Thursday, November 26, 2015

Sembang-sembang keluarga - 2

Dalam shopping mall dengan anak-anak: -

Sewaktu menanti dua beradik membeli apa yang dihajatkan mereka aku, hubby dan Mak Zah duduk di kerusi tingkat satu shopping mall itu. Sambil melayan mata memandang skrin telefon boleh pula hidung terbau aorma kentang ayam goreng. Hubby bangun bertanya samada aku atau Mak Zah mahukan sesuatu. Kami sama-sama geleng kepala tetapi hubby bangun dan sebaik melabuhkan punggung semula dia membimbit beg kertas berisi kentang goreng. Kunyahlah juga sementara menanti dua anak dara yang tidak turun-turun.

"Mama tengok adik dapat aiskrim free" Cuak juga aku bila tiba-tiba turun dari escalator aiskrim percuma yang ditunjuk. "Ada makcik itu terbeli lebih katanya. Adik tak jadi beli baskin robbin macam kakak sebab makcik tu beri yang ini. Tak apalah". Aiskrim itu aiskrim cone McD. "Makcik itu nak cari pahala dik. Adik pun kena bersyukur itu Allah nak bagi rezeki sebenarnya" papa bersuara. "Nak rasa baskin robbin makan yang kakak punya". Begitulah dalam pada kita santai-santai pun ada terselit satu insan yang mencari peluang menambah pahala.

Makan malam di restoran belakang rumah:-

Keluar dari mall untuk balik boleh pula perut terasa lapar. Terus saja kereta dilajakkan ke belakang rumah. Membuat pesanan masing-masing. Sup, kailan goreng ikan masin, tomyam, puyuh goreng kunyit dan dipadankan dengan nasi putih. Mata mama boleh pula tertanjap pada longgokan kelapa muda di atas meja terus minta air kelapa di malam hari. Adik pula bila nampak kelapa di depan mama mahu makan kelapa bahagian atas kelapa yang terbuka. "Jangan makan ini dik. Nanti dapat suami tua". Aku bersuara sambil tergelak teringat orang tua-tua dulu berpesan. " Kak, kalau tua kaya tak apa kan". Boleh adik berkata begitu. "Nanti banyak bini susah". Subhanallah.... anak-anak belajar pandai-pandai dulu.

Jangan makan - Inilah bahagian atas yang dimaksudkan. Jangan percaya sebab boleh membawa syirik
Air kelapa - Isinya tidaklah muda seperti kalau petik sendiri di rumah kampung. Tapi bolehlah untuk menghilangkan rasa ingin. Isi kelapanya juga tebal sudah hampir menjadi kelapa. Keluarga kami memanggil kelapa muda ini degan.
Semua sedia maklum makan di rumah lebih baik, terjamin kebersihannya namun entah mengapa bila saja kaki masing-masing melangkah keluar mesti akan singgah makan di luar sebelum balik. 

~~ Manusia dan makanan tidak dapat dipisahkan tetapi selalu lupa bahawa penyakit bermula daripada perut.~~

50 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga apa yang kita makan tidak memberi kemudaratan dan halal sumbernya juga bahan-bahannya... InsyaAllah...

Siti Rohaida Yusof said...

betul tu kak zakie,kalau boleh nak makanan yang di masak dari rumah,tapi kalau dah keluar rumah,kalau tak singgah ke kedai makan memang tak sah...moga kita terhindar dari sebarang penyakit

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Beli adik kata dapat aiskrim free tu..
Saya teringat pula Nabil dan Najeeha..
Tiba2 ditangan ada aiskrim sewaktu nak ambil di masjid masa Kem Daurah tu..

Mama mak cik tu belanja..
Saya lihat ramai anak2 mengeliling pak cik jual aiskrim tu..
Dan mak cik tu tersenyum riang melihat anak2 keriangan..

Betul kata papa tu..
Mak Cik meraih pahala yg mudah :)

Khairul Bariah said...

pelbagai cara kita boleh tambah pahala kan kak. cuma kadang2 saya selalu ambil tak kisah. moga2 saya boleh lebih prihatin lepas ni.

tak pernah dengar makan isi kelapa bhgn atas, kawin orang tua. Org tua dulu macam-macam pesanan ye kak.

Mas Zull said...

assalamualaikum kak zakie...alhamdullilah rezeki adik la tu...

Atie Yusof said...

Bila fikir tentang kebersihaan, sllu cuba elak nak makan kat luar.. tapi kadang sesekali tak boleh nak elak kak... huhu
rezeki adik dpt ais krim free..:)

nurbijen said...

Alhamdulillah, murah rezeki adik :)

Saya baru first time dengar "pesan" orang tua tu... Kami anak beranak pun suka berebut bahagian atas kelapa tu... hahahaha... Amboi adik, pandai dia menjawab :D

Rai OurKizuna said...

murah rezeki adik.. dapat aiskrim free..

susah dah nak dapat kelapa muda yg betul2 muda sekarang ni kak.. dah la tak muda.. mahal lagi.. untung kalau ada pokok sendiri..

lieyalatif said...

reezeki adik plak dpt aiskrim free kan kak...alhamdulillah...lieya ni dok selalu jalan2 kat alamanda area macd tu tak penah dpt eskrim free heheeheh ni mesti sebab adik cute ni hheheehehehe

tu le kak, mcm lieya gak le.... tetap akan makan kat luar kalo berjalan ke luar tu...ye laa dah selalu masak sesekali pekena makan diluar tak salah...asalkan kite yakin kedai bersih dan sedap...dan murah jugak hahaahahah almaklum laa era gst ni kan kak...

Mizz Aiza said...

alhamdulillah, murah rezeki adik..

sedap dan segar jika dapat menikmati air kelapa muda..

memang elok makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.. tapi jika sesekali dah keluar tu mesti beli makanan di luar juga..

cik hani said...

bertuah..Alhamdulillah..murah rezeki adik..

Falsya said...

murah rezeki adik dpt eskrem free..

kakak, falsya skang nie asyik minum air kelapa je..hari2 minum..sebab katenye bile ngandung elok minum..cuci baby katenye...hehe..tp nasib baik la xmakan isi kelapa belah atas tuh..tp kalau makan pun mmg dh dpt somi tua...ehh bukan tua, tua betul..tua dari falsya la..3 tahun beza pun tua jugak kan..wakakakkaa..*gurau2 je ngn kakak ari khamis nie..kihkihkih..

PeRdU cINta said...

Tua kaya tak pe kan...hihi...adik...adik...begitulah ragam anak anak sekarang kak..melucukan..betul..PC pun bila keluar baik dengan suami atau keluarga..macam mana pun nak beli sikit makanan dari luar..wakau untuk kunyah kunyah je..

ANIM said...

haha...memang camtulah kakzakie. itu pun dah jadi tabiat saya. asal keluar mesti makan, asal makan je keluar..hee

rezeki adik murah tu. pasti Allah campakkan rasa ihsan pada wanita itu untuk beri pada adik. syukur alhamdulillah...

Dr Singa said...

bahagian atas tu lah yang senang nak di kaut untuk makan

Nurulhuda Abdul Latip said...

Betul la kak, kalau makan kat rumah lebih terjamin kebersihannya tapi bila dah keluar laju je nak makan kat luar kan, saya pun kadang mcam tu hehe..Wah adik cakap camtu ke? Hehehe

Malinda said...

pestime saya dengo pasal makan atas isi kelapa tu bole dapat somi tua kak...kikiki...kelako le pulak...bukan akak je camtu kot kiteorang pon sama je 2x5...asal keluar je kompom kene manak2 dulu baru balik...penah gak saya masak makan sebelom jenjalan dgn harapan tak payah mkn kat luar tapi hampeh sebab sebuk gak anak2 bising ckp lapo...cisss! tak menjadi rancangan saya...hahaha

adarnadzmie said...

gelak sendiri saya pasal jgn makan atas isi kelapa takut dpt suami tua.... hahaa.... mcm lawak la pulak kan.... mcm2 pesanan org tua2 dulu kan kak.... kalau ikutkan di situlah yg paling sedap dan yg paling org rebutkan...

anak2 ni kalau dirumah kena jer paksa makan... bila keluar jalan2 mulut sebut lapar selalu...hahaa... memang semua budak2 mcm tu kan kak...hahaa

paridah said...

rezki Allah nk beri xkira siapa n masa...masa muda air kelapa patut diminum banyak2 sbb bila dh berusia pantang pula...bimbang sakit urat.

che mid said...

Seronok dapat beli apa yang anak hajatkan. Itu tandanya kita mampu.. alhamdulillah.
Oh tak pernah dengar pulak tentang kelapa tu kak ha ha ha..

insan marhaen said...

suami yang susah dicari sepertinya... tahu apa yang terbaik untuk isi masa menunggu....

Time Traveller said...

Apa yang kita makan ianya akan menjadi darah daging kita.. so nak elok makan lah yg elok dari tukang masak nyer.. bahan nyer.. dan tempat nyer.. moga2 kita mendapat keberkatan :D

Zaitun said...

Orang dulu2 memang banyak pantang larangnya.
Kak Zai pun macam tu Klau keluar mesti makan sebelum balik.

Daddy Ziyyad said...

Pandai adik bagi jawapan...hahahhaa..

Sebiji kelapa macam tu berapa RM kak zakie?

Kesuma Angsana said...

salam kak.. alhamdulillah murah rezeki yg memberi tu yer.. KA pun kdg2 malam2 hari pun duk mengorder air kelapa muda he3

Hanis Azla said...

As-salam,

Kalau nak beramal, di mana2 pun boleh kan kak.. seronok baca kisah sembang2 keluarga akak ni.. semoga semuanya terus berbahagia.. insyaALLAH..

Mummydearie said...

Mudah sebenarnya nak dapat pahala nikan, kak. Dalam pada bersantai macam tu pun boleh buat pahala. Untung makcik tu dapat pahala extra!

Biasalah kak kalau dah keluar tu memang mencari makan juga walaupun pada asalnya tak termasuk pun dalam itinerary keluar rumah ^_^ Saya ni kalau dah keluar, memanglah tak masak. Kecuali tahap rajin tu membuak-buak, dah makan di luar pun saya balik masak lagi. Very rare situationlah, kak ^_^

idzwa kamaruddin said...

Ohh alhamdulillah murah rezeki adik..murahkan lagi rezeki yg makcik bagi tu :)

Zee Suhaini said...

orang dulu banyak pantang larangnya..
skarang jarang dah nak ikut..tengok keadaan dulu camaner..

amirah said...

takpela kak...rezeki tu dpt mkn kat luar..hihi..yg penting kena carik yg bersih..

Qhaifa Nur said...

Skrg ni berlumba2 org nk buat pahala...smua rezeki allah, rezeki adik juga...

Kadangkala teringin nk makan luar...kena tgk tmpt juga kan kak...pesan org dulu2 mungkin ada betulnya kan...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok sekali sekala makan kat luar sambil bershopping dengan anak-anak.
Rehatkan diri dan minda.
Betul tu akak. Penyakit banyak bermula dari perut. Sebab itu dalam Islam menggalakkan kita baca doa makan, berhenti sebelum kenyang dan makan makanan yang halal dan diyakini. Insyallah akan ada kebaikanya.

Fiza Rahman said...

Sekali sekala makan luar tak per kak...hehehe...

Alhamdulillah...rezeki adik dapat eskem free.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Zakie..kat tpt atie pon MIL panggil degan.Hehe...

Sura Mohd said...

sama jer kita ni..kalau dah keluar takdenya nak balik makan kat rumah...apapun seronok sangat time makan ni bila semua ada..kak..sura pon sama..suka sangat air kelapa..kalau ke Kuala Pilah..memang banyak orang berniaga tepi jalan..memang x lepaskan peluang..puas minum..:)

eelobor said...

oh....air kepala. nikmatnya terasa. lagi 2 minggu balik kampung nak minum puas2

Nooriah Abdullah said...

alhamdulillah kakzakie rezeki adiklah tu kan bkn senang nk dpt free walaupun aiskrim kan
yelah kakzakie kdg boring jugak kalau keluar tk mkn luar kan, kadang2 nk raikan busday ke ape2 mesti mkn luar mcm dh jdi lumrah la pulak

gadisBunga™ said...

rindu adik dan keletahnya. dah anak dara dah dia kan?

Normala Saad said...

mm..baru 1st time dengar bahagian atas kelapa jgn makan...tapi bahagian tu yang sedap..lembut..

TukangKebun said...

Tukang kebun masih study macammana nak nilai kelapa di tandan pokok mana yang paling sesuai untuk dipetik.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Betullah kata hukama` "Jika kamu tidak tahu alamat rumah rezekimu, sesungguhnya rezekimu mengetahui di mana alamat rumahmu.." Alhamdulillah.
Duk kampung dulu,nak minum air kelapa kait je belakang rumah, sekarang ni kena beli pulak...Tang kelapa yang sebelah atas tu saya ada memori mengenainya masa buddak-budak dahulu....hehe

Yana Yani said...

syoklah adik dapat aiskrim percuma =)

saya kurang gemar air kelapa
makanya mungkin apa yang dikatakan oleh orang tua dulu
tidak penah saya dengari...hehe

agak jarang makan diluar dah kebelakangan ni
pada saya sekali sekala tu tak mengapa kak =)

HeNRieTTa JoSe said...

hehehe....benar jga kata adeq, tua tapi kaya xmengapa....maaf rietta gurau saja...moga segalanya baek baek saja...

hainom OKje said...

Hihi...lama tak dengar perkataan degan kanda .....
Dulu masa kecik biasa sangat dgn perkataan tu.
Sama jer mcm dinda ni, kadang kadang mmg sengaja nak makan kat luar, bukan sebab melangkah keluar rumah hihi.....

Tak pernah pulak dengar pasal petua org tua tua tu. Mungkin belah pontian jer kot petua tu kanda hihi

hainom OKje said...

Hihi...lama tak dengar perkataan degan kanda .....
Dulu masa kecik biasa sangat dgn perkataan tu.
Sama jer mcm dinda ni, kadang kadang mmg sengaja nak makan kat luar, bukan sebab melangkah keluar rumah hihi.....

Tak pernah pulak dengar pasal petua org tua tua tu. Mungkin belah pontian jer kot petua tu kanda hihi

LM said...

Kelapa tu kalau dpt yg muda bestnya kan kak? Biasanya klu g pasar borong suami tlg pilihkan. Saya x reti pilih.

Saya pun kalau keluar mmg nk carik makan juga. Mungkin saja nk tukar angin sbb dah masak dari isnin ke jumaat kot? Ye lah kalau sekolah masak bekal dari pg smpilah menu ptg dan mlm tu yg bila cuti mula nk gantung kuali

Raihanah Ahmad said...

Rezeki adik dpt free aiskrim, banyak cara utk kita dapat pahala

Etuza Etuza said...

Sesekali minum air kelapa pencuci usus..minuman orginal..kan

nini said...

Boleh pulak kalo maka dapat laki tua..hahaha

Ahlam Miera Shafie said...

alhamdulillah murah rezeki adik... xprnah dgr lagi yg pasal mkn isi atas kelapa tu dpt suami tua.. hehehehe kelakor lak...