Wednesday, November 23, 2016

Selagi masih bernafas dan nadi berdenyut - 3

Bumi Johor kini boleh dikatakan kian kerap ditimpa hujan. Jika tidak turun di waktu malam, ia akan gugur di waktu pagi atau petang. Supermoon tempohari juga kami tidak berpeluang untuk melihatnya. Namun kami tahu kebesaran Allah tidak ada siapa yang mampu untuk menidakkannya. Ombar besar yang amat jelas kelihatan di pantai Danga Bay dan pantai Pontian baru-baru ini sudah cukup untuk membuat kami gerun. Melimpah-limpah air laut dengan ombak yang tinggi sehingga ke jalan-jalan raya. Bunyi desiran angin yang kencang sudah membuat kami membayangkan seandainya keadaan ini pun tidak mampu kami tepis apa lagi jika tsunami yang melanda. Allahuakbar!!

Begitulah juga tsunami yang menggegar jantung hati Mama Leha (kakak aku) apabila pagi-pagi lagi ketika mahu menghadirkan diri untuk bermesyuarat telefon bimbitnya berbunyi memberi khabar kurang enak. "Puan ini ibu En Haikal?" Sebaik mengiakan, dihujung talian menyampaikan berita yang menggegar jantung Mama Leha. Setelah diberitahu kedudukan kemalangan itu terus saja Mama Leha dan abang ipar menuju ke destinasinya. Anak buah aku ketika itu menahan sakit sehingga rumput di sebelahnya dicabut-cabut hingga licin, sambil menanti ambulan. Itu yang membuat kakak dan abang tidak sabar terus saja dibawa ke hospital terdekat menggunakan keretanya. Secara kebetulan anak sulung Mama Leha (seorang staff-nurse) sedang berseminar di hospital  tersebut. Waktu itu belum pun sejam berada di seminar tetapi membantu dan memudahkan si kakak untuk terus saja membawa adik lelakinya ke dalam. Si adik sudah pengsan dan diberikan bantuan pernafasan. Haikal anak buah aku kemalangan dengan kereta seorang anak gadis baru mendapat lesen. Keadaan jalan sedang dalam pembinaan projek rapid membuatkan mungkin dia tidak cekap. Signal arah lain masuknya bertentangan. Laju pula apa lagi berdentumlah. Dia sudah memohon maaf tapi bagai aku katakan apa yang Allah tulis di Loh Mahfuznya kita tidak tahu. Redhalah atas ujianNya.

Hasil dari diagnosed yang dilakukan ada pendarahan di otak. Operation perlu dilakukan segera. Memandangkan hospital di situ kurang kelengkapan, terpaksa petang itu dihantar ke HSI (Hospital Sultan Ismail). Kedudukan HSI dengan tempat aku bertugas amat dekat oleh itu selepas selesai discussion bersama pelanggan terus saja aku tinggalkan pejabat menuju ke HSI. Sewaktu mahu menziarahi anak buah aku inilah aku mendapat panggilan MRSM adik belajar. Itulah sebabnya aku terus terdetik pasti ada salah-silap yang tidak kami sedari sehingga Allah memberikan dugaan ini kepada aku dan kakak aku serentak. Kalau Mama Leha ditimpa ujian pada pagi hari aku pula di waktu petangnya.

Sehingga kini adik masih lagi bersolat duduk manakala anak buah aku masih koma di HSI. Operation kepala sudah dilakukan. Apa yang sedih 1/4 bahagian tempurung kepala yang asal terpaksa dibuang memandangkan bank untuk menyimpan tempurung kepala di HSA sudah terbakar. Jika bank itu tidak terbakar masih boleh disimpan sementara menanti sembuh boleh disambung semula. Ujian Allah tidak siapa mampu menahan. Semoga ada sinar di sebalik kegelapan seketika yang Allah berikan buat keluarga kami. Perancangan untuk kami sekeluarga berkumpul pada 26/27 November ini terpaksa dibatalkan atas nasihat Abah Din satu-satunya abang kami.

Tarik nafas - Tarik nafas dan hembus perlahan. Sesak membaca entri di atas lihat gambar ini.  Soursop atau durian belanda ini dijual dengan harga RM22/- sekilo. Sungguh aku tidak sangka begitu mahal harganya sebab di rumah kampung kami ada kalanya hingga jatuh ke tanah tidak termakan. Boleh dijadikan business kalau ada tanah.

~~ Dugaan Allah ini semakin mendekatkan ukhuwah kami sekeluarga. Biarlah ketika ketawa dan menangis kami bersama. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang tidak kami sedari.~~


36 comments:

Kakcik Seroja said...

Saat kita sedfikit terleka, Dia segera mengingatkan kita....dan dalam saat mana pun Dia sebenarnya tak pernah lupakan kita...

Ujian demi ujian yang kakcik terima pun akhirnya menyedarkan kakcik tanpa Dia siapalah aku...

monalea said...

kak, menitis juga air mata yang ditahan bila baca entry ini. sabar kak. semua dugaan ada hikmah yang tersembunyi. semoga anak buah akak dan adik boleh sembuh seperti sediakala.

Khairul Bariah said...

selamat pagi kakzakie. semalam saya sudah membaca kisah Adik dan hari ini cerita duka lagi. Bergenang airmata saya, kak!

Faham perasaan akak dan Mama Leha tu sebab saya sendiri pernah mengalami situasai yg agak sama dulu. Suami pernah terlantar di hospital tak sedarkan diri dan adik meninggal ketika mengalami kemalangan jalanraya...

Semoga keluarga kakzakie dan kita semua diberi ketabahan hati utk menempuhi ujian Allah. Dan diampunkan segala dosa2 sama ada yg disedari ataupun tidak. InsyaAllah.

εïзmmyHazaεïз said...

semoga akk & keluarga tabah & terus bersabar akan ujian dariNYA..
Semoga hikmah yg baik menanti...

Umialya said...

Allahuakbar.. ada hikmah disebaliknya..

Betul tu, dugaan mendekatkan diri kita kepadaNya..

raihanah said...

semoga anak buah kakzakie sembuh semula. Allahu beratnya dugaan. Anak kak pula semoga sembuh cepat adik.

nurbijen said...

Moga Haikal cepat2 sedar dari koma... baru tahu yg tempurung kepala ada bank khas utk menyimpannya...

Insya Allah, besar ganjarannya bagi mereka yg sabar dan redha dgn ujian dari Nya..

Jepun Mari said...

baru terjadi kisah adik tu, lg sekali kisah duka..
semoga anak buah akk tabah dgn ujian Allah ni..

nOe suhaimi said...

Semoga kak zakie dan keluarga terus tabah dan sabar dalam menempuh dugaan yang menimpa ini...

nuyui a.k.a miss YUI said...

ALLAH.. dugaan..
semoga dipermudahkan..

soursop tu mmg mhl kak skg..

norhidana said...

dana baru dpt baca sambungan episod dua n episod ni, secara otomatik meleleh2 airmata baca kisah adik n anak buah akak... mmg bsr betul dugaan utk mereka...

moga adik n anak buah akak diberi kesembuhan n kekuatan menempuh kesakitan...

JaSSNaNi said...

menahan air mata dari tumpah tatkala melihat gambar buah durian belanda tu.. ada kisah yang sangat sangat sedey berlaku.. sehingga melihat image durian belanda tu pun dah mula bergenang air mata.. mendongak muka tatkala baca nukilan akak... berharap supaya airmata tidak akan jatuh ke pipi...

Amy Hilmirda Daud said...

Semoga akak sekeluarga tabah dan diberi kekuatan menempuh ujian ini.

Mummydearie said...

Begitu kisahnya sehingga Kakzakie hilang dari alam maya sekejap...

Semoga anak buah akak, Haikal akan segera sembuh. Malang dah nak terjadi, memang sudah itu yang tertulis.

Tabahnya akak ni menghadapi dugaan satu demi satu. Mungkin juga dugaan ni untuk menyedarkan kita agar jangan terleka.

Cik Lily Putih said...

sabar ye kak.. itu semua dugaan tuh..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Benar kan kakzakie..
Ujian itu lah yg menyedari kita dari terus terleka..

Allahu..
Tentu kemalangan itu cederu parah di kepala ya kak..
Semoga mama leha tabah dan redha dgn dugaan ini..
Kita tak tahu perancangan Allah..
Mungkin dgn koma tersebut merehatkan anak buah akak tu dari terus merasa kesakitan..
Semoga diberikan kesembuhan yg segera..

Buat adik juga..
Semoga cepat sembuh ye sayang..

Nieyla Nadia said...

Mahal jugak sekilo 22..
dlu ayah ada jugak taman pokom durian belanda dekat tepi rumah..
tapi skrg dah xde dah..klu nak makan,kena beli..

Cik Itah said...

ya Allah..kesiannya :)
semoga semuanya kembali seperti asal..
harapnya baik2 saja

Inani Hazwani said...

Allahu kak. Moga Allah berikan kesembuhan buat anak buah akak.

PeRdU cINta said...

Subhanallah kak...betul kak ujian ini sama seperti rezeki...tidak pernah silap,tidak pernah terlewat atau tercepat..cuma kita adakala seolah rebah bila ianya tiba-tiba..ujian juga Allah rahsiakan untuk menguji sabar hamba..untuk melihat redha kita padaNYA..moga akak..kakak akk,,adik dan anak buah akk terus tabah dan sabar...

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...kalau Allah nak bagi ujian kat kita mmg sekejap jer kn...kita sebagai hambanya ini hendaklah menerimanya dgn redha...mungkin ada hikmah disebalik semuanya...;)

nohas said...

semoga keluarga akak tabah & bersabar di atas dugaan...semoga anak buah akak pulih seperti sediakala...

Acik Erna said...

Semoga kakak dan kakzakie tabah

Warisan Petani said...

Bertabahlah dengan ujian Allah.
Kesakitan itu penghapus dosa2.

Buah durian belanda sangat tinggi permintaannya sekarang kerana nilai herbanya.

Nor Azimah Ali said...

Kami sahabat2 alamaya mendoakan agar adik dan ank saudara kzakie tu segera sembuh, segera sedar dari koma. Allah...mmg berat bahu nak memikul bila ditimpa musibah, kami hya mampu menghulur simpati dan doa. Tabahkan hati kak yea.Allah sayang.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedih baca kish akak. Semoga dipermudahkan urusan akak dan keluarga anak buah dan diberi kesihatan yang baik. Ujian yang datang, tanda Allah sayang kepada kita.Banyakkan bersabar dan berdoa.

Jari Manis said...

Ya allah besar betul dugaan tu JM yang baca ni pun rasa ngeri bila part tempurung kepala tu..semoga mereka sabar dan tabah

Normala Saad said...

Semoga dipermudahkan urusan dan harap mereka yang terlibat cepat sembuh. Harap bersabar dan berdoalah selalu.

abuikhwan said...

Assalamualaikum warahmatullah..semoga akak sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Berat mata kami memandang, berat lagi bahu akak sekeluarga memikul. Apa pun saya mendoakan agar akak sekeluarga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Allahu al-Musta`an

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Zakie Purvit.... Didoakan akak sekeluarga sihat dalam lindungan Allah selalu. Setiap ujian itu kita mesti redha walau pahit mahu diterima. Saya merasa empati dan dapat menggambarkan kesedihan yang menimpa hati seorang ibu apabila anaknya mengalami kecederaan. Sungguh Allah ingin menguji kesabaran dan redha kita. Saya doakan anak Mama Leha dan adik cepat sembuh dan baik dengan rahmat Allah SWT. Buah durian belanda sudah 5 tahun saya tanam, langsung tidak berbuah agaknya pokok jantan tu kak. Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)

Reen said...

Setiap yang terjadi.. Pasti ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu.

Mahalnya kak durian belanda..

OKje said...

Allahu akbar..... moga Allah memudahkan urusan kanda sekeluarga.
Ngerilah kanda baca entri kanda ni. Dinda yg baca ni pun ngilu apatah lagi mak dia yg menghadap hari hari ye kanda...

Boleh tahan mahal jugak harga durian belanda rupanya

Yaya Mohd said...

Allahu..
Semoga diberikan kesembuhan yg segera buat anak buah akak.

Rozita Ceritaita said...

semoga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga hendaknya..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

nhhas said...

Allahuakbar.
Berdebar saya membacanya.

Semoga Allah beri kesembuhan buat anak saudara akak ...

Syafakallah...

NanyFadhly said...

Innalillahi wainna ilaihirojiun...baru baca entry akak yang ni. Semoga keluarga tenang dan tabah menghadapi ujian yer kak. Saya doakan anak buah akak cepat sembuh. Anyways, husband saya kerja dalam RAPID tuh kak. Saya belum smpi sana lagi tapi cia cakap mamang jalan macam tuh la lepas tuh banyak lori kadang bawak laju. Huhuhu...seriau pulak dengar. Serah segala kepada ALLAH SWT. DIA lah sebaik-baik perancang.