Usia hampir tiga tahun tetapi masih melekat lagi dengan lampin pakai buangnya. Bercakap bukan main petah walaupun sebutan untuk huruf 'R' agak pelat. Lain-lain semuanya tidak pelat. Setiap biji butir perkataan yang keluar dari mulutnya kita boleh faham. Sehingga satu hari berani dia meluahkan kata "Mama, adik boleh mengaji tak?" Aku tepuk bontotnya. "Ini ada ini tak bolehlah adik mengaji. Ada kencing dalam ni kan". Dia tersengih malu. "Kalau adik nak mengaji jangan pakai ini boleh?". Dia mengangguk-angguk.
Tidak sangka esoknya dia datang berbaju kurung dan bertudung ayu. "Adik tak pakai pampers mama. Adik nak mengaji". Betul-betul bila aku raba bontotnya tidak ada pampers. Sehari, dua hari, tiga hari dan hingga semalam betul si cilik ini sudah boleh tidak memakai pampers. Tips yang tidak disengajakan tetapi siapa sangka dapat menjimatkan ibunya. Aku bertanya kepada si kakak samada dia terus tidak pakai atau masa mengaji saja. Menurut si kakak masa pergi shopping saja ibunya masih pakaikan.
|
Khusyuk - Melihat orang lain membaca tidak berganjak. Mama ambil gambar pun dia buat tidak tahu. |
|
Menanti - Comel sangat anak dara ini. Bila aku kata "Mama gigit pipi sikit boleh tak? Dia kata "Nanti adik tak ada pipi macamana nak ngaji?" Macamlah mengaji itu menggunakan pipi. Sebelum mengaji mesti aku pegang pipi gebunya dan sebelum balik pun kena lagi. Aku geram dengan comelnya itu:) |
|
Doa - Jenis budak mudah tangkap. Walau baru seminggu tetapi Al-fatehah dan doa memulakan membaca (Allahummaftah 'alaina... hingga akhir dia sudah boleh baca). Seminggu ini sehingga malam tadi sudah boleh mengenal sehingga huruf kho. Biasa aku akan ulang untuk membunyikan dari alif sehingga yg huruf terakhir sebelum sambung yang baru supaya tidak lupa. Nampaknya dia memang jenis budak mudah ingat melekat. |
|
Comel - Sadaqollahulazimmm.... sukakan tengok dia:) |
Oleh kerana nama pun kanak-kanak selepas membaca mesti ada saja yang mahu dimainkan. Tetapi bila main melompat-lompat aku akan ingatkan bimbang terkencing. Bila agak lama bermain juga aku ingatkan dia samada mahu kencing atau tidak. Sudah seminggu lebih ini kelihatannya masih boleh bertahan. Aku tidak kisah pun andai dia terkencing sebab sebelum ini pun aku ada menghadapi anak yang mengaji terkencing sementara menanti giliran untuk membaca.
~~ Ironinya bila setiap hari melihat orang lain mengaji walau usia belum tiga tahun naluri untuk membaca terbuka dengan sendirinya. ~~
36 comments:
Hihi hendak pulak dia dengar cakap akak jgn pakai pampers tu ye.. :)
Bagus si celik yg comel ni kakzakie..
Cepat menghafalnya dan mengingatinya..
Saya tengok gambar ni pun geram..
Rasa nak cubit2 pipi tu..
terang hati anak comel ni
saya pun suka tengok
tahniah kakzakie, berjaya potting train dia
jimat maknya kat pampers
tp 3 thn mmg dah boleh diapers free
kena rajin tertanya takut terkencing
Alahai comelnya..bijak betul..untung dh la oandai mengaji..boleh free diapers lagi..sebaya Afia la ni.klu rumah kakak zakie dekat mau je hantar Afia mengaji sama..Afia mengaji dirumah ni faham2 ajelah peelnya..kena ikut mood.hehe
comel sangat ni kak..baya baya umur gini la sedap buat main..nak gomol pon best..hihiii..pandai plak tu..
comelnya... geram ngan pipi dia.
Geramnya tengok....
Tak sangka minatnya nak belajar boleh buat dia boleh tinggalkan diapers. memang budak cerdik ni..baru seminggu dah nak habis menghafal huruf.
Comel nya ,bijak pulak tu...Memang geram tengok budak camni ,nak2 budak perempuan saya suka sangat.Kalau begini gayanya 6 tahun dah boleh khatam al quran ni.
Yalah 3 tahun tu masih kena ingatkan juga takut terkencing.Iman dulu usia 2 tahun memang dah tak pakai pampers dah .
alahai comelnye dia...pandai pulak tu. bagus tu kakzakie secara tak langsung anak comel itu dah boleh free diapers
aduhai comelnya si kecik tu. terang hatinya kak zakie. insyaAllah sebelum sekolah rendah boleh khatam tu
Lucu jawapan spontan dia, tapi Alhmdulillah kan dgn kesungguhan dia nk ngaji tu sampai dia nk bukak pampers. Tambah tak pelat lagi mudah nk ajar dia ngaji, saya kt tadika umur 6 tahun pun masih ada yg pelat.
Lucu jawapan spontan dia, tapi Alhmdulillah kan dgn kesungguhan dia nk ngaji tu sampai dia nk bukak pampers. Tambah tak pelat lagi mudah nk ajar dia ngaji, saya kt tadika umur 6 tahun pun masih ada yg pelat.
Untung mak ayah Adik tu yer...baru berusia 3 tahun dah berminat nak mengaji Muqaddam.Semoga diterangkn hatinya...dah mudah diajar..Aamiin
Mmg comey sgt bdk tu kak zakie :)
comelnye kak mana la akak tak geram...kalau saya pon kompom abis pipi dia saya picit2...pipi kemahen gebu gebas...kanak2 memang mudah beno tangkap ape yg di ajarkan kak...kat tempat saya anak2 umur 7 tahun baru di terima belajar mengaji...
Alhamdulillah kak zakie guna psychology untuk dia tak pakai lampin lagi, bila dah tak pakai empunya diri rasa macam budak besar.. jadi confiden dia ye..geram pula tengok comel
cutenya dia
COMELNYA DIA..KUAT KEMAHUANNYA NK MENGAJI HINGGA RELA TINGGALKAN DIAPERS...ELOK SGT TU PELAN2 AJAR X BERDIAPERS LAGI.
Adli alhamdulillah tak pakai pampers dah. Sibuk je dia nak pakai spender. hehehe.
Tindakan yang sangat bijak...harga pampers yang paling murah pon bakal 'melubangkan' poket ibubapa di hujung bulan...cecah ratusan ringgit juga. Itu baru pampers!
Allahuakbar comelnye...kelakar bile si comel tuh jawab, "kalau xde pipi mcm mana nak mengaji"..ahahahaha..geram je ngan jawapan die tuh..
Mahu kalau emaknya tau cerita sebenar, terus berterima kasih pada Kakzakie. Secara tak langsung anaknya terus tak pakai lampin pakai buang. Jimat banyak tu di zaman yang serba mahal ni!
comellnya dia kak zakie.. pipi bam-bam..
alhamdulillah kan.. secara main2 ckp mcm tu..last2 betul dah tak pakai pampers..harap berterusan lah.. anak2 ni memang terang hati..:)
Comelnya dia. Kecik-kecik dan ada semangat nak mengaji Quran. Untung ada anak-anak macam ni. Harap sampai bila-bila kekal semangatnya nak baca Quran.
Alahai tomeinya dia....
Ni mesti mak2 yg kerja ni....hihi
Hahahahahhaha.. lucunyaaaa.. kelako baca. Tadi mula2 baca tajuk ingatkan ada bhn apalah kat lampin pakai buang.. hihihi
Lambat nieyl singgah blog akk hari ini...
Alhamdulillah...kalau nieyl ada anak nant..
Insya'Allah..nieyl pun nak didik anak nieyl dari kecil mengaji..:)
hebatlah kakzakie dengan cara tak sengaja pun dpt dah latih adik comel ni tak pakai lampin lagi. Memang budak2 mudah faham dan pasti besar nanti pintar
sebab sekali kakzakie ckp je dia dah faham
mungkin sbb teringin sngt nak ngaji
terpaksa korbankan lampin nya
alhamdulillah dah save budget ibu nya
assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah tomey budaknya...geram tengok..:)
comel sangat ....
Tembam ha pipi dia patutlah kanda nak gigit.... Budak baye ni mmg tgh banyak ckp kan kanda....
Budak 3 tahun mmg dah patut sangat kalau dah tak pakai diapers pun... sebab dia mmg dah pandai cakap dah faham...
Dahlah comel tembam , cerdik pulak tu... Budak yang berkemahuan KZ.... cepat jer dapat bila di ajar...
Bagus dan cerdik budak ni...faham tak boleh pakai pamper masa ngaji...
Alaaaa comel nyer...lagi comel pakai tudung baju lengan pendekk..hehehe..pipi gebus gebas sapa tak geram! ;)
Errmm..memang comel pun..geram tgk..sejuk mata memandang tgk budak2
Semangat dan kesungguhan dia kak....alhamdulillah dengar kata budaknya..moga menjadi anak solehah...moga mudah urusannya..amin..suka tengok...
Taktik yang bagus nak cepatkan tak pakai pampers.
Ya usia begini memang seronok asah hafalan memang cepat mereka tangkap.
Abby pun sekarang macam-macam mudah dihafalnya.
Cuma pening kepala bile terikut-ikut dengan perkataan tidak baik yang dibawa balik oleh abang-abangnya dari sekolah.
Mulalah mamanya pandang semacam ke abang-abangnya.
Geram je grrrr.....hehehe...
alhamdulillah
geramnya.. bijakk ni..
Post a Comment