Monday, May 9, 2016

Rutin hujung minggu

Salah satu rutin hujung minggu aku selepas berbelanja adalah membersihkan, menyiang dan mengasingkan keperluan asas ketika di dapur ke dalam bekas-bekas transparent. Mudah mata melihat apabila sudah disusun di dalam peti sejuk. Dulu inilah kerja pembantuku yang mesti tidak boleh dielak. Kini semuanya aku buat sendiri. Kena buat di hujung minggu bagi memudahkan bila balik kerja terus ke dapur tidak perlu lagi membuat kerja-kerja rumit ini.

Bawang kecil - Untuk seminggu ini biasanya akan bersisa sebab dibantu dengan bawang besar atau bawang holland.

Garlic - Siap-siap semuanya untuk kegunaan seminggu juga. Biasanya aku lebih banyak menggunakan garlic berbanding bawang kecil sebab biasa bila sudah menggunakan bawang besar atau bawang holland aku sudah tidak menggunakan bawang merah kecil. Masa bersihkan akau tidak buang bahagian hujung bagi mengelakkan ia bercambah. Bila hendak menggunakan baru aku buang hujung atasnya.
Ikan bilis - Rumah kami pengguna ikan bilis tegar. Sebulan kami boleh menghabiskan 1kg ikan bilis. Berbanding udang kering kami lebih suka menggunakan ikan bilis. Ini sebahagian dari 1kg yang sudah siap-siap aku siang. Aku juga lebih suka membersihkan sendiri berbanding membeli ikan bilis yang sudah disiang.

Merah - Cili besar dan cili padi untuk kegunaan seminggu. Tetapi biasanya hingga minggu depan pun masih belum habis. Sebab itulah kena buang tangkai agar cili boleh bertahan lama.

Biji- Setelah siap membersihkan cili kering. Lihatlah dari 300gm cili kering begini banyaknya biji cili yang diperolehi. Kalau mahu berkebun cili pun boleh:)
Sebenarnya halia, kunyit, bawang besar, bawang holland juga sudah aku siap-siap bersihkan. Cili kering juga sudah siap aku blended. Sebab itu balik kerja tugasan memasak sudah tidak perlu mengambil masa yang panjang. Masakan aku juga bukanlah macam mereka yang pakar. Apa yang aku masak sekadar memenuhi selera dan perut seisi keluarga.

~~ Bila sudah tiada pembantu semua ini aku buat sendiri.~~


47 comments:

SIQAHIQA said...

Memudahkan kerja memasak nanti kan kak.. Mama siqah pun buat begini juga. Siqah hanya bab cili kering je. Yang lain bila nak masak baru kupas belaka. Sebab masak pun jarang. Hii.

Alhamdullilah untuk rezeki yang ada. Mereka pasti suka makan hasil air tangan orang tersayang :)

Qhaifa Nur said...

samalah dgn nur kak zakie..
sng kita siap2 bahan lebih awal..nk masak senang...lebih2 lg cili kering...stok utk sebulan...kat rumah ni suka masak bercili

Aryan azra said...

bagus kak buat begini memudahkan kerja kita kan, balik dari kerja capai je bahan2 yangtelah tersedia ni.

Lynn Huraiza said...

rajinnya akak...dah siap sediakan untuk seminggu...part kopek ikan bilis tu yang paling lynn salute tu...lynn beli yang dah siap kopek jer kak...

adarnadzmie said...

bagus kak siang siap2 tuk masak seminggu...mudah nak masak...
biji cili kering tu klu tabur atas tanah mau bercambah pokok cili akak...

lieyalatif said...

ooo kak baru tau kene buat tangkai baru tahan lame yeak...balik umah nanti lieya nak kerja kan cili2 lieya laaa...baru beli 5 bgt cili merah besar...5 bgt cili besar hijau...cili api pun sengenggam tu...tahan le sikit sampai minggu dpn...tq kak bagi tau...kalo tak mmg tak tau....

tu la kak, same laa rutin kite...bezanye lieya kisar semua tu....so ade bekas bawang merah+putih kisar...bekas cili kering kisar...senang nak masak cedok ajek....

betul kate akak..keje kopek2 bawang tu yg renyah sebenarnye...siang2 sayur tu semua.... keja memasak senang jek kalo bende2 tu dah siap awal2....

zmarl (ibu) said...

bila semua dah siap sedia camni senang keje jadiknya kak..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

aina pun buat gini kak.. hehe senang n pantas nak masak. Menurun ajaran mak. Hehehe... kadang kadang cili kering aina blend trus. Tp tu mmg bajet habis dlm tmpoh semggu.. nak masak campak je trus dlm kuali. hihi =D

nohas said...

byk ilmu dapur dpt dipelajari..tq.
suka siang ikan bilis sambil tengok tv..

norhidana said...

semua tuh akak blend siap2 yek kak?

rajin betul... memudahkan kerja kan..
mil dana mmg rajn mcm akak... kalu blik umah mertua dana rajin jgk lah msk kt dapur sbb sume dh siap tinggal campak2 je...

Kak Wawa said...

bagusnyaa akak, siap2 buat semua.. tak yah gaduh2 nak masak kan.

Izwa Kamaruddin said...

MEMUDAHKAN NAK MASAK ZAS ZAS ZAS KAN KAK ;)

tapi part bawang tu memang nangis-nangis la nak kopek! huhuuuu saya adalah penangis kalau kopek bawanngggggg..nangis teruk!

Nieyla Nadia said...

happy mother's day ♥
Biasanya setiap hari ahad..
nieyl ngan mak akan restok bawang putih,halia dan cili kisar..
kisar siap²..masuk dlm tupperware..
nak masak senang,hihi...:)

PeRdU cINta said...

Betul kak...bagus sangat PC yang dah tak bekerja ni pun buat macam akak..mudah terutama bila ada tetamu yang nak datang secara spontan...jimat masa di situ kan kak...guna sikit2 tahan lama..bergantung juga pada menu yang kita masak..tapi biasanya tahan lama..

monalea said...

Saya tak beli lg stok ni kak. Balik dr kuching masih mamai-mamai lg ni

Falsya said...

senang nnt bile nak masak bahan2 dh ade..xyah nak kupas nak siang kan kakak...;D

Kayu Manis said...

Sngkan.kak.tapi nor semua beli yg dh siap kopek termsuk ikan bilis...

Kdg sayur pun beli yg dh siap potong2..cuma bsuh n goreng saja...bz mgalahkn kerja opis..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Samalah rutin hari ahad saya dengan akak tu ..
Tapi saya dapat tip baru dari akak tu..
Jangan dibuang hujung bawang tu ye..
Patutlah saya punya bawang bercambah kakzakie hihihi..
Terima kasih bagi tip tu..

Samalah dengan saya kakzakie..
Ikan bilis adalah perencah tegar saya bila memasak..
Selalunya saya beli 1/2 kg jer kak..
Jenuh nak membelahnya hihihi..

p/s macam mana dengan keadaan adik kak..
Dah sihat dari demamnya..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy biasanya cuma siapkan cili & bwg blend jer Kakzakie.. ikan bilis mmg sy beli yg dah siap kopek.. tapi sy jrg guna ikan bilis, setahun sekilo belum tahu habis, hihi.

paridah said...

DAH SIAPKAN SEMUA KEPERLUAN NAK MASAK MEMUDAHKAN KERJA DIDAPUR...CPT SIAP MASAKANNYA KAN KAKZAKIE.

Fazleyatul Aini said...

sama lah kita kak
dulu tu tugas mak
sekarang kita dah ambil alih
so mak boleh relax2 main dengan cucu dia hihi

Acik Erna said...

acik cili api pun dah siap mesin ngan kunyit kakzakie..walaupun dah tak kerja lagi.cili kering mesin ngan bawang siap2.
kita orang perempuan ni tak je nak jimatkan masa didapurkan kan kakzakie

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kalau dah siap semua bahan tugas memasak akan menadi lebih cpt dan senangkan...:)

sudipVSsenduk said...

dalam peti ais wajib ada botol kisar isi bawang, cili, lengkuas kunyit serai... cantik je tersusun dgn warna berbeza. Nak masak pun senang kan kak.

babYpose said...

Assalamaualaikum Kak Zakie, Alhamdulilah ada tips memudahkan memasak, cili hidup dibuang tangkal tahan lama ye, jarang dah beli cili hidup biasa guna cili kering, kadang cili kering cashew nut untuk kudapan di masak saya pulak :)

wahida said...

saya pulak kalau ikan bilis tak pernah nak siang sendiri...hehe...kemain malas...lagi suka beli yg dah siap disiang...

oo baru saya tahu nak bagi cili tahan lama kena buang tangkainya kak...tq for the tip akak!!

Mar Mansor said...

banyak ye guna ikan bilis kak...
gitulah kan rutin seorang emak

aiezza.sue said...

Grrrrr..geram tengok cili segar akak tu, buh dalam kurma ke kari ke dalam ayam kicap ke.. uishh, efek tgh berpuasa ni dahsyatnya lain macam.. hehe

Fiza Rahman said...

Sama lah kita kak. Weekend dok mengerjakan barang2 basah. Blend bawang siap2. Ikan bilis saya suka beli yang dah siap kopek. Anak2 kecik lagi ni tak cukup masa nak kopek sendiri...hehehe...alasan sangat kan ☺☺

Nor Azimah Ali said...

Saya selalu siap blend bwg, bwg putih, cili je, utk seminggu guna. Dulu siap siang ikan, tapi skrg tak dah, sbb mcm jadi hanyir plak. Setiap yg bergelar ibu ni mesti ada kaedah tersendiri bg memudahkan urusan di dapur.

Nor Azimah Ali said...

Saya selalu siap blend bwg, bwg putih, cili je, utk seminggu guna. Dulu siap siang ikan, tapi skrg tak dah, sbb mcm jadi hanyir plak. Setiap yg bergelar ibu ni mesti ada kaedah tersendiri bg memudahkan urusan di dapur.

Malinda said...

gitu la rutin ibu2 yg bekerja kan kak...cam saya ni takpe sambil lenggang2 kangkung pon takde hal...kikiki...saya pon tak suka ikan bilis yg dah siap berkopek..kadang2 nasib tak baik dapat yg jenis keras kejung...goreng camana pon tetap la keras

Khairul Bariah said...

akak, saya pun sama
hujung2 minggu inilah kerja nya
sampai berpeluh2 satu badan
al-maklumlah takde kipas kat dapur hihi

Umialya said...

Samalah ngn rutin mingguan saya kak zakie, bersihkan bahan mentah.

Kalau daging ayam, biasanya beli ditempat sembelihan, segar untuk dibekukn..

cuma bwg2 & cili, tidak termasuk k dlm senarai, nak guna baru kupas / rebus..

Umialya said...

Samalah ngn rutin mingguan saya kak zakie, bersihkan bahan mentah.

Kalau daging ayam, biasanya beli ditempat sembelihan, segar untuk dibekukn..

cuma bwg2 & cili, tidak termasuk k dlm senarai, nak guna baru kupas / rebus..

macyhumaira said...

sama la kak. dlm peti dh ada siap yg blender. senang nk masak prap2 amik je. lg sng kalo nk perap.. dah la bhn dh ready. dh siap perap esok tinggal bakar je.. cuma rajin ke x je. huhuu

Unknown said...

rajinnya kakzakie
kaknoor cuma buat cili kering je yg diblender
supya senang nak masak
yang lain tu nak guna baru kupas

jie susanos said...

masak sndiri lebih best kak..

jie susanos said...

masak sndiri lebih best kak..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila dah siap macam ni masa lagi dapat jimat bila nak masak kan kakak.

Kamsiah yusoff said...

Saya surirumah pun buat mcm ni jugak kak Zakie...terutamanya cili kering..mmg malas nk blend sikit2..tp bawang tu lps kupas saya tam basuh..terus masukkn dlm tuperware..kalau basuh cepat busuk..nm guna nnt bru basuh

hasliynda umairah beauty said...

rajinnya

amirah said...

waaa...rajinnya akak...sume dah setel...

Mummydearie said...

Saya baru tau kalau lada nak tahan lama, mesti buang tangkainya. TQ ya, kak ^_^

Saya pun buat macam ni. Siap-siap untuk kegunaan seminggu. Senang sikit nak memasak. Kalau tidak, makan masa kan, kak nak potong itu, ini. Saya pun kalau hari biasa, selalunya tiga jenis lauk aje. Takdalah nak masak yang susah-susah. Tak cukup masa!

OKje said...

Tengok bawang kanda tu ....dinda teringat bawang blend dinda yg dah nak habis tu....Malas betul nak mengopek bawang tau kanda. Dinda campurkan je kanda, bawang besar ngan bawang putih, blend sekali. Maklumlah kurang rajin hihi...

TukangKebun said...

Pantas kerja apabila semua dah siap ada. Lebih-lebih lagi bila nak masak masa hari bekerja lepas balik

QasehnyaRania said...

rutin yg sama seperti saya juga.
tapi tak tunggu hari minggu. kekadang tgh tgk tv sambil layan rania bermain, masa itu jugalah sesambil kopek itu ini.

rutin sebegini bukan sahaja sesuaii utk golongan ibu ibu bekerja tp utk suri rumah yg masih punyai anak kecil. mmg kerja jadi lebih pantas.
tak perlu buang masa lelama di dapur..
kene sap sap soi je. hiks.