Tuesday, November 22, 2016

Selagi masih bernafas dan nadi berdenyut - 2

Sambungan dari entri di bawah...

Pemanduan yang agak laju membuatkan sebaik azan isyak berkumandang kami sudah hampir untuk memasuki pintu pagar MRSM adik belajar. Terus menuju ke sick-bay dan menelefon guru hal-ehwal pelajar yang menghubungi aku petang tadi. Sebentar saja menanti guru itu pun tiba menemui kami dan dibawa bertemu dengan adik. Melihat aku datang apa lagi airmata adik terus sajalah mengalir laju. Aku peluk dan gosok perlahan kepala dan belakang adik. Ada dua orang teman adik, guru home-room dan warden bersama adik ketika itu. 

Apa yang terjadi pada adik adalah satu kemalangan tidak sengaja. Waktu itu adalah pembelajaran seni dan merupakan masa terakhir sebelum balik. Memandangkan minggu depannya (sekarang) adalah minggu peperiksaan, oleh itu masing-masing tekun membuat ulangkaji. Sistem pembelajaran adik adalah sistem floating class. Apabila sudah hampir balik, bermain adalah perkara biasa buat anak lelaki. Mereka bukan nakal tetapi lumrah sebagai anak remaja. Seorang balik duster (pemadam papan) dan seorang sambut. Anak perempuan pula lumrahnya selagi belum selesai berbincang tidak berganjak termasuklah adik. Ketika mahu menyambut duster itulah seorang anak lelaki tergelincir lalu terlanggar rak-rak yang menempatkan hasil seni yang kedudukannya di belakang adik lalu menimpa belakang adik dengan anak lelaki itu sekali tertiarap di atas rak tersebut. Bermakna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Selain ditimpa rak tersebut juga tertimpa dek kawan kelasnya yang tertiarap di atas rak itu.

Akibat dari kejadian itu masing-masing tergamam dan sekuat tenaga ramai-ramai membangunkan semula rak tersebut. Tetapi malangnya sebaik rak diangkat adik tidak mampu bangun. Dua kali cuba bangun tetap terduduk kembali. Kecohlah satu maktab. Panggilan ambulan dibuat, malangnya pihak hospital kehabisan ambulan. Lalu pihak maktab menelefon JPAM untuk menghantar adik ke hospital. Prosedure JPAM sudah pasti amat membantu adik yang dibaringkan dengan papan sekeping, diikat bagaikan tidak boleh bernafas (kata adik) dan diusung dengan stretcher masuk ke dalam ambulan JPAM dan terus ke bilik x-ray hospital. Alhamdulillah kata pihak hospital tidak ada yang patah tetapi otot adik tercedera. Namun dek kerana wad hospital penuh adik dibawa balik ke maktab untuk didudukkan di sick-bay. Mana mungkin aku sanggup mendengarnya. Sebaik mendengar berita itu terus saja sebagai mama dan papa pasti kalau boleh terbang mahu saja aku terbang membawa adik balik. Apa lagi kerana kemalangan itu pihak maktab membeli satu wheel-chair khas buat adik.

Malam itu juga kami membawa adik balik. Wheel-chair yang pihak maktab beli tidak kami bawa walaupun pihak maktab mahu kami bawa untuk kegunaan adik. Kami menolak dengan baik dengan alasan sebab di rumah ada wheel-chair almarhum bapak. Sabtu dan Ahad KPJ tidak ada klinik (lalu bertahan menggunakan ubat bekalan hospital) tetapi pada hari Isnin papa membawalah adik ke KPJ. Berjumpa lagi dengan doktor yang sama sewaktu adik terkoyak tisu di Hari Sukan Malaysia tempohari. Sekali lagi x-ray barulah kami berpuas hati.  Untuk insiden kali ini adik diuji agak berat. Menguap pun sakit, menelan makanan pun sakit, semua sebelah kiri adik mendapat tempias sakitnya. Tambah buat mama dan papa kecut bila membuang air pun berdarah. Setelah diagnosed segala kecederaan yang adik alami, doktor memberikan adik cuti sakit sehingga 24-11-2016. Mana mungkin adik mahu kerana peperiksaan akhir tahun baru akan bermula minggu akhir sekolah (semalam). Terpaksa akur sebelum peperiksaan bermula aku hantar adik pulang ke asramanya. 

Pihak maktab memberikan adik kelonggaran untuk tidak ke prep dan surau yang memerlukan adik turun-naik tangga. Bilik adik yang asal di tingkat 4, kini adik ditempatkan di block terdekat. Duduknya di tingkat bawah sekali berhampiran bilik air dan dewan makan. Untuk duduk di sick-bay adik takut sebab biliknya luas dan duduk bersendirian. Kini adik belajar malam di bilik/dorm dengan berteman seorang kawan/kakak senior. Semoga adik mampu menggalas semua ini dengan kuat dan sabar. Mujur tinggal minggu ini saja.

Terima kasih kepada anakanda Yani (kawan adik), Kak Sarah (senior form 5) yang membantu menemankan adik di dorm. Membantu memasangkan ubat patch di belakang adik setiap pagi dan petang. Terima kasih juga buat anak-anak yang membantu mamacik menurunkan semua barang-barang adik dari tingkat 4 ke bilik bawah sekarang. Tidak ketinggalan Pengetua Maktab, guru hal-ehwal pelajar, guru hal-ehwal akademik, guru home-room, warden dan semua kawan-kawan adik.

Buat anakanda yang tidak sengaja terjatuh mamacik dan keluarga tahu anak tidak sengaja dan semoga jadi pengajaran buat semua. Jangan rasa bersalah kerana semua ini sudah tertulis di loh mahfuz Allah. Waktu belajar yang Allah beri peluang gunakan sebaik-baiknya.

Terapi  mata - Penat membaca entri di atas - maaf.  Sewaktu menghantar adik balik kami singgah di tapak projek hubby di Kluang.  Memandangkan sudah tengahari terus singgah di satu restoran ini. Milik anak muda yang menjual nasi beryani. Mak Zah makan beryani ayam. Kami yg lain semua memilih beryani kambing. Sedap.

~~ Selamat menghadapi peperiksaan dengan sedikit dugaan Allah. Semoga adik mampu memberikan yang terbaik sebagaimana Pengetua katakan pasti adik boleh seiring dengan semangat yang adik ada.~~

52 comments:

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar...sebak kakcik membaca catatan ini. Semoga Adik terus kuat, tabah dan segera pulih sepenuhnya. Bonda doakan dari jauh. Anak yang terlibat itu pastinya memang tidak sengaja dan ia menjadi pengajaran juga buat dia...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahuma..
Rupanya adik tertimpa rak dan pelajar tu ye kakzakie..
Alhamdulillah hasil x ray tiada yg serius..

Dah fitrah anak remaja yg muda..
Masih lagi ada yg ingin bermain .
Walaupun dgn duster tu..
Dah tak sengajakan kakzakie..
Kemaafan yg diberi dan jgn ulangan perbuatan itu..

Semoga adik cepat sembuh..

Bagaimana pula pelajar lelaki tu kak..
Cedera juga ke akibat ditimpa rak tu..

Mazni Azmi said...

Semoga cepat sembuh. Tiada siapa minta jadi begini. Allahumma antassalam

Bunda_nora said...

Semoga adek cepat sembuh... kesian adek...

suka suka said...

Banyak pengajaran akibat peristiwa ni.. kesabaran dan redha atas apa yg berlaku.. adik .. take care, jaga kesihatan dan tabah menghadapi ujian dan dugaan dariNya.. semoga berjaya juga dalam peperiksaan yg dijadualkan..

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit.... Nyeri rasa hujung hati saya membaca kemalangan dan kecederaan adik tu. Kerana saya juga pernah mengalami pengalaman ini dengan anak lelaki saya yang jatuh atas batu dan menerima jahitan betul-betul di hidung berhampiran matanya. Saya doakan adik cepat sembuh dan terharu dengan kemaafan akak yang ikhlas. Iyalah kak, mereka tak sengaja dan sudah tertulis kejadian itu sejak azali lagi. Hanya menunggu masa dan hari untuk kita belajar sabar dan redha. Salam manis dari Sarikei, Sarawak.

adarnadzmie said...

YaAllah kak.. membaca terasa risau untuk mengetahui mengenai adik... sambil berdoa semoga adik tidak mengalami kecederaan yg tidak serius... alhamdulillah adik masih kuat.. walaupun sedikit sukar untuk bergerak dan memerlukan pertolongan dr rakan2... insyaAllah adik akan cepat sembuh....

doa kita sebagai ibu kepada anak2... moga anak2 kita semua dilindungi dan dipelihara Allah dimana2 meraka berada...Aaminn

monalea said...

Assalammualaikum kak.

semoga adik boleh sembuh dan sihat seperti sediakala.

Inani Hazwani said...

Allahuakbar. Dugaan buat adik. Moga adik akan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan menjawab peperiksaan. Amin :)

Kamsiah yusoff said...

kagum dgn kesabaran kak Zakie..saya pasti,..mungkin ada sesetengah ibubapa yg akan memaki hamun..memarahi anak remaja lelaki yg menyebabkan kejadian tu berlaku..

Unni anje said...

Ya Allah sayunya hati, moga adik sepat sembuh.. Allahuakbar

nohas said...

Semoga adik cepat sembuh dan menjalani peperiksaan akhir dgn jayanya..

Ann Ishak said...

semoga adik dapat menjawab soalan dengan tenang, diringankan kesakitan dan diberi kesembuhan dengan cepat, inshaAllah

sitirohaida said...

kesian kat adik..macam manalah dia menjawab peperiksaan dengan keadaan macam ni...tapi acik tau adik kuat...moga Allah permudahkan urusan mu

Nieyla Nadia said...

Allahuakbar...
Kesian adik...semoga adik cepat sembuh...
semoga adik dpt jawab exam dgn baik...

Lisa Nurulain said...

kesihannya ..semoga cepat sembuh . memang patut cepat xray elak lagi jadi teruk . semoga diberikan kesihatan . singgah kluang nti leh la jumpa saya . hehe

raihanah said...

semoga adik cepat sembuh

Amy Hilmirda Daud said...

Semoga adik dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Semoga dia cepat sembuh.

Yaya Mohd said...

salam..
ade hikmah dsblik sgla yg tjadi..
moga segalanya baik shj. InsyaAllah..

diary_ciknaa said...

Allah.. dugaan hujung tahun. berdebar saya baca kak.

nuyui a.k.a miss YUI said...

smoga cpt smbuhnya..aameen.

Acik Erna said...

Semoga adik cepat sembuh

amirah said...

Allahuakhbarrr...sedihnya amie baca catatan kak zakie kali ni..besarnya dugaan untuk adik..moga adik tabah dan kuat dan brjaya dalam exam nanti....moga cepatlah adik sembuh ye.. : (

Mummydearie said...

Allahuakbar!

Ngeri dan sayu hati saya bila membaca apa yang dah berlaku pada Adik. Saya respek pada Kakzakie juga sebab masih boleh bertahan/bersabar bila mendapat berita. Masih mampu melawat anak saudara yang koma sebelum menuju ke MRSM Adik. Kalaulah saya Kakzakie, longlai dah bila dengar berita macam ni. Memang tak kuat semangat.

Perkara nak terjadi, bukan boleh dihalang-halang kalau dah katanya akan berlaku. Malang pun tak berbau, kalau tidak boleh juga kita elakkan selagi mampu!

Semoga Adik cepat sembuh dan dapat menduduki peperiksaan dengan tenang. You can do it, Adik!

Umialya said...

Alhamdulillah adik tidak alami kecederaan serius, nak habiskan entri ini, berdebar2 rasanya..

Dah mula examkan, good luck buat adik, semoga kejayaan sentiasa bersama, aamiin...

PeRdU cINta said...

SubhanaAllah..hati adik besar..semangat adik tinggi...moga adik mudah menjawab setiap soalan peperiksaan..amin..

OKje said...

Sedihnya rasa, rasanya dinda dpt bayangkan perasaan kanda masa jawab telefon cikgu tu.....

Sambil dinda baca ni, sebenarnya sambil dinda bayangkan tau kanda. Rak tu mcm dekat tengah tengah kelaslah ye kanda. Kalau dilekatkan kat dinding rasanya susah nak jatuh tu....

Berat tu.... patutlah susah nak bangun.
Nasiblah cuma tisu aje yg koyak. Tak de yg serious. Tp kenapa kencing tu boleh berdarah ye kanda?...hentakan kuat kot ek?

Moga adik cepat sembuh ... moga urusan keluarga kanda dipermudahkan ye

HeNRieTTa JoSe said...

ya ALLAH kesiannye adik...moga adik cepat sembuh....rietta kagum dengan akak, masih boleh bertabah dan berfikiran rasional....

Falsya said...

Allahuakbar..sedihnye kakak..sebak falsya baca...semoga xde ape2 yg serious..semoga adik cepat sembuh..

Cik Itah said...

semoga semuanya kembali normal

dorsett pink said...

Mujurlah adik selamat. saya boleh bayangkan rak tu besar mana. Mesti sakit bila tertindih dengan rak tu

Jepun Mari said...

indah ye kata2 kak zakie,
smoga adik tabah dgn apa yg berlaku..makan ms nak baik jugak tu nak baik, tisu terkoyak sakit ya amat..

paridah said...

Kesian adik ujian bertimpa-timpa moga adik n kakzakie tabah n kuat semangay hadapinya...moga adik segera pulih keadaannya.

Warisan Petani said...

Mudah2an adik tabah dan didoakan agar cepat sembuh.
Semoga dipermudahkan juga urusan peperiksaannya.

Reen said...

Kak... Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah untuk adik dan akak sekeluarga..

Unknown said...

Allahuakbar...
kesian adik memang sudah jatuh ditimpa kawan ni
apa nak buat benda dahterjadi kan kakzakie
semoga lepas ni adik akan cepat sembuh seperti biasa
maktok doakan dari jauh utk kesembuhan adik ya

Nor Azimah Ali said...

Gigihnya anak kakzakie sorang ni, dlm sakit2 pun nk juga amik exam, aduhaiii, kagum saya dgn semangat dia kak. Tapi tak jauh tempoh antara dua ujian tu kan. Takpe dik, adik hambaNya yg terpilih diuji, Allah sayaaaaaang adik tau.

Cuma sbg ibu, kalo saya pun risau lbh2 lagi buang air pun ada darah. Kak, carilah supplement apa2, tu ada cedera kt dlm tu. Kak, bukan saya nk buat akk tambah risau ye, akk faham kan.

Qhaifa Nur said...

Ya Allah bole dibayangkn kesukaran adik kini...serba serbi sakit...semangat adik kuat masih nk jawab periksa kak Zakie..moga adik berjaya hendaknya

Ank Nur yg sulung bru ni accident moto pun dh x keruan...ini pula kak Zakie

Betul tu kak..benda dah nak jd... nk salah sesiapa pun x bole...moga adik cepat sembuh

Adam said...

Apa alamat kedai briani kat kluang tu.
Saya noleh singgah ditu.

Adam said...

Sekarang adik tu bertambah sembuh ke

atiehilmi.com said...
This comment has been removed by the author.
atiehilmi.com said...

kak !!! dok la kite baca dengan penuh jiwa !! sekali sampai bawah nampak gambar nasik tu.. lapar !!! hee~

kak.. nanti update pasal adik lagi ye.. saya doakan adik cepat sembuh.. tau.. akak pun banyakkan doa ye ** hugs **

aiezza.sue said...

pandai akak tukar tajuk ye dah last2 tu ':)..tapi hati saya masih teringatkan adik, bertimpa-timpa ujian..adik bakal jadi antara yang terhebat ni kak zakie, semoga segera diberi kesembuhan, aminnn.

nurbijen said...

Ya Allah, besarnya dugaan buat adik.. Semoga Adik tabah, cepat sembuh dan dapat jawab exam dengan dgn baik...

Saya baca pun boleh faham perasaan kakak... Berat mata memandang, berat lagi mata memikul... Stay strong yer kak!

Haish, tak pasal2 kena cari tisu lepas baca entry ni.. sob sob...

Nasa Mulia said...

Allahu Akhbar....
teringat kenangan saya ambil periksa di katil hospital kak,
setiap hari ambulan datang ambil di rummah sewa dan hantar ke pusat kesihatan universiti.

nOe suhaimi said...

MOga adik segera sembuh dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang...

Jari Manis said...

Adehla...budak2 bermain dlm kelas tu perkara biasa dan malang x berbau..semoga adik cepat sembuh amin

Normala Saad said...

Semoga adik cepat sembuh

Ira said...

Semoga adik cepat sembuh dan dpt jwb exam dgn baik..

Rozita Ceritaita said...

Allah.. maaf kak baru sempat menjengah.. semoga adik terus sihat kak..

nhhas said...

Semoga Adil diberi kesembuhan.

Tumpah juga air mata membacanya.

Kuat semangat adik ni.

Semoga berjaya dunia akhirat ye dik

Suria Amanda said...

Allah....semoga kedua2nya pulih dan sihat kembali....