ikan bilis goreng gitu mkn dgn nasi panas2 memang walahhhh...:)

Qhaifa Nur said...

kadangkala x tahu nk msk apa dah...ayat x kisah tu yg kita nk dengarkan kak...
sambung nyawa pernah mkn...malah d tanam juga...

Atie Yusof said...

Salam Jumaat kak..
kadang memang pening nak masak apa, walaupun isi dlm peti ais tu penuh...hihi
ikan bilis memang peberet klu masak mcm tu kak..suka mkn:)

paridah said...

NASAK SIMPLE LENGKAP SEMUA MMG MENELERAKAN..XSUSAH MSK NI KALAU CITARASA XMEMILIH SGT.

Lea Ismail said...

kak zie, jawapan yang tak membantu langsung tu yang selalu membuatkan saya termenung di depan freezer dok fikir nak masak apa hari ini

Nizam.Ariff said...

Daun sabung nyawa tu mmg bersabung nyawa nak telannya....pada tekak aku la...hehe

Fiza Rahman said...

Ikan bilis tu kalau makan ngan nasi panas2 pon dah cukup. Tak payah lauk lain dah. Feveret saya tu kak ☺

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kakzakie.. Lauk ikan bilis goreng bawang dan cili tu pun nostalgia saya dengan arwah mak. Itulah lauk yg menaikan selera anak-anak. Lagi satu sardin , potong bawang besar dan hiris cili padi. Iye lah anak ramai 9 org yg perlu disuap, lauk sedemikianlah yg menjadi hidangan. Itu pun dah suka kami adik beradik.

Saya sekarang suka ulam daun belalai gajah kakzakie..
Kena pulak dgn sambal hijau... emmmm dapnya :)

saniah ibrahim said...

Sambal bilis tu kalau saya buat anak2 ppuan je layan,...yg llaki kat rumah saya ni agak pemilih sikit bab2 makan.sedap kan kak zakie bila makan nasi panas dengan ulam...saya suka berulam daun tenggek burung kakzakie.

PeRdU cINta said...

kak sambal tu PC rajin buat..sebab baba mama dan suami suka makan..kalau buat guna ikan bilis hitam pun sedap kak..makan dengan nasi..keladi rebus..hehehe..
itu daun singkel ye kak..ke PC silap..edap buat ulam dan masak asam pedas..wah..best aromanya.

Malinda Ismail said...

Sedap dah tu kak...lagi2 bilis garing kat tengah2 tu...makan dgn nasik panas2 mestinlayan dua tiga pinggan punya la...hehehe...pestime saya dengo ulam sambung nyawa ni...

Nabila Syifa said...

terliur tengok

eelobor said...

cencaru bakar tu memang sedap laaa.....

Eye_nee said...

Ikan bilis goreng tu kan kak kesukaan sikecik saya, Yana...tp nak yg neneknya gorengkan..saya goreng tak sedap katanya...Ulam Sambung Nyawa tu tak pernah saya tahu pun kak..pertama kali saya dengar..bila kak kata rangup2 tu..adoiii haii kat mana lah saya nak cari...ada ker jual benihnya kat Nursery bunga...

hainom OKje said...

Menu yg tengah tu, memang menggegarkan nafsu dinda tau kanda...... Tak payah dah lauk lain. Kalau ada kicap manis lagi sedap... pergh!!

kakyon said...

betultu zakie..bila kita buntu apa lauk hendak dimasak, tanya mereka jawabnya.."sukahatilah!.jawapan tak membantu langsung..

Eiqa Almond said...

betul tu eiqa setuju, masak tak susah yg susahnya pikir ape benda kita nak masak, hahaa

Puan Wawa said...

FUHH, SEDAPNYA KAK...")

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa kak cencaru bakar tu :D

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Nooriah Abdullah said...

cencaru bakar dah lama tk buat kakzakie mmg ngancam sngt tu, tambah dgn sambal tu aduh terliurr

insan marhaen said...

saya seorang yang tidak banyak ragam. apa yang dimasak saya ngap jer...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Macam-macam boleh pilih lauk ni akak.

iryanty ahamad said...

yan pun sama kak..bila haro2 dah masak..sampai binggung nak masak apa

Ibu Lala said...

Simple tapi menarik. Terliur tgk ni kak

Wa said...

Setuju sangat tu kak..kadang2 bukak tutup peti sampai 4/5 kali pun, belum tahu nak masak apa hihihi..

Etuza Etuza said...

Asalam..ya sangat setuju..apa adapada rupa..Allah tak nilai rupa. Tetapi kebaikan hati yang baik...

Etuza Etuza said...

Asalam..ya sangat setuju..apa adapada rupa..Allah tak nilai rupa. Tetapi kebaikan hati yang baik...

Nor Azimah said...

Goreng ikan bilis camtu sedap sggh buat makan sahur masa bln puasa. Pembuka selera kata org.
Yg lebih penting halal kan kzakie.

Dkna Abza said...

Setuju ngan ayat last tu akak. Memasak tak susah pun kan.. Nak cari resepi tu yang susah. Kdang2 bahan ada je kt dapo.

Mizz Aiza said...

sedap tu kak zakie.. rajin memasak.. ;)

❤Kamsiah❤ said...

daun sambung nyawa tu yg rasanya tersangat pahit tu ka..yg dibuat ubat darah tinggi..

wan muliani said...

Terliurnyaaaaa. Dahlame tak makan ikan bakarr. Adehh

dwatyKNY said...

Setuju ayat last tu... :)... sebab malas nak pikir... tu yg masak benda sama jer... huhu

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...betul la tu kak dah x tahu nak memasak apa2 hari bila nak memikirkn apa yg hendak dimasak...:)

Puan Kutu said...

caru bakar tu memang menu selalu sy buat..tp tak pernah pulak curah sambalacam kak zakie ni nampak menarik..sy selalu buat caru sumbat sambal..yg ulam tu apa namanya..bukan orang bandar..suka ulam tapi buta sikit bab nama ulam2 ni.hehehe...

setuju sgt..memang susah nak fikir menu..ahli keluarga pun tak membantu bila kita minta buah fikiran tentang menu

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Ooo...tu daun sambung nyawa. Saya biasa dengan daun tu tapi tak tahu apa namanya. Hari ini baru tahu, daun Sambung Nyawa.
Cencaru bakar tu memang membuka selera...

Ahlam Miera Shafie said...

sy sgt suka ulam tapi smbung nyawa 2 belum try lagi.. dan xprnah jumpa..hehehe

Kesuma Angsana said...

resepi kampung simple yg paling KA suka ni. plg best sambal bilis tu. rasa lapar ler pulak ni

aryan azra said...

betul tu kak, masak tak susaah yang susahnya nak fikir apa yang perlu dimasak

Mummydearie said...

Saya setuju tu, kak. Nak memasak tak susah tapi nak masak apa tu yang susah. Itu yang menyebabkan saya malas ke dapur (kah3x)! Pening kepala tak tahu nak masak apa dan akhirnya balik-balik masak itu jugalah! Kalau ditanya isi rumah, semua pun pakat menjawab 'tak kisahlah!' 'apa-apalah!' Kita jadi lagi pening kalau tanya pendapat seisi rumah!

Mujur juga akak perkenalkan ikan masak asam tau. Sekarang ni kalau tak tahu nak masak apa, masak asam aje habis cerita! Tapi saya ajelah yang syok makan!

Sambung nyawa tu nama ya, kak! Saya ingat apalah tadi ^_^

aRz MoHa said...

salam kak zakie...singgah sini...sambal diatas tu sama macam arwah mak aRz selalu buat tetapi ada kicap diletakkan...memang sedap dan pedassss

singgah dari arzmoha.com

QasehnyaRania said...

setuju dgn kakak.bab memasak ni mmg blh buntu, bila ahli rumah ckp x kisah..

suka ikan bilis goreng tu
rasanya mcm pernah mkn la ulam tu..

QasehnyaRania said...

setuju dgn kakak.bab memasak ni mmg blh buntu, bila ahli rumah ckp x kisah..

suka ikan bilis goreng tu
rasanya mcm pernah mkn la ulam tu..