Monday, May 30, 2016

Menggamit keindahan bersama - 1

Bersisa beberapa hari lagi kita diberi peluang untuk menikmati makan di siang hari sebelum menjelang ramadhan tahun 1437 ini. Tidak ketinggalan mensyukuri nikmat untuk bersama keluarga atau sahabat handai yang mana bolen dijejaki untuk silaturrahim atau ukhuwah yang terjalin. Begitu juga kami sekeluarga dapat menikmati dan mensyukuri peluang yang masih  diberikan oleh Allah rabbul-jalil. 
Villa Sri Mayang -  Jalan masuk ke tempat kami sekeluarga bermalam ketika berada di Pantai Timur 
Simple - Tuala, sabun mandi dan shampoo yang disediakan

Comel - Sebenarnya ini kali ke dua kami bermalam di sini memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan tempat Kak Reen belajar. Dekat dengan tempat makan yang kami suka termasuk fish-food celup-celup tepung Pok Nong.
Syrup & Soda - Merupakan tempat makan malam pertama kami sebaik tiba di sana. Mencari destinasi bergantung dengan alamat yang diberikan oleh teman blogger Yaya Azura.
Pilihan mama - Punyalah banyak Masya-Allah kalau makan sendirian pasti tidak terhabis. Agih sedikit kepada Kak Meen dan banyak pada papa.
Starter kami - Sebenarnya kami menikmati ini sebelum semua hidangan tiba. Sehinggakan apabila Yaya Azura tiba dengan suami dan hero comelnya hidangan ini sudah selesai berenang-renang di dalam perut kami.
Pilihan papa - Aglio-Oleo lengkap dengan sea-food. Banyak udang dan sotong dalam dish ini sebaik digaul. Ini  belum lagi digaul rata sebab aku mahu lihat pinggan keliling bersih.
Adik dan Kak Reen - Spaghetti aglio-oleo juga tapi ada tambah lamb lupalah apa nama diberikan. Kak Meen makan black-pepper lamb chop tetapi sebab liat dan banyak lemak Kak Meen tidak mahu di rekomenkan untuk kita (mohon maaf sebab kenalah jujur dalam hal ini).
Mama dan Adik - Fresh orange dan water-mellon 
Papa, Kak Reen dan Kak Meen - Entah air apalah ini aku pun tidak pula ambil tahu. Sebab manis akhirnya masing-masing meminta air masak suam bagi menghilangkan rasa manis yang teramat sangat. Bukan tidak sedap tetapi kerana keluarga kami jenis kurang makan manis bila kena ini surrender jadinya.
Pertemuan - Malam yang indah. Dalam kepenatan menuju destiniasi Pantai Timur aku dipertemukan dengan teman blogger yang comel bersama suami dan anak bongusnya (buat masa ini sebab akan datang mungkin akan menjadi abang). Anak sulung Yaya Azura ada kelas teakwondo berhampiran dengan tampat kami menikmati hidangan ini.
Comel - Hero comel Yaya Azura yang banyak bercakap. Setiap pertanyaan pasti akan dijawab. Tetapi kerana duduk dalam jagaan tokma pastilah dialek Terengganu tidak boleh lari dari lidahnya. Cute bila mendengar butir perkataannya. 
Ole-ole - Semoga Allah memberi ganjaran sebaik-baiknya buat Yaya dan keluarga. Dua bungkus keropok ini diberikan sebagai ole-ole darinya untuk dibawa balik ke JB
~~ Keindahan sebuah perjalanan bersama keluarga dan dipertemukan dengan teman blogger pasti menggamit kenangan indah.~~ 


38 comments:

Mummydearie said...

Masih di Terengganu lagi ke ni, kak?

Seronok dapat menikmati hidangan di tempat orang sambil-sambil tu bertemu kenalan di alam maya. Semakin eratlah silaturrahim yang terbina ya, kak!

Aryan azra said...

Seronok dapat bertemu dengan kawan alam mayakan kakzakie..mengeratkan ikatan sillaturrahim yang terjalin.

sedap nampak makanan akak tu, air tu memnag kebiasaanya manis, say apernah juga cuba dikedai lain

saniahibrahim said...

Cantek ,kemas ,nampaknya hotel yang kak zakie sewa tu.Dapat makan2 dan bersama anak2 pun membahagiakan ,dapat pula bertemu rakan blogger....seronoknya,dari maya ke realiti.

saniahibrahim said...

Cantek ,kemas ,nampaknya hotel yang kak zakie sewa tu.Dapat makan2 dan bersama anak2 pun membahagiakan ,dapat pula bertemu rakan blogger....seronoknya,dari maya ke realiti.

Yana Yani said...

wah! menu tu buat bergegar juga iman ni..hehe
pastu siap pakej bertemu rakan blogger lagi
tu yang best percutian kan kak =)

Suria Amanda said...

Seronok dapat jumpa rakan dari alam Maya kan Kak..temptingnya makanan tu semua..aglio alio makanan kegemaran SA jugak

Qhaifa Nur said...

Indahnya perjalanan kak zakie...alhamdulillah dpt pula bertemu teman blogger...

Semoga silaturrahim berkekalan...

Khairul Bariah said...

minuman pilihan papa tu, nampak menyelerakan pada saya

jln2 sempat berjumpa teman blogger, mesti seronok ye kak
semoga silaturrahim akan lebih erat

Mia Kassim said...

Klu ke pantai timur wajib beli adalah keropok lekornya. Sedap 😊

norhidana said...

seronok kan kak sesekali jln2 ke terengganu... seafood kt sana mmg best n fresh...

paling best bila ada rakan kt sana... dpt ole2 tanda ukhwah

Puan Kutu said...

Makan besar kak zakie..sedap2 menunya.air tu waalupun katanya mania boleh pulak terliur.hehe..

Kopok sedapnya kak zakie.org berbudi kita berbahasa,org memberi kita merasa

OKje said...

Amboi kanda.... makan sedap sedap sorang sorang nampak haha......
Tulah mula mula tengok gambo kedai makan SnS ni mmg dinda teringat Yaya.... kanda dating dgn dia rupanya....

Dinda pun teringin nak makan celup celup kalau ke Terengganu nanti kanda

Azlan Strider said...

air yang ada cekelat ngan aiskrem tu nampak lazat melampau...tapi kalau rasa terlampau manis sangat pun kadang2 tak best gak...tapi presentation air dia tetap buat sy terliur..hehehhee

Regards,
-Strider-

Hasif said...

wow.. makannnye tu.. nampak menyelerakan.. hehe..
iyakan bulan ramdhan dah hampir tiba.. kejap ja masa berlalu..


Blogwalking sini, jom baca artikle ini

Apa Khasiat Sayur Celery? article...

Encik Suami said...

Assalamualaikum.
wow..seronoknya dapat g bercuti sebelum ramadhan.meriah keluarga.makanan pun nampak sedap,penginapan pun nampak selesa.

aizamia3 said...

Tengok menu sedap2 belaka.. ;) cuma part air saya tak layan sangat sebab saya jarang minum di antara waktu makan. Kalau minum pun hanya air suam.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah dapat berkumpul satu keluarga ya kak...

paridah said...

SUKANYA KAK ZAKIE JALAN2 KE TERENGGANU SAMBIL NIKMATI MAKANAN YG LAZAT N DPT BERTEMU RAKAN BLOGGER YG BAIK WALAU HANYA KENAL DI ALAM MAYA..MOGA UKHWAH KEKAL SELAMANYA.

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer kak ! tertelan-telan air liur dibuat nyer..hehehe..

saya tak pernah sampai ganu lagi!

Fiza Rahman said...

Nampak sedap makanan2 tu kak. Bestnya dapat bertentang mata dgn kawan alam maya.

Acik Erna said...

Alhamdulillah kakzakie dah bertemu dengan yaya yang comel dan sikecil yang comel juga

babYpose said...

Alhamdulillah teringin jugak nak jumpa kak zakie tetapi tu la kita sama sama letak bunga raya ke kan ala ala hawaian hehe..sebab segan pun ya.. tapi mahu hehe.. villa sri mayang tu memang dengar pun santai dan merehatkan .. hiasannya cantik..comel hero petah bercakap ye. Jus nampak fresh dan pekat tu mesti sedappp :)

insan marhaen said...

aglio oleo tu nampak best. simple dish.

Kayu Manis said...

Tmpat peginapan best,makn pun best2..berkepuk2 duit akak ni...hihi

nohas said...

besar portion makanan akak..ada nasi, salad, baked beans dan ayam yg besar..huhu..puas makan ni..

suka suka said...

Dah lama tak ke Pantai Timur

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Banyak tempat sy mkn lamb chop byk tulang dan lemak dari daging. Tapi spaghetti nmpk sodappppp

Warisan Petani said...

Jauh perjalanan tambah pengalaman.

Kakcik Seroja said...

Dapat makan sedap, dapat bertemu kawan yang baik = Alhamdulillah... :)

Nor Azimah Ali said...

Balik raya ganung ketgi nak gi raya rumah yaya lah, buleh dok yaya, hehheh.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah rezeki akak. Seronok berjalan sambil jumpa rakan blogger.

eelobor said...

eh...kenapa ada satu gambar yang muka dia tertutup tuh? huhuhu seronok nya pegi jalan2 dan kenal kat tempat orang. Seminggu lepas raya nanti saya juga bercadang nak pergi jalan2 kat johor lak

Yaya Azura said...

Alhamdulillah, happy dapat jumpa akak sekeluarga.
selama ni kenal alam maya je.
semoga ada peluang jumpa lagi di lain kali.

monalea said...

seronoknya dpata makan-makan dna jalan-jalan kan kak. hehehehe. nape tutup muka tu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Indahnya Islam..
Nikmat siratulrahim tu nampak mengikat kasih sayang kan kak..
Walaupun pertemuannya selalu di alam maya...

Bestnya dapat kepok ganu tu :)

nurhuda said...

sedapnya ,,,, nanti huda pergi terengganu skali lagi, huda nak singgah kedai ni

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah sambil menikmati selera dapat juga berukhwah.

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
sedap sedap nampaknya menu menu tu.
nice sharing kakak, leh lah ke sini jika ke ganu nanti.

semoga ukhwah yg terjalin ini kekal berpanjangann.aamiin