Tuesday, May 3, 2016

Singgah sebentar menikmati KR

Cuti tiga hari lepas kami penuhi keperluan buat Kak Meen dan adik sebelum kembali semula ke sekolah. Mencari stationery dan membuat name-tag tetapi name-tag magnet tiadalah pula. Anak-anak tidak suka yang jenis pin. Biasalah anak perempuan agak cerewet sebab pin boleh membuat tudung berlubang. Tidak mendapat name-tag yang dikehendaki tetapi novel dan alat tulis semuanya dapat sebagaimama diperlukan.

Bila keluar tidak sah jika tidak singgah mengisi perut. Kami singgah di Kenny Roger Roasters.

Pilihan mama - Sebenarnya mama tidak lapar tetapi kena juga makan. 

Kak Meen - Chicken salad. Kak Meen sebenarnya sedang diet. Dari Januari hingga kini dia sudah dapat turunkan 2kg. Pada aku tidaklah gemuk mana pun tapi tetap katanya mahu turunkan lagi berat badannya. Sekarang size sudah hampir sama dengan adik.

Adik punya - Tetapi saladnya mama dan papa yang tolong habiskan.

Pilihan papa - Termasuk papa black-pepper tidak pernah lari dari pilihan keluarga kami

Kak Mira punya - Sejak tinggal bersama kami Kak Mira sudah arif benar apabila keluar saja dari rumah pasti makan kami memanglah di luar.

Muffin - Bawa balik sehingga hari ini masih ada lagi seketul di dalam fridge di rumah

Adik - Biasalah walaupun pilihan lain papa punya tetap teringin untuk dinikmatinya. Merasa spaghetti papa sebelum pesanannya tiba.
Tiga hari bercuti tetapi letihnya mengalahkan hari bekerja. Tidak ada peluang untuk berehat di rumah kerana memenuhi kehendak anak-anak tidak kurang berbelanja keperluan rumah dan menghadiri majlis jemputan sana-sini. Semalam barulah ada sedikit peluang untuk aku berehat kerana anak-anak sudah ke sekolah masing-masing. Aku penuhi dengan mencuci semua apa yang ditinggal seperti tuala, selimut dan cadar bilik mereka.

~~ Pejam-celik-pejam-celik ramadhan kian menghampiri kita.~~


41 comments:

Aryan azra said...

bila dengan anak-anak ni, keutamaan mereka lebih utamakan kakzakie

saniahibrahim said...

Betullah kakzakie ,biar pun cuti tapi lebih penat rasanya....hihiii pada suami saya lah ,saya surirumah ni rutin seperti biasa je.
Seronok adek sesekali balik ya...

Izwa Kamaruddin said...

Alhamdulillah hari cuti diperuntukkan bersama keluarga ;)

PeRdU cINta said...

Waktu ada cuti lama sedikit inilah akak sekeluarga berkumoul..itu pun kurang sorang puteri ya kak...tak apalah...tahun pertama adik puasa di asrama ya kak...ya ramadhan semakin hampir...subhanAllah..terasa girangnya hati..

Myra Jay said...

Lama tak terjah KR, tengok entry akak rasa lapar KR pulak..heheeh
Tapi chicken salad tu macam terbaik je :)

Liza said...

salam kak...rindu akk,hihii
Anak2 Liza pun suka makan kat Pakcik Kenny ni, sedap..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedapnya. Berselera anak kakak makan.

Nieyla Nadia said...

Nieyl klu singgah KR..
suka makan muffin vanila dia...mmg fav nieyl..
btl la kak..3 hari cuti bagaikan 2 hari je cuti...

aiezza.sue said...

definisi hari cuti pada anak-anak sy pun sama.. hari cuti adalah hari utk keluar jalan-jalan makan-makan luar :)

Yaya Azura said...

name tag sekolah pun dah ada yang magnet ye? ketinggalan betul..ingatkan brooch je yang bermagnet. hihi

Malinda said...

sama la saya kak cuti2 kali ni tak pi mana2 pon hanya jalan2 dengan anak2 dan pi jemputan kawen je...comel je adik yg tengah merasa spegeti papa dia tu...kikiki...lama dah tak menjamu di kenny roger sebab anak2 lebih suka kan nando's ...terkecur pulak tengok ayam dan sos blackpaper nye tu :p

babYpose said...

Yang best makan-makan bersama anak-anak. Oh pin magnet ye patut la keronsang pun bermagnet baru la aunty faham heee.. bila keluar sempat mengemas sebelum hari bekerja rasa lega skit kan..

Falsya said...

Terliur falsya..tgk gambar2 kakak nie terus rase mcm nak mkn kr..dh lama xmakan..

Puan Kutu said...

Tak sabar rasanya nak ramadhan.hehe

Penuh padat juga aktiviti kakak sekeluarga.anak dara biasalah kakak..byk depa pubya demand..klu anak lelaki ni jenis tak kisah.apa ibu pilih semuanya ok.tu klu aiman la.hehe

paridah said...

assalam...hari cuti yg agak lama dpt bersama anak2 semua sungguh happy. ada saja progrm yg dirancang mengisi masa bersama.

Fazleyatul Aini said...

cuti2 ni apa lagi kan kak, aktiviti makan je la haha

raihanah said...

best cuti panjang dimanfaatkan untuk keluarga

norhidana said...

penat berjalan ye kak... melayan kerenah anak2...

k meen tuh udah kurus nk diet lg...
nnti org tertukar dia ngn adik heehehhe

Lynn Huraiza said...

dah lama benar rasanya tak makan KR nie...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

selalu rasa hari cuti lagi penat dari hari kerja.. huhu

Kayu Manis said...

Acara wajib...cari brg lps tu isi peruttt..samalh tu...sesi gantung periuk blngaaa...

Nyummmm

Mohd Khairul Mohd said...

Zaman sekarang dah banyak kemudahan untuk elakkan kerosakan pada baju bila guna pin.

Qhaifa Nur said...

lamanya tak ke KR ni..
gigih kak meen berdiet..bila smua berkumpul ada saja aktiviti..cuti pun mcm x cuti kakk..

Lydia Miza said...

Assalamualaikum kak zakie..

Cuti mmg letih.ke sana sini rasa mcm tak puas berehat. Tp hati gembira bersama insan tersayang...

Acik Erna said...

sama la kita kakzakie..bila anak2 dah balik mula la mendobi..selimut tuala..cadar semua tu

Nor Azimah Ali said...

Singgah jap je

Nor Azimah Ali said...

Singgah jap je

Fiza Rahman said...

As salam kak. 2 bulan tak singgah sini.

Sedapnya KR. Dah lama tak pekena KR.

Amie said...

Tengok ayam kenny rogers kat sini... tetiba teringat dua hari lepas... kami anak beranak di bandar Sandakan... anak-anak nak masuk restoran kenny rogers, tapi dekat dua jam cari parking keta tak dapat sebab terlalulah sesaknya... akhirnya terpaksa tinggalkan bandar...cari makan di tempat lain. Harap nanti dpt bawa anak2 makan ayam kenny rogers juga...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah lama tak mkn KR..
Sedap tengok makanan pesanan kakzakie..

Saya kepenatan semalam pun tak habis..
Ini kena pergi kursus pulak..
Aduh penatnya..

Bunda_nora said...

Wah! cuti panjang yer...anak2 dan mak ayah...macam KN cuti panjang jugak...tapi cuti panjang sebab sakit....

Kamsiah yusoff said...

seronok tgk bila anak2 berselera menikmati juadah..kita sbg mak ayah..tak kisah mengeluarkan belanja utk menjmau dia org,kan..

Unknown said...

aduhaiii sedapnya makanan tu kakzakie terliurlah orang sini

NEKCIK said...

Itulah kak selera anak anak seksrang..klau tekak kita dapat ubi rebus dgn lempeng cicah sambal tumis tu ..mmg tak pandang ayam itik ni kan

NEKCIK said...

Itulah kak selera anak anak seksrang..klau tekak kita dapat ubi rebus dgn lempeng cicah sambal tumis tu ..mmg tak pandang ayam itik ni kan

hasliynda umairah beauty said...

sedapnya,mcm nak pergi lah

arzmoha said...

kenny rogers makanan lebih menyihatkan

adarnadzmie said...

lama x jejak KR... tgk menu akak terus mcm nak terjah...hehe

OKje said...

Betullah kanda.... katanya cuti tapi penat bukan main walaupun dinda tak kerja haha...Kanda yg kerja apatah lagi kan.....
Lama dah tak pergi KR....Teringat pulak kat muffinnya yg sedap tu kan kanda...

Mummydearie said...

Pada sayalah kak, duduk di rumah lagi penat daripada bekerja. Kalau hari cuti, memang tak merasalah nak duduk luruskan kaki di rumah tu. Ada-ada aje kerja yang nak dibuat. Terasa penatnya lain macam. Berbeza dengan hari bekerja!

Lama pulak rasanya tak ke KRR. Saya suka tempat ni. Kalau kami pun memang suka sos black pepper, barulah terasa umphhnya KRR ni! Saya kalau ke sini side dish mesti nak minta macaroni cheese!

nhhas said...

Sedapnyaaaa. Dh lama tak ke krr