Selepas ke pejabat pos membayar bill faciliti rumah dan cukai jalan trooper hubby niat di hati mahu singgah ke pasar. Lupa pula yang setiap hari Isnin pasar basah tempat kami tutup, maklumlah biasa Isnin hari bekerja, kalau tidak kerana Hari Pekerja jatuh hari Ahad mana mungkin aku bercuti di hari Isnin. Terus balik rumah. Masuk ke dapur terpandang oreo anak-anak. Ting! Minda cepat teringat agar-agar oreo yang pernah Kak Reen buat semasa dia cuti dulu. Kelentang-kelentung sendirian, buatlah sebekas besar dan sebekas kecil. Malam anak-anak datang boleh juga buat mereka kunyah-kunyah.
Potong - Sekejap saja agar-agar ini akan membeku. Biskut pun masih rangup lagi. |
Sejuk - Sedia dimakan. Malam budak-budak datang mengaji baru aku potong. Potong besar sikit bagi mereka cepat kenyang:) |
Ada satu anak bertanya "Macamana mama buat?" Alahai anak macamlah awak sudah pandai memasak, mahu membuatnya. Tunggulah besar sikit. Ini mahu tuang air ke dalam gelas pun masih bersepah atas meja berangan mahu buat agar-agar oreo macam mama. Makan sajalah sayang.
~~ Anak-anak yang mengaji apa pun aku buat mesti dikatanya sedap. Mungkin anak-anak bila makan di rumah orang nikmatnya lain.~~
* sebenarnya aku bercuti hari ini menjenguk dan melayan adik yang kurang sihat
40 comments:
Terharunya anak syurga bertanya pasti ingat mama pandai sangat nuat ni berlapis ada oreo di dalam macam mana nuat ni sedap pun sedap tersangat sejuk ada biskut. Special sangat nampak kak zakie, pasti anak-anak kat rumah saya ni pun akan teruja sebab minat oreo. Thanks for sharing dear :)
Typo nuat apa tu hehe "buat" sori :)
amboi sedapnya kakzakie
tgk pun dah terliuq tu...sedap
Amboi membuka selera sungguh...dgn cuaca panas ni..pekena agar2 sejuk mmg mebeles
sedap makan sejuk2 nii
Sedapnya. Makan sejuk memang kena tu. Anak-anak pun dah mula nak belajar nak buat juga tu.
agar2 oreo tu mmg sedap.saya pun kdg2 berebut mkn dgn anak2 hihi
anak2, kalau di rumah org mkn apa pun selera walaupun biskut kering jer, anak2 saya lah tu.
dah post komen baru perasan.
adik tak sihat?
moga adik cepat sembuh ye kak
Salam jumaat...
sedapnya....semoga adik kembali sihat...Aminnn
sedappp...sejuk tekak mkn sejuk2 puding oreo akak nih...
tgk puding akak ni terasa nak cuba jer... hahaa
semua anak2 mcm tu kan kak... klu mkn kt rumah org semuanya sedap... klu dpt biskut kering pun sedap... heheee... saya pun mcm tu gak kak...hahaaaaa
kak zakie ni..mcm tau2 je, baru je dok berangan nak buat sebab kwn bg resepi. Tetiba arini bukak blog akak..terbentang depan mata! :D
nampak sedap tu kak...makan sejuk2 lagi best!!
Assalam kakzakie....ari ni sempat singgah mkn agar2 oreo....hmmmmm yummy...
sweet la keletah anak2 kecil tu...beruntung dia org dpt mama tmpt mengaji mcm kakzakie ni...dpt ilmu dan makan sekali..yg best tu sepahkan rumah pun tkpa.hehehe
bdk2 kak... cakap2nya jujur... kalau sedap di kata sedap, kalu tak sedap laju je mltnya ckp tak sedap hehehhe...
moga adik cpt sihat ye kak
Rajin kak zakie melayan anak2 mengaji ye..
Nikmat agar2 oreo tu hasil tangan mama zakie nya :)
Semoga adik cepat sembuh...
Demam ke adik tu kak..
Nabil semalam doktor suruh dalam 6 minggu ni kena naik berat badan 4 kg iaitu ketahap minimum sebab sekarang nabil underweight..
Banyak yg doktor bagi susunya disuruh minum 3 kali sehari dan vitamin utk tambah selera makan.
SEDAPNYA AGAR2 OREO TU SBB TU SEMUA ANAK2 YG NGAJI PUJI...KALAU XSEDAP NI BUDAK2 NI MKN SIKT JE BANYAK YG DITINGGAL.
memang sedap
Muhammad suka naw agar2 oreo kak.
Mak dia mls nak buat..
sedapnya..oreo ni mkn saja pun sodap..tapi manis sangat..
semoga adik cepat sembuh..
Yang senang tu la yang SA x reti nak buat kak
memang betul2 sedap tu kakzakie..agar2 sejuk lagi la anak2 suka
Kelakar pulak pertanyaan anak tu. Yalah kak, sedap sangat di anak tekaknya. Mungkin nak tau resepi nanti balik boleh suruh emak sendiri pulak buat ^_^
Perangai budak-budak memang macam tu. Apa ada kat rumah orang nampak sedap walaupun setakat biskut tawar aje. Cuba letak di rumah, siapa pun tak mahu usik!
Wowwwwww sedapnya.... nakkkk
cantik akak buat..same jek balance susunan tu...lieya penah buat hahaahahah ....gelak besar bile ingat balik...caca marba jadiknyer...mujur anak2 puji sedap so sejuk sikit hati sesejuk puding oreo baru keluar dari esbok ekekeekekekeke
Tp mmg betullah kanda, jangankan budak kita kalau makan tempat orang mmg sedap memanjang hihi....
agar2 macam ni mmg budak suka kak...pernah gak buat dulu2
tapi kurang cantiklah hehe...
aaa nak ulang buat balik...sedapnya
Mmg mkn kt umh org, mkn luar, mkn kt kenduri semua sdp ajeh, cuma kdg malu nk menambah, melainkan budak mmg tk malu tmbh2 lagi kt umh mama zakie.
Moga adik cpt sihat ye kzakie
Mmg mkn kt umh org, mkn luar, mkn kt kenduri semua sdp ajeh, cuma kdg malu nk menambah, melainkan budak mmg tk malu tmbh2 lagi kt umh mama zakie.
Moga adik cpt sihat ye kzakie
ehh saya pulak rase teringin nak buat sama utk 3 ketul budak kat rumah tu..nak cari bahan la ;) tq kak bagi idea!
Ada sorang kawan dikejiranan saya, kalau ada majlis harijadi dia cukup suka sponsor agar2 oreo satu talam..best kan
cantek berlapis akak buat, puding ni wlpun macam senang nk membuatnya tapi perlu sedikit kesabaran juga, jenis nk cepat macam saya ni, marble jadinya puding oreo saya kak.. hihi
yaya pernah buat 2 3 kali agar-agar lapis oreo ni.
lama sangat dah tak buat...
mood rajin tak datang lagi ni kak..hihi
salam kz ..
tangan penuh keberkatan tu ..
setiap sentuhan jadi sedap ..
Sedapnyaaaa! Makan sejuk-sejuk di tengah hari panas, fuhh pasti tak berganjak..
Allahuakbar..sedapnya...ermmm..ni yang terasa nak buat ni kak... :)
assalamualaikum kakzakie...wah nampak sedap jer ni kak...makan masa cuaca panas2 mcm ni mmg bestkan...:)
Salam akakkk~ ya allah ... Tgk gmbr je dah dpt rasakan macam sedap ... Tq share resepi . Nia boleh try nie . =)
Laju selesai masuk perut kegemaran kanak-KANAK.
alahai sedapnya dimakan..
timw sejuk sejuk mmg laju jek lalu di tekak, kan !!
Post a Comment