Thursday, February 4, 2016

Tangisan di hujung talian

Sedang berdoa selepas solat Zuhor telefon berdering. Baru mahu disambut sudah terhenti. Sambung lagi berdoa tetapi sudah tidak khusyuk bila nombor yang tertera adalah nombor telefon awam asrama adik. Pasti ada sesuatu yang penting kalau tidak adik sudah arif waktu ini adalah waktu mama bersolat. Terus saja taqobbalallah tutup membaca doa sambil menanti panggilan adik sambil mengoles compact powder di pipi tua ini.

"Locker almari adik terkunci, Kunci adik hilang". Tangisan di hujung talian membuat hati aku tidak tentu-arah. Naluri aku sudah terasa dari awal lagi pasti ada yang tidak kena. Adik juga sedar bila telefon tidak bersambut tahulah yang mama sedang bersolat. Memujuklah aku melalui talian. "Adik cuba pinjam pisau dari makcik kantin, buka screwnya." Aku cuba memujuk dan mengajar apa yang terfikir di benak. Bimbang juga sebab kerja-kerja begini manalah adik pernah buat. "Jangan nangis, malu kalau kawan-kawan nampak. Cuba dulu nanti call mama balik". Selepas itu kami hentikan perbualan.

Tidak sampai 10 minit telefon berdering lagi. Suara ceria di hujung talian mengatakan kakak tingkatan 5 yang membantunya dan pastinya membuat aku sangat lega. Aku sudah terfikir apabila pergi menjemput adik untuk cuti Tahun Baru Cina esok, pasti akan aku belikan sesuatu buat anak itu. Bantuan yang sangat bermakna sudah diberikan olehnya amat kami hargai.

Adik dengan sahabatnya - Dari mereka berempat ini tiga masih belajar di sekolah dan asrama yang sama. Dorm saja tidak sama. Hanya Yana terpisah (berbaju belang hitam putih bersekolah di Maahad Mersing). Aku selalu merindui mereka semua.
Aku bersyukur lingkungan sahabat dan pembelajaran adik di situ tidak ada masalah. Cuma adik kurang selesa di sini, setiap kali jika mahu ke bilik mandi dia perlu berkawan. Sudah dua kali waktu malam sebelum tidur ketika mahu buang air adik terdengar bunyi air seperti orang mandi tetapi hakikatnya tiada. Kawan adik pun sudah terkena sama. Oleh sebab itu masing-masing mesti berteman apabila mahu ke bilik mandi.

Esok bersempena majlis maulidurrasul sekolah, adik diminta oleh pihak sekolah untuk membuat persembahan membaca Al-Quran atau berzanji. Adik memilih membaca berzanji sebab jika uzur masih boleh membaca lagi. Bermakna esok merupakan hari pertama adik naik pentas untuk sekolah barunya. Malu dan berdebar katanya sebab ramai kakak/abang yang lebih pandai tidak tahu mengapa cikgu memilih adik yang baru tingkatan satu. Aku sudah berpesan tidak perlu mengalun tarranum ras atau bayati tetapi bawa saja tarranum sikah. Tarranum sikah ini tarranum yang biasanya aku ajar buat anak-anak yang baru mengenal tarranum. Tidak sabar menanti esok petang pasti banyak cerita adik.

 ~~ Anak walau besar mana pun tetap mama juga sebagai rujukan bila bermasalah.~~


38 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah ada kakak yang membantu adik. Tinggal di asrama macam-macam kena buat sendiri. Insyallah nanti ada dapat biasakan diri. Teringat kisah saya tinggal di asrama juga sejak tingkatan 1 lagi. Macam-macam kerenah boleh jumpa.

Semoga adik berjaya membuat persembahan pertama tarranum sikah esok. Hebat adik dapat peluang macam ni.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kalau panggil tukang kunci, berpuluh2 ringgit dia caj. Alhamdulillah ada senior baik ati nk tlg ye. Memang perlu kena bagi cenderahati nmpknya tu Kak Zakie.. hihi.

Puan Eka said...

Alhamdulillah ada yang membantu.

Bait tulisan terakhir akak. Memang ebnar. Saya yg sudah kahwin sudah beranak satu ini pun, jika ada sebarang masalah. Emak juga dituju. Dengar katanya saja hati sudah sedikit lega. Hehehe.

Malinda said...

sian adik mesti dia panik bila kunci hilang...nasib baik ada kakak senior yg sudi nak tolong...gitu la kalau anak2 belajar jauh sesekali mengadu nasib mesti runtun hati ibu yg mendengar...kalau ada sayap mesti masa tu jugak rase nak je terbang laju2...mesti sedap suara adik berzanji pasal tu adik jadi pilihan cikgu2 di sekolah...semoga segalanya lancar esok :)

Mar Mansor said...

bertuahnya adik dapat mama yang pandai mengajar ngaji..pandai bertaranum..

saniahibrahim said...

Alhamdulillah adek dpt atasi kesulitan....
#terimakasih kakzakie atas ingatan....itupun sudah cukup bagi saya.tatakala kakzakie tanya masuk wad bila,berdebar juga hati nk temui org yg saya kagumi.

eelobor said...

bertuah betul anak-anak bila dapat belajar dari ibu atau ayah sendiri terutama mengaji apatah lagi bila ditambah bab2 tarannum. Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah

Umialya said...

Alhamdulillah semangat kerjasama tu penting..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah...semoga semuanya berjalan dgn lancar...:)
kalau nieyl pulak,skrg nie nieyl happy bila mak nieyl dah duduk dgn nieyl..
tercapai jugak niat nieyl nak jaga mak ngan ayah..walaupun mereka berdua masih sihat Alhamdulillah...:), kalau boring² ada jugak kawan nak sembang...ajak keluar ke kan...:)

Zaitun said...

Kesian adik nasib baik ada senior yang nak tolong. Memang susah hati klau anak2 jauh lepas tu ada masaalah.Seronok kak Zai dengar adik pandai bertaranum ke mana tumpahnya kuah klau tidak ke nasi kan.

Nor Azimah Ali said...

Alhamdulillah selesai yea, begitulah hidup di asrama, mesti ada tlg menolong, dan Alhmdulillah juga tkde kes buli2 kan.

monalea said...

Mesti panik dia kan kak. maknya pun jadi resah dna gelisah. Alhamdulillah ada yang membantu

Mummydearie said...

Memang betul, kak. Anak-anak kalau ada masalah, tentu emaklah yang dituju dulu. Emak memang selalu bersedia mendengar keluh-kesah anak-anak ^_^ Kalau saya pun tentu jadi tak tentu arah bila dengar anak menangis di talian. Dahlah takda depan mata, lagilah berdebar hati ni. Kalau tengah solat pun kemungkinan besarlah tak khusyuk jadinya risaukan si anak.

Bab 'seram' di asrama tu perkara biasalah, kak. Cuma bernasib baik atau tidak je bila melalui pengalaman macam ni. Saya dulu pun pernah kena tapi alhamdulillah, dengar aje, nampaknya tidak. Kalau nampak, tak tahulah saya nak buat macamana!

anyss said...

Assalamualaikum,
kehidupan di asrama banyak mengajar kita untuk berdikari...insha allah, adik boleh!

Aziela said...

Alhamdulillah...kejadian pertama seperti itu lah. Adik di sekolah mana, kak? Sakti yer kakak? Bunyian di asrama ialah lumrah...hihihi. Adam pernah sekali ada kejadian kunci yg sama. Mujur kami bawa kunci spare dlm kereta. Lepas tu, kami sediakan satu set kunci spare, plasterkan bawah locker. Kalau hilang set kunci utama, tonggengkan locker dan ambil kunci spare itu.
Hari ni, adik bertambah femes yer kakak. Peluang yg baik ni.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah.. Ada yg membantu adik bila ada masalah tu kakzakie..
Memang risau kita mak2 ni mendengar anak2 ada masalah..
Cepat jer hati nak kesana menengoknya..

Kak Nabilah sepanjang tinggal di Madrasah tu, ada juga cerita berkenaan gangguan ni..
Ustazah ajarlah ayat2 yg menghindari gangguan tu..
Cerita kak nabilah lagi seram..
Dia kata kawan dia yg sorang tu hijab dia terbuka..
Boleh nampak benda-benda ni..
Setakat yg kawan dia nampak adalah lembaga nenek tua duduk ditangga tu..
Tapi tak lah mengganggu anak2 dimadrasah tu..

Izwa Kamaruddin said...

sobs~ kiter pulak yang sebak terasa-rasa mcm nak pegi peluk adik :( macam mana ye kak perasaan seorg mak biler berjauhan dgn anak? cuba la akak ceritakan boleh buaat sebagai persediaan utk izwa nanti..sobs~

babYpose said...

Pandainya adik terpilih berterannum, aunty kagum dengan didikkan mama adik. Alhamdulillah ada pertolongan dari senior.

Lydia Miza said...

Alhamdulillah kakak form5 tlg adik. Siannye adik, mamanya pasti tak keruan sbb memikirkan sian adik nk ambik brg pun x blh kan kak..

Bestnya kwn baik adik dpt sek yg sama, maisarah tu agak cuai sbb tu kami bg dia mangga jenis letak cod nmbr tu sbb cermin mata dan jam pun dia lupa letak mana klu lat umah. Klu kunci entah mana dia tinggalkan matilah ummi nk kena kopakkan loker dia nnt. Kikiki.

Asrama maisarah pun ada sesuatu. Hari tu dia kejut kwn bgn pg. kwn bukak mata , tp mata hitam takda. Dari bwh mata smpi tepi pipi budak tu hitam.pas budak tu tenung maisarah terus dia sambung tido balik. Bila dia bgn tak lama tu maisrah cerita dia kata takda pun dia bgn td. Rupanya ramai yg kena ganggu sblm maisarah kena

adarnadzmie said...

klu saya pun nangis jugak kak klu berapa tempat adik.... mana x panik kan...hehee...nasib baik ada kakak tolongkan...

Khairul Bariah said...

Biasa lah kak, anak2 bila ada masalah walaupun nampak kecil atau remeh tetap akan mencari ibu dahulu berbanding bapa mereka.
Saya sendiri dan anak2 saya pun begitu juga..

Kita pula sebagai ibu sentiasa akan bimbang bila anak ditimpa masalah..

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..moga Allah permudahkan setiap urusan adik di asrama kak...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...ada yang membantu. Good luck untuk adik esok.

Normala Saad said...

Anak2 saya belum pernah berjauhan lama dengan saya..ada pun 2 orang ja. Perempuan pula tu...sebagai ibu kalau boleh saya nak mereka berdekatan sentiasa sampai buat syarat kat adik...bakal suami nak orang setempat ja..dah kawin pun mesti duk dekat mak juga...adoii..kejam juga syarat saya tu...tapi jodol, ajal & maut tu siapa yang boleh tentukan ya...

NEKCIK said...

Syabas ye Dik..insyaallah adik boleh jer berkat tunjuk ajar mama..kan adik anak mama..mestilah isingnya akan tertumpah ke atas kek..kih

She Is Farahain said...

hai , ain datang singgah dan follow sini
salam perkenalan :)

OKje said...

Alahai kesiannya adik, kanda.

Cite cite hantu kat asrama ni mmg biasa. Entah betul entahkan tidak,kadang kadang perasaan sendiri jer kot.

Dinda sebenarnya suka kalau TLBD duduk asrama, biar dia berdikari sikit. Tp yelah bukan rezeki dia. Tak perlah...

Inani Hazwani said...

Itu lah yang best bila duduk asrama. Bila ada masalah mesti ada yang akan tolong :)

Unknown said...

alhamdulillah kakzakie ad8k dh dpt settle, hidup di asrama ni mmg kdg2 tk pernah trfikir prkara ni boleh berlaku syukurlah semangt persahabatan yg akrab dpt settle problem

nhhas said...

Selalu seronok baca kisah tentang adik.
Ter senyum sorang2 saya ...
Adik terpilih sebab adik berbakat.
Ni mesti cikgu adik dgr siaran adik dengan rtm johor tu kan.

Hi hi hi...

All de best adik...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
lama benar saya menyinggah..sibuk hehe
Alhamdulillah, dapat juga buka loker tu, kalau tidak tentu banyak masalah yang lain. Apa pun tahniah adik kerana terpilih untuk naik ke pentas. semoga dipermudahkan urusan...

Bunda_nora said...

KZ...itu adek yang baru tingkatan satu... yang kak ngah anak KN lagi pulak, hari pertama masuk Uni... kes kunci locker tertinggal kat dalam, tak perasan terus tekan lock mangga... so.. sape nak jawab tu... salah sendiri...masa tu KN ngan ayshnyer baru sampai rumah...

Pastu nasib baik ada salah sorang roomate parents nyer masih disitu... bapak kawan tu lah tolongkan... pastu siap belikan kunci mangga baru lagi untuk kak ngah... anak dia senior kak ngah rupanyer... dah ada pengalaman yang sama katanyer... nasib lah ada yang nolong......

Kak ngah sebelum ni memang tak pernah duduk asrama... hai! macam2 kan anak2 ni sementara dorang nak besar dan pandai hidup sendiri...berdikari... sabo jerlah..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..
ada senior membanntu..
semoga adik terus kuat.
mna mana asrama mesti ada kisah sebegitu, kan ! ajak lah berteman.
semoga adik dapat buat dgn baik walaupon afik bru formm 1 tp adik berbakat..

paridah said...

salam jumaat kak zakie..komen smlm xsangkut pula tnet problem pulak.

mohanmendserves@gmail.com said...



Do you need an urgent loan we offer worldwide loan to who in need of loan the business opportunity you having being looking for is here again. email us now at: homefund01@gmail.com
LOAN APPLICATION FORM
1) Full Name:
2) Gender:
3) Loan Amount Needed:.
4) Loan Duration:
5) Country:
6) Home Address:
7) Mobile Number:
8)Monthly Income:
9)Occupation:
)Which did you here about us.

Best Regards.



nohas said...

Alhamdulillah, masalah dpt diselesaikan...
wahh..bestnya dapat berzanji & mengaji dgn taranum..mesti sedap didengar..

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Eye_nee said...

Bila kita baik dgn org..tidak sombong..sering membantu..maka Allah akn permudahkan kesulitan kita kan kak...