Kisah 1:-
Meluncur tanpa banyak halangan pemanduan aku pagi itu begitu lancar. Menghampiri lorong-lorong membayar toll kelihatan agak lengang. Peluang baik untuk aku menambah kad touch & go. Perlahankan kereta sambil mengambil duit. Semakin dekat dengan tempat pembayaran aku lihat semua duit yang ada note seratus dan seringgit. Adalah sekeping note sepuluh. Terpaksa jugalah aku hulurkan note seratus dan kad touch & go. "Masuk 50 ye dik". Teet! jurutoll menghulur kad, resit dan baki 50 ringgit. Mengambil dengan berhati-hati tetap ibu jari tersentuh sedikit jari remaja itu. Batal! Silap sendiri kerana aku tidak bersarung tangan. Membazir make-up kerana baru sejam lebih terpaksa cuci kerana berwudhuk untuk dhuha. Jangan disalahkan remaja itu - salahkan diri sendiri.
Kisah 2:-
Sebaik tarik break, buka talipinggang keledar terus keluar kereta. Teet! kunci kereta dan terus menuju warung kakak yang sesekali aku singgahi untuk membeli sarapan. Sedang memilih kuih aku perhatikan ada seorang pemuda sedang menanti baki duitnya. Kakak tadi masih tercari-cari lagi. "Adik bayar esoklah untuk kuih hari ini, tak ada duit kecik". Kakak itu memulangkan semula duit pemuda itu. Jauh dalam hati peluang untuk aku bersedekah di pagi hari. Bila aku bertanya berapa baki yang diperlukan - 20 sen saja pun, aku pun dengan cepat membuka purse dan memberi pemuda itu siling 20 sen. Menghulur dengan hujung jari dengan harapan pemuda itu faham . Namun diluar kotak fikiran aku dia mengambil dengan baik tapi tidak memikirkan yang aku ini bukan mahramnya. Tersentuhlah sedikit jari. Batal! Membazir make-up juga satu hal. Kena redha kerana silap diri sendiri. Kalau diberikan syiling tadi dengan meletakkan di atas meja kakak itu tidaklah kena berwudhuk sekali lagi.
Dari dua scenario itu kelihatan kecil tetapi sebenarnya itulah dosa-dosa yang sering terjadi tanpa sedar. Sering dipandang remeh dan enteng tetapi balasan Allah itu pasti menanti. Astaghfirullah... Aku masih cuai dan lalai dalam hal ini. Kerana walau bagaimana pun kita berhati-hati tidak semua orang faham. Biarpun kita mengulur dengan dua hujung jari dan berhati-hati tetapi yang mengambil dari kita itu faham atau tidak? Sebaiknya aku yang sepatutnya mengambil langkah sebelum terjadi. Iman tidak kuat. Jadikan renungan bersama.
~~ Jika sudah digariskan ianya haram atau halal tidak perlu dipertikaikan. Sendiri kena ingat.~~
35 comments:
kekadang yang remeh tulah yang kerap kita lakukan tanpa kita sedari.dan membawa kepada benda biasa2 je padahal dalam biasa2 tu kita lupa garis panduan kita dalam islam kan..
kekadang saya pun macam tu jugak kan..selalu jugak melakukan khilaf sedar dan tanpa sedar
InsyaAllah renungan bersama. Kalau kita anggap remeh benda macam ni, kitalah yang kumpul banyak saham tak baik nanti.. moga menjadi ikutan kepada lebih ramai org nanti.. tapi kan kalau yg jaga tol tu, saya perhatikan yg kat sini, yg perempuan biasanya pakai sarung tangan tp yg lelaki xpakai..pelik gak ye..
betul kak...saya kalau boleh hulur sehujung jari yg boleh..tapi tu lah banyak lagi saya perlu betulkan diri ini..uhuks..
Saya pun selalu juga terkena terutama masa pi kedai2 runcit wlpun cuba mengelak tapi biasanya terrrsentuh juga wlpun dihujung jari.
Yalah kakzakie biasanya ppuan kat tol tu bersarung tangan tapi llaki sebaliknya kan..
Assalamualaikum Kak Zakie..
Walaupun perkara nampak kecil, tapi itu adalah perkara yang sangat2 perlu kita jaga kan Kak. semoga kita sama2 lebih berhati2 lagi :)
Terima kasih kak atas ingatan ni .. sedang sedaya upaya untuk memperbaiki diri ..
takpe kak belajar dari kesilapan...lepas ni mungkin akak bole lebih berhati2..kekadang kalau time membayo tu selalu terjadi kejadian2 serupa ini... lepas ni saya pon nak belajar mengelak dari bersentuhan camni...tq kak
Betul tu kakzakie..
Yang kita nampak dosa kecil itu..
Lama2 menjadi besar..
Itulah ke alpaan diri sendiri kan..
Memang selalu terjadi di tol kan kak..
Terima kasih atas peringatan ini..
sentiasa beringat selalu sbb dosa2 kecil kalau dikumpulkan menimbun juga...semoga Allah alrahman mengampuni dosa2 kita...
Peringatan yang berguna kakak. Tersentuh ok lagi. Jangan jadi ada setengah tu nampak sangat nak sentuh. Banyak juga jumpa sekarang ni juru tol yang pakai sarung tangan. Jadi kita bayar tol pun terselamat. Boleh jaga juga dengan kita sendiri yang stanby sarung tangan jika nampak yang bukan mahram kita.
ya Allah, betul kak.. Kadang2 kte sendiri tk alert dgn keadaan itu.. alangkah baik jika cuba elakkan..
BETUL..dalam kita berjaga jaga..terkadang terkhilaf juga..PC pun sama kak..betul..silap diri PC sendiri..
Salam kak. Terima kasih untuk peringatan ini..tetiba terasa pula..huhuhuh
salam kak..
terima kasih atas pringatan..
kebiasaanya bukan dieorang pakai sarung tangan ke kak...
jarang nieyl jumpa yang x pakai sarung tangan...Tapi x tahu la kalau ada,nieyl x penah terjumpa lagi..itulah kan..manusia sentiasa dah terkena..terhantuk..baru mampu berfikir...tapi itulah manusia...belajar dr kesilapan...belajar dr kecuaian..itu tanda nya Allah masih sayang pada kita dan nak kita betulkan dan menjadi lebih baik kan akk... terima kasih sbb selalu beri nasihat...cerita perkara² yg boleh nieyl belajar bersama :)
insaf kanns., tq mak zakie tuuu
sikit2 lama2 jd bukit.. thnks kak zakie utk peringatan ni..
Ha ah kak..setuju, kadang2 berlaku tanpa kita sedar hihihi
Salam akk. Singgah ptg isnin kat sini
iyalah ada masa tu cuba elak tercuit jugak....cuma bila keadaan mengozinkan.letak jerlah di atas meja
assalamualaikum kakzakie....kekadang mmg mudah terlupa kita sebagai manusia ni kan...semoga kita diberikn ingatan yg baik utk melakukan sesuatu tu agar tidak berlaku sesuatu yg tak kita ingini...:)
Benda yg jarang diambil perhatian kerana majoriti masyarakat masih tidak faham, jadi t/ jawab kita utk memahamkan mereka..
Salam kak. Lama tak datang sini sebab busy sikit. Terima kasih atas ingatan ni :)
bacaan yang bagus hari ini...
Bermuhasabah diri
betullah kak..mmg terasa semacam kalau jadi gitu. Pdhal kita dah hati2..rasa geram pun ada.
Terima kasih kak diatas peringatan, muhasabah utk diri saya sendiri..jgn lihat dosa itu kecil, tapi lihatlah dgn siapa kita berdosa..
assalam
peringatan bersama..
semoga sentiasa beringat. in shaa Allah..
Kalau kat UK dulu, mmg saya sarung glove siap2 kalau nak buat bayaran atau ambil duit baki.. Tapi mcm pelik pula kalau kat sini nak berglove bagai.. hehehe...
Itu lah kan kak... Tak semua orang sensitif dgn benda2 kecil mcm ni... bagus post ni untk saling ingat memperingati :)
Betullah kanda, nampak kecik tp kesannya besar sungguh.....rasa mcm tak berdosa, tp sebenarnya mmg tetap berdosa .....ohhh takutnya.
Nampak macam perkara mudah aje tapi dek kerana kecuaian sendiri, padah juga akhirnya. Tak sengaja kadang-kadang walaupun pada mulanya kita bukan main berhati-hatikan, kak!
kadang benda remeh kita anggap mudah...sedangkan yang remeh itulah punca semuanya
terima kasih untuk perkongsian ni kak
kadang saya pun alpa bab gini
benda remeh ni kata ustaz pun berkemungkinan merupakan
kemurkaan ALLAH paling besar
Letak atas meja lg selamat kan kak zakie?
Rezeki akk dpt kutip pahala kerana nilai 20 sen. Kalau akak penjual tu perasan itu pahala dia dh halalkan dah nilai 20 sen tu agaknya. Rezeki akk la kan..
Psl juru tol tu sy perasan dulu.. Selalu juru tol wanita pki sarung tgn putih. Lupa betul sy area mana tu ye? Huhu..
semoga kita mendapat iktibar
Post a Comment