Ini adalah salah satu tradisi bangsaku yang tidak boleh dielak. Melahirkan rasa kesyukuran di atas nikmat yang Allah berikan dengan cara tersendiri. Ada yang melahirkan rasa kesyukuran dengan memasak bubur pulut merah. Pulut yang dimasak dengan air gula merah dan santan. Kemudian apabila mahu dihidang atau diagihkan diletak sejemput pulut putih di bahagian atas/tengah pulut merah tersebut. Ada juga yang melahirkannya dengan membuat pulut kuning. Walaupun untuk masa kini pulut kuning sudah mudah diperolehi apa lagi sudah ada yang membuka kedai/business menjual pulut kuning dengan berbagai jenis padanan, namun aku tetap melegasikan kesyukuran dengan membuat pulut kuning.
|
1. Pengukus dua tingkat ini setakat 10kg beras pulut boleh muat lagi |
Bukan selalu aku gunakan pengukus ini kerana biasa yang aku gunakan pengukus Amway yang comel. Setakat untuk kami sekeluarga sudah cukup. Tetapi untuk mengukus banyak kenalah gunakan yang besar ini.
|
2. Pulut kuning yang sudah siap. Setelah direndam dengan serbuk kunyit. Bersihkan sebelum masuk di pengukus yang dialas dengan daun pisang. Sebelum itu sediakan sedikit halia, bawang putih dan garam - tumbuk saja dengan lesung. Masukkan kesemua yang ditumbuk tadi ke dalam santan yang akan digunakan untuk disiram/renjis ke atas pulut yang akan dikukus. Lakukan selalu sehingga pulut betul-betul masak. |
|
3. Sambal goreng dengan masyarakat Johor tidak boleh dipisahkan. Bahan digunakan bukanlah susah. Tauhu, tempe, suhoon, fucuk, udang, kacang panjang, kobis, kentang dan boleh juga kalau mahu ditambah apa juga sayuran yang digemari. Blend cili kering, halia, lengkuas, serai, bawang kecil, bawang putih dan udang kering. Hiriskan cili merah dan bawang besar . Tumis yang diblend tadi dan bila sudah naik minyak baru masukkan cili dan bawang besar yang dimayang tadi. Tauhu, kentang dan tempe yang telah digoreng awal tadi masukkan semua satu persatu. Curah santan sedikit masukkan sayuran, suhoon dan fucuk yang telah direndam awal. Gaul-gaul sehingga sebati, masukkan garam & gula. Siap! |
|
4. Rendang tok. Pasti bila sudah jadi mak-mak sudah arif bahan untuk rendang tok. Sama seperti biasa. Apa yg penting daun kunyit dan daun limau purut jangan lupa. Cili kering,, bawang-bawang, halia, serai, ketumbar, jintan, 4 sekawan, rempah kari semua kena ada. Begitu juga kerisik bila sudah agak pekat masuk kerisik barulah terasa enaknya. |
|
5. Agara-agar santan. Terlanjur banyak santan masak sekali agar-agar santan ini. Rebus agar-agar tali tiga peket masukkan gula melaka 4 ketul dan sedikit gula pasir. Bila sudah masak sepenuhnya masukkan santan sampai mendidih agak lama. Tuang dalam loyang bila sejuk akan jadi dua lapisan. |
|
6. Masukkan dalam bekas kesemuanya |
|
7. Siap untuk diedarkan kepada jiran tetangga. |
Ada juga yang menzahirkan kesyukuran ini kerana menunaikan nazar yang telah dipasang. Oleh itu kesyukuran yang diniatkan nazar bukan sekadar amalan tradisi bahkan sudah menjadi wajib. Semoga apa juga tindakan dan perlakuan mendapat redhaNya.
~~ Tradisi yang tidak melanggar syari'at tidak menjadi masalah asal saja perlakuan di atas landasan lagi. ~~
60 comments:
Tanda kesyukuran kita dgn sesuatu kejayaan kan kakzakie..
Arwah mak saya dulu2 pun suka buat pulut kuning dan rendang utk dihantar ke masjid dan diberi kpd jiran2.
Tradisi yg tidak melanggar syariat kan kak..
Alhamdulillah..
saya masih mencari pengukus macam ni.. kat rumah tu kecik plak..buat kek..kek x boleh nak kembang besar
tanda kesyukuran dengan rezeki yang Allah beri, kongsikan pula dengan orang lain..indahnya jalinan ukhuwah...moga tradisi seperti ini dapat menjadi ikutan
di pejabat hari ini juga buat makan2 ada pulut kuning rendang ayam..rezeki dikongsi sahabat,moga bertambah murah rezekinya.
Alhamdulillah. Pagi2 saya dah dapat baca sesuatu yang membuatkan saya juga kadang2 terlepas pandang dengan melahirkan rasa kesyukuran. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, saya juga nak buat amalan yang sama. Tradisi ini bukan setakat melahirkan kesyukuran, niat untuk sedekat seperti di hari Jumaat yang mulia seperti hari ini juga kita boleh. Kan Kak Zakie? :)
bulan depan anak sedara nak bersunat, boleh gak buat gini..kena rajin membungkus la
Alhamdulillah....Berkongsi rezeki dan rasa syukur dengan yang lain. Saya kalau buat pulut masuk dalam loyang je kak.Dan kukus dalam pengukus besar.Senang sebenarnya kan kak buat pulut ni.Rajin ngan malas je. Makan dengan kari dan rendang sedapnya kak.
semoga kak zakie sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki...
alhamduillah..
Salam Jumaat,kak..sedap..pulut kuning makan dgn rendang tok dan sambal goreng..
Sebagai tanda kesyukuran kan Kak..moga bertambah2 rezeki kak sekeluarga..Alhamdulillah..
dah lama tak mkn pulut kuning..:)
adat bersendikan agama mmg patut dipraktikan...syukur alhamdulillah rezki yang Allah beri sambil berkongsi dgn yg lain.
Salam. Tradisi kita lebih kurang sama. KA pun begitu kalau tidak dimasak dan disedekahkan , KA akan buat sedikit kenduri kesyukuran dan jemput saudara dan rakan taulan bersama. Menzahirkan kesyukuran kita !
sedapnya pulut kuning.. betul laa tu kak, ble ade majlis kesyukuran pulut kuning biasa jadi hidangan..")
alhamdulillah..pulut kuning dan kesyukuran tak boleh lagi dipisahkan dalam masyarakat kita kan kak..moga sehingga anak cucu kita akan ada tradisi ni..kalau dekat dah mintak sikit sambal goreng tu kak.hehe
syukur bersedekah hari Jumaat ni..kak baru tahu pulut kuning makan dengan sambal goreng begitu...kat tempat kak makan dengan kari daging, ayam atau telur je..
semuanya mengoda ...bila tengok kat Zakie masak ni..teringat pulak dah lama tak masak pulut kuning..tradisi buat pulut kuning tanda kesyukuran sampai sekarang diteruskan..mak sura dulu2 suka buat pulut kuning..
*tengok pengukus kak Zakie teringat pulak pengukus baru Sura beli kat bebas cukai ..bila nak buat perasmian entah..
Alhamdulillah.
Saya pun ada pengukus mcm tu, saiz sedang, dulu2 saya buat lepat pisang tumpang letak kt gerai kwn jual kt pasar mlm, hi hi
Assalamualaikum dear Kak zakie, rindu kak zakie dan TN, info berfaedah betul mengoda tengok kata sura :) caption gambar ada info tu rasa macam nak buat agar2 :)
sedapnya nmpk pulut dgn lauk2 ni kak..
Alhamdulillah, moga sentiasa dimurahkan rezeki..
Berangan sat.. " andainya saya berjiran dgn k.zakie ......"
wah pulut kuning
ye..tradisi sejak dulu menggambarkan
sesuatu kejayaan atau kesyukuran
nak sebungkus kak! =)
yummy...teringat zaman mengaji al quran di kampung...sentiasa ada yang membawa pulut kuning...rindu pula kenangan dulu...
Sedapnya kandaaaa......
Tang rendang tu mmg nampak menyelerakan . Teringin pulak nak masak rendang. Ayam kampung ke kanda?
Hari tu dinda baru buat bubur merah, boypren teringin
sedapnye pulut kuning ngan rendang..nyumnyum..
'Rezeki Allah untuk dikongsi', semoga Allah melimpahkan rahmatnya... :)
Sambal goreng tu kakcik sangat suka, enak makan begitu sahaja.
Sedapnya kandaaaa......
Tang rendang tu mmg nampak menyelerakan . Teringin pulak nak masak rendang. Ayam kampung ke kanda?
Hari tu dinda baru buat bubur merah, boypren teringin
bersyukur sambil bersedekah...alhamdulillah semua nampak sedap2...lagi2 sambal goreng dan lengkong santan yg macam mil saya selalu masak...moga bertambah murah rezeki akak anak beranak lepas ni...mesti seronok jiran2 akak terima bekas yg ada bermacam hidangan...rasa cam nak mintak sebekas tapi jauh le pulak...kikiki
Alhamdulillah... Smoga bertambah murah rezeki Akk & family. Sedap nya pulut kuning ngan rendang.
tanda kesyukuran kan kak... seronok dana kalu balik kg ada bt kenduri tahlil ke apa2 kenduri pastu ada bungkus2 berkat nk bg jiran2 n sedara mara kt kg... seronok masak banyak2 pastu bg kt org
dibungkus dan diedarkan.. tidak makan sekali di rumah kakak.. sedapnya tgk rendang tok tu..
teringin nk wat camni jer. Takyah nak susah2 ajak dtg rumah kan
bila tengok pulut tu.... terliur sangat2 la pulak
Syukur Alhamdulillah.
Lapar sangat pula rasa perut ni tengok hasil tangan Kak Zakie.
betul kak..bubur merah,,pulut kuning sinonim dah dengan bangsa Johor..orang jawa panggil "bancaan" kan kak..walau pun hanya untuk agih beberapa buah rumah..sebagai sedekah kerana tanda syukur atas rezeki dan kegembiraan..
orang jawa masih kekal dengan tradisinya...bubur pulut merah..
alahai rindunya nak makan..
lahirkan kesyukuran dengan mengedarkan kepada jiran tetangga dengan makanan yang dimasak sendiri...
tu yang pasti melekat dihati..kerana kasih sayang, nikmat syukur adalah antara bahan yang di"masak" bersama
Sedap tu pulut kuning
selamat mlm kakzakie
teeliurlah tengok pulut kuning tu
Alhamdulillah dah selesai nazar kan
mesti sedap org yg makan nya ni kan
Kak zakie saya baru buat pulut kuning jga utk kenduri kesyukuran Iman siang tadi
Sangat suka dengan pulut kuning.....dengan sambal telur pun jadi....
Alhamdullilah rzki dikongsi bersama..
Rajinnya akk Bungkus satu satu. Senang nak bagi jiran kan.
Sedapnya juadah semua tu kak zakie. Terliur tgk lauk pauknya juga.
Dulu masa kecik2 kalau hari lahir kami mesti mak buat bubur merah bubur putih juga. Arwah nenek(sblh ayah) akan bising kalau ada apa2 kejayaan atau berita gembira tak buat bubur utk agih pd jiran2
kat rumah ada stu. tapi dah tak una lagi sebab tukang masaknya dah gantung senduk...he...
Betul kak..pulut kuning dengan bubur merah tradisi sambil niat sedekah
Alhamdulillah...murah rezeki akak..selalunya jemput orang datang rumah je.. tapi bagi kat jiran-jiran pun macam seronok je kak..mesti yang menerimanya bersyukur sangat2 kan...:)
KZ kalau KN kan dah terbiasa dengan makanan tradisi jawa ni... sambal goreng tempe, tempe lah,nasi ambeng lah dan banyak lagi... dah biasa bercampur orang jawa walaupun bukan yang berasal dari johor...
Assalamualaikum kak,
Demikianlah org dulu2 menzahirkan rasa syukur. Saya sempat melalui zaman itu, nostalgia sungguh. khatam quran, berlimau khatam silat, lulus periksa, nak berangkat sambung belajar dll semuanya buat pulut kuning yang kemudiannya diagih ke rumah jiran-jiran...
Allahu rabbi, suka sangat saya dengan pulut kuning ni yang diganding dengan gulai daging, terutama buatan air tangan arwah bonda.
##al-fatihan buat ayahanda dan bonda..
Sedap nampak pulut kuning tambah dengan sambal johor. Sedap,boleh buat berair mulut bila melihatnya.
Sedap nampak pulut kuning tambah dengan sambal johor. Sedap,boleh buat berair mulut bila melihatnya.
Amalan yang Allah SWT suka. Memberi makan kepada orang lain. Dapat menambah keberkahan rezeki yang diperolehi.
murah rezeki akak buat pulut kuning dan di sedekahkan pd jiran tetanggga.... saya pun nak jadi jiran akak...hehee
periuk kukusa setiap rumah wajib ada... memang x boleh dipisahkan dgn kita yg bergelar mak2 ni....betulkan akak...:)
pulut kuning selalu jd pilihan masyarakat kita utk bgi org makan utk menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah SWT...dan rezeki yg ada kita kongsikan bersama...moga bertambah rezeki kak zakie....aminnnn
Allah allah sedap nyer pulut kuning dgn sambal goreng! Makanan kesukaan syakirah dan mama dia nie :)
asalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sedapnya pulut kuning tu..
asalam..wah banyaknya tu..sedekah ke..alhamdulillah
Sangattttt sukeee makanpulut kuning hokaiii...taopi tempat kami dipanggil nasi kunyit..hehe
sedapnya pulut kuning... lama xmakn lagi2 dgn rendang... alhamdulillah moga diprmudahkan segala hajat dihati akak dan keluarga..
Kiranya ini akak bernazar kerana Adik dapat keputusan cemerlang dalam UPSRlah ya. Saya cukup sukalah sambal goreng walaupun jenuh saya nak memilih dan tolak tepi pinggan apa yang saya tak suka makan. Yang penting, suun memang sedap!
Alhamdulillah...
Kakkkk...sedap nya....
Rindu nk mkn sambal tempe johor... nyum nyum nyum
alhamdulillah
saya suka sambal goreng tu
pulut kuning pon sedap.lama dh x buat ni
kakak, adik dapat berapa A ?
Assalammualaikum kak..
Sedapnya semua tu. Fav..
Rezeki si penerima.. :)
Dimasak dgn pnuh kasih syng.. :)
Post a Comment