Wednesday, June 15, 2016

Bila hati, mata dan lidah tidak selaras

Pada mulanya aku sangkakan ianya adalah bahagian hujung asparagus sebaik Kak Meen bertanya apa yang ada di pinggannya. Sebaik dimakan dia berkerut dan menunjukkan ada rasa tidak sedap berada di dalam mulutnya. Pijar, panas dan pedas itu yang dirasakan. Mama ambillah sebiji untuk merasa. Subhanallah! betul apa yang Kak Meen katakan. Lada hitamlah sayang! Kesian Kak Meen nak ketawakan pun tidak sampai hati.

Lada hitam muda - Inilah dia yang dimakan Kak Meen. 

Black Canyon Coffee - Sewaktu makan di sinilah Kak Meen terkena. 
Biar pedas yang dirasakan kerana tergigit lada hitam atau cili. daripada pedas yang diperolehi dek mendengar kata-kata yang menerobosi corong telinga. Oleh itu sebelum orang lain rasa kepedasan kata-kita kata, sebaiknya berhati-hati dalam menggerakkan lidah apatah lagi dibulan ramadhan yang penuh barokah ini.

~~ Hati, mata, telinga dan lidah adalah deria yang paling susah untuk dikawal.~~


42 comments:

babYpose said...

Assalamualaikum dan selamat pagi Kak zakie.. Adoi mesti pedaskan kak meen. Aunty pun tak sure rupanya begitu ek lada hitam belum kering ye. Betul tu berhati-hati dengan berkata-kata.. fikir dulu sebelum apa pun kan..

Fazleyatul Aini said...

hiasan kot tu kan kak
black canyon, tomyam dia best !

Nieyla Nadia said...

ala...mesti x sedap kan..
klu nieyl mesti berkerut² muka..
btl tu kak..berhati² ketika mengeluarkan kata..:)

emarieys said...

first time tengok lada hitam muda ni.

Qhaifa Nur said...

Nampak cantik tp pedas aduh...
klau dlm masakan kita terlebih bubuh pun pedas...ini pula cam gini
mmg susah kita nk kawal deria2 ni kak...berhati2 dlm kata itu penting

Sally Samsaiman said...

tu kalau tergigit semua mmg sadis la perut dan lidah...

lada hitam pun ibarat lidah pedasnya :)

Ummialyaanas said...

ouchhh...podeh melahar org nismilan ckp...

Mia Kassim said...

Segugus lada hitam .. 1st time nampak yg muda camni.

Akan diingat selalu pesanan kakak tu. 😊

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak.. pestime togk lada hitam camtu..menu apa gaknye yg dioder tu..sian kak meen..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Baru tengok rupa lada hitam muda..
Untuk hiasan dipinggan tu kak..
Biasa lah kalau tempat2 macam tu..
Hiasan tentu kena dengan apa masakan yg diniagakan kan kak..

Pedas rasa lada hitam ni memang pijau kak..
Mahu tak tertahan kak meen tu..

Betul tu kak ..
Kepedasan kata-kata lagi menyusuk dihati..
Oleh itu kena fikir tu sebelum berkata-kata..
Menulis juga macam tu jugak kan kak..
Berhati-hati sebelum komen tu :)

saniahibrahim said...

Yalah baru tau gitu rupanya lada hitam muda.Kalau termakan memang sangka kan sayur dah rupanya kan kak zakie...kesian pulak kak meen boleh tergigit ya.

saniahibrahim said...

Yalah baru tau gitu rupanya lada hitam muda.Kalau termakan memang sangka kan sayur dah rupanya kan kak zakie...kesian pulak kak meen boleh tergigit ya.

aiezza.sue said...

tengok segugus begitu memang teringin nak rasa,ingatkan suku sakat buah berry tadi, tu la kan bab kepedasan lidah ni memang menakutkan kadang dok menaip ni pon risau bimbang ayat yang ditulis tak sengaja melukakan hati yang membaca

Uncle said...

Segugus macam tu selalunya memberikan 'flavour' kepada masakan tapi kalau tergigit, hmmmmmm......juga boleh disumbat didalam seekor ayam melalui 'belakangnya' sewaktu memasak. Masukkan juga 'rosemary' beberapa tangkai....wow....namanya akan menjadi "Poulet Roti Au Romarin" (roasted chicken with rosemary). Sedap kak.....hahahahahaha lari topik!

raihanah said...

first time tengok segugus camtu, nampak fresh pun ya juga

kakrose said...

kekadang kita tak perasan yg kata2 kita boleh mengores perasaan orang..
mcmna boleh ada lada hitam setangkai kat makanan tu.nmpk sangat cuai tukang masak tu..

Inani Hazwani said...

First time tengok lada hitam muda ni

Izwa Kamaruddin said...

Alahai kesian kak Meen :(

adarnadzmie said...

alahai rupanya tergigit lada hitam ye... mesti panas mulut kak Meen...
tu lah kan nak ketawa kesian... hehee

lebih baik diam dari berkata2... takut kata2 mengguris hati...

sitirohaida said...

isk tak patut..kalau yang kecil2 tu ok lagi..ni dan macam tu..emmmm...memang pijar le mulut kak meen kan

Nor Azimah Ali said...

Makan apa tu, ada lada hitam fresh camtu, takpe..dah mkn sedap2, kena uji tak sedap pula. Pastinya pedas berdengung smp ke telinga ye kak Meen.

Nor Azimah Ali said...

Makan apa tu, ada lada hitam fresh camtu, takpe..dah mkn sedap2, kena uji tak sedap pula. Pastinya pedas berdengung smp ke telinga ye kak Meen.

PeRdU cINta said...

Assalammualaiku kak..betul sangat susah nak bagi semuanya sekata..pasti ada yang bertingkah..hati..akal..lidah...telinga..kalau kita tak suka orang sakitkan hati kita kita kena mulakan dulu jangan sakitkan hati orang..
Ya Allah kesian Kak Meen..lada hitam muda rasanya menyengat kak..

nohas said...

banyaknya lada hitam...

pedas makanan lama2 hilang jg, tapi pedasnya kata-kata, teringat sampai bila-bila..

Malinda said...

pestime tengok lada hitam muda...selalu beli yg dah siap2 kering tu...dulu masa sampai Miri Sarawak ada gak singgah kat tempat proses lada hitam ni tapi saya tak masuk pon duk leka pi shoping gelang manik ja...betol tu kak kadang2 kata2 ni lebih tajam dari pedang...sama2 la kite berhati2...mudah mudahan :)

imm said...

hihi tengok gamba lada hitam, teringat kenangan kecik2, depan rumah nenek imm dulu ada pokok lada hitam.tapi kitorang kutip bt main masak2 :p

kesian kak meen, mesti rase menyengat kat hidung..

Khairul Bariah said...

memang lah kak, memang kena berhati2 dlm percakapan ni. kdg2 kita tak bermaksud pun nak menyakiti tp disalah anggap. susah juga tu.

kak meen dah tergigit lada hitam tu, memang pedas berasap le jawapnya.

HeNRieTTa JoSe said...

lada hitam? pedasnye.....

Kak Wawa said...

sedapnya lada hitam muda.. wawa suka makan dengan nasi panas2, buat macam ulam..")

Fiza Rahman said...

Mekasih atas peringatan kak. Sian kak meen. Gittew rupa lada hidam muda.

Aryan azra said...

betul tu memang kena hati2 bila berkata-kata, walaupun kadangkala apa yang cuba disampaikan tu baik tapi takut penerimaan orang tak seperti yang kita harapkan.

oh macam tu rupanya lada hitam muda, tak pernah tengok

Kayu Manis said...

Pdsss lada hitam kat lidah jer kak..kan
Pedas mulut adusss bisa

paridah said...

SESEKALI TERKENA KEPEDASAN LADA HITAM...KESIAN KAK MEEN...XPA SEKALI TERKENA LAIN KALI XLAGI.

Unknown said...

selamat petang kakzakie
first time jugak kaknoor tengok gugusan lada hitam tu
selalu tengok yg hitam je, ni hijau pedas tak yg hijau tu kakzakie hehe
tapi rasa nya taklah sepedas kata2 yg boleh menikam kalbu kan

Hana said...

Betul tu..pedas kata2 sampai bila2 akan ingat

irdagarmin said...

first time tengok lada hitam cam tu..selalu tengok yang sudah dalam botol je..

OKje said...

Sebab tulah kadang kadang diam lebih baik kan kanda.
Nama tempat dia pun Black Canyon Coffee kanda....dah dekat debgan black paper tu haha

Unknown said...

Selamat menjalani ibadah puasa kakak

Unknown said...

Selamat menjalani ibadah puasa kakak

Mummydearie said...

Lada hitam rupanya tu, kak. First time saya melihatnya. Selalunya tengok biji lada hitam tu aje. Kasihan Kak Meen terkena.

Betul tu, kak. Itulah yang paling susah dijaga terutama di bulan Ramadhan ni. Setakat menahan lapar dan dahaga, takdalah susah mana kalau dah sampai usia macam kita-kita ni.

Ahlam Miera Shafie said...

wah.. dekat mana lah kedai tu dpt ladai hitam muda mcm tu biasa jumpa yg dah diproses.. kesian kak meen sabo jerlah... huhuhu

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
semoga dipermudahkan buat kita semua untuk menjaganya.

alahai sian kak meen. sy pon bru ptama kali tgk lada hitam yg mda ni. apa motifnya dorng letak dlm menu itu.