Sehari sewaktu Kak Reen balik cuti sem tempohari:-
Entah sudah berapa jam tiga beradik itu duduk di hadapan monitor komputer menggoogle dari satu jenama ke satu jenama. Hakmilik yang ternyata tidak kekal milik adik akhirnya rosak tidak boleh digunakan lagi. Mahu berwhatsapp dengan guru dan kawan-kawannya gagal sepenuhnya. Selalu berhubung dengan mereka tetapi nombor tidak pernah diambil-pusing akibatnya satu nombor pun tidak dapat diingat. "Malam itu adik nampak di Jusco Oppo dengan Lenovo murahlah kak." Si adik bersuara. "Kenapa tak pergi Aeon kan banyak pilihan?" Kak Reen bertanya. Dia baru sehari balik bercuti sem. Kak Meen cepat saja tergelak. "Mama, Aeon dengan Jusco tu apa bezanya?" Baru semua terperasan dan akhirnya berderai gelak anak-beranak. Sebenarnya kami biasa sebut Jusco kalau ke Jusco Taman University, Skudai. Tetapi bila ke Jusco Kulai kami suka sebut Aeon.

Membeli sudah - Sedang setting semuanya. Adik memilih J7 hasil mereka berbincang tiga beradik. Mama dengan papa ikut saja. UPSR belum keluar lagi waktu membeli ini jadi bukanlah hadiah. |
Malam Sabtu lepas: -
Sebelum peperiksaan lagi mama sudah berjanji pilih jam apa adik mahu kalau dapat 5A dalam UPSR. Sebenarnya mama pun tahu anak mama bukan jenis suka 'mengetuk' sebab itu mama beranilah berkata demikian. Oleh itu Sabtu lepas tunaikanlah hajat adik yang mahukan jam tangan baru untuk sessi persekolahan tahun depan. Kami ke City Square. Bimbang juga kalau masih ada lumpur kesan banjir di bandar JB sebab kami parking di basement 2. Sekarang keadaan jalan depan City Square/Komtar agak sempit sebab proses membesarkan Sungai Segget. Namun untuk memenuhi janji kami pergi juga.

~~ Biar pemberian kita kecil tapi penghargaan dinilai besar oleh yang menerimanya. ~~
* Hari ini aku bercuti bagi menemankan adik menduduki peperiksaan SDEA (Sijil Darjah Enam Agama) negeri Johor - mohon doakan yang terbaik buat adik. Terima kasih.
38 comments:
Janji perlu ditunaikan xkira kpd sesiapapun...lbh2 lagi kpd anak2 kita...janji yg xditepati akan sentiasa diungkiti...
tahniah anak tu dpt keputusan cemerlang dan dpt hadiah jam hebatt., ;p
Tahniah.. cantiknya Jam tu... saya suka la design dia
Anak-anak saya dulu saya tak janji apa-apa dan mereka pun tak minta apa-apa...
Tahniah adik..semoga tenang menjawab soalan2 SDEA pula..
tahniah adik... dpt jam dgn hp.. hehehe gud luck ye adik :)
Untung adik....
All the best adik :)
Cantik jam tu :)
Tahniah anak akak dapat keputusan cemerlang..
Semoga urusan akak & adik dipermudahkan. :-)
Cantik jam tu Kakzakie..
Bagus akak hadiahkan jam tu..
Bila melihat waktu di jam tu..
Teringat ia pemberian mama tersayang..
Untuk kecemerlangan nya semasa UPSR..
suami saya berjanji ada si bongsu..dapat EPF bulan 1 ni..nak bawak ke Legoland sbb si anak teringin nak kesana..
cantik jam adik... mesti senyum gembira adik kan. Jadi semangat tuk masuk sekolah menengah nnt
cantik jam alba tu....
Assalamualaikum kakzakie..
Ketinggalan byk dah sura ni.apapun sura nak amik kesempatan ni nak ucapkan tahniah buat adik..tak lupa buat akak suami isteri yg berjaya mendidik adik sehingga memperoleh kejayaan..sura tumpang seronok dan gembira..cantik jam adik..semoga selepas ni adik terus peroleh kejayaan..:)
Cantek jam hadiah kakzakie buat adek,sesuai sangat untuk adek.
Saya jarang berjanji dgn anak2 tapi memberikan juga sesuatu jika ada rezeki yang lebih ,utk hargai kejayaan mereka.
Salam n happy Monday. tahniah adik, kalau sudah berjanji sebaiknya kita tunailah kak. Sebagai tanda kita menghargai. Dan utk anak berusaha lagi dan lagi...
Saya pon tak berani menabur janji dgn anak2 kak...bebudak sekarang jgn di buat main sekali kite janji sampai bila2 diorang ingat...kikiki...tapi kalau dah janji mesti la di tepati...hehehe...saya selalu singgah ke jusco taman U tu kalau ke rumah saudara...cantik jam adik pandai dia memilih...jam dapat henpon pon dapat...best la dak adik hadiah berganda :)
Cantik jam adik bebaloi dapat 5A.
Ibubapa yang ada kemampuan tak salah memberikan hadiah untuk anak sebagai menghargai apa yang telah diusahakanya.
Canteknye jam.
Hadiah utk result UPSR yer kakak?
tahniah adik.
Zura memang kalo berjanji cakap siap2 nak bg hadiah ape. ikut kemampuan Zura lah. x boleh bg dorang pilih nak ape. takut x mampu nak tunaikan. hehehehe
betul kak zakie anak2 sy pun sama..tak reti meminta yg mahal2 sbb tahu ibu abah tak mampu..sebagai parents kita cubalah tunaikan permintaan depa..cuma cepat dan lambat jer la..yg penting mesti dapat.hehe
tahniab adik dpt jam baru..kerana cemerlang upsr kan..dpt hp lagi..untunglah kecik lg dh dapat pakai J7..hehe
Ilmu kejujuran adalah dinilai dari pemerhatian..alhamdulillah rezeki adik..moga adik mudah menjawab setiap soalan ye..amin..
Assalamualaikum....
lewat hari ni buat lawatan..hihi...
Alhamdulillah....tertunai sudah niat nak hadiahkan jam tangan :)
bler bercakap pasal janji nie...
manusia kebanyakannya menganggap perkataan janji tu..
semudah abc..amek ringan..tapi hakikatnya..bila dah berjanji wajib tunaikan..
pernah dengar orang cakap, ibu bapa kalau berjanji ngan anak kena tunaikan sebab takut nanti anak pikir 'mak ayah suka menipu' sebab tak tunaikan janji..
cantiknya hadiah adik..
apepon gud luck adik..buat yang terbaik..
saya suka panggil Jusco instead of Aeon.. sebab jusco tu dah terbiasa, and lagi senang nak sebut
good luck adik...nnt boleh mama beli hadiah lagi tau..ngeeee...bagus gak bagi hadiah pd anak2 ni buat pemangkin semangat kan kak..
Tahniah adik... wahhhhh.. jam dapat.. handphone pun dapat. Kakzakie... nak adik angakt tak???????
;))))
dapat hadiah double sekali gus... hahaa... tahniah adik...
wah..tahniah utk Adik!
teruk jugak banjir kilat aritu ya kak zakie?
alhamdulilah nekcik ucapkn tahniah untuk adik. .semuga terus cemerlang..amiin
tahniah jugak utk kakzakie sekeluarga.. .
cantik jam adik..
Ya betul janji dgn siapa pun ttp kena pgg, antara lmbt dgn cepat saje.
Cuma saya pun jarang bjanji ngn anak2, bila ada beli dn bag jelah apa yg termampu.
Buat adik, hargai mama selalu yg sgt menyayangi mu.
Macam familiar jendgn skudai, akak duk skudai ye.. Mak saudara wawa ade duk kt skudai, taman u 5..
cantik jam adik...betul tu kak bila kita berjanji perlu untuk kita tunaikan,
bertuahnya dapat 5A tahnia ya
Saya pun memang dah terbiasa dengan Jusco berbanding Aeon. Cuma lately ni dah pandailah 'sebut dengan betul', kalau tidak asyiklah nak pergi Jusco ^_^
Ada juga terbaca tentang banjir tu. Takut melihatnya. Kat jalan menuju rumah saya pun air naik tinggi juga pada hari yang sama. Kalau tak betul-betul, memang mati enjin kereta!
Alhamdulilah ...mempunyai anak anak yg terdidik sempurna. Adik mmg selayaknya dapat hadiah tu. Adik, kita sama sama ada hp barulah, sama jenis pulak tu hihi....
Gud luck utk SDEA ye dik
in shaa Allah akan sentiasa ingat pesanan kakak ni
saya pula kalau jusco suka sebut jj, hikhiks
in shaa Allah akan sentiasa ingat pesanan kakak ni
saya pula kalau jusco suka sebut jj, hikhiks
Post a Comment