Thursday, October 29, 2015

Harta dunia yang akan ditinggalkan

Sementara masih bersisa usia diberi, biarlah jika ada yang mahu ditinggalkan semua dalam keadaan selesa dan mengikut keperluan semasa. Rumah yang baru kami beli tempohari atas nama Kak Reen sudah selesai semua urusan pindah-milik. Walaupun tidak ada papan tanda atau kenyataan untuk di sewa tetapi sudah terlalu ramai yang merisik dan bertanya. Begitulah keadaan di sini. Permintaan untuk menyewa rumah tersangatlah tinggi. Kasihan bila melihat yang datang sehingga merayu-rayu sebab sudah terlalu suntuk dan amat terdesak untuk mencari rumah. Namun sebagai tuan empunya kenalah juga beringat apakah apa yang mahu diberi setimpal dengan bayaran yang dikenakan.

Bersepah - Kalau masuk ke dalam memang berselerak dengan barang sebab dalam proses membaiki cornice, tukar lampu dan mengecat baru.

Siling - Disebabkan ada roof-tiles yang tertanggal akibatnya cornice rosak sebab terkena air.

Cat baru - Sudah bertukar warna dari merah bata kepada warna putih/kelabu supaya kelihatan lebih cerah. Baki-baki cat akan kami guna untuk rumah lain, jadi tidak adalah istilah membazir.  Kipas lama dibuka.
Cornice baru - Sudah diperbaiki cornice yang rosak dan tukar dari lampu down-light  ke lampu cerah-putih empat segi dan kipas siling. 

Sink - Masih belum diperbaiki lagi. Menurut hubby perlu ditukar ensel cabinet bawah sink kerana sudah hampir tercabut.
Porch - Sebelum ini berpagarkan BRC yang kotak-kotak boleh nampak luar. Buat begini mereka yang mahu duduk adalah sedikit privacy. Menurut hubby malam tadi ini juga sudah siap keseluruhannya dan siap bercat juga.
Raja Udang - Hari Sabtu lepas sewaktu sedang duduk-duduk menemankan hubby memasang lampu dan menikmati bubur kacang merah, boleh ternampak pisang jiran sebelah. Lama sungguh aku tidak melihat/makan pisang ini. Kami bercadang akan menanam pokok jambu atau mata kucing di atas sedikit ruang tanah untuk rumah ini daripada kosong tidak ada apa-apa.
Selepas selesai memperbaiki rumah ini barulah kami bercadang untuk beralih ke rumah yang corner lot. Dua rumah ini masih kosong tetapi sudah ramai yang 'meminang'nya. Tetapi kita sebagai penyewa kenalah adil agar apa yang diberi kepada mereka setimpal dengan apa yang mereka bayar kepada kita. Maklumlah rumah di JB ini rata-rata duduk di atas kayangan. Kalau dapat menyewa rumah bawah mereka lebih selesa. Kereta boleh terus parking masuk di porch dan pagar berkunci. Menurut hubby 1hb November, ini sudah ada yang mahu masuk. Esok sudah boleh dicuci dan harapnya yang akan masuk dapat tinggal dengan selesa.

~~ Menyewakan rumah pun ada risiko. Seperti ada satu rumah kami sudah tiga bulan masih belum dibayar sewanya. Mahu bertanya kasihan pula sebab kita tidak tahu masalah mereka. Tekanan hidup kian menghimpit.~~


47 comments:

Ati Masrif said...

cantik rumah kak zakie, walaupun utk di sewa di buat rapi mcm tu.

mmh risiko bila sewa kat org jadi kita kena pilih2 org yg nak di sewa selain dari harga kan kak ^__^

Acik Erna said...

memang berisiko sewa rumah kakzakie..semoga dipermudahkan urusan dan kazakie dapat penyewa yang mudah berurusan tidak lewat untuk membayar sewa

Izwa Kamaruddin said...

rezeki anak-anak dari mak abah kan..suka nyer tgk kehidupan akak..sebab akak terlalu baik sampai tak sampai hati nak tanye penyewa psl sewa yg tertunggak..

semoga akak dimurahkan rezeki lagi yg banyak, semoga akak sekeluarga dirahmati ALLH SWT selalu dan semoga akak sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNYA.

rase dekat sgt dgn akak nie.

Eye_nee said...

Kak...saya cemburukan akk...betul saya ckp ni...akk punya perancangan kehidupan sgt rapi dan tersusun...anak2 ada simpanan....ada rumah dah...cantik sgtt akk dan suami merancangnya...Tahniah kak....semoga saya juga boleh mencontohi akk nnt...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu kakak. Sekarang ni masing-masing mula terasa dengan kesan kos yang semakin meningkat, Harap nanti dimudahkan urusan penye tersebut menjelaskan sewa rumah akak. Cantk dah rumah baru yang dibaiki.

sitirohaida said...

mesti lebih cantik bila dah siap tu kak..alhamdulillah..
sekarang ni rata-rata orang nak cari rumah bawah..bukannya apa,untuk keselesaan kan

paridah said...

rumah ni penting amat pada kehidupan kita spt kata pepatah rumah itu syurga dunia kita...tapi menyewakan rumah ni ada risikonya juga..bimbang yg menyewanya xmenjaganya n tahu duduk saja dhlah gitu liat pula nk bayar sewa...perlu ada akujanji bertulis juga dlm semua ni kakzakie untuk elakan pengalaman kakzakie xberulang.

saniahibrahim said...

Cantek rumah kak zakie....
Jiran sya ni pun selalu kena dgn penyewa tak bayar dan pindah keluar waktu malm.
Kakzakie,pisang tu bukan pisang raja udang ke? Kat kg dulu selalu jumpa.

QasehnyaRania said...

betul tu kakak.
sebab itu lah rumah arwah adik yg ditinggalkan emak takut takut nk sewakan.
memandangkan tidak disewa, setiap hujung minggu mak ke sana, tidur dan kemas. sesambil berkunjung ke rumah anak2 sedara.

pisang tu blm pnh tgk..

safurara said...

cantiknyaaa rumah sis! seronok tgk.tp betul lah, hanya harta dunia.

AtieYusof said...

aLHAMdulillah..rezeki itu sentiasa ada.. syukur.. renovation pun makan kos kan Kak? nanti memang kena cari penyewa yg betul2...harga sewa memang makin mahal.. rumah pertama kmi yg kt Kuala Kubu kami sewakan baru dlm rm230... murah sgt..huhu

adarnadzmie said...

betul kak klu nak cari penyewa kena cari yg betul2 bayar ikut time...

lagi satu penyewa yg pandai jaga rumah....

lama x jumpa pisang udang ni....

Inani Hazwani said...

Cantik kak rumah :)

Unknown said...

canteknyeeee.. reno macam nak duduk sendirik yer kakak~
InsyaAllah.. penyewa rumah kakak pasti selesa.
Rumah sewa Zura pon selalu ade org bertanya. padahal sudah ade penyewa, cuma penyewanye selalu x de kat rumah. keje dorang bukan ofis hour.

Fiza Rahman said...

Cantik rumah kak. Betul tu. Bagi menyewa pon ada risiko jugak. Rumah habis rosak lah...sewa tak bayar.

Fazleyatul Aini said...

untung kak reen dah ada rumah sendiri nanti
kita ni pon tengah menunggu kot2 rezeki murah dapat rumah pr1ma ke
nak beli rumah yang swasta ni mak aih mahalnya pikir lapanblas kali nak beli huhu

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..asalkan yang menyewa tepati janji bayar sewa tepat waktu dan jaga rumah seperti jaga rumah sendiri itu sudah cukup baikkan kak..

diary_ciknaa said...

bestnya kak.. saya ni 1 rumah pun belum dapat beli lagi.. mahalnya rumah sekarang..

JunAina said...

Alhamdulillah...rezeki dapat beli 2-3 buah rumah ada orang tak mampu beli langsung kak. Rumah Aina pun Nov nanti dah ada yang akan masuk, berebut-rebut orang nak sebab sewanya agak murah.

Anonymous said...

Salam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for akak. Tq sudi ke blog KA jg. Murah rezeki akak dapat beli rumah bawah mcm ni. Untung ler sapa yg dapat sewa kalu tuan rumah baik mcm ni , siap betul semua bagi cantik he3

insan marhaen said...

seronoknya... punyai rumah yang sempurna dan cantik..ya...

Fida Z Ein said...

Singgah sebentar....saya masih menyewa...alhamdulillah rumah sewa baru ni ok...selalu juga berleter....ingatkan suami agar jangan lambat-lambat bayar....kasihan tuan rumah...mereka pun ada kepentingan nak guna wang juga...

Rizziela said...

cantk

Zaitun said...

Penyewa rumah kak Zai pun pernah menipu. Dia banking tak cukup bila dapat tahu terus naikkan duit sewa.

Zaitun said...

Penyewa rumah kak Zai pun pernah menipu. Dia banking tak cukup bila dapat tahu terus naikkan duit sewa.

Qhaifa Nur said...

Untung sapa yg menyewa kak...dh la cantik
serba serbi mahal dah skrg kan kak...alhamdulillah bt kakzakie...

norhidana said...

cantik betul rumah akak... beruntung org yg dpt menyewa... hrpnya yg menyewa pun dpt jaga umah tu elok2 mcm tuan nya yg menjaga...

ooooh pisang tu nama nyer raja udang yek...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya tak pernah tengok pisang raja udang secara live kakzakie..
Memang ada risiko kalau menyewakan rumah.
Rumah yg sewa saya pun mcm tu..
Dah empat kali bertukar tuan..
Alhamdulillah yg kempat ni ok..

che mid said...

Baiknya tuan rumah, dah tiga bulan sewa tidak berbayar, masih tak mau bertanya..semoga Allah memurahkan rezeki tuan rumah seperti kak zakie ya. Kalau tak dapat bayaran di dunia, Insyaallah Allah ganti dari rezeki lain yang berganda-ganda pula. Aamiin

Unknown said...

Huntung la sapa yg dapat sewa rumah akak sume dah cantik mengelip....buat pelaburan dalam hartanah camni memang bagos....kami tak mampu lagi walau pon dah ada dalam perancangan...kak buah pisang tu bole makan ke? Saya ingatkan tak beracun tak bole di makan....huhuhu

Rose kakrose said...

untung siapa yg buat pelaburan hartanah. nilainya akan naik berkali ganda. dapat penyewa ni kira nasib juga..yg baik baik sangat. ada yg berkira sangat tu yg pening..

CIK TOM said...

nampak cantik umah akak..kalau dah siap baiki pasti bertambah cantik dan lagi ramai yg merayu nak menyewa kat situ...

Falsya said...

cantik umah kakak..untung kak reen sebab mama ngan papa dh adekan umah utk die..at dh secured kat situ..sebab kalau nak diikutkan zaman skang nie pun org xmampu dh nak beli umah kan kakak..macam mana la nasib anak cucu nnt..

Unknown said...

Alahai...kak..saya pun nak sewa rumah dengan akak la..akka mudah kesian kat orang..ekekek...hati2 kak..kesian2 jugak..tapi kalau lama2 nanti kita juga yang susah..heheh..

nampak komen cik tom la kat atas tu...rindu dia!!

nohas said...

kt KL sama cam JB, duduk di kayangan, mencecah awan..huhu..leceh jg nak naik/turun lif, kalau ada pilihan nak duduk rumah bawah..sonang..

jie susanos said...

Murah rezeki akak..

bijak mencari peluang..

iryantyismail said...

betul kak..kena pandai cari penyewa..bimbang kena penyewa kaki kencing dan pengotor

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...untung nyer siap yang menyewa rumah kakzakie ni...tuan rumah mempunyai hati yg baik sekali...moga bertambahlah rezeki akak sekeluarga...:)

nhhas said...

Sama lh putrajaya pun...
Tp skrg nk duk rumah bawah pun takut juga... perompak semakin berleluasa d putrajaya... maklum lh rumah tak ada pagar

nhhas said...

Untung penyewa akk..

Ni rumah area mn kak?
Dulu sy dok kt jb... rumah hmmmm bolehlah...
Tp sewa... hadoiyayyy

Suria Amanda said...

bestnya akak adabanyak rumah utk disewakan...kena tanya jugak kak sewa tu..takkan nak biar duduk free je..kak..boleh makan eh pisang tu

Mummydearie said...

Untungnya menyewa rumah dengan akak ni. Baik sangat tuan rumah. Sewa tak bayar dah berbulan pun masih lagi segan nak tanya walaupun ada hak. Yalah, kalau kerana kesempitan hidup, kita pun kesian. Tapi kalau sengaja tak mahu bayar sebab memang suka berhutang, itu lainlah.

Untung anak-anak akak dapat ibubapa yang pandai mengatur kehidupan macam ni.

TukangKebun said...

Tak sabar rasanya nak tunggu pisang raja udang di sini masak juga hehehe...
Makin lama rumah makin banyak nak baiki kan Kak.
Lebih-lebih lagi bila asyik tukar penyewa rumah.

aby said...

salam kz ..
cerah masa depan anak2 ..
mewarisi harta dunia dan akhirat ..
elok sungguh apa yg kz buat utk anak2

Mizz Aiza said...

Cantik selepas diubahsuai.. Risiko juga menyewakan rumah kepada orang.. Sebaiknya tandatangan perjanjian..

Aryan azra said...

baguslah macam ni, siap repair semua sebelum penyewa masuk...

amirah said...

alhamdulillah dapat juga akhirnya komen di blog akk...dah berapa lama tak boleh nak tgglkan komen...hrp akk sekeluarga sihat hendaknya...

syukurnya akk dpt rezeki mcm ni..terjamin dah anak2 akk nnti kan..kalau amie ada rezki nnt nak jugak belikan anak2 masing2 rumah sndr kak..seronok membacanya..